Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 May 2010

Ascot Sport Mendapat Persijilan Halal Jakim

Tahniah la gua nak ucapkan.... Pertama sekali kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport telah mendapat persijilan halal Jakim. Ini memberi peluang kepada Ascot Sport menyediakan khidmat judi bolasepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan....

Kedua... gua nak ucapkan tahniah jugak kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport adalah satu-satunya syarikat judi yang mendapat persijilan halal dari Jakim mengikut keperluan ISO 9001/2010 dan 14000/2010 .... tahniah....

Ketiga ... gua nak ucapkan tahniah kepada Vincent Tan ... sebab berjaya melobi lesen dan persijilan halal ini untuk syarikat judi beliau... tahniah...

Keempat... gua nak ucapkan tahniah kepada semua pengguna/pelanggan/agen/pemegang saham Cosway, ECosway, UMobile, Kenny Roggers Roaster dan lain-lain syarikat yang bernaung dibawah Berjaya Group atas sokongan anda semua (Islam atau tidak) untuk memastikan keberjayaan persijilan halal untuk judi sukan bolasepak yang dilobi oleh Vincent Tan... pemilik Berjaya Group.

Kelima.... Gua nak ucapkan tahniah kepada Najib Razak kerana sudi untuk memberikan lesen judi sukan kepada Berjaya Group milik Vincent Tan....

Keenam.... Gua nak ucapkan berjuta-juta terima kasih dan tahniah kepada Mufti Perak Harussani Zakaria kerana telah memimpin bacaan doa selamat untuk Ascot Sport menjalankan judi sukan bolasepak ini....

Ketujuh... Gua nak ucapkan jugak tahniah kepada sotan yang memberikan pengat pisang kepada Vincent Tan... kalu tak ader pengat pisang... macam mana nak laju bisnes...

Kelapan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana bersetuju (hangpa diam kira bersetuju la) atas pengurniaan dan pemberian sijil halal kepada Ascot Sport untuk jalankan judi sukan bolasepak....

Kesembilan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Jakim dan Halal Hub kerana kerjasama yang mereka berikan...

Kesepuluh.... Gua nak ucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada semua para pengundi yang mengundi Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO termasuklah orang-orang Melayu Felda (Hulu Selangor) yang telah menolak taubat Zaid Ibrahim tetapi menerima dan membenarkan serta terlibat secara tidak langsung dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sport.

.... hehehe... Dosa hangpa semua.. hangpa tanggung sendiri... gua dah lama mufaraqah dengan hangpa.... dan gua tak pernah terlibat dengan hangpa...

P/S .... Jangan Lupa aaa... nanti tolong kasi sama lesen pelacuran plak... kira suruh Jakim bagi sijil halal kat industri pelacuran la pulak..... hahaha... baguih.. baguih.. semua nih saham neraka....

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahawa gua selamanya menolak UMNO/BN bukan atas sebab yang lain melainkan sebab UMNO/BN adalah sesat lagi menyesatkan... Amin"

3 comments:

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1