Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Anjing. Show all posts
Showing posts with label Anjing. Show all posts

20 January 2023

Kebajikan dan Keaggotaan Ahli Bomba & Penyelamat - Perkara Yang Perlu Disegerakan

Bhai/DeeDee semua...

Antara kakitangan awam yang perlu ditambah keanggotaannya adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat... Gua cukup bersetuju yang keanggotaan mereka perlu ditambah dengan segera.. Ini kerana semakin hari semakin berat beban yang mereka tanggung.

Ditambah pula dengan kawasan yang diselia oleh sesebuah Balai Bomba dan Penyelamat... Nisbah yang agak janggal dimana ianya tidak setara...

Bukan sahaja anggota perlu ditambah, tetapi aset-aset kebombaan juga perlu ditambah baik dari segi bilangan, kemampuan dan teknologi... Perlu juga kerajaan Malaysia melihat dan mengkaji dengan lebih teliti akan skim penggajian dan perkhidmatan anggota Bomba dan Penyelamat ini.. termasuklah emolumen dan keperluan tambahan...

Gua tahu artikel gua ini tak ramai yang akan baca... sebab ianya bukan sesuatu yang viral... tapi setidaknya gua menyatakan pendapat dan pandangan gua sebaiknya dalam konteks perkhidmatan Bomba dan Penyelamat nih..

Sekian,


Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid  berkata pengambilan tersebut juga berasaskan 22 faktor dan kriteria termasuk populasi dalam menentukan sama ada kekuatan anggota mencukupi.

Mohammad Hamdan berkata jabatan itu juga akan menambah 12 ekor anjing pengesan selepas aset hidup berkenaan menunjukkan pencapaian baik dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, Disember lepas.

Katanya pembelian tersebut telah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menambah 36 ekor anjing sedia ada.

Menurut beliau kos untuk seekor anjing pengesan dan pakej pengendali boleh mencapai RM400,000.

20 December 2022

Allahuakbar.. Kasihannya ...

Bhaii/DeeDee semua...

Tragedi Batang Kali nih memang kritikal... ramai yang terlibat... ramai mangsa.... even dah sampai hari ke 5 pun masih tak jumpa lagi sembilan (9) mangsa.... Kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang melibatkan tapak perkhemahan Father's Organic Farm telah menyebabkan 24 orang maut setakat ini... dan ini adalah insiden yang terbesar di Malaysia... insiden ke 4 melibatkan mangsa yang ramai...

Apa pun... gua salute kat Agensi yang terlibat... terutamanya Bomba, PDRM, JPAM, ATM, Hospital dan banyak lagi....  Salute juga buat skuad Anjing Pengesan K9 yang bertungkus lumus cuba mengesan mangsa selama 24 jam setiap hari...

Paling sedih bila membaca berita Pengarah Bomba Selangor (Norazam Khamis) pula telah tumbang.. kerana keletihan melampau dan stroke ringan... Allahuakbar... kasihannya...

Semoga Allah Taala berikan kekuatan dan penyelesaian bagi kejadian tragedi Batang Kali nih.... dan harapnya semua mangsa dapat ditemui dengan segera....

Aamin Ya Rabb



31 December 2021

Apa Sebenarnya PAS Mahukan?

Bhai/DeeDee semua...

PAS nih memang Parti yang hanya memikirkan tentang survival partinya semata-mata... PAS akan cuba berbuat apa sahaja demi untuk memastikan parti mereka mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu yang pro kepada Agama...

PAS akan sentiasa membawa isu Agama yang disekalikan dengan isu Bangsa demi untuk kekal relevan. Inilah PAS yang ramai mengatakan bahawa PAS hanyalah sekadar "Penunggang Agama".

Itu sebabnya bila PAS rasa mereka telah mendapat sedikit peluang... mereka akan mempergunakan sebaiknya apa sahaja.... sebagai contoh... isu Hudud... isu RUU355 .... isu ICERD ... apa sahaja isu... yang penting... PAS dapat liputan media...

