Bhai/DeeDee semua...
Banyak orang marah gua... siap suruh bagi peluang la kat PH memerintah dengan aman... Jangan la kritik PH....
Wei... nih gua nak bagitau... Gua memang akan kekal kritik kalu gua nampak ader potensi PH nak jadi macam BN... tetap akan tibai... Even Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang atau Mat Sabu pun akan kena kritik ngan gua kalu tak betul jalan..... keputusan tak betul... Gua pahduli apa... baik gua pancung awal sebelum jadi kronik... cantas awal masa rebung sebelum jadi buluh...
Malah Mahathir Mohamed yang semua orang sanjung dah puja pon gua takder hal nak kritik... tambah lagi kalu keputusan macam bangang nak lantik Zuraida Kamaruddin @ Mak Lampir jadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan...
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tu ader lah lubuk lesen dan permit... lubuk berpotensi rasuah dan salah guna kuasa.... Kalu Adam Rosly yang bawah kepimpinan Zuraida Kamaruddin pon boleh salahlaku .... aper ader hal akan berlaku ramai lagi... Malah Zuraida Kamaruddin pun tak berapa beeintegriti...
Sori la.... dalam PKR ader ramai yang lebih credible... dan seeloknya lantik lah orang lain.... tapi nampak dalam soalan pilihan nama untuk jawatan sepenting Menteri pon PKR main susun ikut kartel... adoiyailah....
Sampaikan nama Azmin Ali pon boleh keluar.... kenapa? mana calon lain?? atau semua nama yang diantar itu adalah sebagai balas budi oleh Anwar Ibrahim.... kalu ini macam pigi mampus la gua nak salut.... macam dah takder calon lain...
Gua nak bagitau satu ja... Mahathir Mohamed tu licik... memang terkenal licik... dier ader banyak strategi dalam strategi.... lu orang tunggu ja biler dier akan start... pada gua dier dah start dah agenda dier dibelakang tabir..... hahaha... hampir 30 tahun lebih gua peratikan Mahathir Mohamed punya agenda... dan gua tetap rasa kali nih pon gua tak silap baca.... even kenapa dier tetiba ja kata tatau PDRM serbu Najib Razak....
Hahahaha..... satu-satu naaa.....
wa sokong. wa sangsi BN akan jadi pembangkang yang baik. jadi setiap rakyat mesti menjadi pembangkang dan pengkritik kerajaan.
ReplyDeleteDi dalam hal ini saya menyokong penuh saranan saudara. Sebelum terlambat atau sebelum sesuatu perkara itu membarah ia nya perlu di bendung. Perlantikan Y.B Zuraidah memang ada pro and kontra nya, walau pun saya tidak mengenali beliau tetapi ia nya boleh di nilai melalui ceramah yang di siar melalui U-Tube. Bukan hanya ceramah beliau tetapi juga yang lain lain. Perlantikan Y.B Azmin Ali juga menarik perhatian kerana beliau sudah pun mengakat sumpah sebagai M.B Selangor. Bukan kah banyak kerja yang perlu beliau laku kan sebelum menerima parlantikan sebagai Menteri Kabinet. Tidak kah itu akan membosan kan pehak istana? Apa tak ada kah Y.B Y.B yang sesuai? Saya memang menyukai DSAI tetapi dalam hal ini saya perhatikan bahawa beliau sudah tak sabar sabar ingin menjadi P.M. Sepatut nya beliau membiar kan Tun M melakukan tugasa pembersihan tanpa di tekan. Jangan lah menjadi kan para pengundi bosan dengan karenah ini.
ReplyDeleteaku setuju...
ReplyDeletelicik Tun tu,
cuma ada persoalan.kenapa YDP Agong nak sngt Anwar bebas cepat.adakah sb raja raja melayu tak suka Tun.
Bagi saya soal perlantikan menteri harus disalahkan pada Presiden parti masing2. Mereka yg cadang nama. TM hanya memilih.
ReplyDeleteAnwar tak akan jadi PM. Percayalah.
Masalah Anwar memang kronik. Perangai lama tetap ada. Takkan insaf punya. Dia nak keluar negara walaupun sebulan itu sudah cukup membuktikan. TPM pasti tak dapat kerja dengan tenang memikirkan apa yang Anwar buat. Siapa yang boleh kawalnya 24 jam. Pejuang reformasi yang sudah basi.
Bhai...lu punya findings bukan semua betul. Contoh, cuba refer balik lu punya VSR yg lalu....ada sama dengan keputusan sebenar ke?
ReplyDelete