Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat. Show all posts

13 March 2012

Dah Agak Dah...

Hahaha.. gua dah agak dah... hahaha... itue lar.. menari lagi ikut rentak UMNO/BN.. kan Pakatan Rakyat dah kena main... hahaha.... kaw-kaw punya kena main... hahaha

Dari ader chan nak bantai UMNO/BN kat dalam perbincangan di Parlimen.. terus kepada tutup buku.. sorok bawah karpet Mahkamah... macam la Mahkamah kat Malaysia nih adil sangat... hahaha... kalu Mahkamah di Malaysia nih adil... mestilah pembunuh, perogol dan peliwat adik Nurul Huda Abdul Ghani dulu tue kena penjara atau kena hukum bunuh (gantung sampai mati).... ini pasai tidak adil la yang boleh dilepaskan oleh Hakim Zaki Azmi tue...

Siap Zaki Azmi ucapkan "bagus" kat peguambela tertuduh... pergh... gua sampai biler tabley lupa aper yang Hakim Zaki Azmi buat tue... terbayang depan mata.... macam sial jer... lepas tue boleh plak jadi Ketua Hakim Negara.... mmmm.... macam mana boleh lepaskan pembunuh, perogol dan peliwat tue walaupun dah sah dier yang buat...

La nih isu Lembu Kondo... dok rajin sangat PKR buat laporan polis... last-last... tak dapat nak mintak bawak isu nih kepada PAC... sebab kononnya sedang dibicarakan di Mahkamah... wei.. Mahkamah Malaysia nih keputusan dier dah boleh baca la... Tolong bagitau nama Hakim yang ader telor skit kat Malaysia nih... semua Hakim kecut telur aaa kalu libatkan kes berkaitan ngan UMNO/BN nih...

Tambah lagie Peguam Negara pon jenis boleh kena beli.. hahaha.... dah agak dah.... hancuss la...

Bai bai bebeh... hahaha

Baca Sini : Berjoget Ikut Rentak UMNO

Baca Sini : Dewan Rakyat tolak usul bincang NFC kerana sudah jadi kes mahkamah

12 March 2012

Berjoget Mengikut Rentak UMNO

Mampiuh.... Pakatan Rakyat patutnya tengah leading la nih dari segi sokongan rakyat.. tapi.. nampaknyer Pakatan Rakyat terikut-ikut rentak UMNO/BN sampaikan macam berjoget mengikut Rentak UMNO/BN ...

Isu Shahrizat dan Lembu Kondo... memang pada awalnyer merupakan peluru yang paling baik untuk Pakatan Rakyat.... tapi la nih... nampaknyer... isu ini semakin dijuarai oleh Najib Razak...

Seperti yang pernah gua citerkan dulu... Kalu Najib Razak nak menang besar pada PRU13... caranyer mudah sahaja.... dier kena pastikan beberapa kes dan skandal seperti skandal Lembu Kondo nih didakwa di Mahkamah... biler pendakwaraya dapat bawak kes nih ke Mahkamah... rakyat akan lihat Najib Razak telus...

Walaupun hasil keputusan Mahkamah nanti belum tentu akan mensabitkan kesalahan tue kepada Shahrizat dan keluarganya.. tapi perjalanan Mahkamah secara otomatiknya akan memberikan satu lonjakan dari segi pengaruh kepada Najib Razak... Ini teknik bijak... dan ramai dikalangan penyokong dan pendokong serta ahli Pakatan Rakyat tidak dapat melihatnya.... kalu ader poin yang dapat mengesan teknik ini... mereka akan dilabelkan sebagai mengarut... macam la gua la nih... ramai yang mengatakan gua mengarut... hahaha

Tapi isu Shahrizat sahaja tak berapa kukuh untuk menguatkan pengaruh Najib Razak dalam mendapatkan momentum sokongan rakyat... Najib Razak perlukan seorang atau dua orang lagi mangsa (berlakon) .... jadi... dalam satu lagi cara... dengan menggunakan kes perbicaraan (yang akan diwarwarkan oleh media pencacai) anak Taib Mahmud (pengerusi Cahaya Mata Sarawak)... maka akan naiklah sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib Razak...