Sebagai contoh... isu Muafakat pada bangsa Melayu seperti yang diperbuat dalam Muafakat Nasional tue cuma sekadar untuk memastikan PAS berada dalam circle kuasa yang betul... tambah lagi bila sekarang ini PAS dah berada dalam Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional lebih dari 18 bulan....

Dan dalam Muafakat Nasional nih... korang takkan nampak PAS memperjuangkan nasib marhaen mustad'afin... macam golongan setinggan... golongan miskin bandar.... golongan pekerja... golongan susah.... Mereka dah tau menjuarai suara-suarah B40 dan M40 ... Malah PAS dilihat langsung tak bersuara dalam kejadian banjir yang melanda rakyat...

Dulu biasanya PAS akan membawa isu kronisma, nepotisma dan rasuah.. Kini semuanya sunyi sepi..

Jadi tak terkejutlah bilamana ramai pemimpin UMNO yang perasan akan keadaan dan perangai PAS itu sendiri... Diharapkan pemimpin UMNO takkan ditipu berkali-kali dengan PAS... PAS ini boleh diibaratkan seperti "Melepaskan Anjing Tersepit"



26 April 2020

Shortcut Ke Syurga Melalui Anjing.

Shortcut ke syurga Melalui Anjing.

Antara beribu2 kisah ttg pahala dan tips ke syurga, tiada kisah yg lebih hebat bagi saya dari kisah pelacur beri minuman kat anjing yg lekat dalam hati saya..Malah bangsa2 lain dan agama lain pun hampir semua mengetahui dan mengagumi kisah hebat ni..Kisah ni dihadiskan melalui 2 hadis sahih yg kita wajib hayati dlm beribu2 hadis yg diceritakan untuk kita..Bagi saya 1 hadis ni mampu merungkai rahsia dan keagungan Islam itu sendiri tuk seluruh dunia..

HR Bukhari no 2363 dan Muslim no 2244

Ye ramai mungkin tidak sedar kenapa dan apa logiknya pelacur yg hina ini dikurniakan darjat tertinggi di syurga dgn pahala sekelumit ini..Juga jangan anda jahil jika ingat leh masuk syurga semudah itu..

Jgn pula ada yg  lepas puas selingkuh ngan gf atau bf , terus gi cari anjing kurap tuk dijamukan air dan makanan bagi merebut pass express ke syurga..🤣🤣🤣..Tidak bukan begitu ye..

Begini saudara saudari, pahala pelacur itu bukan diletakkan atas perbuatannya..
Ye benar....Bukan dgn hilangkan dahaga anjing ,ada terus ke syurga..Itu pemikiran org bodo yg agak dangkal..

Rahsia sebenar pahala pelacur ini terletak pada 1 pekara asas yg pelacur tu lakukan sebelum jamu anjing tu ngan air...Ya, pekara asas yg dia sendiri tidak sedari ketika membantu anjing itu...Nak tau apa rahsianya?

Pahala sebenar yg bawanya ke syurga sebenarnya  timbul dari

" Niat pelacur ini untuk membantu anjing itu tanpa menghiraukan pahala"..Dengan kata lain..Pahala yg muncul tanpa mengharapkan pahala...

Ini yg saya sedang cuba disampaikan kepada anda hari ini  melalui kisah yg saya sedang coretkan ini..

Pahala..

Masih tak paham bukan???Saudara saudari, Pahala sebenarnya bukan 1 komiditi yg boleh anda ukur atau sukat..Saya tidak setuju dgn ayat saham ke syurga dan sebagainya kerana anda sudah mengukur pahala ada disaat anda berfikiran sebegini...Saya sering melihat kita menunggu saat munculnya ramadan hanya tuk bersedekah..Dgn mengharap pahala dari sedekah anda akan berlipat kali ganda ketika itu..Dalam Islam, kita tidak hidup dgn mengira tarikh dan masa untuk bantu sesama manusia yg kesusahan didepan mata kita..Tidak sama sekali..

