Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Cahaya Mata Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Cahaya Mata Sarawak. Show all posts

21 February 2024

Belasungkawa Buat Almarhum Taib Mahmud

Bhai/DeeDee semua...

Setiap yang hidup pasti akan mati. Putus sudah urusan Almarhum Taib Mahmud didunia. Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Belasungkawa buat Almarhum Taib Mahmud dan keluarganya.



23 September 2012

Bukan Ker Gua Dah Kasitau?

Bhai.... gua nak peringatkan lu skali lagi... hahaha... bukan ker gua dah kasitau itu hari... lu ingat senang ka mau jatuhkan Taib Mahmud.... Taib Mahmud nih bukan setakat kaya hasil dari rembat harta negara dan negeri yang dier jadikan macam harga tok nenek dier... tapi lebih dari tue...

Dengan kekayaan yang dier ader... dier dah lama pegang telor beberapa orang pemimpin... hahaha.... Najib Razak tue pon Taib Mahmud dah pegang telor... Lu ingat Taib Mahmud takder ker info dan maklumat yang boleh menyebabkan Najib Razak terkujat.... ader la bhai... dengan duit semua boleh jadi... hahaha

Tambah lagi ramai yang terhutang budi ngan Taib Mahmud nih.... ekonomi Malaysia pon bawah tangan dier dan Daim Zainuddin... hahaha... lu nak kata aper... (BACA SINI)

Hahaha ... sebab itu lar gua tak terkejut biler Najib Razak secara selambanya mengatakan bahawa Taib Mahmud tak kaya mana.... Patutnya Najib Razak kena bagi SPRM siasat... tapi yer la... aper la yang boleh kita harapkan dengan SPRM .... SPRM dah tak macam masa namanyer masih lagi Badan Pencegaah Rasuah (BPR) atau Biro Siasatan Negara (BSN) ... hahaha

Mudah benar nak kasi clear Taib Mahmud... cukup dengan hanya Najib Razak punya cakap jer... hahaha....

12 March 2012

Berjoget Mengikut Rentak UMNO

Mampiuh.... Pakatan Rakyat patutnya tengah leading la nih dari segi sokongan rakyat.. tapi.. nampaknyer Pakatan Rakyat terikut-ikut rentak UMNO/BN sampaikan macam berjoget mengikut Rentak UMNO/BN ...

Isu Shahrizat dan Lembu Kondo... memang pada awalnyer merupakan peluru yang paling baik untuk Pakatan Rakyat.... tapi la nih... nampaknyer... isu ini semakin dijuarai oleh Najib Razak...

Seperti yang pernah gua citerkan dulu... Kalu Najib Razak nak menang besar pada PRU13... caranyer mudah sahaja.... dier kena pastikan beberapa kes dan skandal seperti skandal Lembu Kondo nih didakwa di Mahkamah... biler pendakwaraya dapat bawak kes nih ke Mahkamah... rakyat akan lihat Najib Razak telus...

Walaupun hasil keputusan Mahkamah nanti belum tentu akan mensabitkan kesalahan tue kepada Shahrizat dan keluarganya.. tapi perjalanan Mahkamah secara otomatiknya akan memberikan satu lonjakan dari segi pengaruh kepada Najib Razak... Ini teknik bijak... dan ramai dikalangan penyokong dan pendokong serta ahli Pakatan Rakyat tidak dapat melihatnya.... kalu ader poin yang dapat mengesan teknik ini... mereka akan dilabelkan sebagai mengarut... macam la gua la nih... ramai yang mengatakan gua mengarut... hahaha

Tapi isu Shahrizat sahaja tak berapa kukuh untuk menguatkan pengaruh Najib Razak dalam mendapatkan momentum sokongan rakyat... Najib Razak perlukan seorang atau dua orang lagi mangsa (berlakon) .... jadi... dalam satu lagi cara... dengan menggunakan kes perbicaraan (yang akan diwarwarkan oleh media pencacai) anak Taib Mahmud (pengerusi Cahaya Mata Sarawak)... maka akan naiklah sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib Razak...

Anak Taib Mahmud diperintahkan oleh Mahkamah untuk menyenaraikan aset-aset miliknya dalam tempoh 7 hari.. dan gua berani jamin media pencacai akan mencanangkan berita ini lebih dari berita lain... ini kerana dengan kes ini... kononnya satu lagi nama besar dibicarakan.... dan memberikan satu pengaruh kepada Najib Razak.. serta memperlihatkan bahawa dibawah Najib Razak... ikan besar pon boleh didakwa dan dibicarakan... hehehe

Kalu Najib Razak bijak mempergunakan ruang dan peluang yang ada... gua berani jamin bahawa kes skandal bekas Ketua Polis Negara yang terlibat dengan kongsi gelap juga akan diseret ke Mahkamah... dan ini boleh menjadi satu lagi kekuatan kepada Najib Razak untuk mendapatkan sokongan rakyat...

Sama ader mereka-mereka ini bersalah atau tidak ... itu tidak penting... yang penting kena ader tindakan mendakwa mereka di Mahkamah... ini pun sudah cukup... cukup untuk mendapatkan sokongan daripadan rakyat....

Dan dapat melekakan serta memperdayakan Pakatan Rakyat untuk berjoget mengikut rentak UMNO/BN...

Oh yer... tindakan mengheret skandal Lembu Kondo ke Mahkamah juga aderlah satu serampang dua mata... hehehe... serampang yang akan juga menyekat pengaruh Muhyiddin Yassin daripada menjatuhkan Najib Razak... ini semua teknik dan taktik bijak....

Gua salut sama lu Najib ooi... hebat... hebat.... cayalah.... hahaha.... ramai nampaknyer akan terpedaya dengan teknik dan strategi lu nih... hahaha... Pemimpin Pakatan Rakyat pon ramainya akan terkena main dengan taktik dan strategi lu nih... hahaha... cayalah..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1