Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jual Agama. Show all posts
Showing posts with label Jual Agama. Show all posts

30 December 2021

Ahmad Dasuki Abd Rani Tak Puas Hati

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah agak dah apa yang akan Ahmad Dasuki Abd Rani nak bising susulan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membatalkan semua tauliah mengajar agama bagi orang politik.... bagi aktivis politik...

Hahaha... sure meroyan punya... dan sure akan sabitkan dengan "Islam Terancam" .... hehehe...

Dan kini Ahmad Dasuki Abd Rani bawak tone kononnya... tindakan sedemikian hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.

"Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan. Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin"

“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin,"

Hahahahaha... ini lawak... sebab selama ini semua kuliah dan ceramah serta doa yang selalu Ahmad Dasuki Abd Rani buat mesti akan menjurus kepada memecahbelahkan sesama orang Islam... Sendiri buat sendiri tak tahu... bangang ka apa Ahmad Dasuki Abd Rani nih...

Hahaha... tak payah sembang la pasai isu lain... walhal isu sebenarnya... sen makin kureng... tak masyuk income la lepas nih ... tak dipanggil masuk tv dan radio... takleh pi kuliah kat Masjid dan Surau... takder la duit sampul....

Hahaha... spesis Ostad Sampul @ Ostad Envelope la .... memang terkenal lama dah... spesis jual agama... Hahaha



17 November 2021

Sejibik

Bhai/DeeDee semua...

Sejibik macam apa yang berlaku dalam dunia la nih... Lobai bercakap macam tahik.... itu belum lagi ader yang siap hulur tabung kutipan derma.... untuk derma jihad la...  walhal collect dari orang yang susah dan miskin....

Lobai hidup mewah....  adoilah..



02 October 2014

Bila Ostad Sampul Sembang Ja Lebih

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang gua rasa menyampah aderlah biler gua dengar Ostad Sampul dok bercerita tentang jihad menentang kezaliman... Cerita bukan main gah... Cerita bukan main gempak... Cerita macam la dier yang lead jihad dan penentangan tue... Last-last... Siap edar sana sini tabung derma jihad... tabung derma pondok... tabung derma institusi...

Tapi...

Biler golongan Mustad'afin dinafikan haq mereka... Ditindas... Ditekan dan dikenakan macam-macam tindakan yang menyempitkan kehidupan mereka... Ostad Sampul hanya setakat bercerita ja... Kalo nak kata ader tindakan... Hanyalah kalo ader media yang membuat liputan... Bab enter frame bagilah kat Ostad Sampul nih... Senang nak tengok perangai diorang biler ader pemilihan...

Ostad Sampul masih lagi mewah bhai.. Aper ader hal pada diorang bila mana harga bahan bakar naik harga... Takder kesan la bhai... Hidup Ostad Sampul hampir sama dengan Dewa dan Dewata Raya... Makan tanggung berak cangkung disponsor... 

Ader Ostad Sampul yang dinaikkan orang menjadi wakil kepada rakyat... Tapi menikus bila berdepan tugasan yang diamanahkan kepada mereka... Senyap sunyi tak berdetik dalam mesyuarat.... Usahkan soalan ... Hujjah pon takder...

Tapo kalo depan media... Mulut dier la nombor 1... Numero Uno... Macam chilaka ja...

Ader sekor Ostad Sampul tue... Berpusing-pusing dier ngelak daripada bertelagah memperjuangkan haq golongan Mustad'afin... Hanya kerana tebalnya sampul dari puak penzalim yang selalu dier dapat... Itupon masih ramai Melayu yang ikut dan folo ceramah dier yang isinya hanya setakat perkara seperti wudhu, haid, nifas, lafaz niat dan urusan zakat...

Tak pernah pulak dengar Ostad Sampul nih bawak kisah golongan Mustad'afin dalam kuliyyah dier... Agaknyer takut tak dapat kena sponsor dengan sampul tebal lagi kot...

Oh yer lupa... Kalo lu orang nak tau... Ostad Sampul la yang selalu dok puji dan puja golongan Dewa dan Dewata Raya... Siap guna ayat Al Quran dan Hadith lagi untuk justifikasi... Malah kalo Dewa dan Dewata Raya ader depan diorang... Bukan setakat cium tangan... Malah siap sembah sambil berbaring atas lantai lagi... Punya la taksub menyembah para Dewa dan Dewata Raya...

Ini semua bahan bakar api neraka ja...

