Gua berpandangan bahawa bukan sahaja bakal pemilik PPR tetapi semua pemilik lot PPR sedia ada wajib menghadiri kursus kesedaran sivik nih.
Jadikan ianya mandatori.
Kepada yang gagal hadir atau gagal ujian khas kesedaran sivik ini, perlu buat ulangan. Tapi jika gagal ulangan maka pemilikan akan dibatalkan.
Kena buat tegas sikit baru la boleh ada perubahan.
Paling penting : buat spotcheck selalu, mana-mana lot PPR yang disewakan kepada pihak ketiga, pemilikan dibatalkan serta merta tanpa dibenarkan rayuan. Denda yang tinggi wajar dikenakan kepada bekas penilik dan disenarai hitamkan dari memohon PPR di masa depan.
Supaya tiada penyalahgunaan (abuse) dilakukan.
Supaya tiada penyalahgunaan (abuse) dilakukan.
| Kursus Kesedaran Sivik Pemilik PPR |
