Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kerajaan Sementara. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Sementara. Show all posts

21 March 2013

Kerajaan Sementara Negeri Johor

Bhai.... tatkala mandat DUN Johor Darul Takzim akan tamat selepas jam 12 tengah malam nih... janganlah kita terkejut dan gelabah biawak.... Takder masalahnyer kalu DUN Johor sudah tamat mandat sebab secara otomatiknya segala pemerintahan dan kuasa masih berjalan seperti biasa... dibawah konsep Kerajaan Sementara.

Pilihanraya Negeri hanya boleh dibuat setelah Sultan Johor mengeluarkan dekri dan arahan kepada SPR untuk menjalankan Pilihanraya Negeri dalam tempon 60 hari dari tarikh dekri atau arahan tersebut...... Perkara yang samer gak akan berlaku pada semua Dewan Undangan Negeri-Negeri lain di seluruh Malaysia.

Pilihanraya Negeri hanya akan dijalankan setelah Sultan dan Raja merasakan bahawa perlunya dibuat Pilihanraya Negeri.... selain dari itu... tidak ada cara.... dan kekallah Kerajaan Sementara memerintah negeri selagi mana yang boleh... dan ini tidak ada jangkamasa tamatnya yang spesifik....

So... jangan terkejut kalu Pilihanraya Negeri dan jugak Pilihanraya Umum tidak akan dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas tamatnya mandat DUN atau Parlimen...... sori... ini aderlah tafsiran undang-undang dan kiter sumer kena terima hakikatnya...

Hehehehe... jadi kalu semua Sultan dan Raja serta YDP Agong takmo nak keluarkan dekri atau arahan kepada SPR..... jangan mimpi la Pilihanraya Negeri dan Umum akan dijalankan selepas tamatnya tempoh 60 hari tamatnya mandat..... hahahaha.... lupakan saja la....

HAHAHAHAHA....

11 March 2013

Berehat Di Kepayan

Bhai.... untuk pengetahuan lu... gua baru jer sampai kat KK... la nih tengah lepak kat Kepayan.... jumpa member-member.... berehat sekejap lepaskan lelah.... Esok pagi gua akan gerak pi Kudat... Kalu ikut perancangannyer... gua mungkin akan station kat sana.... Tapi tak tau la... perancangan nih banyak yang berubah last minit...

Berbalik citer tentang isu MyKad di Sabah nih... gua dan kengkawan di agensi semua berpandangan masalah nih semua berpunca dari isu pemberian Kad Pengenalan secara sembrono yang telah dibuat lebih kurang 20 tahun dulu... dan semua ini didalangi oleh Mahathir Mohamed... Sebab kalu tidak... senang anggota keselamatan kita dari PDRM dan ATM untuk buat kerja sweeping dan mopping...

Tapi la nih... pengganas dan penceroboh pon ada IC dan Paspot Malaysia.... aper ker jadahnyer...

Walau macam mana pon.... sepatutnya Suruhanjaya Diraja bagi siasatan kes IC nih di Kota Kinabalu patut diteruskan.... kena buat jugak... sebab sekarang nih kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah telah jatuh merudum... Tak kisah la Najib Razak nak bodek bagi imbuhan macam-macam kat kakitangan kerajaan ker mender ker... itu semua takder efek... sebab rakyat Sabah tengah marah sangat nih.... semua pasai isu Kad Pengenalan nih...

Kalu Mahathir Mohamed ader telur... gua cabar dier mari datang la kat Lahad Datu ka... Semporna ka... Kunak ka.... Tawau ka.... gua berani jamin... kalu tak kena baling dengan kasut atau sampai.... mungkin ader kot yang tibai dengan lastik.... Sebab orang tempatan gua diberitahu cukup marah kat Mahathir Mohamed pasai isu IC nih.... sebab pasai IC la... yang menyebabkan penduduk tempatan kat sini susah...

