Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label SID. Show all posts
Showing posts with label SID. Show all posts

08 June 2023

Malaysia Dihina Pelawak Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua ader tengok satu video tular “pelawak berdiri” perempuan yang membandingkan Singapura dan Malaysia. Penuh hinaan darinya terhadap Malaysia.

Gua simple je. Kenapa “beliau” mengatakan macam tue. Sebab di Malaysia nih masalah rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah sejak sekian lama…

Bila dinasihat dikatakan dengki… itu masalah utamanya Malaysia. Tak kira la siapa yang memimpin. Yang lama ka yang baru ka. Sama ja.

Kita nak marah kat seorang “pelawak berdiri” tu ka? Sebenarnya tak boleh jugak nak marah dier sorang sebab apa yang dier cakapkan tue sebenarnya ialah apa yang keseluruhan warga Singapura punya persepsi terhadap Malaysia.

Tak kira la warga Singapura ru dari bangsa Cina, India atau Melayu… sama jer perangai dan persepsi merekw terhadap Malaysia.

Jadi… apa yang kita boleh buat?

Kita kena berubah. Kita kena keluar dari kepompong selesa. Kita kena lebih berfikiran terbuka. Keluar dari daerah pemikiran sempit berasaskak kaum dan agama.

Kita sebenarnya sebuah negara kaya. Tapi macam gua bagitau tadi la… Pengurusan negara sejak sekian lama terbelenggu dengan pemikiran yang kolot yang penuh dengan kroni, puak, geng dan sebagainya.

Contoh mudah la… penjanjian air ngan Singapura pun masih guna deal yang lama. Langsung takder anjakan. Adoyai.. jual air mentah 10000 liter pada harga 3 sen… Gila apa..

Situ ja dah cukup menunjukkan betapa lemahnya tadbir urus aset negara.

Belum lagi isu kita benarkan warga Singapura berbondomg-bondong masuk Malaysia setiap hari untuk membeli barangan dapur “bersubsidi” tanpa kawalan pun. Habis subsidi kita hilang ke Singapura.

Patut di Johor, warga Singapura kena beli barang dapur pada harga bukan subsidi… Pembelian di pasaraya mesti menunjukkan MyKad… barulah kita boleh kawal…

Kalu nak dikirakan … subsidi barang dapur paling banyak habis di Johor kepada Warga Singapura… sama la jugak dengan kos petrol bagai.

Untuk kesekian kalinya… Kita perlu ajar sedikit warga Singapore untuk hormat Malaysia. Mana yang ader saman trafik, haramkan saja dari memasuki Malaysia. Kalu dah berada di Malaysia… saman trafik tue kena ikut nilai dalam Dollar Singapore.

Jangan la saman trafik RM300… berapa la sangat duit Singapore…

Kita kena bertegas.

Contoh lagi… Jangan benarkan warga Singapore bawa kenderaan mereka di Malaysia. Mereka wajib kena sewa kenderaan di Malaysia.. semua kenderaan peribadi rakyat Singapore wajar diparking di kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Parkir ini kita bagi kat LTAT kendalikan… at least ader income.

Kita hanya benarkan kenderaan perdagangan jer untuk guna jalan di Malaysia.

Tapi…

Ini semua tak berguna jika rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah di Malaysia tidak dapat ditangani dengan baik dan segera.

Akhir kata… Agensi Risikan Singapura (SID) memang lawak… banyak kali depa kantoi… Your moves always as predicted … Hahahaha

Shalom, Naem meod
Dirgahayu Malaysia.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



18 October 2022

Kecoh Isu Mossad

Bhai/DeeDee semua...

Sana sini gua baca heboh citer pasai operasi Mossad di Malaysia yang mempergunakan warga tempatan sebagai petugas mereka... Semua akhbar bawak tajuk nih...

Gua tau ramai yang teruja... dan ramai yang macam tak sangka...

Hahaha... camnie la... Sel Mossad memang ader di Jalan Ampang... Sel CIA pulak ader di Jalan Pinang.... Sel Singapore Security & Intelligence Division (SID) pulak ader di xxxxxx  ... hahaha...

Dalam kes yang viral nih.... ianya bukan Modus Operandi (MO) Mossad... ianya lebih kepada siapa warga Palestine yang telah diculik itu... Ikut apa yang telah diketahui... mamat Palestine itu ada akses kepada sistem scammer yang menggunakan Android APK yang sekarang dah ramai yang kena scam akaun bank...

Jadi penculik tu sebenarnya nak akses kepada sistem tue ja... tak lebih dari itu... Hahaha

Apa pun... yang best... mesti agak cuak gak sel Mossad di Malaysia... Hahahaha..



06 July 2013

Disebalik Isu Rampasan Kuasa Mesir

Bhai/DeeDee...

Camnie... gua nak lu orang buka minda dan hati.... lihat dalam konteks yang lebih luas... jangan jumudkan diri.... Begini.... gua nak citer skit tentang disebalik isu rampasan kuasa Mesir.... siapa dalang dan siapa pembiaya....