Aper nak jadi aaaa Ostad Sampul nih... Errr... Taknak berjuang ka menghentikan pesta kenaikan kos sara hidup rakyat marhaen mustad'afin nih??? Biler aaa Ostad Sampul nih nak jadi real juara rakyat... Cukup-cukup la perasan bagoosh dengan jubah dan sarban serta songkok tinggi dan kot... Cukup-cukup la pakai Elysion, Vellfire, Alphard, Golf GTI, Bimmer, Merc.... Dan dapat layanan karpet merah... Cukup-cukup la pi Mekah dengan duit pendeposit Tabung Haji... Cukup-cukup la tangkap gambar sana sini tapi tak menangkap gambar kedaifan golongan mustad'afin... Cukup-cukup la dok melabel orang tue sesat orang nih sesat... Cukup-cukup la sekat dan halang orang yang menegakkan sunnah Rasul dalam menyediakan bahan makanan dan keperluan mengikut sunnah.... Cukup-cukup la "wa ampu sana wa ampu sini".... Cukup-cukup la disponsor terbang sana sini.... Cukup-cukup la kumpul ESOS dan Pink Form... Cukup-cukup la jadi DUTA dan keluar TV Akhbar jual agama....  Cukup-cukup la jadi "Broker" kepada pemaju dan peniaga....

Cukup-cukup la jangan nak membodohkan orang kampung dan makcik Felda dengan lakonan kezuhudan lu orang.... Sampaikan makcik-pakcik siap beratur nak bermenantukan lu orang... Cukup-cukup la susun ayat chantiq motivasi sana sini... Tapi sendiri tak ikut dan amalkan....

Poodah aaaaa....

BR1M = Berbaris Ramai 1si Minyak

26 December 2012

Ustaz Komersial

Bhai... Gua la nih nak citer pasai "Ustaz Komersial" nih... Dah jadi macam trend dah la nih... Sana sini ader jer citer pasai "Ustaz Komersial" nih.... Gua paham... Dalam zaman skrang nih... Memang wang ringgit menjadi matlamat... Jadi sasaran... Tak salah sebenarnya nak mengejar duit nih.... Cuma agak-agak lar...

Jangan la kerana nak mengejar duit ringgit nih sanggup berlakon terbaek... Ceramah sana sini... Tapi kalu payment (sampul) tak tebal terus takmo nak datang lagi dah... Siap demand... Kalu mau panggil bagi ceramah... Ader spesifik rate... Ader kadar tertentu...

Bukan la gua nak pertikaikan ilmu yang dier ader sampai boleh mengajar dan berceramah bab agama nih... Tapi... Agak-agak la... Semua ilmu tue dapat dari guru dier... Guru dier dulu pon tak caj melampau tinggi...

Kalu lu jumpa mana-mana bomoh yang realistik... Diorang tak caj pon perkhidmatan dier... Ikut kadar orang nak bagi jer... Ader sesetengah tue cuma boleh amik duapuluh lima duit (25 sen) ker sebagai pengeras... Sebab guru diorang dulu pon tak caj aper-aper masa diprang menuntut ilmu... Habis kuat pon cuma 25 sen jer...

Nih ader plak la jenis "Ustaz Komersial" yang glamer yang caj ribu riban kalu nak dier kasi ceramah... Walhal... Ilmu datang dari Allah dan disampaikan oleh guru dier pon takla dicaj mender mana pon... Tapi yer la... Dah glamer.. Dan dah dasar komersial...

Tapi paling best tue... Geng-geng "Ustaz Komersial" nih cukup anti ngan Yahudi dan Ahli Kitab... Tapi...... Gua maleh aaa nak citer la kehipokritan diorang tue... Hahaha.... Aper-aper pon... Kehipokritan "Ustaz Komersial" dah terdedah kat gua...

Sori ... Gua dapat info baek punya... Lu orang tak payah la nak bekap "Ustaz Komersial" nih aaaa....

24 May 2010

Bila Yang Tahu Agama Sama Bersekongkol

Okay... sebelum gua nak tulis lebih lanjut kat sini... lu orang kena tau... gua cuma berkerja sebagai enjin-nyior (engineer) dan bukannya alim ulama... belajo agama pon setakat yang ader jer la... cuma berkawan dengan ramai orang alim... itu jer.... tapi gua la nih cukup marah biler yang tahu agama sama bersekongkol mengharuskan yang haram...

Okeh.. straight to the point... judi dan arak hukumnya haram dalam Islam... takder kompromi...

Jadi biler ader pegawai penyelidik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dok bagi huraian panjang berjela yang lebih kepada mengharuskan tindakan kerajaan memberikan lesen judi sukan tue... pada gua... ini sudah lebih nih...