Pahala ramadan??

Ya, saya paham..Ramai mungkin tertanya, kenapa disediakan pahala 700x jika derma dibulan ramadan..Masalahnya kita tidak mungkin memahami tujuannya kerana diri kita sudah mula menyukat pahala2 bagi kepentingan kita sebenarnya..

Saudara saudari, pahala berkali2 ganda tuk hari tertentu lebih2 di bulan ramadan ialah satu dorongan bagi kita menyuburkan apa yg kita lalui disiang hari dgn berpuasa..Dibulan ini kita telah belajar berlapar, berdahaga dan memahami kepayahan fakir miskin..Maka dorongan sedemikian membantu kita memahami lagi maksud mengharungi kepayahan itu dimana kelaparan itu membuat anda lebih menjiwai setiap butir beras yg anda sedekahkan kepada si miskin yg kelaparan sepanjang tahun..Inilah yg ramadan sedang mengajar kamu saudara..Agar bila kamu sudah benar2 memahami nilai bantuan menghilangkan kelaparan fakir miskin ini, maka nescaya kamu akan meneruskannya tuk sepanjang tahun..Ya untuk sepanjang tahun..

Bagi saya Ramadan bukan dorongan kepada kita tuk mengejar pahala namun bagi saya ia merupakan 1 ujian yg maha besar tuk kita..
UJIAN dari Allah tuk kita belajar semula membentuk diri kita agar mampu meneruskan amalan yg baik dan mengekalkannya didalam jiwa kita.

Disini Allah bukan menguji dgn mengajar kamu untuk menyukat pahala anda dengan caculator tetapi sedang menguji "keikhlasan" hati anda dgn ganjaran yg agak lumayan...

Apakah itu keikhlasan???

Keikhlasan adalah satu pekara yg tidak mampu anda sukat..Ia harus dan wajib terbit sendiri dari sikap perikemanusiaan yg lahir bersama kamu..Sama spt pelacur yg berikan minuman kpd anjing itu..

Pelacur itu Ikhlas, Kasihan,Menjiwai dahaga anjing itu, tak memilih mahkluk mana yg dibantu, tak harapkan syurga tuk bantuan yg dihulurkan, tak mengharapkan pujian org lain dan tak memikirkan apa2 ganjaran yg bakal diterimanya dari Allah atau org lain kecuali hanya ikhlas bantu anjing itu diketika itu...

Ya..inilah yg diuji yg saya maksudkan saudara..Mampukah kamu sebagai seorg manusia biasa , mampu bersedekah dgn semua nilai2 ini???Jika kamu derma dengan memilih hari dan menyukat jumlah pahala kamu, maka yakinkah kamu, wujudnya keikhlasan sebenar dlm bantuan dan sedekah kamu itu??Jika kamu harapkan dunia memujimu dan Allah sediakan syurga tuk bantuanmu,wujudkan lagi keikhlasan dlm pertolonganmu itu???

Jelas bagi saya, jika kamu jenis yg menahan dari sedekah hanya tuk mengumpul pahala sedekah berkali ganda  di bulan ramadan ini, maka tiada ayat yg lebih sesuai untuk mengambarkan diri anda sebagai seorg yg hanya mementingkan diri  dan tamak..Apa2 bantuan yg dibuat dgn harapkan ganjaran tidak kira di duniawi atau akhirat sama saja sifatnya....

Sama spt ahli agama yg curi2 melanggar PKP hanya tuk rebut pahala solat jemaah beramai2 sebanyak 20x tuk dirinya , walaupun dia sedar perbuatannya bakal menyebabkan ramai kehilangan nyawa dan kerja..Jika pahala solat jemaah sebanyak 20x itu yg kamu kejar melebihi keselamatan dan nyawa org disekeliling kamu,  bukankah anda seorg yg amat mementingan diri disaat ini??Inikah yg anda ingin capai dgn kejar pahala 20x itu??

