Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Batang Kali. Show all posts
Showing posts with label Batang Kali. Show all posts

23 December 2022

Laluan Biasa Gua ...

Bhai/DeeDee semua...

Seminggu sebelum kejadian tanah runtuh di Batang Kali melibatkan Father's Organic Farm, gua sekeluarga lalu disini dalam keadaan hujan waktu pergi dan balik dalam perjalanan gua dari Kemaman ke Sungai Petani (ada kenduri di sana).

Perjalanan pergi melalui kawasan ini sekitar pukul 8 malam pada Jumaat ... kami singgah di Stesen Minyak Caltex baharu di Batang Kali yang ada Family Mart tu untuk pekena Oden... dan berehat sekejap... dan kami sampai Sungai Petani sekitar pukul 1 pagi... sepanjang perjalanan dalam hujan yang agak lebat.

Perjalanan balik pula pada hari Ahad lalu dikawasan ini sekitar pukul 1 pagi ... dan singgah di Genting Sempah sekejap untuk rehat... Hujan lebat juga dikawasan ini.... Sampai di Kemaman pukul 4 pagi.

Menggunakan laluan ini Genting Sempah - Genting - Batang Kali  adalah satu cara untuk mempercepatkan perjalanan... jimat masa... naik dan turun dalam masa 20 minit hingga 30 minit bergantung dengan keadaan jalan dan cuaca...

Kalu gua bawak motor pula... ini memang laluan utama... biasa gua lalu jalan nih sekitar pukul 12 malam atau 3 pagi.... Ini memang laluan gua layan selekoh (corner) walaupun tak cecah lutut la... Hahaha... Cukup suka lalu jalan nih waktu malam... best...

Bayangkan setahun tabley lalu jalan nih... kena lalu jalan lain yang amat jauh dan membuang masa.... Itu baru gua... belum lagi orang lain dan mereka-mereka yang terkesan dengan tiadanya laluan ini... Peniaga... semua tue....

Memang susah dan memberikan impak yang teruk kepada semua.. Harap Kerajaan Malaysia dapat sediakan laluan alternatif lain yang agak reasonable dan sesuai untuk semua... kesian kat orang di Batang Kali yang hilang sebahagian besar sumber pendapatan...

Sedihnya...


Penutupan jalan B66 Batang Kali-Genting Highlands selama setahun susulan tragedi tanah runtuh dekat Batang Kali, ternyata meresahkan banyak pihak terutama peniaga dan pengusaha hotel di Batang Kali, selain mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja di Genting Highlands.

Mana tidaknya, Batang Kali, sebuah bandar yang terletak di Hulu Selangor dan berdekatan dengan simpang menuju pusat peranginan utama negara itu, disifatkan penduduk sebagai ‘bandar Rehat dan Rawat (RnR)’ untuk orang ramai singgah menjamu selera atau menginap sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur atau utara termasuk ke Genting Highlands.

Pengurus sebuah hotel di Batang Kali, Riduan Adnan ketika ditemui Bernama berkata jalan berkenaan sering menjadi laluan alternatif bagi pemandu dari utara yang keluar menerusi Tol Tanjung Malim, seterusnya melalui Genting Highlands untuk ke pantai timur atau sebaliknya.

Riduan yang telah menetap di Batang Kali sejak 2012 berkata selain itu, hotelnya turut menjadi pilihan pengunjung terutamanya ketika musim cuti persekolahan memandangkan hotel-hotel di sekitar Genting Highlands agak mahal.

“Di Hulu Selangor ini, antara bandar yang paling ‘hidup’ ialah Batang Kali, sekali gus menjadikannya tumpuan utama tempat persinggahan bagi mereka yang ingin bercuti ke Genting Highlands namun tidak mampu mengeluarkan bajet yang besar.

“Atas faktor itu, ramai yang memilih untuk singgah dan menginap di bandar ini kerana jaraknya yang lebih dekat ke Genting Highlands, iaitu kira-kira setengah jam, selain harga makanan di sini yang lebih murah berbanding ‘di atas” (Genting Highlands),” katanya.


06 January 2013

JAIS : Duit Zakat Banyak Tapi ....

Bhai.... aper dah jadi dengan JAIS nih.... Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ... ala... bukan main JAIS nih dok kacau dan kecoh sana sini... tapi pengurusan diri sendir pon hancuss.... aper daaa... Kutipan zakat memang hebat... yer betul.. kutipan zakat bawah Pusat Pungutan Zakat.. dan Baitulmal... yer.. tapi semua tue bawah JAIS....  Maknanyer... authoriti utamanyer masih dibawah kapla JAIS...

Nih aper dah jadi ngan Sekolah Agama... yang dibawah kelolaan JAIS.... aper dah jadi nih... sampai begitu teruk.... pengurusan macam aper nih.. Ini ker pengurusan terbaek JAIS.... aper daaa... Sampaikan bil elektrik dan air pon tabley nak jelaskan...

Duit zakat banyak-banyak tue buat aper... buat simpan berkepok-kepok dalam Bank... supaya boleh amik interest dan dividen.... supaya Bank yang "kununnya" Islamik boleh dapat dana untuk menjalankan operasi bank.... supaya bank boleh melabur....  ker duit zakat nih semua digunakan untuk pelaburan....

Wei.. tolong aaa... tolong jangan kasi malu sama orang Islam dan Agama Islam.... tolong aaa..... kasi perbetul dulu lu orang punya operasi dan organisasi.... jangan buat pekak badak kalu kena bahagian kerja yang sepatutnya JAIS buat... tapi kalu kena jadi balachi UMNO/BN ...laju jer proaktif... Macam bangsat kan...

Kalu duit zakat digunakan uintuk pengurusan sekolah agama .... Orang tak marah pon.. sebab itu aderlah asnaf... lain la kalu pesakit HIV/AIDS yang nak diberikan bantuan dari duit zakat tue atas cadangan Mashitah Ibrahim ... ntah bawah cabang asnaf mana ntah....

So... kasi betul cepat dan jangan kasi malu sana Islam dan orang Islam....


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1