Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

14 June 2023

Nak Kelentong Pun Agak-Agak La

Bhai/DeeDee semua...

Data terkait pendidikan memang boleh disemak... Datanya ada... public record... tak perlu nak buat siasatan bagai... semuanya dah ada...

Jadi... nak sembang dan nak kelentong pun agak-agak la...

Kalu terkantoi karang malu... Huhuhu...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Anwar Ibrahim sila jawab


10 June 2023

Skala Pengredan Diturunkan ....

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu dah lama sebenarnya skala pengredan diturunkan... dan saban tahun kita nampak hasilnya di pusat pengajian tinggi makin merosot mutunya...

Di sektor pekerjaan pula... kita dapati ramai warga kerja yang baru mendapat pekerjaan seakan blurr dan tidak kompetan... walaupun memiliki kelulusan yang agak baik di peringkat pengajian tinggi...

Adakah ini yang kita mahu???

Fikir sendiri la...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sekadar Sedapkan Hati


17 January 2021

Menteri Pendidikan Paling Bangang Dalam Sejarah Malaysia

Bhai/DeeDee semua..

Dulu gua ingat Mahdzir Khalid adalah Menteri Pendidikan paling bodoh dalam Sejarah Malaysia.... rupanya ader lagi yang lebih bodoh.... Radzi Jidin adalah Menteri Pendidikan yang gua rasa paling bodoh setakat ini... Ini mungkin spesis bangang...

Kita hentikan persekolahan di Malaysia pada masa jangkitan Covid-19 sekitar 800 hingga 1000 kes sehari... kita tutup awal takwin persekolahan.... betul memang la ianya dropkan kita punya akademik level dan performance.... tapi for safety of our children.... nyawa lagi penting...

Tetiba.... masa bulan 12 ...Menteri Pendidikan dah umumkan persekolahan akan dibuka ikut takwim yang dirancang.... masa tue kes harian sekitar 2000++ sehari....

Then masa awal Januari.... Menteri Pendidikan juga apabila ditanya mengatakan bahawa sekolagh tetap akan dibuka pada 20 Januari 2021... berduyun-duyun lah mak bapak yang membeli peralatan dan kelengkap sekolah.... pemborong dan peruncit pon order dan simpan stok....

Then.. 11 Januari... PM umum PKP 2.0.. Dan PM bagitau persekolahan masih ikut takwin...

Tetiba... 12 Januari.. PM umum dapat perkenan YDP Agong untuk laksanakan Proklamasi Darurat 2021 .... dan pada petangnya pukul 2 ....Menteri Pendidikan buat sidang akhbar dan bagitau sekolah tetap dibuka ikut takwin dan ikut SOP....

Pada 12 Januari tue... kes harian dah 3000++

Sekejap..... kita hentikan persekolahan pada tahap kes harian sekitar 800 hingga 1000 .... ntah giler apa yang dapat Menteri Pendidikan boleh umumkan sekolah dibuka ikut takwim walaupun masa itu tahap kes harian adalah sekitar 2000++ .... Lihatlah betapa bodohnya Menteri Pendidikan....

Mak bapak pon dah pening sama ader nak teruskan beli dan bayar yuran sekolah bagai (termasuklah yuran asrama dan sebagainya).... kelam kabutlah cuba setelkan ikut apa yang ader modal dalam tangan...

Sekejap lagi... sekitar awal Januari sampailah ke hari ini... masih ader lagi rakyat yang dilanda musibah banjir... peralatan dan pekakasan rumah rosak... persiapan sekolah janganlah ditanya.... pening kepala....

Semalam... Sabtu... masih ramai emak bapak yang masih membeli peralatan sekolah... sebab takder tanda-tanda KPM (Menteri Pendidikan) nak kenselkan bukak sekolah macam biasa.... dan sekitar pukul 7 malam.... tetiba viral 1 Malaysia nih kenyataan segera dari Kementerian Pendidikan Malaysia... yang mengarahkan tutup semua sekolah kecuali yang nak ambil peperiksaan SPM/STPM ...

Aper ker bangang Menteri Pendidikan... Aper ke bangang Kementerian Pendidikan Malaysia.... macam ayam takder kepala... takkan takder planning... takkan tak boleh baca senario... 

Paling cikai pon time PM umumkan Proklamasi Darurat tue.... kensel la sekolah cara biasa... buat jer la sekolah dari rumah..... Tak boleh nak pikir ka?? Rakyat dah lama bercakap dan bising pasai nih dalam media sosial... Menteri semua buta dan pekak ke?? Atau pasai sumpah seranah rakyat Malaysia yang ader 30 juta nih... terus Menteri jadi BODOH dan BANGANG...

