Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Persekutuan. Show all posts

16 December 2021

Perubahan Untuk Sarawak Dan Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu dah lama dah Sabah dan Sarawak terpinggir... Banyak kawasan dan daerah disana yang kurang infrastruktur awam terutamanya kemudahan jalanraya yang baik, bekalan air dan juga elektrik. Walaupun Malaysia dah Merdeka lebih 64 tahun... tapi keadaan di Sabah dan Sarawak dilihat seperti pada tahun 60'an atau 70'an..

Jangan kita tengok bandar besar macam Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Limbang, Sarikei dan sebagainya... tapi kita masuklah kedalam sikit ke kawasan pedalaman... Kita akan nampak semuanya jika kita berkenderaan darat....

Keadaan jalan yang teruk dan semacam tidak pernah dapat kesan pembangunan... telekomunikasi pun out... jangan cerita la benda macam kemudahan Internet.... jauh panggang dari babi...

Sebenarnya semua ini boleh diselesaikan dengan mudah ... jika pemimpin utama negara kita mahu membuka mata dan melihat kebenaran secara live depan mata... berkenderaan lah secara kenderaan darat.... 

Contoh macam kalu YDP Agong selalu ketua negara dapat turun padang tengok sendiri dengan mata kepala sendiri.... tak payah tunggu orang atau mana-mana pegawai atau kerajaan negeri jemput... Sendirilah YDP Agong amik inisiatif bergerak sendiri masuk ke kawasan ini... mesti akan dapat lihat kebenarannya tanpa disorokkan dan ditunjukkan yang muluk-muluk sahaja...

Bukankah ini tugas seorang pemimpin atau ketua negara.... Bukan sekadar dengar sembah taklimat daripada pegawai dan kakitangan awam... tapi dengan turun sendiri lihat...  Tak perlu nak lawat luar negara tak abis-abis.. tapi dalam negara langsung tak pandang...

Maaf cakap la... Gua berani jamin... Kalu setiap YDP Agong kerap buat lawatan sebegini secara terjah sejak dari awal kita mencapai kemerdekaan... pastinya tiada kawasan dalam Malaysia yang ketinggalan...

Bukanlah gua nak kata amik contoh Kembara Mahkota Johor (yang itu pun banyaknya pergi ke kawasan yang dah dijadualkan dan pastinya semuanya akan dilihat muluk-muluk sahaja) tapi at least turun lah padang dan lihat kehidupan masyarakat luar bandar yang menyanjung kuat YDP Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu.

By the way? Berapa kalikah dalam sepenggal perkhidmatan YDP Agong ada buat lawatan ke luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan berkenderaan darat??? Cuba habaq mai.

Bukanlah tulisan ini nak menghina atau merendahkan martabat YDP Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu.... tetapi tunjukkan lah pada rakyat yang adernyer fungsi dan penting perinya semua ini kepada rakyat....

Sekian ...



03 February 2021

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Bhai/DeeDee semua...

Tak lama dulu... Yang Arif Tuan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali nih telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun keatas bekas Perdana Menteri Najib Razak atas kes rasuah melibatkan SRC International... Kini Tuan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga telah menjatuhkan kes juga terhadap Mohd Isa Samad dalam kes rasuah Felda..

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Yang Arif Tuan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ..

Kita faham... setelah semua disemak dan dicerakinkan... maka keputusan inilah yang paling tepat buat kes Mohd Isa Samad atas pertuduhan rasuahnya...

Kita juga faham... keputusan ini berada di peringkat Mahkamah Tinggi.... dan tertuduh (Mohd Isa Samad) boleh membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan atau pun sekurang-kurangnya membuat Semakan Kehakiman... dan boleh dilanjutkan sehingga ke Mahkamah Persekutuan...

Apa pun... telah dibuktikan bahawa tertuduh telah bersalah... itu yang pasti...