Mari gua sangkal beberapa point pegawai penyelidik YADIM yang bernama Mohd Shauki Abd Majid nih.... yang gua rasa paling kurang ader MA dalam bab agama nih...

"Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan." - Point Mohd Shauki.

"Ganti rugi yang diarahkan dibayar oleh Rasulullah bukan kerana Rasulullah membenarkan arak tapi kerana kesalahan merosakkan harta orang lain tanpa mempunyai kuasa yang ditetapkan. Malah kerja khianat amatlah dibenci oleh Rasulullah" - Jawapan gua.

"Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.


Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.


Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus." - Point Mohd Shauki.

"Err... masalahnyer kita tak banyak import arak.. tapi kita banyak eksport arak dengan adernyer dua kilang arak terbesar di Asia Tenggara. Kalu kita impot demi untuk kepentingan pihak kuffar, itu isu lain.. tapi kalu sudah eksport... apa cerita nih..


Gua cabar Mohd Shauki tunjukkan kat gua semua duit cukai arak dan judi tue diletakkan dalam akaun kerajaan yang mana satu.... Setahu gua semuanya bercampur aduk sekali... takder pengecualian. Belum pernah lagi Kementerian Kewangan ader akaun asing untuk cukai arak dan judi nih. " - Jawapan Gua

"Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.


Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar)." - Point Mohd Shauki.

"Tolong aaa... jangan salahgunakan 'usul fiqh' dalam menjustifikasikan point lu tue... oooo.. mentang-mentang la kalu judi tidak berlesan.. kerajaan tak untung.. jadi kalu buat berlesen kerajaan boleh untung... jadi untuk mengelakkan kerugian.. kerajaan guna point 'usul fiqh' dalam justifikasikan pemberian lesen.... bhai.. lu nie belajar agama kat mana.. Mesir ker Israel?" - Jawapan gua

"Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.


Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:


Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang.


Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang" - Point Mohd Shauki

"Bhai... lu jangan menghina Rasulullah... Rasulullah tidak segila yang lu tuliskan tue untuk mencampurkan yang halal dengan yang haram... Baik lu tarik balik point lu nih... Wang dari orang kafir tentulah memang bercampur aduk... Tentang harta Huyai tue... memang Rasulullah telah mengasingkannya dan ianya digunakan untuk urusan negara ... tapi bukan dicampur adukkan dengan dana lain.... ingat... lu jangan buat bidaah..." - Jawapan gua.

"Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum." - Point Mohd Shauki

"Isunyer sekarang nih... lesen diberikan kepada Vincent Tan... atas sebab apa.. hampir semua orang tahu bahawa Vincent Tan menyediakan dana untuk kerja-kerja haram UMNO/BN terutamanya wang untuk membeli beberapa ekor katak" - Jawapan gua

So.... penutup cerita.... kalu macam nie la pandangan seorang pegawai penyelidik YADIM yang gua saspek ader MA dalam bidang agama.... rasanyer... tak dapat la gua nak respek YADIM secara keseluruhan... nampak sangat la bila yang tahu agama sama bersekongkol mengharuskan malah menghalalkan yang jelas haram...

Artikel penuh Mohd Shauki Abd Majid ada di SINI

Nih... ader Ustaz pulak bantai Mohd Shauki Abd Majid ... baca di SINI

08 February 2010

Meleleh Air Liur Diorang

Kampung Baru (Kg Baru) adalah satu-satunya kawasan tanah milik melayu yang mempunyai nilai hartanah setinggi RM3000 sekaki persegi... Malah nilaian sebenarnya mungkin jauh dari itu. Inilah yang menyebabkan meleleh air liur orang melayu UMNO/BN nih... kenapa gua kata orang melayu UMNO/BN .... sebab orang melayu UMNO/BN la yang selalu dok cari jalan nak kaya cepat dengan jual aset melayu... cam sial jer...

Semenjak kita merdeka.... berapa banyak tanah rezab melayu, tanah pertanian melayu, tanah adat orang asal yang telah dirembat dan ditukar kepada milikan orang lain... Dah lebih 50 tahun orang Melayu kena tipu pasai tanah nih... begitu gak dengan orang Asal (Orang Asli)... berapa ratus hektar dah tanah adat orang asal yang disonglap...

Semua ini berlaku oleh kerana Melayu UMNO/BN yang tamak haloba yang pentingkan diri sendiri serta kroni mereka tanpa memikirkan tentang tanah air mereka... Yang menjual negara ini pun orang UMNO/BN ... kalu lu nak tau.. cuba cek sapa yang terlibat dalam projek haram jual pasir ker Singapura tue... sohih orang UMNO/BN tue...

