Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 May 2023

Isu Panas Sempena PRN - Episod 1 (Kelantan)

Bhai/DeeDee semua...

Diam tak diam.... masa dah makin suntuk... tak lama lagi Pilihanraya Negeri (PRN) akan dilaksanakan di 6 negeri... Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang...

Antara 6 negeri ini... sebenarnya masing-masing ada cabarannya sendiri... sentimen pengundi disetiap negeri adalah berbeza.. Kita tak boleh rangkumkan semua dalam satu pandangan... Cabaran untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebenarnya amat kompleks.

Sebagai contoh... di Kelantan... walaupun PAS dilihat mempunyai pengaruh besar dari segi politik, tapi ini tidak bermakna mereka boleh sambalewa dalam menangani keterujaan pengundi pro Pakatan Harapan dan UMNO/BN ... di Kelantan... kita semua tahu pertembungan kuasa politik sejak dari dahulu adalah antara UMNO dan PAS ... susah parti lain nak masuk daun... Dan kali ini... berkemungkinan besar PAS akan goyang jika kita ambil kira sokongan pengundi pro PH dan UMNO yang digabungkan...

Memang ajaib kalu nak dikira berlaku kemenangan besar bagi gabungan PH/UMNO di Kelantan... tapi ianya tidak mustahil... 

PAS dengan gabungan parti Perikatan Nasional pastinya tidak akan berdiam diri... Mereka pastinya akan cuba untuk menarik sokongan golongan muda Undi18 dalam usaha untuk memenangi semua kerusi DUN di Kelantan.

Isu panas di Kelantan pada dasarnya lebih terkait kepada kemudahan infrastruktur awam di sana... Jalinan jalanraya yang uzur... lebuhraya sambungan LPT3 yang sepatutnya dah lama dibangunkan menghubungkan Kelantan dengan Terengganu dan Pahang... dan isu utama berkenaan pembekalan air bersih terawat yang kronik disana.

Isu Pembekalan Air Bersih Terawat ini sebenarnya isu yang cukup lama... Alasan yang selalu diberikan adalah paip air yang lama yang tidak diselenggara dan dibaikpulih.... semuanya terkait kononnya kerana tiada dana yang mencukupi .... tiada peruntukan dari pihak Kerajaan Persekutuan..

Sebenarnya itu bukan isu... boleh ja nak repair dan selenggara semua paip yang ada.... tapi macam selalu gua bagitau la.. di Kelantan nih... penduduk akan buat binaan tambahan sampai kalo boleh ke gigi jalan utama .. jalan besar... 

Contoh ketara ... di area Kota Bharu... di kawasan Long Yunus dan Lundang.... hampir semua kedai akan buat binaan sambungan tambahan sampai ke gigi jalan...  Longkang pun kena tutup... usahkan longkang yang serupa macam bukan longkang... tapi laluan paip air besar pun kena tutup dengan sambungan binaan tambahan rumah atau kedai... Jahanam...

Macam mana nak repair... kalu repair mesti kena robohkan binaan... ader berani ka?? kalu tak kena parang tue kira okeh la.... tu pon lagi akan ader yang bising nakkan pampasan atas perobohan tue... walhal dibawah Akta Kanun Tanah Negara... pelaku salah membuat binaan haram diatas laluan "Right of Way @ ROW" boleh diambil tindakan tegas, denda dan hukuman lainnya... dan tiada pampasan boleh diberikan...

So .... macam mana la nak setel isu pembekalan air bersih terawat nih di Kelantan....

Itu baru kes air bersih ja... belum lagi isu terkait dengan peluang pekerjaan bagi golongan muda (Undi18) yang kurang di Kelantan nih... yang ini... benda simple jer... macam mana pelabur asing nak bukak industri di Kelantan kalu infrastruktur dan kemudahan lainnya ciput... macam baru lepas perang dunia ke dua .... Jalinan jalanraya, kemudahan air, kemudahan pelabuhan dan sebagainya yang PAS buat leka selama lebih 35 tahun..... 

Betul la pelabur boleh buat untuk dengan kos penggajian yang minimal dan kuasa buruh yang besar... tapi kalu pun ada kilang elektronik berskala besar disana pun... pekerja perempuan amat susah nak dibenarkan bekerja di sebelah malam... tambahan pulak isu berkaitan dengan kejutan sosial dan sebagainya...

Kalu nak tulis tentang cabarang di Kelantan nih... gua rasa mau boleh sampai5 episod... tapi malas la... ramai kata gua palatao.... hahaha... 

Tapi apa pun... gua tak nampak PH/UMNO boleh menguasai negeri Kelantan.... tapi gua nampak ianya sekadar seri 50/50 .... beza kerusi yang menang agak tipis...  dan gua saspek PAS dapat mengekalkan kuasa di Kelantan walaupun agak kritikal kemenangannya itu.

Perubahan politik di Kelantan hanya akan berlaku paling cepat sekitar dua kali Pilihanraya Negeri lagi.... lambat lagi..... So ... cepat-cepat la tackle Undi18.... itupon kalu nak menang la...

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



2 comments:

  1. Isu penting bukan sahaja utk takluk negeri Kelantan. Tapi kena sedarkan rakyat dan Melayu khususnya politik terbaik untuk negara.

    Politik pembentukan kerajaan tak sepatutnya hanya memilih pemimpin tumpu akhirat sahaja tapi gagal/tak tahu urus jana ekonomi dan pentadbiran dunia.

    Politik patut mula diajar secara formal di sekolah. Mungkin dari peringkat menengah.

    Alasannya politik dah pun mula didedahkan kepada kepada pelajar secara informal oleh ibubapa dengan fahaman masing2.

    Kalau bapa walaun, walaunlah anaknya. Kalau bapa walanon dll pun sama hasilnya. Fahaman mungkin hanya akan berubah bila menyedari kesilapan. Terlewat.

    Politik sepatutnya boleh berubah bergantung kepada performance. Bukan kepada cita2 negara Islam shj, tetapi tak tahu/salah cara untuk mencapainya.

    Pas, Umno, Pkr, Amanah dll semua nak negara Islam. Tetapi bagaimana cara dan bila? Adakah sampai perlu memfitnah atau mungkin hingga berbunuhan.

    Inilah mungkin punca Islam bergaduh sesama Islam. Di negara lain juga

    Tiada pendidikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. pendidikan itu penting.... ini dapat mengelakkan ketaksuban... sebab ketaksuban yang membuatkan politik jadi karut marut dan jahanam...

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1