Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Cabaran. Show all posts
Showing posts with label Cabaran. Show all posts

07 May 2023

Berapa Lama Mahu Sembang Gimik?

Bhai/DeeDee semua...

Pergh.... hebat.... siap buat cabaran... Hahaha... Takpa ... nanti kita boleh tengok berapa lama mahu sembang gimik... Kita tengok masa dalam Mahkamah nanti...

Hahahaha.... sediakan bertih jagung dan air kola korang semua.... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


Sembang Saorang Anwar Ibrahim


04 January 2023

Sembang Banyak Tagune

Bhai/DeeDee semua...

Sembang banyak tagune... prove it la Rafizi ooi... Jangan asyik nak meroyan bila orang kritik bagai sebab dulu lu pon kritik orang lain gak. Kena la fair and square... jangan emo.

Lu dulu pon tak tunggu 100 hari ja apa ka... terus tibai kritik dan bagi formula... sekarang kena kat lu la pulak orang tibai kritik dan mintak formula.... tau ka??? By the way... tak perlu pun tunggu pembangkang kritik baru nak buat tindakan... Gua nih bukan penyokong Perikatan Nasional atau Barisan Nasional... gua tetap kritik semua tindakan kerajaan yang tak betul... yang mana betul... gua sokong walau siapa kerajaannya....

Gua bukan Walanon atau Bangsa Slurpp....  Gua jugak bukan Walaun atau Macai...

Pendedahan sambungan kes LCS TLDM apa citer? Takkan sudah senyap??


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau sedia membawa perubahan kepada ekonomi negara kerana sudah memperolehi gambaran cukup bagi memikul tanggungjawab selepas sebulan memegang potfolio terbabit.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tempoh sebulan tersebut digunakannya untuk berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh utama ekonomi negara, termasuk pembuat dasar, pelaksana, sektor swasta dan pemegang taruh lain.

Naib Presiden PKR itu turut membidas pihak pembangkang yang mempertikaikan setiap usaha kerajaan.

“Ada dalam kalangan mereka yang memerli kononnya saya hanya nampak gah semasa menjadi pembangkang, tetapi tidak berkesan sebagai kerajaan. Itu satu cabaran yang saya akan sahut".

22 July 2013

Sokongan Gua Buat Kengkawan

Bhai/DeeDee sekalian.... Bagi sesiapa yang nak bagi kat awek dier ka... balak dier ka ... kad raya digital yang cute .... jangan malu dan segan.... boleh kontek member gua nih.... Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi di laman weblog dier di http://kadraya.kartunisubi.com/


Hahaha.... terbaek.... skrang gua nak tengok samer ader dua orang lagi member gua nih ader tak nak buat idea camnie....
  1. Fendi (Ronasina)
  2. NaZha Anua (Kartunster)
Aper lagie bhai... inilah masanyer menunjukkan skil lu orang .... Ubi boleh jual dengan harga RM7 jer ... takkan la lu orang tabley nak buat samer... Hahaha... Ini satu cabaran nih bhai.... hahaha...

13 January 2013

Satu Cabaran Kepada Barisan Nasional

Satu Cabaran Kepada Barisan Nasional.....

Semalam (12 Januari 2013) telah berlangsung satu perhimpunan aman oleh warga Malaysia di Stadium Merdeka sebagai meraikan satu usaha untuk memerdekakan Malaysia dari penjajahan Barisan Nasional yang selama 56 tahun telah menjahanamkan Malaysia dari pelbagai segi (ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya)

Dan media arus perdana telah memperlekehkan usaha perhimpunan aman in yang dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) dengan cara melaporkan bahawa himpunan ini tidak mencapat sasaran yang dikehendaki. Kita faham apa yang cuba ditampilkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star mahupun beberapa media lainnya termasuk media elektronik RTM dan TV3.

Oleh yang demikian, untuk berlaku adil kepada semua warga Malaysia yang membaca laporan dari media arus perdana ini, maka saya mencadangkan/memberikan cabaran kepada Barisan Nasional agar menganjurkan satu perhimpunan aman berskala besar ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh 12 Januari 2013.

Sila buat perhimpunan aman ini di Stadium Merdeka (waktu yang sama iaitu dari pukul 2 hingga 5 petang) juga dengan cara berjalan kaki (pemimpin BN perlu mengetuai perarakan ini) bermuila dari 7 tempat yang sama seperti yang dilakukan oleh massa pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah berlalu. Sila buat sama seperti yang telah HKR112 buat dan tiada kenderaan seperti bas dan sebagainya digunakan untuk mengangkut peserta perhimpunan terus ke Staidum Merdeka.

Dengan cara ini, maka dapatlah kita semua warga Malaysia menilai himpunan manakah yang lebih berjaya menarik sokongan dan penyertaan dari segenap lapisan masyarakat. Adalah diharapkan cabaran ini disambut dengan tangan terbuka dan berani oleh pimpinan dan ahli Barisan Nasional.

Sekian terima kasih.
Saya Warga Malaysia Prihatin


*** Harap sesiapa yang terbaca/membaca blog ini sila panjangkan cabaran ini kepada semua media sosial/awam dan dapat cabaran ini sampai kepada Barisan Nasional serta harap dapat memberikan sedikit kredit kepada blog ini. Jazzakallah Khairan Khatiran

22 December 2012

Telinga Adnan Yaakob Ditetak

Bhai... Agak-agaknyer la... Kalu BN kalah di Bentong di tangan DAP/Pakatan Rakyat... Ader chan tak kiter dengar berita bertajuk macam nih "Telinga Adnan Yaakob Ditetak".... Ader chan ker aaa.... Best gak aaa kalu dapat dengar macam nih ... Best bukan pasai aper... Pasai Adnan Yaakob berani membuktikan cabaran "potong telinga saya" dibuat dan dilaksanakan.... Hahaha

Telinga yang dah kena tetak atau kerat tue... Kita masukkan dalam botol fan awetkan... Boleh antor kat muzium jadi bahan pameran.... Hahaha

30 November 2012

Cabaran Adnan Yaakob Diterima

Bhai dan DeeDee sekalian... Lu orang baca betul-betul aper yang tertulis dan lu orang ingat dan simpan dalam memori... Dalam kapla.... Nanti kalu PRU13 DAP menang di Bentong... Mari kiter tengok samer ader Adnan Yaakob nih ader telor ker tidak...

Masa tue... kalu DAP menang di Bentong... Tak payah la tunggu orang lain... Gua pon akan potong telinga dier... Nih cabaran bodoh macam nih samer level dengan cabaran bebudak kat dalam FB dan Twitter pasai bolasepak baru-baru nih....

Semuanya janji dicapati...

So... Adnan Yaakob... Kiter tengok aaa samer ader lu ader brani kena potong telinga ker tidak... Hahahaha




28 November 2012

Cabaranmu Kuterima

Hahaha.... Cabaranmu kuterima wahai facebooker... Sila sahkan biler tarikh lu mau buat... Gua dan kengkawan jurugambar lain serta blogger akan buat satu siaran langsung... Hahaha.... Ekslusif...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1