Bagi saya, sedekah bukan 1 pekara yg saya harus lakukan untuk kesyurga..Sedekah bukan 1 perniagaan tuk memburu ganjaran...Menyedekah adalah 1 sifat yg lahir secara semulajadi  disaat anda mula merasai dan menjiwai kepayahan org diketika itu..Bukannya 1 pekara yg perlu dibuat dgn memikirkan ganjaran syurga semata mata..

Saya dari dulu,  hanya berusaha untuk hidup tanpa menyusahkan diri saya, org sekeliling saya dan cuba kurangkan beban org lain disekeliling saya agar tiada yg merana dihadapan saya..Ini sahaja..Doa yg saya sering titipkan pun hanya sekadar bantu memohon Allah Taala untuk membantu saya mengekalkan sifat kemanusian ini di dlm diri saya..Tidak pernah sekali pun , saya berdoa agar dikurniakan kemewahan, kebahagian, kesenangan hidup kerana saya percaya kesemua itu mampu dicapai dgn usaha halal dan benar dijalan Allah Taala...Tidak pernah saya berzikir beribu kali setelah belajar tips atau petua kayakan diri saudara..😄

Kisah benar dari pengalaman saya.

Biar saya ceritakan 1 peristiwa benar yg berlaku 3 bulan lalu..Di selekoh Menara Maybank di Jalan bangsar.Lebih kurang 1 pagi selepas selesai meeting, saya menghala ke KL dan terserempak wanita india yg kurus berkain pelikat,baju T lusuh  dgn beg sekolah dibahunya sedang jln seorg diri mendukung anaknya..Kelihatan sedikit lebam dimukanya dan jelas spt menangis semasa saya pelahankan kereta tuk melihatnya dgn jelas.

Saya telah melepasinya  jauh kedepan namun  pandangan sedetik yg saya lalui ketika itu, semacam terus menggangu saya...Tanpa fikir panjang, saya terus patah balik tuk mencari wanita  itu..

Dia kelihatan terkejut melihat saya menghampirinya namun tidak takut..Saya tidak menanyakan banyak..Hanya menanya,awk ada duit atau tidak..Dia mengangguk lemah dan tidak berkata2..Bagi saya air mata ,anak yg dipangkunya dan anggukan lemah sudah cukup tuk menjelaskan keadaannya yg dlm kecemasan dan tidak berupaya itu..Saya hanya menanya jika perlu panggil sesiapa atau polis dimana dia tidak menjawab dan hanya biarkan air matanya terus mengalir

Tanpa memikirkan atau mencongak sekelumit pahala disaat itu, atau tanpa memimpikan habuan syurga diketika itu,saya terus menghulurkan 200 ringgit yg ada ditangan saya...Yg difikirkan hanya harapan agar wanita malang ini mampu belanjakan duit itu tuk beli sedikit makanan tuknya dan anaknya bagi mengalas perut yg merintih kelaparan ketika itu..

Tak disoal, tak diperiksa ,tak memikir..Hanya kemanusiaan dan belas kasihan yg lahir dari akal fitrah ini terhadap makhluk hidup lain yg sedang derita didepan mata saya..

Dibulan mulia ini, harap apa yg saya sampaikan ini mampu diterima oleh anda sebagai satu nasihat ikhlas dari rakan anda..Harap kita mampu menjiwai keikhlasan sebenar dan menterjemahkan sifat kemanusian yg seringkali menghilangkan diri diketika kita amat memerlukannya..Sekian..

26 February 2015

Kalau Tidak Hadir Boleh Tak?

Bhai/DeeDee semua...

