Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Menang. Show all posts
Showing posts with label Menang. Show all posts

09 April 2023

Penyandang Tu Konfiden Menang Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Gua gelak besar baca citer nih kat Malaysiakini... Hahaha.. satu jer gua nak tanya... Penyandang tu konfiden menang ke?? Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju semua kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN kelak, yang diadakan baru-baru ini.

“Perbincangan pusingan pertama telah dibuat antara PH dan BN, perbincangan itu bersetuju untuk melibatkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya antaranya kerusi penyandang akan kekal untuk parti yang menang pada PRU14.

“Kami menjangkakan pengagihan kerusi akan selesai semuanya sebelum penamaan calon PRN bagi enam negeri berkenaan,”

04 January 2023

Cara Nak Majukan Sukan Di Malaysia ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... akhirnya terbocor juga cara untuk kecemerlangan dalam bidang sukan di Malaysia...
Coach patut kena amalkan belasah player kalu nak maju semua jenis sukan di Malaysia nih. Ingat tue...

Hahaha ....

Baru lah Malaysia boleh jadi "Numero Uno" dalam bidang sukan...


Pelajar yang ditampar jurulatih, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim memberitahu, semangat pasukannya terus me­lonjak selepas ditempeleng sebelum menang ke atas pasukan Johor untuk melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir. 

Mengimbau semula kejadian itu, Nur’ Saidatul Akma membe­ritahu, insiden itu berlaku selepas pasukannya terlepas beberapa peluang sehingga ke­tinggalan lima mata kepada pihak lawan dalam kejohanan Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

24 September 2014

Bahaya Minum Air Kaki ...

Bhai/DeeDee semua...

PAS perlu menang besar kat N01 PRK Pengkalan Kubor.... Takder pilihan lain...

Kalo PAS menang kat Pengkalan Kubor .... pastinyer lu ngan gua akan didendangkan dengan cerita-cerita bahawa apa yang Hadi Awang buat selama nih ader betul, tepat dan tidak boleh disangkal lagi.... Akan ader la mana-mana mamat akan buat statement itu ini demi menunjukkan bahawa tindakan Hadi Awang kasi fitnah sesama rakan dalam satu pakatan aderlah tindakan yang tepat dan benar... Tabley fitnah musuh... tapi boleh fitnah rakan....

Dan jugak tindakan bagi peluang bertanding di kerusi tue kepada rakan satu pakatan aderlah salah,  tidak tepat dan tidak sewajarnya dibuat... Sebab tue la terpaksa keluar satu lagi set watikah "hantu" kurang 24 jam sebelum penamaan calon....

Oleh itu.... PAS perlu menang... tiada option lain.... tiada alternatif....  Lagi besar majoriti lagi bagoosh....  N01 Pengkalan Kubor mesti PAS miliki kerusinyer.... SPR jangan kacau daun aaa.....

Maka..... disebabkan perkara nih... gua merayu kepada semua pengundi N01 PRK Pengkalan Kubur dari kalangan ahli UMNO/BN dan pengundi yang tidak berparti agar dapat memberikan undi besar lu orang kepada PAS... Supaya dengan ini PAS boleh menang bergaya.... dan dengan menang bergaya nih la... ader peluang kiter lihat berlakunyer "Istidraj" kepada PAS ...

Biler berlaku "Istidraj" nih kepada PAS .... maka PAS akan rasa hebat.... besar diri... bongkak dan sebagainyer .... dan seterusnya ahli-ali PAS jenis wala' totok nih akan lebih percaya kepada apa sajer tindakan Hadi Awang seumpama seperti "orang yang sudah minum air kaki"




Hahaha...... Ini penting bhai.... penting untuk planning dan strategi sebelum PRU14 ....

Ader paham ka???

