Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 December 2022

Bila Ada Cikgu Yang Rasis

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat hanya bebudak sekolah jer rasis (perkauman) dan ekstremis.... tapi cikgu dan guru besar / pengetua pon ader yang berperangai sama.... Benda nih bukan sajer berlaku di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan... tapi juga berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan... SRJK (C) dan SRJK (I) ... serta di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK)

Malah kat Sekolah swasta (persendirian) rendah dan menengah pon ader...

Bukan takder kes sesama Cikgu yang rasis... malah kes Cikgu Rasis yang dibekap oleh Pengetua Rasis pun ader.... macam dalam kes di SMJK (C) di Mersing dulu....

Sebenarnya ketegasan di peringkat Kementerian Pendidikan amatlah perlu... tapi kita kena pertegaskan juga diperingkat Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan... Perlu ader penegasan yang kuat... Ini semua berbalik kepada sistem kerakyatan...

Sepatutnya ... mana-mana yang rasis bagai tue... Kerajaan Malaysia boleh jer amik tindakan tegas ... sama ada gantung kerakyatan atau buang terus kerakyatan... supaya yang terlibat tu boleh berakal sikit... Dengan cara nih baru la pelaku nih akan sedar kesalahannya... kalu masih terus dibiarkan tanpa tindakan tegas... benda nih akan sentiasa membarah...

Jangan tengok yang membuat tue dari bangsa apa... jangan pilih kasih...  amik ja tindakan tegas keatas pelaku semua nih.... paling cikai pon sumbat ja kedalam barang seminggu dua... kasik depa sedar diri sikit...


Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung insiden perkauman dan ekstremisme di sekolah, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata KPM mengutamakan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui budi pekerti, sahsiah dan integriti, yang merupakan salah satu daripada tujuh fokus utama kementerian itu.

“Kami mahu anak-anak ini membesar dalam konteks keharmonian, dalam persekitaran sekolah yang selamat kerana kami percaya dengan membina adab, sahsiah dan integriti mereka, ia akan dapat mengatasi isu seperti ekstremisme.

“Seperti mana kita tidak berkompromi dalam isu buli dan gengsterisme, kita juga tidak akan berkompromi dalam isu perkauman dan ekstremisme.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah dan oleh itu, jika terdapat sebarang ancaman perkauman atau pelampau, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius dan kita pastinya akan bekerjasama dengan polis untuk membendung perkauman dan ekstremisme daripada berlaku di sekolah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina mengumumkan cadangan untuk mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Bagaimanapun, dia berkata senarai nama ahli majlis itu belum dimuktamadkan.

2 comments:

  1. Sumbat ke dalam seminggu dua gua sokong dan kalau buat kesalahan berulang gantung jer kerakyatan. Nak tengok ada akai ke..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1