1985.... Masa tu gua dah jadi Ahli Parti PAS ... yer betul gua masih bersekolah lagi masa tue... tapi tahun 1985 itu adalah antara tahun-tahun yang hangat dan panas... walaupun kampung gua terkena bencana banjir yang agak teruk....
Ini adalah tahun-tahun dimana gua mengenal erti cinta... Hahaha.... nak buat macam mana... masa tu remaja... stendet lar...
Tapi... Ini lah juga tahun-tahun dimana ketegangan antara UMNO dan PAS cukup memuncak... Sesiapa yang jadi Ahli PAS pada masa tue... alamat memang kena pulaulah... kena sekat macam-macam/.. kena tekanan macam-macam.... Dan pada masa tu la jugak kuatnya pengaruh AMANAT HADI dibawak oleh ramai pentaksub PAS.... betul,... gua pon pada masa tu ader gak terpengaruh dengan AMANAT HADI ni... tapi sekadar biasa-biasa jer mengikut takrifan "batasan iman dan kufur"... Alhamdulillah... gua dari dulu lagi tidak mengkafirkan sesiapa pun.... sebab gua ader pandangan yang lain dan berbeza...
Okeh... sori melalut sikit tadi... Apa yang gua nak citer aderlah... pada 1985 berlakulah satu PRK di Padang Terap Kedah.... dan berlakulah Tragedi berdarah di Lubuk Merbau sehingga membawa maut.... Pada masa itu PRK tersebut hanya ada dua parti sahaja yang terlibat... PAS dan UMNO... Dikatakan Almarhum Pak Jabit pun ada pada masa kejadian....
Dan dibawah ni adalah mangsa-mangsa tragedi di Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
- Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
- Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
- Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
- Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
- Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
- Othman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Persoalannya.... Sudah terampunkah dosa UMNO di Lubuk Merbau... dan kalau ditakdirkan Allah Taala berlakulah kematian pada ADUN Lubuk Merbau... adakah PAS dan UMNO akan berganding bahu bersama-sama menentang PH disana.... apakah perasaan Ahli PAS di Lubuk Merbau....
Soalan ini perlu ditanya .... sebab kes tragedi ini masih lagi tidak selesai.... dan perbicaraannya tidak pernah dibuat.....
Gua amat berharap agak Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri Malaysia agak dapat mengadakan satu Inkues bagi Tragedi Lubuk Merbau.... kalau pun tidak dibuat Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi Tragedi Lubuk Merbau ini... Bila dibuat barulah kita boleh tahu kisah sebenanya....
Oh yer... tragedi ini berlaku dua hari selepas Najib Razak hadir disana untuk berkempen pada masa itu...
Itu ja nak khabor...