Okeh... kalu kita tengok.... dalam kes pergolakan di Mesir.... siapakah yang akan untung...... siapakan yang akan selamat.... dan siapakah yang akan mendapat kontrak dan laba......  dan kenapa tentera Mesir dilihat menjadi balachi pihak tertentu dan bagaimana kesudahannya isu nih...

Mesir adalah sebuah negara yang bersempadan dengan Israel....  dan dalam konteks ini... yang paling untung aderlah Israel... kenapa Israel untung... kerana dengan pergolakan yang berlaku di Mesir... Israel akan mendapat akses kepada persenjataan NATO... apa sahaja yang di"order" oleh Israel kepada pembekal senjata di Amerika Syarikat dan blok NATO yang lain ... pastinya akan diluluskan dengan mudah... tanpa sekatan... dan yang lagi best tue... siap mendapat persetujuan dari PBB lagie...

Biler Mesir bergolak... Industri minyak dan gas Mesir akan terbantut... dan pengeluarannya akan berkurangan... Ini menyebabkan harga minyak dan gas di pasaran akan naik.... Dan yang pastinya akan untung dalam senario ini aderlah Arab Saudi, Qatar, UAE dan semua peserta OPEC...  Jika Morsi masih kekal sebagai Presiden Mesir.... ader kemungkinan Mesir kan mengawal semua syarikat asing berkaitan minyak dan gas... dan besar kemungkinan akan memiliknegarakan operasi minyak dan gas..... seperti mana yang dilakukan oleh Hugo Chaves dahulu..

Jika ini berlaku... Ibn Saud akan terjejas teruk.... dan pastinya Ibn Saud yang perasan dier aderlah khadam dua tanah suci (walhal sebenarnya dier memanipulasi dua tanah suci tue untuk kepentingan komersial semata-mata) serta berperasan dier adalah raja mutlak di Hijjaz.... walhalnya sejak zaman berzaman... tiada raja di Hijjaz...

So.... Ibn Saud memang terdesak... dier cuak bilamana Mesir dipimpin oleh pemimpin yang taat kepada agama... jadi Ibn Saud dengan bantuan agen CIA telah menyogok dana kepada Syeikh Al Azhar.... Umum tahu ader banyak Syeikh Al Azhar yang karut dari segi moral.... tapi pasai diorang Syeik Al Azhar... maka terpaksalah ramai orang respek jugak dalam keterpaksaan...

Okeh.... antara sebab utama kenapa penggulingan Dr Morsi dilakukan bukanlah kerana isu Ikhwanul Muslimin ... tetapi kerana isu kepentingan persenjataan Israel dan juga isu kawalan terhadap telaga minyak dan gas di Mesir... Semuanya kerana duit dan kuasa....

Semasa perang Mesir Israel pada 7 Jun 1967 (Perang Enam Hari) yang juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur.... Tentera Mesir telah dipermainkan oleh Tentera Israel... Ini disebabkan adernya agen Mossad dan CIA yang telah mencucuk jarum dan berada dalam kumpulan Tentera Mesir.... Oleh kerana kedudukan strategik Mesir yang bersempadan dengan Israel... sampai ke hari ini ... ya ... memang sampai ke hari ini juga agen Mossad dan CIA masih ada didalam Tentera Mesir.... dan gua tidak terkejut jika Mossad dan CIA sebenarnya aderlah dalang dalam isu rampasan kuasa Mesir ini..

Kalu lu nak tahu.... di Malaysia jugak perkara sebegini memang terjadi... hehehe... dalam ATM juga ader pegawai talam dua muka yang dikesan menjadi agen kepada Singapura.... Tunggu masa jer dier nih akan ditahan..... Pernah sekali seorang pegawai ATM berpangkat agak tinggi telah ditahan oleh Agensi gua kerana terlibat dengan agensi risikan Singapura (SID).... tapi citer macam nih tak pernah kuar media.... hahaha

Jadi..... kalu lu nak tau berapa lama lagi Mesir akan bergolak.... mmmmm... kiter tengok dulu siapa yang akan dilantik jadi Presiden Mesir setelah "kononnya" akan ada pilihanraya sekali lagi.... Tapi yang pasti... Ibn Saud dan Netanyahu memang tengah seronok menari gelek la nih.... hehehe...

Kalu tanya gua... aderkah Syria juga terlibat dengan rampasan kuasa Mesir.... hahaha... jawapan gua... ianya takder berkaitan langsung... sebab apa yang berlaku di Mesir takder efek pon kat Syria.... dan tentang citer-citer kononnya Syria mengucapkan tahniah kepada Tentera Mesir atas rampasan kuasa tue.... hahaha... gua nak bagitau lu orang.... semak dulu darimana sumber tue... media mana.... Hahaha... kalu lu nak tau... 100% media di Timur Tengah telah diserap oleh agen-agen Mossad dan CIA.... sejak zaman berzaman.... even Al Jazeera dan Al Arabiya pon samer.... hahahaha

Bukak mata dan telinga bhai.... tengok dalam konteks yang lebih luas.... jangan terpengaruh dengan cerita-cerita karut dari media yang dikawal secara tidak langsung oleh MOSSAD dan CIA.... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1