Adoilah....

Menteri Pendidikan Paling Bangang Dalam Sejarah Malaysia




08 January 2021

Apa Plan KPM Untuk Peperiksaan SPM/STPM 2020?

Bhai/DeeDee semua...

Pening... dengan kadar jangkitan kes harian Covid-19 yang naik mencanak nih... agaknya apa plan KPM untuk peperiksaan SPM/STPM 2020 ... apa plak plan?

Kalu dengan SOP sedia ada... agaknya 400 ribu pelajar kena la dikuarantin... diletakan dalam premis sekolah... atau kawalan terhad.... sama dengan semua guru pengawas... sebab risiko jangkitan tersebar agak besar...

Takkan la nak gi mari gi mari hari-hari ke sekolah... yang menambahkan risiko terdedah dengan jangkitan??

Payah kalu jadi jangkitan... bukan sajer satu sekolah kena block... maybe kertas soalan pon nak kena tukar... dan tak adil la bagi sekolah-sekolah yang tak kena jangkitan.... memang susah nak handle...

Soalan... logistik satu hal... birokrasi satu hal... proses legal satu hal... dokumentasi pulak satu hal...

Masak aaa...

Betul cakap ADUN Bukit Gasing nih ... persoalan yang dier bawak....



20 July 2013

Sori... Bab Ini Gua Sentap

Bhai/DeeDee sekalian...  Sori... bab ini memang gua sentap..... dan sebagai memenuhi piawaian Bahasa Malaysia... ini gua tulis artikel ikut pola penulisan standard. Sila abaikan penggunakan kata ganti nama kedua (iaitu perkataan "gua" yang digunapakai) didalam artikel ini..... hahaha....  Jangan mare...

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia disemua sekolah diterapkan adalah kerana kepentingannya dari segi memartabatkan  Bahasa Kebangsaan sebagai Lingua Franca di Malaysia... Ianya dibuat demi memastikan bahawa sebagai rakyat Malaysia, wajib dan patutlah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan sebaiknya.

Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi satu bahasa perantaraan yang baik sama ada dari segi akademik, pentadbiran mahupun perniagaan. Ianya juga sepatutnya menjadi satu medium komunikasi utama di Malaysia.

Oleh yang demikian, gua tidak bersetuju sama sekali tindakan Kumpulan Pendidik Cina yang cuba menggesa Kementerian Pendidikan agar mengkaji semula peraturan baru waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana tindakan seperti ini menunjukkan sikap tidak prihatin dan patriotik terhadap sistem kenegaraan.


Sewajarnya tindakan sebegini ditentang dan dihalang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa alternatif dan terpinggir di Malaysia. Jika mana-mana sekolah vernakular ingin dan bertegas mahukan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikurangkan dan melebihkan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan mewajibkan kembali sistem "kelas reform" @ "kelas peralihan" bagi mana-mana pelajar dari sekolah vernakular yang ingin masuk ke sekolah Menengah.

Malah selain daripada "kelas reform @ kelas peralihan", adalah terbaik jika Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan kembali Ujian Lisan Bahasa Malaysia pada peringkat SPM sebagai satu daripada ujian wajib yang perlu mendapat kepujian didalam peperiksaan SPM. Jika mana-mana pelajar gagal dalam Ujian Lisan Bahasa Malaysia, maka mereka wajib mendudukinya kembali (mengulang) peperiksaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jika gagal Ujian Lisan Bahasa Melayu, maka pelajar tersebut patut digagalkan dalam SPM.

Bersangkutan daripada itu, gua berpandangan bahawa selain ujian MUET Bahasa Inggeris yang diwajibkan diambil oleh semua pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia (IPTA dan IPTS), maka sepatutnya satu lagi ujian wajib yang ditetapkan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS adalah ujian khas lisan Bahasa Malaysia (UKLBM).



Itu pun kalau Kementerian Pendidikan ada keberanian dan bertanggung jawab dalam menentukan dasar dan kepentingan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang ini gua tidak berani nak jamin sebab Kementerian Pendidikan dari dulu lagi adalah sebuah Kementerian yang selalu tidak bersungguh dalam penentuan sesuatu dasar yang termaktub dalam perlembagaan.

Berkaitan : Guru Cina gesa kaji masa mengajar, belajar BM, BI

Dan sebagai tambahan, semua permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam (termasuk guru di sekolah vernakular) dan sebagainya perlulah para calon lulus dengan cemerlang ujian lisan Bahasa Malaysia yang gua cadangkan dikendalikan secara professional oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1