Kg Baru nie memang best... kawasan segitiga emas... sebab tue la meleleh air liur diorang biler tahu berapa yang boleh diorang makan kalu Kg Baru dapat dijual.... Orang UMNO/BN nie bukan boleh kira... kalu telor diorang tue diorang boleh jual... dah lama dah diorang jual.... anak bini mak bapak pon diorang jual ... jadi aper ader hal diorang nak jual Kg Baru... tak kesah pon...

Singapura diorang jual... Pulau Batu Puteh pon diorang jual ... maruah diri dah lama dah diorang jual....

Jadi... buat orang Kg Baru... jangan la terpedaya dengan janji manis Najib Tun Razak nih.... nanti tak pasai-pasai kena jual nanti..

# update:

Pergh... orang Kg Baru dijanjikan RM4 juta tue... murah sangat la... itu Nong Chik dah jadi balachi jual tanah ker... cam siot jer... udah-udah ler tue... jangan la tipu Melayu....

02 November 2009

Episod Memali Kedua

Nasib baik malam tadi di Taman Sri Ukay tak berlaku episod Memali kedua... kalu tidak lagi haru ... yer la.. para jemaah yang mendengar ceramah dan para penyokong Bekas Mufti Perlis Dr Asri bertegas tidak benarkan Dr Asri ditangkap ...

Kalu la jadi macam kes Memali dimana Ustaz Ibrahim Libya dulu.. polis lagi ramai datang... siap dengan kenderaan berperisai lagi... siap dengan senjata M16 la... tapi malam tadi cuma ader 35 orang jer polis berpakaian seragam dok kepung banglo dimana Dr Asri memberikan ceramah agama ...

Pergh.. kalu tidak malam tadi ader la peluru berterbangan ... ader yang maut kot.. dan ramai la yang hari nie merengkok dalam lokap.... silap haribulan dikatakan terlibat ajaran sesat dan menggangu gugat ketenteraman macam kes Ustaz Ibrahim Libya dulu di Memali...

Pegawai JAIS ramai yang datang... tapi yang best tue.. dengar khabar takder sorang pon bawak waran tangkap dan jugak waran geledah... Polis pun dengar khabarnya tak bawak apa-apa waran daripada Majistret ... hahaha.... takkan tak paham undang-undang kot...

Okey ler... gua bukan nak defend sangat Dr Asri tue... memang ader yang gua tak ngam dengan dier.. tapi bab isi nie gua defend gak dier.. yer la... Kalu bekas Mufti pun takder tauliah untuk beri ceramah agama ... errr... takkan Khir Toyo pulak boleh ader tauliah... hahaha...

Err.... gua rasa ini semua provokasi pihak UMNO/BN la... nak kasi laga-lagakan dalam Pakatan Rakyat... JAIS nie bawah kuasa Sultan Selangor .. dalam negeri Selangor ader EXCO Agama ... hehehe... sapa lagi kalu bukan Hassan Ali la... hahahahaha ... jadi.... jeng-jeng-jeng ...... ini macam ader citer lain disebaliknyer... ader orang yang kasi main dan ada orang yang kena main... hahahaha....

Takkan lu tabley baca kot... hahahaha

14 October 2009

UMNO Masih Relevan

Bhai...

Gua nak tanya lu.... lu agak-agak la... UMNO masih relevan lagi ker dalam persada politik di Malaysia nih? Apa pentingnya UMNO masih relevan dan ujud?

Pada gua la... UMNO tue masih penting lagi... yer la.. kalu dah takder UMNO .. ngan sapa lagi PAS nak lawan.... hahaha... takkan nak lawan ngan Makkal Shakti ... hahahaha.... jauh bezanyer tue...

UMNO memang best.... sebab banyak yang lagho ader ngan diorang... tapi.. kalu UMNO tak macam tue... aper modal PAS nak bantai dan serang UMNO sepanjang masa... hahahaha.... kena la baik lawan jahat... hero lawan samseng... hahahaha

So ... UMNO masih relevan walau apa pun pusingan dan pembaharuan yang dibuat sehingga menghilangkan jati diri UMNO ... UMNO itu Melayu... dan Melayu (totok macam Hassan Ali dan Khir Toyo) itu UMNO ... hahahaha

Jadi UMNO tue memang masih relevan...

