Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Arul Kandasamy. Show all posts
Showing posts with label Arul Kandasamy. Show all posts

07 January 2022

Mudahnya PAS Membuat Justifikasi

Bhai/DeeDee semua...

Dulu masa bermulanya kes 1MDB... PAS dengan mudah jer menerima sepenuhnya penjelasan dari Arul Kandasamy tentang perjalanan dan pengurusan 1MDB... dan PAS berpuas hati dengan semua apa yang dibentangkan dalam satu perjumpaan dan sesi penerangan..

Tanpa apa-apa penelitian terhadap dokumentasi dan aliran kewangan ... dengan mudahnya PAS terus memperakui apa yang diperkatakan... malah mengesahkan bahawa 1MDB dijalankan secara teratur...

Giler... 

Kini benda yang sama juga dibuat oleh PAS ... bilamana mereka menerima sahaja dengan mudah penjelasan Azam Baki terhadap isu terkait dengan Saham dan Kewangan peribadinya... Tanpa PAS ada membuat semak silang (cross check) dan audit kewangan serta "financial trail" yang menyeluruh.... hanya sekadar mendengar sahaja penjelasan sudah cukup...

Patutlah pun kewangan dalaman PAS sendiri pun banyak yang mengarut dalam bab audit... terutamanya dalam Pemuda PAS yang mengawal dana infak untuk Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) .... dan juga dana-dana infak mereka yang lain...

Adoilah...

Payah bila bermudah-mudah dengan audit kewangan nih... tak takutkah PAS dengan amaran Allah Taala bab amanah nih? Dalam kes Azam Baki nih... kita dapat lihat betapa tiada amanahnya Azam Baki untuk memastikan ketulusan pelaporan kewangannya kepada pihak berwajib. Bayangkan benda-benda macam ini tiada pemakluman... Dan tentunya yang lebih besar mungkin lagi teruk tiada permakluman.

Allahuakbar...



23 December 2021

Swindle Baik Punya

Bhai/DeeDee semua...

Kes SRC International sudah menyebabkan Najib Razak dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan RM210 juta denda.... Itu satu kes yang agak berat dan Najib Razak sedang tunggu satu level lagi penghakiman iaitu Mahkamah Persekutuan...

Ini ader satu kes lagi yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi... kes penggubahan dan pengalihan dana sebanyak US$700 juta yang dilakukan oleh 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) kepada Good Star Ltd.

Bukan sikit anak nih... swindle baik punya... USD700 juta ... lebih kurang RM2.9 bilion

Dan kes ini juga menyebabkan laporan Audit akhir 1MDB telah dipinda... yang melibatkan Arul Kandasamy..... huhuhu...

Aderkah Najib Razak tetap akan mengatakan dia tidak tahu?? Rasa gua macam biasa la... Najib Razak tetap akan mengatakan dia tak tahu dan dia tidak terlibat... Ingat lagi bila satu masa dulu Najib Razak bersumpah tidak kenal dengan Jho Low...

Tapi dalam kes ini... Jho Low ada dalam mesyuarat dengan lembaga pengarah 1MDB... ader dalam setiap mesyuarat... dan ini ada diminitkan... dan inilah yang cuba dipinda dan dieditkan.... Hahaha..

So.. kita tengok macam mana Najib Razak nak pusing lagi... Macam mana dier nak pusing tentang Low Taek Jho....



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1