Kalu PR nak amik mileage ... sebaiknyer buat satu poster letak gambar Mahathir Mohamed tengah serahkan IC kat pendatang asing... dan taburkan ker seluruh Sabah dan Sarawak.... mesti orang akan lagi terbakar.... hahaha....  jangan lupa jugak sabitkan kes IC nih dengan kematian dan kecederaan anggota keselamatan....

Geng-geng PDRM pon dah menyampah dengan Mahathir Mohamed ... pasai kematian dan kecederaan kengkawan diorang nih semua disebabkan oleh projek IC Mahathir Mohamed dulu tu... cuma kemarahan diorang nih diorang tak serlahkan kat public.... hahaha... tapi itulah yang sebenarnya sedang berlaku....

Aper pon.... Ini komen gua terhadap politik negara... hahaha... sempat lagie tu.... bahawasanya... Najib Razak tak layak nak umumkan apa-apa peruntukan, imbuhan atau sebagainya kepada kakitangan awam kerana Najib Razak sekarang ini bukan lagi Perdana Menteri.... tetapi Presiden UMNO... sebabnya... mandat sudah tamat pada 9 Mac baru nih... sekarang nih yang ader cuma kerajaan sementara.... interim government.... yang boleh umumkan peruntukan, imbuhan dan sebagainya hanyalah YDP Agong....

Jadi.... kalu mengikut undang-undang... Najib Razak tidak layak untuk menandatangani apa-apa dokumen sebagai Perdana Menteri melainkan hanya sekadar seorang kakitangan awam kerajaan sementara. Oh yer... gua tak dengar pon YDP Agong mengeluarkan dekri atau watikah dan melantik Najib Razak mengepalai kerajaan sementara.... lu orang ader dengar ker.... kalu takder... maknanyer... aper yang berlaku sekarang nih semuanya adalah kerajaan sementara yang haram.... sebab takder dekri atau watikah dari YDP Agong... 

12 February 2013

Opsyen Terakhir Najib Razak

Bhai... Aper yang gua nak citer nih kalu ikutkan hati memang takmo gua citerkan... Sebab gua takmo ianya membuka minda Najib Razak dan BN mempergunakannya untuk kepentingan mereka..

Tapi biler gua pikirkan balik... Seeloknya kiter sumer tau tentang opsyen terakhir Najib Razak untuk mengekalkan kuasa dan juga menambah jangkahayat BN... Sememangnya opsyen terakhir ini boleh menjadi satu kejutan kepada Pakatan Rakyat (PR)... dan menyebabkan PR kelam kelibut tak tau nak plan aper lagie... hahaha

Okeh... Selepas terbubarnya Parlimen sekitar bulan April ini atas sebab telah cukup penggal yang sepatutnya... Suruhanjaya Pilihanraya perlu memanggil satu Pilihanraya Umum dalam tempoh 60 hari... Betul... Ini adalah satu tindakan standard.. Gua tak nafikan... Ini memang boleh berlaku... Namun...

Namun... Semasa terbubarnya Parlimen secara otomatik kuasa tertinggi akan dipindahkan kepada YDP Agong... Dan mengikut turutannya YDP Agong mestilah melantik satu kumpulan pentadbiran untuk mengendalikan urusan kerajaan yang dikenali sebagai "interim government" atau kerajaan sementara.

SPR memerlukan persetujuan (consent) daripada YDP Agong untuk menandatangani surat perisytiharan pilihanraya umum. Dan YDP Agong dengan kuasa perogratif yang ada padanya boleh pada bila-bila masa menentukan tarikh sebenar PRUdapat diadakan. Dengan kuasa Perlembagaan yang ada pada YDP Agong, PRU boleh dilanjutkan kepada satu tarikh yang melangkaui 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

Kuasa perogratif ini sememangnya boleh digunakan oleh YDP Agong jika beliau mendapati keadaan untuk mengadakan pilihanraya umum adalah tidak bersesuaian (kacau bilau dan sebagainya). Dan kerajaan sementara (interim government) yang dilantik oleh YDP Agong boleh terus menjalankan tugasnya sehngga YDP Agong berpuas hati dengan kestabilan negara yang akhirnya membolehkan PRU dijalankan.