09 May 2013

Ahmad Maslan Menipu Pengundinya

Bhai..... Baru jer tak sampai seminggu urusan PRU13 selesai.... dan Ahmad Maslan menang majoriti 13727 undi.... tapi rupanyer... kesian kat pengundi yang dalam kawasan Parlimen Pontian yang dok mengundi Ahmad Bin Maslan... calon UMNO/BN nih....

Yer la... dier nih kan ker Menteri yang pandai berlakon.... amik hati rakyat katanyer... itu hari siap berlakon menoreh getah..... tentulah orang macam dier nih tau masalah rakyat... Takkan la dah dapat undi menang lebih 13 ribu sudah lupa sama rakyat...

Pi la lawat dan bagi sumbangan ker aper... takkan tabley nak push skit dana yang ader tue untuk beli atap zink dan baiki skit rumah nih... gua rasa... tak cecah pon RM2500 kot..... takkan la itu pon tabley.... Ini lah pemimpin.... katanyer mesra rakyat.... masa nak pancing undi... siap masuk lecah keluar lecah... masuk bendang keluar bendang.... makan bersila....

Tapi biler dah menang.... semua sudah lupa.... bangsat betul lar..... bagero...

Rakyat makan sardin.... pemimpin makan besar...

Err.... makcik... taknak ngadu kat Sultan ker... itu hari ader orang mengadu ngan Sultan... siap Sultan bagi rumah lagie... ini berita benar nih... gua bukan sengaja memandai buat cerita.... takder masa nak buat fitnah lar......

16 April 2013

Tindakan Bijak Najib Razak

Bhai... Gua cukup respek ngan tindakan bijak Najib Razak... Nampak gayanya dah makin banyak list calon yang dah dikeluarkan... Dan semua tahu list calon kali nih aderlah list pilihan Mahathir.... List Najib Razak sikit jer... Hahaha

That's why la gua nak ucapkan terima kasih kat Najib Razak pasai tindakan dier mengenakan Mahathir Mohamed dalam tak nampak... Hahaha...

Ramai calon bermasalah yang besar kemungkinan akan kantoi kali nih diturunkan bertanding.... semua pasai diorang nih telah berjaya meyakinkan Mahathir Mohamed..... Azalina Othman dikekalkan... Kong Choo Ha dikekalkan... N. Gobalakrishnan diberi peluang... Zulkifli Nordin diberikan peluang... Hahaha

Cuma gua ternanti-nanti citer tentang Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa... Kat mana agaknyer diorang nih akan bertarung.... Hahaha.... Ini macham punya listing memang berbaloi untuk Najib Razak mengenakan Mahathir Mohamed... Nanti kalu BN kalah PRU13... Boleh la Najib Razak salahkan Mahathir Mohamed...

Winnable Candidate tue.... hahahaha
Dengan itu senang la Najib Razak nak pangkah laluan Muhyiddin Yassin.... Hahaha... Sebab dengan perletakan calon yang bakal kalah... Secara tidak langsung... Peluang Muhyiddin Yassin bakal kabur.... Hahaha... Nak menang camana... Sebagai contoh... Azalina Othman di Pengerang memang masak.... Zulkifli Nordin di Shah Alam yang ramai gak pengundi Hindu pon memang masak gak...

Kes AES jugak akan berikan kesan besar kat Kong Choo Ha... ... Ader chan dier nih pon bungkus gak..... Hahahaha

Cuma... Situasi akan berubah sebaliknya jika..... Jeng... jeng... Jeng....

Jika trojan horse yang telah berada dalam Pakatan Rakyat berjaya membuat sabotaj diperingkat akhir nanti... Kalu trojan horse nih berjaya... Alamat sampai kesudah lar PAKATAN RAKYAT akan terbongkang...

Esok atau malam nanti gua citerkan pasai Trojan Horse nih.... Babai...

06 April 2013

Isu Panas : Peluang PAS Di Kelantan

Bhai... Ader maklumat telah masuk berkaitan dengan peluang PAS di Kelantan... Sekarang maklumat tue sedang dianalisa dan disahkan...

