Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bunuh Tanpa Niat. Show all posts
Showing posts with label Bunuh Tanpa Niat. Show all posts

05 May 2020

Penyelesaian Isu Arak Dan Pemandu Mabuk

Sebenarnya nak selesaikan isu mabuk ni cukup mudah. Hanya guna sistem terminal identifikasi sahaja.

Kerajaan kena arahkan semua premis yang menjual arak agak memasang unit terminal identifikasi yang mana untuk melakukan pembelian arak walau dimana pun di Malaysia, pengesahan identifikasi adalah wajib. Dan sistem ini mestilah “online” secara masa nyata (realtime).

Jadi kerajaan boleh menetapkan berapa mililiter pembelian oleh seseorang individu itu untuk minum arak untuk sehari. Penentuan adalah dengan nasihat pakar kesihatan dan pihak yang berwajib.

Sebagai contoh katalah disetkan dalam sistem pembelian dalam sehari cuma 250 mililiter sahaja, maka pembelian yang lebih dari itu akan secara otomatiknya dibatalkan.

Mana-mana premis penjualan yang didapati cuba menjual arak melebihi had pembelian yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan denda (kompaun) minima RM500 ribu bagi kesalahan pertama @ didenda (kompaun) maksima RM5 juta bagi kesalahan kedua. Sebagai tambahan, penjara mimina 3 bulan boleh dikenakan kepada penjual yang melakukan kesalahan ini atau maksima 10 tahun penjara (tanpa parol).

Mana-mana penbeli yang didapati cuba melanggar arahan pembelian yang ditetapkan ini boleh dikenakan denda minima RM50 ribu dan maksima RM1 juta beserta dengan hukuman penjara beserta rehabilitasi selama 1 tahun atau maksima 5 tahun.

Mana-mana pemilik syarikat atau premis yang didapati tidak menyediakan sistem identifikasi ini atau menjual secara haram boleh dikenakan tindakan denda minima RM10 juta atau maksima RM50 juta dan boleh dipenjarakan selama 5 tahun atau maksima 20 tahun mandatori tanpa parol.

Sistem identifikasi ini hanya menggunakan sistem MyKAD yang disekalikan dengan Lesen Memandu. Mana-mana pembeli yang tidak memiliki Lesen Memandu adalah tidak dibenarkan membeli arak. Ini secara otomatiknya dapat menentukan umur yang layak bagi seseorang untuk meminum arak.

Kenapa saya cadangkan penggunaan MyKAD dengan Lesen Memandu... ini adalah kerana untuk membuat “double verification”.

Dengan cara ini, isu mabuk akibat kesan alkohol dapat dikurangkan malah dihentikan dalam pada masa yang sama hak-hak orang persendirian untuk meminum arak seperti yang terjamin dalam Perlembagaan masih lagi boleh dibuat.

Ini adalah konsep menang-menang yang secara beransur boleh mengurangkan pengambilan  alkohol oleh rakyat Malaysia.

Kita juga boleh melaksanakan pemasangan "Breath Analyzer" pada setiap kenderaan persendirian atau komersial sebagai satu tambahan kepada sistem untuk menghidupkan enjin kenderaan dan jadikan ianya mandatori. Mana-mana orang atau syarikat yang didapati mengubahsuai peralatan "Breath Analyzer" dalam kenderaan ini boleh disabitkan dengan denda sebanyak RM1 juta (minima) atau sehingga RM10 juta (maksima) disamping boleh dipenjara antara 1 hingga 20 tahun (tanpa parol).

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1