Dan ini semua tidak ada terhad jangkamasanya dan SPR tidak boleh melaksanakan PRU tanpa mendapat persetujuan dan tandatangan YDP Agong... Dan cara ini dibenarkan dalam peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara. Ianya bukanlah keadaan dharurat atau kerajaan tentera yang mungkin sepertmana lu fikir. Ianya adalah kerajaan demokrasi yang sah dan diperakui oleh undang-undang dan perlembagaan.

Persoalannya sekarang ini, adakah lu rasa Najib Razak tidak akan menggunakan taktik dan opsyen terakhir ini untuk terus mengekalkan kuasa... Hahaha... Wei... Gua nak kasitau lu... Aperla yang lu orang nak harapkan kepada YDP Agong untuk terus menandatangani perisytiharan PRU sedangkan dalam setiap masa YDP Agong akan mendapatkan nasihat PM bagi urusan ini. Dan lu pon tau saper sebenarnya yang lagi berkuasa di Malaysia nh... Hahaha... Tulur sudah kena genggam kalu... Hahaha...

So... Ada dua opsyen tambahan disini... Kalu berlaku kekacauan awam (yang gua jangkakan akan dilakukan oleh anasir Perkasa dan Jati), kerajaan sementara (interim government) sedia ada pada masa itu boleh membuat tangkapan awam dibawah Akta Keharmonian Nasional (2011) kepada mana-mana orang yang dirasakan perlu. Kemungkinan ops lalang ketiga boleh berlaku.. Dan bila ini dilakukan... Ramai yang akan kedalam... Termasuklah gua... Dan jika semua dah ramai kedalam... Senang BN nak buat PRU13 tanpa perlawanan... Dan BN akan menang dengan mudah.

Opsyen tambahan kedua adalah kerajaan sementara ini akan terus-menerus mentadbir negara ini tanpa perlu diadakan PRU lagi selagi mana YDP Agong tidak menandatangani surat perisytiharan PRU. Dan keadaan in boleh berterusan selama-lamanya.

Adakah lu orang boleh paham aper yang gua maksudkan??? Untuk pengetahuan lu orang semua, SPR tidak boleh menjalankan PRU tanpa mendapat persetujuan dan perisytiharan daripada YDP Agong dan ini termaktub dalam kuasa-kuasa khas YDP Agong yang disahkan didalam perlembagaan.

Hahaha.... Memang terbaek la opsyen terakhir Najib Razak nih....... Hahahaha .... Chanteq.... Kalu kiter menpertikaikan perkara ini dan berhimpun untuk menghantar memo bantahan kepada YDP Agong, besar kemungkinan kiter akan dianggap menderhaka kepada YDP Agong yang membolehkan kiter semua ditahan atas alasan menderhaka (treason).

TAMBAHAN: Lu orang boleh tengok contoh kuasa perogratif YDP Agong nih di Selangor dalam tempoh seminggu dua lagi... Hahaha... Gua berani jamin walaupun MB Selangor (Khalid Ibrahim) bubarkan DUN Selangor, tidak semestinya dalam tempoh 60 hari PIlihanraya Umum Negeri akan dapat dibuat oleh SPR kerana Sultan Selangor pasti akan mempergunakan kuasa yang ada padanya untuk membenarkan Pilihanraya itu hanya dilakukan bersekali dengan PRU13 dan bukan sebelumnya atau berasingan.. Kiter tengok dan lihat... Hahaha... Alasan yang mungkin digunakan adalah berkaitan dengan kos pengendalian.... Hahaha... Kan dulu Sultan Perak pernah mempergunakan kuasa semacam ini semasa krisis perlembagaan di Perak.... Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1