Maklumat yang memang panas... Dan bakal mengejutkan penyokong dan pendokong PAS diseluruh Malaysia...

Tunggu artikel dari gua sekitar pukul 2 petang ini.

Harap maklum...

31 March 2013

Menangkah BN?

Bhai... Semalam masa gua lepak-lepak kat kedai makan berhampiran lokasi latihan asas kewartawanan... Ramai yang tanya gua... Tanya pandangan gua tentang PRU13...

Rata-rata diorang nak tau berapa besar PR akan mendapat majoriti dari pengundi... Daripada apa yang gua lihat... Semuanya yang lepak ngan gua aderlah penyokong dan pendokong Pro-Rakyat...

Tapi biler gua bagitau diorang yang sebenarnya BN akan menang besar dalam PRU13 kali nih... Semua kata gua punya pandangan mengarut... Malah diorang sabitkan sokongan terhadap PR meningkat berkali ganda... Alasan diorang aderlah kerana setiap kali sesi ceramah atau rapat umum PR... Beribu orang akan hadir...

Hahaha... Gua gelak jer... Gua cakap kat diorang ... Itu semua takder maknanya... Kalu tidak dapat diterjemahkan atas kerta undi... Ini lebih kurang "menang sorak" jer... Tak lebih dari tue...

BN berupaya untuk menang besar dengan beberapa cara mudah... Cukup mudah... bezanya sama ada Najib Razak nak buat atau tidak...

Masalahnya... Dalam keadaan BN perlukan kemenangan yang "maha besar".... ramai pimpinan utama dalam UMNO/BN semacam cuma mensabotaj Najib Razak... Mahathir Mohamed sebagai contoh tidak habis-habis membantai dan mensabotaj Najib Razak... Hanya kerana mahu menaikkan Muhyiddin Yassin sebagai PM...

Manakala Khir Toyo pula tidak ketinggalan mengambil peluang untuk taji Najib Razak... Itu belum masuk lagi beberapa pemimpin diperingkat Negeri dan Bahagian yang tidak sehaluan dengan Najib Razak...

Pemimpin dari parti-parti gabungan seperti GERAKAN, MIC, MCA, PPP dan lain-lain juga nampaknya telah menunjukkan sikap tidak sepakat dalam banyak perkara dengan UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak...

Rakyat di peringkat bawahan sebenarnya amat menyokong usaha transformasi yang digarapkan dengan sebaiknya oleh Najib Razak, namun tanpa sokongan berterusan dari semua pemimpin BN... kemungkinan untuk BN gagal adalah cerah....

Jadi kesimpulannya... BN akan menang besar pada PRU13 kali ini jika semua pemimpin dalam BN tidak cuba untuk mengambil peluang memijak kepala sesama sendiri. Pelan transformasi Najib Razak sebenarnya berkesan dan berjaya memulihkan kepercayaan kepada kepimpinan BN yang diterajui oleh Najib Razak...

Gua percaya... Kalu takder yang perdajai dan sabotaj najib Razak... Tentunya BN akan menang besar... Errr... Sebab gua dah dapat tengok beberapa draf pengumuman dari Jabatan Perdana Menteri yang akan menguntungkan rakyat terutamanya untuk rakyat yang berpendapatan bawah 3000 sebulan...

Hehehe... Nantikan jer la pengumuman tue dalam sikit hari lagi... Hehehe... Dan lu orang mesti terkojut punya lah... Hahaha... Itulah senjata untuk Najib Razak menang besar pada PRU13 nih...... Hahaha

UNDILAH BN DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG....

25 March 2013

TERKINI : Analisis Keputusan PRU13 - Risikan Agensi

Bhai..... starting hari nih... sampai Jumaat... gua ader kat KL... ader urusan training .... biasa la... training kalu ader makan-makan... mesti gua takkan lepaskan peluang punya.... Hahaha..... kalu sempat.. gua akan panjat Bukit Aman jumpa kengkawan dan jugak pi HQ Agensi gua ....