Moga kita semua dapat melihat keadilan dan ketelusan dalam semua proses Mahkamah di Malaysia yang sememangnya perlu reformasi. Yang mana kita nak lihat pulak Annuar Musa sangkut kes pembelian hartanah Dudley International House oleh Mara Inc di Australia

Ader paham ka??



28 January 2021

Air Kelantan? Sekadar Pandangan

Bhai/DeeDee semua...

Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan.. sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... taou mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak....

Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...

Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..

Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan dana yang kurang.. ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan dana dari Kerajaan Persekutuan.... Betul... memang ada dana yang tersekat dan tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan begini..

Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat dan mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana sertajuga industri perladangan dan perkebunan.. Malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.

Tapi yer la.... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut professional.. Mereka cuma nampak pada Hutan sahaja... itu sahaja yang mereka nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam tue..

Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh dilaksanakan disana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri.... dengan memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.

Itu gua citer dari sudut luar...

Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak payah nak diselesaikan... Semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak... Kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat ditingkatkan dan dibaik pulih... Hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini... Hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan... 

Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi ... kalu ada pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah runtuhkan binaan tu...

Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...

Sebab itu Air Kelantan susah nak buat pembaikan dan penambahbaikan pada sistem perpaipan Air Kelantan terutamanya dikawasan bandar.... Walaupun berbilion duit disediakan ... tapi tetap susah nak dibuat... Kalu nak merobohkan binaan haram diatas ROW Air Kelantan nih, maka bersedialah dengan maki hamun atau bantahan besar-besaran... malah boleh jadi ada yang kena parang atau bedil..

Ini realiti.... Semuanya sebab sikap... acuh tak acuh dipermulaannya yang akhirnya sudah membarah... Apa pun terima sahajalah ..... kita tambah lagi 30 tahun ... kerana nampaknya takder tanda-tanda warga Kelantan akan berubah....

Kita yang dari luar Kelantan nih cuma mampu beri cadangan dan pandangan je... tapi kalu orang Kelantan tak mahu berubah... kita nak kata apa.... biarkanlah.... mereka dah selesa macam tue...

Hahahaha



12 February 2013

Opsyen Terakhir Najib Razak

Bhai... Aper yang gua nak citer nih kalu ikutkan hati memang takmo gua citerkan... Sebab gua takmo ianya membuka minda Najib Razak dan BN mempergunakannya untuk kepentingan mereka..

Tapi biler gua pikirkan balik... Seeloknya kiter sumer tau tentang opsyen terakhir Najib Razak untuk mengekalkan kuasa dan juga menambah jangkahayat BN... Sememangnya opsyen terakhir ini boleh menjadi satu kejutan kepada Pakatan Rakyat (PR)... dan menyebabkan PR kelam kelibut tak tau nak plan aper lagie... hahaha

Okeh... Selepas terbubarnya Parlimen sekitar bulan April ini atas sebab telah cukup penggal yang sepatutnya... Suruhanjaya Pilihanraya perlu memanggil satu Pilihanraya Umum dalam tempoh 60 hari... Betul... Ini adalah satu tindakan standard.. Gua tak nafikan... Ini memang boleh berlaku... Namun...

Namun... Semasa terbubarnya Parlimen secara otomatik kuasa tertinggi akan dipindahkan kepada YDP Agong... Dan mengikut turutannya YDP Agong mestilah melantik satu kumpulan pentadbiran untuk mengendalikan urusan kerajaan yang dikenali sebagai "interim government" atau kerajaan sementara.

SPR memerlukan persetujuan (consent) daripada YDP Agong untuk menandatangani surat perisytiharan pilihanraya umum. Dan YDP Agong dengan kuasa perogratif yang ada padanya boleh pada bila-bila masa menentukan tarikh sebenar PRUdapat diadakan. Dengan kuasa Perlembagaan yang ada pada YDP Agong, PRU boleh dilanjutkan kepada satu tarikh yang melangkaui 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

Kuasa perogratif ini sememangnya boleh digunakan oleh YDP Agong jika beliau mendapati keadaan untuk mengadakan pilihanraya umum adalah tidak bersesuaian (kacau bilau dan sebagainya). Dan kerajaan sementara (interim government) yang dilantik oleh YDP Agong boleh terus menjalankan tugasnya sehngga YDP Agong berpuas hati dengan kestabilan negara yang akhirnya membolehkan PRU dijalankan.

