Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

30 December 2022

Tangguhlah Dulu

Bhai/DeeDee semua...

Pada 24 Disember 2022.... terbit satu berita di MailOnline berkenaan kadar jangkitan Covid-19 di China...

Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19. - sumber

Jadi .... gua amat bersetuju jika pihak Jabatan Imigresen dan Kerajaan Malaysia mengambil keputusan menangguhkan dahulu kemasukan pelancong dari China ke Malaysia... tak kisah la atas tujuan pelancongan atau perniagaa... Bahaya... kita takmo berlakunya kesan sama macam dulu sehingga satu negara terkena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Jangan hanya kerana duit yang sedikit (hasil dari pelancongan)... kita rugi ratusan juta ringgit malah dikhabarkan sehingga mencecah bilion ringgit nilainya akibat dari kesan PKP dan penutupan industri... Kita dah serik... Kita dulu pun dah nasihat... dan kini kita nasihat lagi sekali...

Tapi kalu Kerajaan Malaysia tetap bodoh... memang tak boleh nak kata apa la..... huhuhu


Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

Presiden Mata Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baru yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan.

“Kita semua sedia maklum hospital di seluruh China telah dibelenggu oleh letupan kes Covid-19 berikutan keputusan Beijing untuk menarik balik peraturan ketat mereka.

“Trauma yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih belum selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup sepenuhnya akibat Covid-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun yang lalu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Justeru, dia berharap perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan pemain industri pelancongan amat terkesan sebelum ini dan masih dalam proses pemulihan.

Mohd Khalid juga berkata banyak negara telah memperketat kemasukan pelancong atau ahli perniagaan dari China buat masa ini bagi menyekat penularan virus Covid-19.

Dia turut menasihati pemain industri pelancongan Malaysia agar mengalihkan perniagaan mereka kepada pelancong dari Timur Tengah dan Eropah tanpa bergantung kepada China buat masa ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia dijangka menyaksikan lonjakan permintaan penerbangan susulan pembukaan semula sempadan China.

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik Covid-19.

6 comments:

  1. Ramai lah cukong2 yg melalak nanti berendam air mata haha.

    ReplyDelete
  2. Bloody plain common sense! No brainer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah nak nasihat... kalu ko dengar statement KP Kesihatan... lagi la best.... takder masalah katanya sebab KKM dah bersedia.... bodoh rupanya Tan Sri sekor tue... hahahaha

      Delete
  3. Kerajaan bakal tumbang jika kedatangan pelancong China menyebabkan kes covid melonjak?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1