So.... maybe gua tak sempat nak update aper barang dalam blog nih... jadik... ini gua bekalkan kat lu orang analisis keputusan PRU13 berdasarkan sentimen akar umbi seperti yang dibuat kajiannya oleh agensi gua.... Hahaha... ini berdasarkan situasi sepanjang September sampai Februari.... maybe akan berubah biler lagi hampir dengan PRU13.... tapi tak banyak jauh beza....

Melainkan ader magik dan tangan ajaib singh (no pun intended).... hahahaha.... Oh yer.. lu pernah dengar tak nama Yang Arif Dato' Ajaib Singh (seorang Hakim Mahkamah Tinggi satu masa dulu).....

Jadik... ini dier analisa tue... buat tatapan semua rakyat Malaysia....

Analisis Keputusan PRU13 Bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Analisis Keputusan PRU13 Bagi Kerusi Parlimen

Aper pandangan lu orang..... hahahahaha

13 February 2013

Ali Rustam Mahu Buat Kejutan

Bhai.... Hahaha... gelak giler gua nih... (aiyark.. kata mau menulis secara skema... aper daaa... flip-flop la gua nih... hahahaha)

Sori aaa... sori pasai susah betul lar nak skema nih... mana taknyer.. kalu tulis secara skema... nampak macam buat karangan 600 patah perkataan masa SRP dulu... hahaha... takmo la...  hahaha... okeh.. okeh.. kiter berbalik kepada citer yang kena mengena dengan tajuk "Ali Rustam Mahu Buat Kejutan" ... hahahah

Ali Rustam cukup konfiden yang BN Melaka boleh rampas kembali semua DUN yang dimenangi oleh DAP/Pakatan Rakyat ... Hahaha.. cukup konfiden... yang lagi best tue... tetiba dalam statement dier ... boleh plak dier mengaku yang dier pernah menganaktirikan penduduk bandar yang dikuasai oleh DAP/Pakatan Rakyat .... hahahaha

Dier mengaku tue bhai..... hahaha... lu tarak percaya ka... cer baca artikel yang gua rembat dari Sinar Harian nih... hahahaha

MELAKA – Barisan Nasional (BN) percaya mampu membuat kejutan merampas kembali kesemua kerusi milik pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan maklum balas penduduk.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berdasarkan sokongan rakyat negeri ini yang semakin padu memihak kepada kerajaan negeri, beliau percaya kesemua kerusi yang kini dipegang pembangkang di negeri ini akan bertukar tangan.

“Saya harap pengundi bagi peluang kepada BN supaya pelbagai transformasi lebih hebat dilakukan demi masa depan negara lebih makmur,” katanya semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP), Senator Datuk Chiew Tiang Chai, di sini, semalam.

Menurut Mohd Ali, PPP bakal mewakili BN pada PRU13 bagi kerusi Dun Kota Laksamana yang mencalonkan Tiang Chai untuk berdepan calon DAP.

“Saya bagi jaminan penduduk dalam bandar tidak akan dianak tirikan sepertimana masa lepas, walaupun bandar diperintah DAP. Saya tengok wakil rakyat DAP tidak buat kerja,” katanya.

12 December 2010

Bersediakah Kita?

Bhai.. sori la.. lama tak update blog nih... rezeki kena gak cari ... kan...kan.. kan... hahaha.... cuma dalam proses mencari rezeki nih... gua jumpa ramai orang... dan macam-macam jenis manusia.. macam-macam ragam... dan macam-macam pegangan politiknya...

Dalam bisnes.. gua tak kesah kalu nak deal ngan orang UMNO ker.. MCA ker.. MIC ker... janji deal bisnes kena telus.. kalu bisnes asik mau keching sama gua... memang la kena hambat kalau tak kena maki ker... tak kira la yang kenching tue orang PAS ka.. PKR ka.. DAP ka....