Wahdatul Rishwah

Pergh... ader rukun baru UMNO/BN nampaknyer.... hahaha

Rukun Islam dah ader.. Rukun Iman dah ada, Rukun Nikah dah ader, nie Rukun Pembaharuan UMNO ... pergh.. hebat.. hebat..
  1. Wahdatul fikr,
  2. Wahdatul qalb,
  3. Wahdatul amal,
  4. Wahdatul hadaf,
  5. Wahdatul rishwah (nie Pak Bakaq yang bagi idea tambah nih)
Hebat... hebat.... Kalu dulu UMNO/BN dok cadang Islam Hadhari (Islam yang ada had dan hari tertentu sahaja) ... la nie ader fatwa baru la pulak dah kuar yang gantikan Islam Hadhari kepada 1Malaysia (WahWahWahWah) ....

Mana taknyer... ader 4 WahWahWahWah .... iaitu wahdatul fikr, wahdatul qalb, wahdatul amal, wahdatul hadaf.

Hahahaha... hebat la UMNO/BN nie... yang pada diorang nih perkataan takbir mana ader.. yang ader "take beer" jer.... apa punya setan la gini... UMNO/BN mana ader takbir dah tahmid memuji Allah S.W.T ... kalu ader pon.. cuma salawat keatas Rasulullah S.A.W jer....

So.... dalam keadaan UMNO/BN yang suka sangat kat rasuah nih... apa kata kita tambahkan satu lagi Wah kat dalam rukun UMNO/BN tue.. Isa Samad tentu suka.. pengundi di N31 Bagan Pinang tentu suka gak.... Wahdatul Rishwah...

04 October 2009

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Dr. Mohd Ridhuan Tee,

Bhai...

Dulu dan sampai la nie gua respek sama lu.... betul... gua respek... gua Islam sejak lahir (Islam diwarisi) dan lu pulak "embrace" Islam pasai lu tengok Islam tue baik... kira lu lagi bagus dari gua la...

Itu cerita Islam ... ini gua nak tanya lu satu hal....

Iman dan Amal merangkumi semuanya dalam Islam ... betul kan... jadi sebagai orang yang beriman dan beramal, sure kita boleh menjadi orang Islam (muslim) yang sejati... Dalam Islam ... ader beza antara ketaatan dengan Allah S.W.T secara total dengan ketaatan kepada Allah S.W.T secara sebahagian-sebahagian..

Lu (Dr. Mohd Ridhuan Tee) siap bantai PAS dengan label parti ultra kiasu nie ngaper ... Ader PAS buat salah sama lu ker... ader PAS sekat lu belajar agama ker.. So aper masalah lu sebenarnya dengan PAS ... yang lu sokong sangat EXCO yang pentingkan assobiyah berbanding agama tue ngaper...

Agama menganjurkan perpaduan dan persepakatan... kalu ader yang tak nak perpaduan dan persepakatan.... rasanyer dah jauh dengan agama nih...

So .. gua rasa lu (Dr. Mohd Ridhuan Tee) patut bagitau secara open tentang pegangan politik lu ... kalu lu orang UMNO lu ngaku jer la... kalu lu kata berpolitik tue tak penting... baik lu jangan sentuh langsung pasai politik... lu baik belajar balik bab agama Islam yang didalamnya ada politik.... Islam tidak mengasingkan politik dan kenegaraan.....

So ... lagi banyak lu (Dr. Mohd Ridhuan Tee) bercerita pasai politik ... lagi kurang rasanya gua dan orang lain respek sama lu.... sori aaa.... Lu jangan jadi macam ramai ulama suq yang kerjanyer mencari dunia berbanding mencari akhirat.

Lu jangan jadi macam Harussani .... Mufti Perak tuh...

17 September 2009

Bila Raja Sama Raja Bergaduh

Bila Raja sama Raja bergaduh ... rakyat tepuk tangan... hahaha...

Yer la... nampak macam sinetron Indon jer... hahaha.. tak pon macam Telenovela Latin... hahaha..

Agak-agaknyer la... semua anak-anak raja nih suka lepak niteclub ker... gua sendiri haram tak pernah jejak kaki pi tempat maksiat macam tue... mak bapak gua bagitau.. tue tempat banyak setan melepak... sebab tue la air kencing setan berlambak kat situe.. lepas dah banyak air kencing setan ... maka senang skit nak jadi setan... buat projek... dapat anak setan la pulak lepas tue... hahaha...

Diorang nie tak pernah diajar tentang agama ker... Kata jadi penaung Agama Islam .. tapi perangai lebih kapir (gua bukan salah eja aaaa) dari orang kafir ... yer la... ngaku Islam.. tapi kapir ...

Macam nie ker nak jadi pemimpin (leader) ... kalu dah perangai pun hampir sama macam setan... kalu macam nie la.. tak terkejut sangat la kalu diorang nie sokong sangat UMNO/BN terus berkuasa... sebab kalau PAS/PR memerintah ... orang Melayu yang mengaku Islam tak boleh nak beli arak secara terbuka... hahaha kena beli pasaran gelap... hahaha..

