Kalu gua Wakil Rakyat.
1. Gua akan pastikan semua klinik swasta kecil dalam kawasan gua akan mendapat satu tabung khas (tabung dana pembayaran khidmat kesihatan) yang mana jika ada penduduk setempat yang ada masalah masa membayar kos upah doktor (bukan kos ubat). Hanya pesakit yang layak (setelah di sahkan oleh doktor) sahaja layak untuk mendapatkannya.
2. Gua akan pastikan semua tadika untuk B40 dan M40 (bukan tadika yang brandable) akan mendapat sumbangan pelajaran ikut bilangan pelajar yang ada. Nilai akan ditentukan mengikut dana yang ada. Sumbangan dari pihak ketiga (NGO dan Swasta) juga akan gua usahakan.
3. Gua akan pastikan beberapa kursus untuk golongan belia menceburi bidang bisnes kraftangan, produk makanan, e-pendidikan, e-perniagaan (e-commerce), teknologi maklumat dan lain-lainnya diadakan secara berkala dengan percuma mengikut syarat-syarat yang minima dan sokongan dari MDEC.
4. Gua akan majukan kawasan khas (kekal atau secara car boot sales) berbumbung dan ada akses elektrik dan air untuk penjualan produk tempatan dan belia yang mana kos untuk tapak akan ditanggung sepenuhnya oleh gua melalui peruntukan wakil rakyat dan dana kerajaan. Kompleks ini akan dibuka selama 16 jam sehari dan pada hari-hari tertentu ianya akan beroperasi 24 jam seperti waktu musim perayaan dan cuti sekolah.
5. Gua akan usahakan supaya beberapa industri akan bertapak di kawasan yang diwakili oleh gua nih terutamanya industri teknologi maklumat, perkhidmatan 5G dan 6G. Untuk itu gua akan pastikan kemudahan infrastruktur berkaitan dapat dinaiktaraf dan diseliakan secara baik oleh pihak yang berwajib.
6. Gua akan pastikan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam untuk dapat khidmat kelas tambahan atau tuisyen yang berpadanan. Kos ini akan dikendalikan oleh pihak gua dengan bantuan dari kumpulan korporat bagi keperluan CSR. Ini dapat membantu guru-guru sekolah sedia ada bagi memastikan pelajar mendapat yang terbaik.
7. Gua akan buka beberapa pusat sehenti teknologi maklumat (pusat komputer) bagi memberikan akses kepada komputer secara umum untuk para pelajar dan orang awam sama ada untuk tujuan pendidikan mahupun komersial (e-commerce). Komputer berkuasa tinggi seperti untuk kegunaan video dan graphic editing bagi tujuan membangunkan content social media (YouTube, Instagram, Tiktok dan Vimeo) akan disediakan secara perkongsian sama guna. Akan ada jawatan pegawai teknologi maklumat dan pembantu teknologi maklumat serta juruteknik komputer akan gua sediakan dari dana wakil rakyat dan sumbangan awam secara "crowd fund"
8. Gua akan buka 1 pusat inkubator berasaskan teknologi maklumat bagi memudahkan dan menggalakkan penduduk setempat menjadikan K-Economy sebagai satu dari punca pendapatan tambahan, sampingan atau utama. Prasarana server, database hosting, cloud services dan akses Internet diutamakan. Gua akan bantu mana-mana startup untuk membangunkan dan memasarkan produk mereka. Anak muda tempatan akan digalakkan menjadi programmer dan software developer.
9. Gua akan anjurkan beberapa aktiviti sukan. riadah dan rekreasi untuk membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan berwawasan. Dana akan diperuntukkan untuk penyediaan pegawai berkaitan dan kos pengurusan serta penganjuran. Akan lebih diutamakan kepada pembangunan khidmat sukarela seperti JPAM dan RELA dengan kerjasama AADK.
10. Gua akan pastikan semua rumah ibadat dan sekolah akan ada pegawai perhubungan khas dengan gua supaya gua dapat menjadikan komunikasi dan keperluan semua ditangani dengan segera dan teratur.
11. Gua akan pastikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat dibuka 24 jam dengan staff yang mencukupi secara shift (3 grup 2 shif) dengan kelengkapan dan pekakasan yang lengkap termasuk van jenazah, lori kecil serta paramedik.
12. Gua akan sediakan rumah transit untuk kegunaan sementara mana-mana orang yang akan berpindah masuk ke kawasan yang gua wakili ini (sementara rumah yang akan mereka sewa siap dibersihkan).
13. Gua akan pastikan satu rumah khas untuk gelendangan agar kesihatan, keselamatan dan kemandirian golongan ini terjamin. Gua akan pastikan mereka ini semua mendapat pekerjaan yang selayaknya sama ada menggunakan khidmat Zakat, Baitulmal. NGO atau selainnya.
14. Gua akan anjurkan beberapa klinik pembiayaan perniagaan sama ada dari Cradle Fund, MavCap, MicroCredit dari Bank dan beberapa agensi lain seperti SSM untuk memudahkan penduduk dikawasan gua mendapat akses dengan lebih mudah.
dan beberapa point lainnya yang akan dirangka dari masa ke semasa mengikut kemampuan kewangan dan keadaan semasa.
p/s ... Tapi pastinya gua memang takkan jadi ahli politik atau wakil rakyat.... hahaha... cuma kalu ader wakil rakyat yang buat camnie... korang taknak undi ke??? Hahaha...
Takkan nak kekal undi pasu bunga dan tunggul kayu kat dalam Parlimen atau DUN?? Hahahaha
lu lupa pasai bab akhirat untuk umat Islam lu hnaya pokus bab dunia semata
ReplyDeleteini macam punya pemimpin tarak bagus. dunia sat saja akhirat kekal abadi,
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.