Just nak tanya nih.... Kalu tidak hadir boleh tak... Mana la tau pada tarikh tue kena kerja ka... kena standby ka.... bini bersalin ka.... orang tua sakit ka... atau anak kambing baru putus tali pusat ka.... Amacam.... Mana la tau kan.. kalu tak hadir nanti dikira PASMA la... Liberal la... nak gulingkan Presiden la.... Mana la tau....

Tak pon takut nanti akan dilabelkan "Syaitan", "Anjing" atau "Babi" ...... mana la tau..... kalu stakat dilabelkan "Barua", "Jebon" dan "Broker" itu kira dah biasa dah...... Tak heran pon...

Oh yer silap.... label-label tue semua nasihat ja bak kata Nik Amar... bukannyer maki hamun pun..... oooooo.... Baru gua tau...


אידיוט



05 August 2013

Hujah JAKIM Paling Lawak

Bhai/DeeDee sekalian...

Bukanlah tujuan gua nak defend Maznah Yusuf... Tapi gua rasa aaaa JAKIM kena la bagi hujah @ alasan yang lagi kukuh la... Stakat nak bagai alasan lawak camnie buat malu jee kat orang-orang bukan Islam...

Sungguh... Alasan nih pada gua aderlah alasan paling dangkal dan lawak yang pernah gua dengar.... Hahaha... Yang best tue keluar dari mulut orang-orang yang katanya tinggi ilmu agama nyer...

Aper daaa...

Gua alasan najis berat... Walhal kalu najis berat sekalipon selepas di"sertu" takder masalah la... Uruskan diri dengan sertu menggunakan air tanah... Okeh la...  Stakat najis berat jer... Tak sampai kena mintak taubat dari Allah Taala macam kalu sengaja bersentuhan dengan bukan muhrim (berpelukan dalam keadaan basah lelaki dan perempuan dalam kolam renang seperti yang selalu Majalah Mangga pamerkan)

Yang itu betul la memang haram... Sebab nak kena bertaubat kepada Allah Taala...  Sentuh anjing dalam keadaan basah berganda lebih baik daripada sentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim...

Atau... Kot pada pandangan JAKIM nih... Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah tidak berdosa ...hahahaha... Memalukan lah JAKIM nih.... Hahahaha... JAKIM nih gua rasa kena diantar menjalani pemurnian aqidah nih... Dah teruk sesatnyer... Hahahaha...

Ker JAKIM nih baca dari kitab lain kot... bukan kitab kuning "Perukunan" @ dari kitab Mustika Hadith.... errr.... atau JAKIM nih dah diserap oleh elemen SYIAH.... hahahaha ....



Sedikit tambahan kepada artikel diatas..... Hahaha...

Agaknyer pada JAKIM.... gambar dibawah ini langsung tidak menghina Islam... Malah gambar dibawah ini menaikkan martabat Islam itu sendiri..... Hahahaha..... JAKIM ... JAKIM.... samer karut macam Harussana-sini..... hahaha

Gambar yang menaikkan Martabat Islam oleh Bakal Ketua Agama Islam Selangor .... Hahahaha

Baik-Baik Jaga... Nanti Hilang

Bhai/DeeDee Malaysia..

Hahaha... sempena Ramadhan yang dah nak sampai penghujung nih... gua just nak nasihatkan semua.... hahaha... baik-baik jaga... nanti hilang....

Hahahaha.... jangan mare....  bukan gua nak buat joke pasai citer kat bawah nih... cuma sekadar... mabuk boleh menyebabkan senjata lu orang hilang.... hahaha... jadi jangan la mabuk... tak kisah la mabuk arak ker... mabuk cinta ker... mabuk maksiat ker... atau mabuk kuasa.... hahaha... ilang kalu susah ooo.... hidup pon susah... mati lagilah susah...

Nak kencing merata pon dah tabley dah.... hahahaha....

Bayangkan kalu ayam jantan sudah ilang dier punya senjata sulit... hahaha.... terpaksa la kena buat mesyuarat lembaga..... hahahaha ....