Bukan gua tak biasa dalam bisnes nih kena kenching dek orang PAS dan PKR... dah banyak kali dah.. cuma orang DAP jer belum pernah kenching sama gua... orang UMNO, MCA dan MIC... memang lagi kerap kenching dalam bab bisnes ngan gua nih... hahaha

Sori aaa.. terlalut pasai bisnes kat sini... hehehe... aper yang gua nak citer nih adalah..... lu agak-agak la bhai... bersediakan kita kalu ditakdirkan Allah Azza Wajalla membuka hati Najib Razak untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya mengadakan pilihanraya umum ke 13 nih dalam bulan Januari.... lu agak2... bersediakah kita?

Bersediakah kita? errr... gua rasa dan nampak macam tak bersedia jer... gerak gempur pon masih lagi buat sambil lewa... ceramah kelompok pon belum nak mula...

Wei... sentimen rakyat marhaen sekarang nih dah kembali aaaaa... kepada UMNO/BN..... Barisan Nasional sekarang nih tengah mantop... Pakatan Rakyat plak masih kucar kacir... bukan sebab BN yang kucar-kacirkan Pakatan Rakyat... tapi orang dalam PR sendirik yang buat kucar-kacir... pimpinan tue... semua jenis nak naik nama sendirik jer.. jenis giler glamer..

Tak kira la dalam mana-mana parti yang bersama dalam Pakatan Rakyat... orang PKR pon ramai yang jenis giler glamer... kat PAS pon ramai yang tikam menikam sesama sendirik... semua pasai nak glamer... DAP pon kena badi yang samer... hahaha...

Ini macam kalu.... nampak macam tak bersedia jer... macam mana nih...

Dan seperti ramalan gua... BN akan menang besar balik pada PRU13 .... tak percaya ka... hahaha... takper... takper..... dulu masa 1999 gua buat ramalan yang BN takkan tumbang... ternyata betul... dan tahun 2004.. gua kata BN menang besar pon betul gak... 2008 gua kata Selangor akan tumbang kepada Alternatif,.... pun terbukti betul.... hehehe

So.... tunggu jer la...

08 February 2010

Yahoo Zambry Menang

Yahoo ... Zambry menang ... hehehe.... tersenyum la Zambry Kadeer time nie... Yer la.. bukan senang nak menang... dah guna macam-macam cara.. Akhirnya Zambry Kadeer menang jugak... Nizar Jamaluddin dah kalah...

Tahniah la gua nak ucapkan kat Zambry Kadeer... banyak dah modal dier dok kuarkan nak bagi menang... Bukan dier sajer.. Najib Razak dan Zaki Azmi pon banyak gak tolong Zambry Kadeer...

Tidak dilupakan jugak kat Mufti Harus Sana Sini ... banyak dah fatwa dier kuarkan... bukan setakat fatwa.. siap bantu tolong buatkan solat hajat khas untuk bantu Zambry Kadeer...

Lepas nie.. beraya sakat la geng-geng UMNO/BN dan Zambry Kadeer kat Perak nih... yer la... dah menang kan.. kuasa dah ader kat tangan diorang.... Apa mau risau... hahaha... kalu ader lagi kes mahkamah lepas nie... sure akan menang lagie punya... hahaha...

Apa-apa pun.... nasihat gua pada Zambry Kadeer... ingat... kemenangan lu pada hari nie hanyalah sementara.. tidak ader yang kekal punya... kalu lu punya perangai macam siot dan macai... tunggu jer la pada PRU akan datang... tapi yang pasti PRU13 nanti pon BN masih menang lagie kat Perak... Majoriti pengundi kat Perak tue memang buta kayu... hehehe... sori aaa.... gua pon mengundi di Perak... di Tualang Sekah...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1