Anak Taib Mahmud diperintahkan oleh Mahkamah untuk menyenaraikan aset-aset miliknya dalam tempoh 7 hari.. dan gua berani jamin media pencacai akan mencanangkan berita ini lebih dari berita lain... ini kerana dengan kes ini... kononnya satu lagi nama besar dibicarakan.... dan memberikan satu pengaruh kepada Najib Razak.. serta memperlihatkan bahawa dibawah Najib Razak... ikan besar pon boleh didakwa dan dibicarakan... hehehe

Kalu Najib Razak bijak mempergunakan ruang dan peluang yang ada... gua berani jamin bahawa kes skandal bekas Ketua Polis Negara yang terlibat dengan kongsi gelap juga akan diseret ke Mahkamah... dan ini boleh menjadi satu lagi kekuatan kepada Najib Razak untuk mendapatkan sokongan rakyat...

Sama ader mereka-mereka ini bersalah atau tidak ... itu tidak penting... yang penting kena ader tindakan mendakwa mereka di Mahkamah... ini pun sudah cukup... cukup untuk mendapatkan sokongan daripadan rakyat....

Dan dapat melekakan serta memperdayakan Pakatan Rakyat untuk berjoget mengikut rentak UMNO/BN...

Oh yer... tindakan mengheret skandal Lembu Kondo ke Mahkamah juga aderlah satu serampang dua mata... hehehe... serampang yang akan juga menyekat pengaruh Muhyiddin Yassin daripada menjatuhkan Najib Razak... ini semua teknik dan taktik bijak....

Gua salut sama lu Najib ooi... hebat... hebat.... cayalah.... hahaha.... ramai nampaknyer akan terpedaya dengan teknik dan strategi lu nih... hahaha... Pemimpin Pakatan Rakyat pon ramainya akan terkena main dengan taktik dan strategi lu nih... hahaha... cayalah..

19 January 2012

Skandal NFC Bukanlah Peluru Tetapi Umpan Buat PR

Hahaha..... ramai penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ingat bahawa Skandal NFC aderlah satu peluru yang terbaek untuk digunakan bagi membunuh Barisan Nasional... tetapi hakikatnyer... Skandal NFC hanyalah sekadar umpan buat Pakatan Rakyat...

Yer benar... Skandal NFC bukanlah peluru tetapi umpan buat PR .....

Tarak percaya.... hahaha... baca sampai habis komentar pendek gua nih... jangan tak baca...

Terbongkarnya skandal NFC dikhalayak umum memanglah nampak ianya terlalu besar untuk dihadam oleh Barisan Nasional terutamanya UMNO... namun jika kita kaji dengan mendalam... skandal NFC ini hanya akan melibatkan beberapa orang sahaja yang karier politiknya akan musnah... namun ianya tidak akan memberikan kudis yang besar kepada UMNO/BN ...

Katakanlah Najib Razak ingin menjadi hero rakyat (yang pastinya akan melonjakkan imej beliau dimata masyarakat TV3 dan RTM @ orang-orang yang hanya percaya aper sahaja yang dihidangkan oleh RTM dan TV3) ... aper yang perlu Najib Razak lakukan hanyalah mengarahkan SPRM mendakwa beberapa orang yang terlibat sahaja...

Contohnyer.. jika Najib Razak mengarahkan SPRM dan Peguam Negara untuk mendakwa Shahrizat Jalil, Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin ... tentulah imej dan populariti Najib akan meningkat naik... ianya akan menunjukkan bahawa Najib Razak itu berani dan telus... hehehe... dengan cara ini Barisan Nasional akan dapat mengekalkan kuasanya... ini contoh jer yang gua bagi nih... gua ader list nama yang patut Najib Razak "kenakan" untuk menyelamatkan UMNO/BN..

Kalu Najib Razak mengambil pendekatan ini.... Skandal NFC bukan lagi menjadi peluru... tetapi telah menjadi umpan... dimana masa itu Pakatan Rakyat terkial-kial mencari modal baru untuk dibuat peluru...

Dalam masa yang sama.... Barisan Nasional dapat bersedia dengan segala macam mak-nenek majik untuk memenangi PRU13... yang mana Pakatan Rakyat tak perasan pun BN telah buat... sebab dok asik kejar dan layan isu Skandal NFC...

Sebaiknyer... Skandal NFC nih kiter biarkan satu NGO yang handle... Pakatan Rakyat tolong fokus kepada benda lain.. macam bersedia untuk menangkis segala "majik" yang akan UMNO/BN buat....

Aper-aper pon ikut kajian gua... Skandal NFC bukanlah peluru tetapi umpan buat PR supaya leka... leka melayan NFC sebab ingat ianya boleh jadi alat menjatuhkan BN... tetapi terlepas pandang benda lain yang lebih penting.... so... berhati-hati dan bersedia... bukak mata tue...

Takkan la gua nak tuliskan semua strategi UMNO/BN yang gua dah dapat korek dari sumber dalaman.... nanti tarak syok la...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1