SANTIAGO - CHILE . Seorang warga emas hilang kejantanan apabila keseluruhan zakarnya ‘ghaib’ dipercayai digigit anjing di Santiago, Republik Dominican.

Nasib malang itu menimpa Geraldo Ramos, 64, ketika beliau dalam keadaan mabuk teruk sebelum pengsan di tepi jalan.

“Menurut jiran, pada malam kejadian, saya diserang sekumpulan anjing dan ditemui dalam keadaan bogel,” katanya.

Beliau berkata, keesokan harinya, dia mendapati berlaku pendarahan teruk di kemaluannya dan mendapati zakarnya 'hilang'.

“Saya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Sehingga kini, anjing yang didakwa menggigit zakar saya masih belum ditemui,” katanya dipetik dari laporan MailOnline.

Akibat dari peristiwa hitam itu, beliau kini nekad berhenti mengambil minuman alkohol.

Julai lalu, seorang lelaki disahkan lumpuh apabila seekor anjing dikatakan menggigit salah satu daripada bahagian zakarnya di Arkansas dan diikuti di Brazil seorang lelaki dilaporkan putus jari selepas digigit anjing peliharaannya.

31 July 2013

Alim Tak Kena Tempat

Bhai/DeeDee sekalian...

Sori... gua percaya ramai yang akan menyumpah seranah gua biler gua bangkitkan isu nih... terutama sekali puak-puak yang kononnya ilmu "agama"nyer lebih tinggi... pasai selalu dapat tazkirah dari tok guru diorang.... Hahahaha...

Camnie... isunyer aderlah isu berkaitan dengan anjing... yer betul... gua nak cerita pasai binatang anjing yang banyak kali disebut didalam Al Quran... binatang yang orang Melayu "Islam Baka" nih cukup tak suka.... Bercerita bab anjing nih... pastinyer tidak akan terkecuali jika gua terpaksa bercerita pasai Pak Mie dan Mak Intan yang ehsankan kepada anjing dan kucing terbiar nih...  dan juga pasai kes Maznah Yusuf yang membela dan menjaga serta melatih anjing...

Bhai/DeeDee sekalian....  gua percaya ramai diantara lu orang yang khatam baca Al Quran setiap kali Ramadhan sampai.... hebat... gua pon susah nak khatam baca Al Quran pada bulan Ramadhan..... satu jer gua nak tanya.... aper yang lu dapat.... banyak yang setakat baca Al Quran jer... tapi pemahaman isu cerita dan kandungan didalamnyer... haram tak amik pot pon... malah terjemahan pon takmo nak baca.... setakat baca....

Betul... kalu baca Al Quran dapat banyak pahala... tapi kalu setakat baca jer dan tak tau aper yang dibaca... serupa burung belatuk jer la... atau burung tiung jer la... yang setakat mengajuk-ngajuk aper yang didengarnya...

Dalam surah Al Kahfi ayat 18 dan 22 ader menceritakan tentang anjing yang setia dengan sekumpulan lelaki beriman yang ditidurkan oleh Allah Taala didalam gua selama beratus tahun...  Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia....

Persoalan yang gua nak bawak.... ialah... kenapa orang Melayu "Islam Baka" nih nampak macam hebat dalam beragama... kononnya la alim dalam agama.... kononnya cukup jaga halal haram dan najis..... tapi..... tapi "alim tak kena tempat" .... mulut cabul dan bahasa macam celaka.... malah orang Melayu "Islam Baka" nih la yang katanyer alim tapi ringan sangat mulut menghina orang lain dengan panggilan dan gelaran binatang.......

