Dua penggal berturut-turut Shahidan Kassim pegang kerusi Parlimen P.03 Arau atas tiket Barisan Nasional (BN). Dalam masa dua penggal tue juga lah... ader dua senario berlaku...
Pada PRU13 (2013) ... PAS masih bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) jadi bilangan undi yang PAS dapat pada masa itu bukanlah solid dari ahli dan penyokong PAS semata-mata.. Ianya adalah bercampur-campur dengan sokongan undi dari ahli PKR dan lain-lainnya...
Namun pada PRU14 (2018), PAS bertanding secara solo dan apa sahaja bilangan undi PAS dapat itu dikira sebagai solid dari ahli dan penyokong PAS sepenuhnya... Manakala pihak yang tak bersetuju dengan PAS iaitu PKR, BERSATU, DAP, AMANAH dan selebihnya meletakkan undi mereka kepada calon BERSATU mewakili Pakatan Harapan.
Kalu kita gabungkan dan baca dari sudut pertambahan jumlah pengundi sekitar lima ribu dari PRU13 dan PRU14 ... maka kita boleh baca pada PRU15 yang jumlah pengundi akan meningkat antara lima ribu sehinggan lapan ribu pengundi baharu.
Dan kita tahu... sebahagian besar dari pengundi baru adalah dalam kategori pengundi muda (bawah 30 tahun) dan kecenderungan mereka ini adalah lebih kepada muka-muka baharu dan bukannya bersandarkan kepada status quo.
Jadi... persoalan yang kita perlu tanya adalah .... berapa ramai pengundi baharu yang akan mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)? Sebab kita boleh jangkakan sekitar 45 hingga 60% pengundi Undi 18 dari kelompok muda Melayu akan mengundi PAS ...
Namun... adakah undi BN akan berkurang dengan banyaknya? hanya kerana ahli dan penyokong mereka selama ini nak boikot kepada Barisan Nasional (BN) sebab nak ikut kemana bekas Ahli Parlimen yang lama (Shahidan Kassim) itu bertanding... Gua tak nampak impaknya terlalu kritikal... jadi pada gua... PAS mungkin akan dapat pertambahan dalam 3 ribu sahaja undi baharu...
Status quo tetap akan kekal pada Barisan Nasional.
Ini pandangan gua... ketentuan sebenar hanya Allah Taala jer yang tahu. Maha Suci Allah, Tuhan yang maha bijaksana dan maha adil.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???