Okay... sebelum gua nak tulis lebih lanjut kat sini... lu orang kena tau... gua cuma berkerja sebagai enjin-nyior (engineer) dan bukannya alim ulama... belajo agama pon setakat yang ader jer la... cuma berkawan dengan ramai orang alim... itu jer.... tapi gua la nih cukup marah biler yang tahu agama sama bersekongkol mengharuskan yang haram...
Okeh.. straight to the point... judi dan arak hukumnya haram dalam Islam... takder kompromi...
Jadi biler ader pegawai penyelidik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dok bagi huraian panjang berjela yang lebih kepada mengharuskan tindakan kerajaan memberikan lesen judi sukan tue... pada gua... ini sudah lebih nih...
Mari gua sangkal beberapa point pegawai penyelidik YADIM yang bernama Mohd Shauki Abd Majid nih.... yang gua rasa paling kurang ader MA dalam bab agama nih...
"Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan." - Point Mohd Shauki.
"Ganti rugi yang diarahkan dibayar oleh Rasulullah bukan kerana Rasulullah membenarkan arak tapi kerana kesalahan merosakkan harta orang lain tanpa mempunyai kuasa yang ditetapkan. Malah kerja khianat amatlah dibenci oleh Rasulullah" - Jawapan gua.
"Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.
Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.
Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus." - Point Mohd Shauki.
"Err... masalahnyer kita tak banyak import arak.. tapi kita banyak eksport arak dengan adernyer dua kilang arak terbesar di Asia Tenggara. Kalu kita impot demi untuk kepentingan pihak kuffar, itu isu lain.. tapi kalu sudah eksport... apa cerita nih..
Gua cabar Mohd Shauki tunjukkan kat gua semua duit cukai arak dan judi tue diletakkan dalam akaun kerajaan yang mana satu.... Setahu gua semuanya bercampur aduk sekali... takder pengecualian. Belum pernah lagi Kementerian Kewangan ader akaun asing untuk cukai arak dan judi nih. " - Jawapan Gua
"Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.
Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar)." - Point Mohd Shauki.
"Tolong aaa... jangan salahgunakan 'usul fiqh' dalam menjustifikasikan point lu tue... oooo.. mentang-mentang la kalu judi tidak berlesan.. kerajaan tak untung.. jadi kalu buat berlesen kerajaan boleh untung... jadi untuk mengelakkan kerugian.. kerajaan guna point 'usul fiqh' dalam justifikasikan pemberian lesen.... bhai.. lu nie belajar agama kat mana.. Mesir ker Israel?" - Jawapan gua
"Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.
Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:
Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang.
Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang" - Point Mohd Shauki
"Bhai... lu jangan menghina Rasulullah... Rasulullah tidak segila yang lu tuliskan tue untuk mencampurkan yang halal dengan yang haram... Baik lu tarik balik point lu nih... Wang dari orang kafir tentulah memang bercampur aduk... Tentang harta Huyai tue... memang Rasulullah telah mengasingkannya dan ianya digunakan untuk urusan negara ... tapi bukan dicampur adukkan dengan dana lain.... ingat... lu jangan buat bidaah..." - Jawapan gua.
"Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum." - Point Mohd Shauki
"Isunyer sekarang nih... lesen diberikan kepada Vincent Tan... atas sebab apa.. hampir semua orang tahu bahawa Vincent Tan menyediakan dana untuk kerja-kerja haram UMNO/BN terutamanya wang untuk membeli beberapa ekor katak" - Jawapan gua
So.... penutup cerita.... kalu macam nie la pandangan seorang pegawai penyelidik YADIM yang gua saspek ader MA dalam bidang agama.... rasanyer... tak dapat la gua nak respek YADIM secara keseluruhan... nampak sangat la bila yang tahu agama sama bersekongkol mengharuskan malah menghalalkan yang jelas haram...
Artikel penuh Mohd Shauki Abd Majid ada di SINI
Nih... ader Ustaz pulak bantai Mohd Shauki Abd Majid ... baca di SINI
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
24 May 2010
3 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
hehe..betul punya marah Bro.. cool it my man. Pada aku cukai arak & lain yg haram & syubahat apatut ada pengasingan yg ketara. Jika tak memang susah hati semua yg Mukmin. Jika orang atas/ pemerintah betul-2 boleh asing semua tu, sumber pendapatan jadi halal 100%. Kalau tak memang kita kena sucikan pendapatan & duit dr bank tu... agak-agak berapa yek? hehe..was-was jadinya. Tapi tetap kita tak salah kot? entah le...bukan ke ada hadis pesan ni la debu-2 riba hingga kita tak dapat elak zaman akhir ni kecuali kita duk dlm gua...asing diri/ekonomi/dll.
ReplyDeleteYang muslim macam Shau-don-key walau orang agama pun, apa dia kira? Janji bos atau majikan masyuukkk..dia pun terus dapat kerja & gaji ..promotion? tu dia punya hal laa..hehe ..oh UMNO kata PAS tunggangan DAP yek? UMNO & Kerajaan Barisan nasional JELAS tunggangan tauke judi, babi dll yg haram jadah...ha ha ha.
Dan patut sangatlah Ustaz Asri tak mahu jadi Pengerusi (?) YADIM tu ..... malu dia nanti ada anak buah camni.... kot?
ReplyDeleteBhai Hanz_Azdi...
ReplyDeleteMemang gua marah... hehehehe... gua setuju kena ader pengasingan yang jelas nyata.. Kalu bercampur aduk tue yang takut tue...
Bukan aper.. gua marah sebab orang yang pandai agama nieh bawak senang jer isu halal haram nih.. siap bawak doktrin yang bahaya....
Bhai Mahaza...
Gua pon saspek macam tue gak... Malu la dier kalu ader staff macam bangang nih...