Tidakkah orang Melayu "Islam Baka" nih tahu bahawa anjing dan babi itu sentiasa berzikir kepada Allah Taala dalam segenap masa.... kiter sendiri tidak tahu dan sedar.... tapi orang Melayu "Islam Baka" nih habis kuat pon cuma mampu berzikir sekadar tak sampai pon 5 minit selepas solat... itupon kalu berzikir....  Aper nak jadi la orang Melayu "Islam Baka" yang alim tak kena tempat nih....

Tak caya kalu... cuba tengok 3 snapshot yang gua publishkan kat bawah nih...dan nilaikanlah sendiri tahap kealiman dan keislaman puak-puak Melayu "Islam Baka" jenis jumud tak tentu arah nih... kalu lu nak jumpa spesis puak-puak nih senang jer... gua boleh bawakkan lu orang pi lubuk diorang... tak jauh pon... kat Marang jer... hahahaha ..... bahasa yang dibawak oleh para alim Melayu Islam Baka nih memang celaka.... aper daaa....




Kalu nak bersamak lima kali sehari pon aper salahnyer,,, susah sangat ker.... aper yang berat sangat nak bersamak.... bukan susah pon nak simpan satu tong dram air tanah untuk kegunaan samak didalam bilik mandi....  Aper la Melayu "Islam Baka" nih.... sikit-sikit susah.. sikit-sikit susah....

Oh yer.... pegang anjing atau babi setakat najis jer... bukan haram pon... biler biler boleh disamak dan bersolat tanpa was-was... tak perlu bertaubat pon..... tapi kalu pegang bukan muhrim tue... ini memang haram....... mana boleh bersamak dan bersolat tanpa was-was.... kena bertaubat dulu... itupon kalu Allah Taala nak ampunkan....  aper daaa....

Ader paham ka??? ....

03 May 2012

BERSIH 3.0 : Jaminan Keamanan Rasulullah S.A.W

Bagi orang yang beragama Islam, yang mengaku Islam dan beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W maka tentunya mereka akan sentiasa mengingati aper yang Muhammad Rasulullah S.A.W nyatakan semasa penaklukan Kota Mekah (Fathu Makkah)... selaku Jaminan Keamanan Rasulullah S.A.W ..

Aper yang Rasulullah S.A.W nyatakan itu aderlah arahan yang kekal dari hari itu sampailah ke hari Kiamat nanti....

Dan semua orang yang beriman dan mengaku Islam, wajib taat atas arahan ini. Bagi sesiapa yang tidak taat atas arahan ini, maka gugurlah iman dan amalnya...

Sabda Nabi Muhammad S.A.W ketika Fathu Makkah
"Siapa yang masuk masjid maka dia aman, siapa yang masuk rumah Abu Sufyan maka dia aman, siapa yang masuk rumahnya dan menutup pintunya maka dia aman."



Ada pihak mengatakan ada video asal yang tiada suara laungan azan... Persoalan gua bukanlah kepada adernyer laungan Azan atau tidak... tetapi lebih kepada arahan Rasulullah S.A.W yang mesti kekal menjadi peraturan bagi setiap yang mengaku Islam, beriman dan beramal dengannya.

Lainlah kalu diorang (anggota PDRM) yang dalam video nih aderlah bukan Islam... namun pastinya akan ada diantara mereka-mereka itu pegawai-pegawai (atau anggota lain) yang beragama Islam. Sepatutnya mereka mesti menegah dan menghalang daripada ianya berlaku.

By the way... Just nak kasi tau lu orang satu perkara nih

  • Binatang Babi walaupun hina pada pandangan lu orang... Ianya pasti tidak akan melanggar fitrah Allah dan akan sentiasa hormatkan Allah ... dan ianya senantiasa berzikir kepada Allah,
  • Binatang Anjing walaupun hina pada pandangan lu orang... Ianya pasti tidak akan melanggar fitrah Allah  dan akan sentiasa hormatkan Allah  ... dan ianya senantiasa berzikir kepada Allah,
  • Azazil (ketua syaitan yang dilaknat Allah Taala) walaupun hina pada pandangan lu orang, namun ianya tetap hormatkan dan mengaku Allah Taala sebagai Tuhan, cuma Azazil tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam A.S dan kepada manusia

Tetapi... gua berani jamin... kalu mengikut video ini.... yang buat kerja giler ini (belasah orang dalam kawasan Masjid tambah lagi kalu waktu Azan dilaunkan) mesti lagi hina dari binatang Babi, Anjing dan Azazil .... hahaha.. sebab diorang nih tak hormatkan Allah Taala ....