Gua nak tanya nih... Mufti Johor (Mohd. Tahrir) dan Mufti Negeri Sembilan (Mohd Murtadza) nie takkan tak reti nak nasihatkan golongan istana nih.. kalu tak berani (takder telor) .. sila la letak jawatan jadi Mufti tue.. buat malu jer... takkan sanggut tolak rezeki akhirat berbanding rezeki dunia...

Malu la gua pada dua orang Mufti Kerajaan Negeri nih.. belajar agama tinggi.. tapi pengecut.. takder telor.. Ini la jenis ulama suq nih... tak boleh pakai..

11 September 2009

Sedih Dan Syahdunya


Agak-agak lu apa yang sedih dan syahdunya Hishamuddin Auw-Auw dalam gambar diatas nih...

Mengalir air mata pasai apa... pasai sedih ingatkan 2012 nanti dah tak jadi Ahli Parlimen dan Menteri lagi ker? atau pasai sedih ingatkan banyak lagi duit tak abis kaut sebelum kantoi PRu13 nanti? atau ..... hahahaha... pasai sedih ingatkan macam mana dier akan dibicarakan nanti atas kes rasuah dalam Kementerian Pelajaran masa dier jadi Menteri Pelajaran dulu..... hahahaha

Kesian sungguh gua kat dier nie... maksiat yang dier buat dulu (minum arak dan sebagainya) tue dah buat taubat nasuha ker... kalu belum ... baik la buat cepat ...

Nie masa kat KDN nie lagi banyak buat kerja zalim.... ingat-ingat la skit kat akhirat... jangan ingat lu boleh menopang dunia nie sampai bila-bila..

Oh yer... terperasan gua kat Imam Duit kat sebelah Hishamuddin tue... segak lagi nampak.. lama dah tak kuar dalam TV ... low profile ker.... biler lagie kitorang boleh dapat tengok aksi tendang tong kertas undi tue... PRU13 ker... hehehe...

Cuba Imam Duit tue kasi skit tazkirah dan kuliah kat Hishamuddin auw-auw tue... err... masih reti ker buat tazkirah dan kuliah nih... ingatkan biler dah duit berlambak banyak.. Imam Duit dah lupa apa yang dier belajar dulu tue... hahahaha

Parpukari Baik Punya Promote


Dei thambi Parpukari...

Lu nak buat perhimpunan nih... ader amik permit ka... kalu takder ... pi la amik...

Dei PDRM ....

Kalu Parpukari & The Gang buat perhimpunan haram tue... tolong sediakan tear gas dan water cannon yer... Parpukari mana berani kena tear gas... hahaha...

Dei Thambi Parpukari...

Lu punya mak bapak ader izin ka lu kutuk Hindu nie... hehehe ... lu kan ker keturunan Keling gak... hahaha

UMNO Adalah Parti Islam - Najib Razak

Hahahaha

UMNO adalah parti Islam kata Najib Razak... hahahaha... lawak la...

Cuba lu semak benda nih...

  1. ISA tue bukan ker bercanggah dengan fitrah (sedangkan Allah S.W.T pun memberi peluang kepada kita untuk dibicarakan)
  2. Arak tu bukan ker haram... Abis tue yang bagi lesen arak tue sapa... Mirzan Mahathir jadi direktor syarikat arak Filipina tue bukan ker orang UMNO
  3. Judi memang haram ..... berdosa ... siapa yang luluskan 10 lesen judi baru kalau bukan Najib Razak. Genting tue plak apa cerita
  4. Zina itu haram ... abis tue kenapa ramai pimpinan UMNO terlibat dengan zina
  5. Rasuah itu haram ... 99% perwakilan UMNO terpalit dengan rasuah...
  6. Jenayah itu haram ... err... Altantuya dan Mustakizah tue siapa yang arahkan dibunuh
  7. Salahguna dana awam tue haram ... macam mana ader ramai ADUN UMNO terlibat dengannya di Selangor macam didedah kan oleh DO
ada banyak lagi la bhai... maleh la nak tulis... terlalu banyak la.... nak buat camana .... memang la UMNO parti Islam... tapi Islam Hadhari.... Islam yang ader had dan hari tertentu... hahahaha... Islam 1Malaysia....

27 August 2009

Contempt Of Court

Gua sebenarnya malas nak ulas pasai isu Kartika Sari Dewi Shukarnor ... isu sebenarnya kecik jer... malah pesalah dah sanggup untuk terima hukuman... keluarga dier pon dah redha dengan hukuman tue...

