Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jokowi. Show all posts
Showing posts with label Jokowi. Show all posts

16 May 2023

Mana Akan Lebih Box Office?

Bhai/DeeDee semua...

18 Mei 2023 ini banyak Pawagam di Malaysia akan menayangkan filem biografi Anwar : The Untold Story.... filem yang digarapkan secara seni atas isu terkait individu bernama Anwar Bin Ibrahim yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh..

Dan...

25 Mei 2023 ini pula akan ditayangkan filem aksi kepolisan bertajuk Polis Evo - 3 di banyak Pawagam di Malaysia.... filem yang merupakan sekuel daripada filem Polis Evo 1 dan Polis Evo 2...  Filem Polis Evo 1 lebih berkisar kepada isu Buddy (sahabat/rakan) dan keluarga... manakala Filem Polis Evo 2 pula lebih kepada elemen terorisma dan keganasan berkumpulan serta sabotaj.

Jadi...

Dari sudut penonton pula... susah nak dijangkakan sentimen penonton... sebab ada yang suka cerita biografi... ada pula yang suka cerita aksi..

Tapi...

Dari segi kutipan tiket... gua lebih rasa yang filem Polis Evo 3 akan lebih menyerlah... akan lebih kehadapan... mungkin boleh mencecah "all time high" bagi sesebuah filem Melayu selepas filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan....

Namun... 

Jangan kita lupa.... supporter dan pentaksub kepada PMX (Anwar Ibrahim) agak kritikal... mereka boleh jer menjadikan filem ini Super Box Office... tambah lagi kalu ader Syarikat besar yang menaja tiket kepada orang awam... tak terkejut .... contoh macam kalu Syarikat Perladangan IOI menaja jutaan ringgit kos tiket wayang buat para kakitangan dan keluarga mereka.... Hahaha.... Itu baru satu contoh.... 

Tak rugi pon sebenarnya....sebab depa boleh claim tolak cukai dibawah khidmat CSR .... contoh tajaan dibawah nama Yayasan IOI ka... Itu baru satu syarikat... hahaha... berapa banyak Syarikat dan NGO yang nak rapat dan tunjuk baek ngan PMX ... masing-masing dengan agendanya...

Mana tau ... filem Anwar : The Untold Story nih boleh cecah kutipan tiket RM400 juta dalam masa 101 hari.... Hahahaha... ramai pulak yang sponsor tiket free... hahaha

Kalu jadi camtue... memang susah la filem lain nak lawan box office... Indonesia pun kalu buat filem Jokowi : The Untold Story pun belum tentu boleh lawan.... hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




01 January 2023

Cakap Tak Serupa Bikin

Bhai/DeeDee semua...

Jokowi ader mensyaratkan supaya kakitangan awam Indonesia kena kawal tindakan mereka dihadapan umum terutama dari segi gaya dan penampilan... Jangan terlebih gaya yang menunjukkan mewah berbanding dengan pendapatan sebagai kakitangan awam... takut nanti dikatakan oleh rakyat sebagai tak berhemah... patut utamakan produk tempatan berbanding produk luar

Tapi....

Tapi Isteri Jokowi sendiri pun taknak ikut saranan Jokowi tue.. Isteri Jokowi sendiri pun terlebih menggayakan produk luar yang harganya puluhan juta rupiah dalam satu insiden... Harga yang dilihat mahal dalam konteks di Indonesia... Adoilah... Kalu isteri sendiri pun tak buat apa yang disarankan... apa nak diharapkan la....

Contoh.. masa anak Jokowi berkahwin baru-baru nih... dilihat terlalu mewah segala urusan perkahwinan tue... malah siap menggunakan khidmat kakitangan awam bagi melaksanakan proses kenduri dan segala terkait program perkahwinan tue...

Nampak sangat cakap tak serupa bikin....

Nih gua buat seumpama peribahasa "pukul anak sindir menantu" tau.... 

Takkan la camnie punya ayat pun Walanon dan Bangsa Slurpp akan trigger... Adoilah... kalu trigger gak... memanglah lagi tisu dari Walaun dan Macai... Hahaha


Penampilan isteri Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sering dilihat mengenakan barangan fesyen berjenama telah mencuri tumpuan ramai orang, lapor laman berita Suara.com.

Iriana Jokowi kembali menjadi tumpuan apabila tampil menggayakan jaket mewah berharga puluhan juta rupiah ketika menemani suaminya ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB) semasa perasmian Empangan Beringin Sila Khamis lalu.

Beliau yang cuba menangkap ikan di tepi empangan dilihat memakai jaket parka berwarna biru laut dengan seluar biru dan tudung putih. Apabila disiasat, jaket itu berasal daripada jenama mewah Perancis, Louis Vuitton.

