Tanyalah pada sesiapa pun... semua tahu apa kepentingan moratorium terhadap pinjaman yang dibuat... Ianya adalah satu kelegaan... Bayangkan pada 2021 .. Kerajaan Perikatan Nasional pada masa itu dibawah kepimpinan Muhyiddin Yasin telah mengumumkan satu Moratorium terhadap pinjaman secara automatik kepada semua peminjam selama 6 bulan...
Dalam masa 6 bulan itulah... orang tak sakit kepala... ramai orang dapat menstrukturkan kedudukan kewangan mereka.. dalam masa susah akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ... orang dapat sedikit kelegaan.
Dan setelah tamah masa 6 bulan moratorium itu... segala pembayaran pinjaman tersebut berjalan seperti biasa... dan tak lama lepas itu .. semua bank-bank komersial telah mengumumkan peningkatan keuntungan bagi tahun kewangan yang telah diaudit...
Mana ada bank yang mengalami kerugian atau susut pendapatan akibat dari Moratorium terhadap pinjaman nih? Tak ada.... cuma masa pembayaran balik pinjaman tue ja telah diextend jadi 6 bulan lagi.. itu jer...
Jadi ... pada gua... bila Perikatan Nasional telah meletakkan idea Moratorium terhadap pinjaman (loan) untuk semua sekiranya mereka menang PRU15 ... ini sudah menjadikan satu kayu pengukur untuk parti-parti gabungan yang lain.... Adakah parti-parti gabungan yang lain seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau Gerakan Tanah Air akan cuma memasukkan idea "Moratorium Terhadap Pinjaman" ini sebagai satu agenda utama didalam manifesto mereka?
Kita nantikan dan lihat.
Hahaha..... rakyat @ pengundi sedang memerhati...
Bhai sepatutnya sektor hartanah dah jatuh kaw2. Dgn keadaan ekonomi dunia skrg berapa lama sektor hartanah dapat bertahan. Sekiranya sektor hartanah jatuh dan katakan nilai hartanah susut 30% alamat bank2 punya balance sheet merudum teruk dan terpaksa gukung tikar. Nilai hartanah semasa tak mencerminkan kedudukan sebenar. Sekiranya berlaku domino effect akan berlaku pada sektor2 lain.
ReplyDelete