Dan ini semua tidak ada terhad jangkamasanya dan SPR tidak boleh melaksanakan PRU tanpa mendapat persetujuan dan tandatangan YDP Agong... Dan cara ini dibenarkan dalam peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara. Ianya bukanlah keadaan dharurat atau kerajaan tentera yang mungkin sepertmana lu fikir. Ianya adalah kerajaan demokrasi yang sah dan diperakui oleh undang-undang dan perlembagaan.

Persoalannya sekarang ini, adakah lu rasa Najib Razak tidak akan menggunakan taktik dan opsyen terakhir ini untuk terus mengekalkan kuasa... Hahaha... Wei... Gua nak kasitau lu... Aperla yang lu orang nak harapkan kepada YDP Agong untuk terus menandatangani perisytiharan PRU sedangkan dalam setiap masa YDP Agong akan mendapatkan nasihat PM bagi urusan ini. Dan lu pon tau saper sebenarnya yang lagi berkuasa di Malaysia nh... Hahaha... Tulur sudah kena genggam kalu... Hahaha...

So... Ada dua opsyen tambahan disini... Kalu berlaku kekacauan awam (yang gua jangkakan akan dilakukan oleh anasir Perkasa dan Jati), kerajaan sementara (interim government) sedia ada pada masa itu boleh membuat tangkapan awam dibawah Akta Keharmonian Nasional (2011) kepada mana-mana orang yang dirasakan perlu. Kemungkinan ops lalang ketiga boleh berlaku.. Dan bila ini dilakukan... Ramai yang akan kedalam... Termasuklah gua... Dan jika semua dah ramai kedalam... Senang BN nak buat PRU13 tanpa perlawanan... Dan BN akan menang dengan mudah.

Opsyen tambahan kedua adalah kerajaan sementara ini akan terus-menerus mentadbir negara ini tanpa perlu diadakan PRU lagi selagi mana YDP Agong tidak menandatangani surat perisytiharan PRU. Dan keadaan in boleh berterusan selama-lamanya.

Adakah lu orang boleh paham aper yang gua maksudkan??? Untuk pengetahuan lu orang semua, SPR tidak boleh menjalankan PRU tanpa mendapat persetujuan dan perisytiharan daripada YDP Agong dan ini termaktub dalam kuasa-kuasa khas YDP Agong yang disahkan didalam perlembagaan.

Hahaha.... Memang terbaek la opsyen terakhir Najib Razak nih....... Hahahaha .... Chanteq.... Kalu kiter menpertikaikan perkara ini dan berhimpun untuk menghantar memo bantahan kepada YDP Agong, besar kemungkinan kiter akan dianggap menderhaka kepada YDP Agong yang membolehkan kiter semua ditahan atas alasan menderhaka (treason).

TAMBAHAN: Lu orang boleh tengok contoh kuasa perogratif YDP Agong nih di Selangor dalam tempoh seminggu dua lagi... Hahaha... Gua berani jamin walaupun MB Selangor (Khalid Ibrahim) bubarkan DUN Selangor, tidak semestinya dalam tempoh 60 hari PIlihanraya Umum Negeri akan dapat dibuat oleh SPR kerana Sultan Selangor pasti akan mempergunakan kuasa yang ada padanya untuk membenarkan Pilihanraya itu hanya dilakukan bersekali dengan PRU13 dan bukan sebelumnya atau berasingan.. Kiter tengok dan lihat... Hahaha... Alasan yang mungkin digunakan adalah berkaitan dengan kos pengendalian.... Hahaha... Kan dulu Sultan Perak pernah mempergunakan kuasa semacam ini semasa krisis perlembagaan di Perak.... Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1