Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

07 December 2023

PISA 2022 - Makin Jahanam Pendidikan Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak diharapkan kemenjadian murid dalam bidang akademik di Malaysia... makin menurun aderlah... Payah.... malah gua dari awal lagi cukup menentang tindakan PMX Anwar Ibrahim melantik Peguam dan Akauntan untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan...

Apa la yang depa nih tau bab pendidikan nih... Walhal bukan takder ramai lagi pimpinan yang berkelayakan dalam bidang pendidikan... tapi itu la... pasai nak jadi kroni dan penyokong... maka jahanam dan tergadai pendidikan anak bangsa...

Huhuhu...




=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

18 February 2022

Apa Guna Ada DBP Kalau ...

Bhai/DeeDee semua...

Apa guna ader Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai satu agensi dalam Kerajaan kalu urusan yang melibatkan DBP itu sendiri pun DBP tak boleh nak tetapkan dan patuhi. Adoilah..

Satu perkara yang jelas... Urusan berkaitan bahasa dan perkataan dalam dalam kerangka Melayu yang piawai memanglah urusan DBP. Dan DBP kini lemau dalam menangani permasalahan ini. Tambah lagi dalam DBP itu sendiri berpuak-puak .... berpolitik dalaman... dan bersuku kaum secara assobiyah.

Kita sedia maklum... DBP ... memang sepatutnya ini kerja diorang... tapi serupa hampeh jadinya...



06 July 2013

Lawak Siot

Bhai/DeeDee .... Hahahaha.. lawak siot...... jarang gua nak gelakkan nama orang... sori... nak buat camana... kekadang tue terpaksa tergelakkan nama orang.... hahaha.... Jangan mare aaa.... Sebab perkataan yang jadi nama lawak nih bukan dari Bahasa Arab atau Bahasa Parsi..... ianya hanyalah bahasa Melayu kuno.... hahaha

Harap maklum aaa..... Hahaha

Moga Allah merahmati kedua "mempelai" (perkataan mempelai pon datang dari Bahasa Tamil).... dan memberikan keampunan dunia dan akhirat buat mereka berdua... Ameen...


Power aaa atok nih... hebat.... dapat bini cun dan mantop.... hahaha.... mesti atok nih kaya ya'amat.... hahaha ... Tapi aper-aper pon.... lu bayangkan la... berapa lama dier hidup dengan isteri pertamanyer... paling kurang pon 70 tahun..... hebat.... gua sendiri tak tahu aderkah gua mampu.....

Beriboo-riboo tania.....

12 February 2013

Skema

Bhai...

Pembaca blog gua ini telah menjangkau pelbagai jenis manusia dari berbagai peringkat umur. Ada yang masih remaja. Ada yang sedang meningkat dewasa. Ada pembaca dari kalangan dewasa dan ada juga pembaca dari kalangan warga tua.

Dari apa yang gua dapati, kebanyakan daripada pembaca blog gua adalah golongan akademik, professional, angkatan bersenjata, agensi, peniaga kecil sehinggalah tokoh korporat yang meliputi pendapatan dari zero sehinggalah enam angka.

Gua berterima kasih atas sokongan dan keperihatinan yang lu orang berikan kepada blog cap ayam gua nih. Terima kasih banyak-banyak. Oleh yang demikian, sejajar dengan perkembangan semasa yang gua perhatikan semenjak beberapa purnama nih, maka gua mengambil keputusan untuk menulis dalam bahasa yang skema.

Harapnya tindakan gua cuba menulis dan memperkembangkan bakat penulisan skema gua nih tidak akan menyebabkan lu orang lari meninggalkan blog cap ayam ini. InsyaAllah Taala, seperti biasa gua akan cuma memanfaatkan kandungan blog ini agar ianya dapat menjadi pencetus minda dibawah sedar lu orang semua agar melihat sesuatu isu itu diluar kotak pemikiran.

Dan seperti biasa, gua akan cuba menampilkan artikel yang bermaklumat lengkap dengan fakta sebaik mungkin walaupun besar kemungkinan maklumat yang gua sediakan itu terpaksa disaring dengan sebaiknya demi untuk mengelakkan terdedahnya pemberi maklumat gua.

Seperti yang lu orang semua sedia maklum, gua mempunyai akses yang agak sensitif dalam beberapa agensi. Bagaimana dan dimana gua boleh mendapatkan maklumat itu lu orang jangan fikir dan pertikaikan. Apa yang lu orang perlu lihat adalah apa sebenarnya disebalik semua maklumat yang gua hidangkan itu.

Sehubungan dengan itu, gua dengan ini mengumumkan bahawa gua akan mula menulis dalam bentuk skema sebaiknya mulai esok dan harapnya akan mendapat sokongan padu dari lu orang semua.

Jazzakallah Khairan Kathira

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

TAMBAHAN: Dari masa ke semasa, kandungan blog ini akan dilengkapkan juga dengan maklumat mengenai teknologi moden yang bersesuaian dengan moto blog ini iaitu satu representasi sama tapi tak serupa. Harap maklum.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1