Berdasarkan laman web Louis Vuitton UK, Jaket dengan nama Broderie Anglaise Monogram Parka itu berharga sekitar 67.4 juta rupiah (RM19,070).

Sementara itu, di laman Louis Vuitton yang lain, jaket yang habis dijual itu berharga sekitar 75.5 juta rupiah (RM21,362).

Louis Vuitton merupakan jenama mewah di dunia yang diasaskan pada tahun 1854. Syarikat itu kini dimiliki oleh Bernard Arnault yang tersenarai sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.

Fesyen Iriana Jokowi didakwa bercanggah dengan saranan Presiden Jokowi yang melarang pegawai Polis Indonesia daripada menonjolkan gaya hidup mewah.

Jokowi malah meminta rakyat Indonesia menyekat penggunaan produk import dari luar negara, namun sebaliknya mencintai dan menggunakan lebih banyak produk tempatan.

“Semua orang perlu ada rasa krisis yang sama. Saya ingatkan mengenai gaya hidup, jangan biarkan ia bermegah-megah di tengah situasi yang sukar kerana wujudnya kecemburuan sosial ekonomi. Saya ingatkan anda untuk berhati-hati,” kata Jokowi kepada polis di seluruh Indonesia pada 14 Oktober lalu.

12 January 2022

Betapa Strategiknya Ibunegara Indonesia (Penajam) Yang Baharu.

Bhai/DeeDee semua...

Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah mengumumkan bahawa negara terbesar di Asia Tenggara itu akan memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke sebuah lokasi di wilayah Kalimantan Timur, berhampiran Samarinda dan Balikpapan. Lokasi ini adalah di Penajam. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban terhadap Jakarta yang sudah pun terlalu sesak kerana populasi yang terlalu tinggi dan mempunyai ancaman tenggelam dibawah paras laut.

Jadi... Berdasarkan kepada strategiknya kawasan ini... gua dapati ianya akan dijadikan sandaran untuk mengikat kekuasaan China di Laut China Selatan dimana Indonesia pastinya akan memperkukuhkan kekuatan militer lautnya di kepulauan Natuna. Malah kedudukan angkatan laut Indonesia di Kepulauan Sulawesi sendiri pastinya akan diangkat dengan lebih berjaya.

Kita tahu Borneo agak kurang impak kepada Gunung Berapi dan Gempa Bumi... malah sumber galian alam seperti emas, bijih besi, arang batu, minyak dan gas serta yang lainnya cukup banyak disini. Industri perlombongan akan boleh digiatkan dan diseliakan dengan jalinan infrastruktur awam seperti jalanraya, lebuhraya dan laluan keretapi yang lengkap dan teratur.

Dan pastinya akan ada sambungan akses ke Kuching, Kota Kinabalu dan Bandar Seri Begawan di Brunei

Ini akan menyebabkan peluang pekerjaan dan pembangunan di Borneo akan dapat dipertingkatkan dengan adanya modal insan seperti buruh mahir yang rendah kos pengendaliannya.

Hebat planning Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi.

#Penajam #Indonesia #Borneo #IbunegaraBaharuIndonesia #Jokowi
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

07 February 2021

Balik Awal

Bhai/DeeDee semua...

Dengar khabar Muhyiddin Yasin sudah balik awal dari Indonesia... Patutnya ader lagi 2 hari... tapi pasai tak tahan kena baham dalam media sosial tu yang balik awal... huhuhu... ntah la..

Tapi yang pasti... setiap masa kunjungan Muhyiddin Yasin tue ke Indonesia telah di upkan gambarnya dalam page FB Presiden Indonesia Jokowi .... Dan setiap kali itulah penuh wall page FB Presiden Indonesia itu dengan hashtag #NotMyPM #MuhyiddinOUT

Hahaha...

Memang kena bahan la... tu yang agaknya tak tahan tu sampaikan terpaksa balik awal... sabor je la... nasib baik tak kena troll #MakKauHijau ...

Kalu kena tatau la menangis keluar air mata kot?? Hahaha



04 February 2021

Lari Pergi Luar Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Dah berapa kali dah kita dipersembahkan dengan kononnya perutusan dari PM secara siaran langsung... walhal kita pon tahu itu semua rakaman... recorded telecast.... bukan live telecast...

La nih... terbaru... kita dapat tahu Perdana Menteri kita Muhyiddin Yasin dah pergi le luar negara.... katanya pergi dengan jemputan Presiden Indonesia... Jokowi..... hehehehe.... betul ka??? atau pergi mendapatkan rawatan kesihatan...

Errr... macam mana boleh ada yang rentas Negara dalam keadaan katanya tak boleh rentas daerah dan rentas negeri.... mana pergi SOP PKP tue...

Skrang ni sudah lari pergi ke luar negara ka??? Hahaha... belum lagi perang bagai...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1