Benda yang paling kita takuti selepas setiap kali berlakunya banjir adalah penyakit atau wabak... Biasanya impak sertamerta selepas banjir adalah penyakit Taun... dan apa sahaja penyakit bawaan air terutamanya penyakit Kencing Tikus...
Tekanan air yang rendah nih kita faham sangat la sebab semua rumah menggunakan air secara serentak... tapi bila mangsa sendiri terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk perlupusan sampah... ini agak tidak wajar.
Sampah-sampah yang bertimbun di kawasan luar rumah mangsa perlulah disegerakan diangkut ke tapak perlupusan sampah. Jika dibiarkan lama ianya mungkin akan menyebabkan bau busuk dan membiakkan makhluk perosak dan lalat.
Ini agak bahaya... Tindakan tuntas dari pihak berwajib perlu diambil, Kita faham kekangan yang ada terutamanya lori RORO dan kakitangan yang terhad. Tapi ianya bukanlah alasan untuk melengahkan kerj pembersihan. Pihak PBT perlu cepat dan pantas.
Apa pun... kita harap semua ini dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu... Agak ianya tidak memberikan masalah yang lebih kronik. Itu belum lagi kalu ader mayat yang membusuk yang tidak dikesan awal.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???