Abis tue... apa yangg jadi masalah pada orang lain yang dok komen macam-macam sampaikan siap kutuk bahawa hukuman tue melampaui batas...

Wei... lu gila ker nak komen dan tuduh macam-macam tue.... Lu tau dak apa yang lu cakapkan (termasuklah apa yang Najib Razak dan Shahrizat Jalil ulaskan) tue semua boleh diklasifikasikan sebagai menghina mahkamah (Contempt Of Court) ...

Benda simple macam nie pon takkan tak tau.. bodoh ker apa.... Lain kali tanya orang dulu... apa yang patut dibuat atau tidak...

Nie mengelejat tak tentu pasai nie bukan sebab apa... kalu hukuman nie dah boleh jalan.. ramai yang kena... silap-silap ramai pak dan mak menteri yang kena hukuman sebat nih.. pasai minum arak.... hahaha...

Dulu Jeslina Hashim (artis) tue kena tangkap dan akhirnya boleh lepas semua sebab Shahrizat Jalil punya hal.... guna power dier untuk selamatkan anak sedara dier... Gua rasa kalu ader hukuman cam nie... dah lama Jeslina Hashim tue kena sebat... hahaha... ader member kasitau gua yang Jeslina Hashim nie kaki togok.... ntah la..

Memang gua tau ramai artis, menteri, ahli politik, ahli perniagaan dan orang biasa yang mengaku Melayu Islam tapi togok air setan tue hari-hari....... Depa nie nama jer Melayu Islam .. tapi pada kulit jer... isi .. haram jauh dari bau syurga... ntah apa nak jadi dengan diorang nih...

So.. berbalik kepada isu "Contempt Of Court" nih... ini nasihat gua yang terakhir... jangan kacau daun dan jangan komen lebih lebih... sebab boleh diklasifikasikan sebagai menghina mahkamah.

25 August 2009

Sudah Meningkat Ke 80%

Penat PAS kali nih... N11 Permatang Pasir khabarnya semakin tenat...

Ada laporan yang sampai mengunjurkan bahawa N11 Permatang Pasir hampir pasti milik UMNO/BN kerana kekuatan momentum Calon BN kali nie dah cecah 80%.

Gua macam tak percaya benda nih boleh berlaku... awat ... pengundi pon boleh terpedaya ker dalam bulan posa nih... giler aper amik duit rasuah undi dalam bulan posa... boleh batai posa tau dak...

Tapi UMNO/BN mana ader kira halal haram... semua dier redah... hehehe.. sampaikan ATM pon diperkudakan...

Apa-apa pun... sebaik mana perancangan UMNO/BN ... lebih baik lagi perancangan Allah S.W.T ... tengok la keputusan malam nih... betui ka apa yang dilaporkan pada gua... Gua masih lagi harap PR akan terus mengungguli semua PRK di Semenanjung ....

Kalu UMNO/BN kalah la kali nie.... pimpinan atasan termasuklah Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Najib Razak kena pi potong lagi "chedek" (ikut bahasa orang Perak) ... hahaha .. kasi abis sunat "chedek" tue sekali lagie...

Selamat Mengundi N11 Permatang Pasir

Jangan lupa aaa...

La nie bulan posa... jadi buat pilihan yang tepat... ader orang bagi rasuah... jangan amik... boleh batai posa kalu amik...

Undi ikut akal.. dan jangan ikut nafsu... Ingat Allah S.W.T tengok apa yang lu undi...

Kat Akhirat nanti lu akan ditanya mengenai apa yang lu undikan tue.... ingat..

23 August 2009

Senarai 27 Hotel Halal Jakim

La nie kita semua tertanya-tanya... mana dier senarai 27 hotel halal yang diiktiraf oleh JAKIM ... takkan tak boleh publishkan senarai tue..

Khabarnyer ader sekitar 2000 hotel di seluruh Malaysia... tapi cuma 27 hotel jer yang tersenarai dalam senarai hotel yang halal. Susah sangat ker hotel-hotel nie nak dapatkan pengesahan sijil halal....

Promo bufet berbuka puasa macam nak rak... siap berlawan sana sini.. mana yang hebat... mana yang menunyer pelbagai.. mana yang chef dier International dan ader nama... sesetengah tue siap ader 1001 jenis lauk dan kuih... giler ker apa.

JAKIM pun satu... susah ker nak publishkan senarai 27 hotel halal mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jakim sendiri... takkan takut kena saman kot... Patutnya hotel-hotel nie tak boleh nak saman Jakim.. pasai diorang sendiri yang tak nak dapat pengiktirafan sijil halal...

