Kerusi DUN Kijal di Kemaman sudah lama dipegang oleh Ahmad Said. Orangnya mudah kira. Mudah bicara. Personally... gua memang kenal dengannya. Malah anak saudaranya yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman pun gua berkawan baik.
Tapi mari kita bercerita tentang undi... Pada PRU14 tempohari, bila mana kerusi DUN dipertandingkan... Ahmad Said cuma menang majoriti sebanyak 1265 undi sahaja.. Agak tipis juga.
Tapi kita kena ingat.. ada undi dari penyokong Pakatan Harapan yang pada masa itu mengundi calon BERSATU (masa itu PPBM masih bersekutu dalam PH). Untuk itu jika kita mengambil kira semua itu... kita boleh nampak sebenarnya undi memang agak tipis untuk menyebelahi Ahmad Said pada kali ini.
Kemungkinan perbezaan undi majoriti akan turun lebih banyak ... mungkin cecah puluh-puluh undi sahaja... Dan bagi kes Ahmad Said nih... payah nak ada undi menolak dari dalam kalangan ahli UMNO sendiri tak seperti di kawasan lain...
Kalau kita mengambil kira undi solid dari penyokong dan pentaksub Anwar Ibrahim .... mungkin ramai yang akan undi Ahmad Said kali ini.. Itu perkara biasa.
Namun.... bagi Undi18 ... hah... yang ini payah nak jangka sebab kebanyakkannya dikesan solid undi mereka kepada PAS... di banyak tempat.. dan tidak mustahil ianya juga berlaku di DUN Kijal kali ini.
Persoalan yang perlu diingatkan... beza undi mungkin tipis... sikit sangat.... dan kemungkinan akan berlaku kiraan semula undi beberapa kali.... Mungkin akan ada bantahan... dan mungkin akan berlaku sedikit kekecohan...
Apa pun... ini sekadar DUN... dan tidak merubah apa-apa diperingkat Nasional...
Fikir-fikirkan lah....
=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ
Razali Idris vs Ahmad Said |
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???