Sesungguhnya mereka-mereka ini sehina-hinanya... waima tidak layak diklasifikasikan sebagai binatang ... kerana binatang pun tahu hormatkan Allah Taala....

Kesian aaa... nak panggil aper aaa... nak panggil binatang tak layak la pulak... hahaha....

Errr... mana dier Mufti HarusSanaSini dan Bekas Mufti Noh Gadot tue... takmo keluar fatwa ker tentang nih... hahaha.... gua nak tengok apa macam lu orang defend mangkuk-mangkuk nih... hahaha ...

Tentang KPN Ismail Omar tue... errr... dier nih Islam ker idak nih... hahaha ... kalu dier mengaku Islam... mesti dier akan arahkan satu siasatan menyeluruh dan kenakan tindakan kepada anggota PDRM yang terlibat... itu kalu Ismail Omar nih Islam la wei.... hahaha ... yang ini gua tak berani jamin... hahaha

01 May 2012

BERSIH 3.0 : Moga Lembut Hatimu Abang Polis


Gambar ini gua amik seawal pukul 10.30 pagi di kawasan simpang empat depan SOGO .... Ini gambar terbaek... Gua memang pada awalnyer berharap takder la akan jadi kejadian provokasi melampau dari Abang Polis... tapi... yer la....

Macam kiter mintak supaya anjing yang menyalak kat kiter supaya jangan kekah dan gigit kaki kiter... anjing tue mana ader otak... jadi sebab itu dier tetap akan kekah dan gigit kaki kiter.... so... nak buat camana... dah dasar anjing.... mana reti sopan santun...

Anjing cuma akan bersikap baik dengan orang yang bagi makan kat dier jer... walaupun orang yang bagi makan tue bukan pakai duit dier.. tapi duit kiter semua... tapi anjing tue mana tau itu semua... yang dier tau.. orang itu yang bagi makan kat dier.... hahahaha

Best tak analogi gua... hahaha

26 August 2010

Google Pasti Kena Isu Anjing Buka Puasa

Sori aaa... gua terlepas pandang nak tulis artikel pasai benda nih.... hahaha.. Ntah camana la... biler korang taip kat Google guna tag nih "najib buka puasa" ... Google Search akan rekemenkan "anjing buka puasa" ....

Google pasti kena lepas nih... gua percaya.. kalu benda nih dapat kat Ibrahim Ali al-Kataki... sure dier akan suruh semua jentera PERKOSA PERKASA untuk jerit macam nak giler pasai benda nih kat pejabat Google... errr.. Google ader pejabat ker kat Malaysia nih..

Sure lepas nih ader yang kata Google dah berpakat dengan Pakatan Rakyat untuk menghina Perdana Menteri Malaysia... dan mesti ader yang kata Anwar Ibrahim dah bayar Google untuk benda nih,...

Hahaha... aper-aper pon... macam mana algorithm search engine tue akan suggest "anjing buka puasa" sama makna dengan "Najib buka puasa" .... adakah perkataan Najib tue bermaksud anjing?

Huh.. kena cek kamus Latin nih... aper cer....

Bagi yang belum pi jengok Google Search Engine tue.. baik pergi cepat... nanti dah dipadam atau ilang nanti lu jugak yang susah merana... hahahaha



p/s ... apa-apa pon tak baik untuk kita menghina binatang anjing tue... kalu nak hina gak.. cukup la hina Najib seorang jer... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1