Puasa kena bersih... suci... termasuklah amalan, perbuatan, makanan dan minuman... semua kena halal lagi suci.... halalan tayyiban.... baru ler diterima amalan puasa itu sendiri...

Ini dah la amalan pon kurang... makanan pulak tak halal.... huh.. apa guna puasa kalu cam tue...

22 August 2009

Okeh .. Apa Masalahnyer?

Ini gua capture dari laman web UTUSAN

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’


Apa masalah sebenarnya kat sini.. pada pandangan gua... takder apa yang Nik Aziz cakapkan (berdasarkan transkrip nie) yang salah...

Benda betul... UMNO/BN memang dari dulu lagi tolak Islam... Siap perlekehkan undang-undang Islam... walhalnyer sejak dahulu kala lagi negeri-negeri di Semenanjung Tanah melayu nih dah guna perundangan Islam... bodoh ker apa UMNO/BN yang asik dok tolak Islam nih..

Kalau kes zina... abis-abis pon kena denda jer... sapa pon boleh bayar... Ini semua UMNO/BN punya undang-undang la... ikut sangat Lord Reid punya idea... Ada undang-undang Islam yang baik tak mau nak guna... katanyer tak boleh pakai kat Malaysia sebab masyarakat berbilang bangsa dan agama.... errr... abis tue dulu masa belum ujudnya Malaysia nih... boleh jer orang takder masalah terima undang-undang Islam.... Zaman Melaka dulu.... takder masalah pon...

UMNO/BN memang amalkan agama suku, politik suku... tue ader masalah tue... boleh sesat kalu pakai amalan tue... Islam merangkumi semua... agama, ekonomi, politik, siasah, undang-undang dan segalanyer.... jadi kalu UMNO/BN tolak satu sahaja daripadanyer... boleh jatuh sesat tuh... biler dah sesat... jauh la dari pintu syurga... tapi dekat dengan pintu neraka...

So what?

21 August 2009

Dah Leading Tapi Bodoh

Kalau dalam perlawanan bolasepak.... bila satu pasukan dah leading 1 - 0 .. pastu masa pulak dah tinggal masa kecederaan ... tapi ader plak ketua pasukan yang leading tue suruh anak buah dier perlahan skit main.. pastu siap gawang gol terbukak takder sapa nak jaga... yer la... dah rasa leading kemas... dan konfiden boleh menang punya.....

Lepas tue..... tetiba atas sebab bodohnyer ketua pasukan yang leading tue.... ader plak pemain lawan dapat peluang nak buat penalti.... hahaha.. hah... kan dah kantoi... silap-silap boleh seri perlawanan tue...

Ini bodoh piang punya ketua pasukan.... bodoh nak mampus...

Apa yang gua ceritakan nih sama senarionyer dengan kes yang Nasaruddin Tantawi buat semalam ...

Betul-betul bodoh punya Ketua Pemuda PAS ... dah memang bagus dah leading PAS kali nih di N11 Permatang Pasir.... tetiba.. Ketua Pemuda PAS (Nasaruddin Tantawi) pulak buat kerja bodoh..... yang bawak isu isteri kedua Rohaizat Othman tue apersal... kenapa tak tanya orang lain dulu... ader patut ker bawak isu tue... tapi tidak.... kalu dah bodoh tue orang kata susah nak bentuk...

Sori la Tantawi ooi... gua bukan kutuk lu pasai keilmuan lu... tapi idea singkat lu yang bodoh tue la yang memberikan peluang (lifeline) buat UMNO/BN survive balik kat N11 permatang Pasir...

Gua rasa la lu tak layak jadi Ketua Pemuda PAS Malaysia .. tahap mindset lu cuma layak jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan jer... tak pon level cawangan jer... lu memang takder idea dan strategi.. lu main tangkap muat jer... sori la... kekadang tue biler orang dah rasa dier punya ilmu agama tue lebih bagus dan baik dari orang lain... dier akan rasa dier hebat sangat..

Tue la masalah lu... Memang wajar la orang lain kaitkan lu dengan Nasaruddin Mat Isa yang sokong kuat Kerajaan Perpaduan tue dulu... bodoh piang punya ulama ... lain kali sebelum nak buat apa... pi semayang isytikharah dulu... mintak panduan dari Allah S.W.T .. jangan main sedap syok jer keluar isu.. siap buat press conference lagi...

Gua rasa la.. Nasaruddin Tantawi oooi.. lu patut letak jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia la... kasi balik kat Mahfuz Omar atau Salahuddin Ayyub.... lu buat malu orang PAS jer.... bodoh punya orang...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1