Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ujian Lisan Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Ujian Lisan Bahasa Malaysia. Show all posts

20 July 2013

Sori... Bab Ini Gua Sentap

Bhai/DeeDee sekalian...  Sori... bab ini memang gua sentap..... dan sebagai memenuhi piawaian Bahasa Malaysia... ini gua tulis artikel ikut pola penulisan standard. Sila abaikan penggunakan kata ganti nama kedua (iaitu perkataan "gua" yang digunapakai) didalam artikel ini..... hahaha....  Jangan mare...

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia disemua sekolah diterapkan adalah kerana kepentingannya dari segi memartabatkan  Bahasa Kebangsaan sebagai Lingua Franca di Malaysia... Ianya dibuat demi memastikan bahawa sebagai rakyat Malaysia, wajib dan patutlah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan sebaiknya.

Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi satu bahasa perantaraan yang baik sama ada dari segi akademik, pentadbiran mahupun perniagaan. Ianya juga sepatutnya menjadi satu medium komunikasi utama di Malaysia.

Oleh yang demikian, gua tidak bersetuju sama sekali tindakan Kumpulan Pendidik Cina yang cuba menggesa Kementerian Pendidikan agar mengkaji semula peraturan baru waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana tindakan seperti ini menunjukkan sikap tidak prihatin dan patriotik terhadap sistem kenegaraan.


Sewajarnya tindakan sebegini ditentang dan dihalang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa alternatif dan terpinggir di Malaysia. Jika mana-mana sekolah vernakular ingin dan bertegas mahukan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikurangkan dan melebihkan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan mewajibkan kembali sistem "kelas reform" @ "kelas peralihan" bagi mana-mana pelajar dari sekolah vernakular yang ingin masuk ke sekolah Menengah.

Malah selain daripada "kelas reform @ kelas peralihan", adalah terbaik jika Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan kembali Ujian Lisan Bahasa Malaysia pada peringkat SPM sebagai satu daripada ujian wajib yang perlu mendapat kepujian didalam peperiksaan SPM. Jika mana-mana pelajar gagal dalam Ujian Lisan Bahasa Malaysia, maka mereka wajib mendudukinya kembali (mengulang) peperiksaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jika gagal Ujian Lisan Bahasa Melayu, maka pelajar tersebut patut digagalkan dalam SPM.

Bersangkutan daripada itu, gua berpandangan bahawa selain ujian MUET Bahasa Inggeris yang diwajibkan diambil oleh semua pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia (IPTA dan IPTS), maka sepatutnya satu lagi ujian wajib yang ditetapkan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS adalah ujian khas lisan Bahasa Malaysia (UKLBM).



Itu pun kalau Kementerian Pendidikan ada keberanian dan bertanggung jawab dalam menentukan dasar dan kepentingan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang ini gua tidak berani nak jamin sebab Kementerian Pendidikan dari dulu lagi adalah sebuah Kementerian yang selalu tidak bersungguh dalam penentuan sesuatu dasar yang termaktub dalam perlembagaan.

Berkaitan : Guru Cina gesa kaji masa mengajar, belajar BM, BI

Dan sebagai tambahan, semua permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam (termasuk guru di sekolah vernakular) dan sebagainya perlulah para calon lulus dengan cemerlang ujian lisan Bahasa Malaysia yang gua cadangkan dikendalikan secara professional oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1