Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Timbalan KPN. Show all posts
Showing posts with label Timbalan KPN. Show all posts

15 May 2012

500 Anggota PDRM Didapati Hilang

Kuala Lumpur (14 Mei 2012) :

Timbalan Ketua Polis Negara telah membuat satu sidang akhbar petang tadi untuk memberitahu perkembangan mengenai kehilangan lebih dari 500 anggota PDRM selepas selesainya Perhimpunan BERSIH 3.0.

Beliau memaklumkan para wartawan bahawa kesemua yang hilang masih lagi tidak dapat dikesan walaupun unit anjing (K9) digunakan untuk mengesan kehilangan tersebut. Ini berkemungkinan besar kerana anjing-anjing tersebut telah dibekalkan dengan "gas mask" bagi mengelakkan anjing-anjing ini terhidu gas pemedih mata yang boleh menyebabkan anjing tersebut hilang deria bau.

Kehilangan anggota PDRM seramai lebih dari 500 orang ini berkemungkinan disebabkan oleh peserta BERSIH 3.0. Timbalan KPN telah menayangkan satu video yang memaparkan seorang peserta BERSIH 3.0 yang menghamburkan kata-kata bahawa "hilang lima nyawa pun tidak mengapa" yang dirakamkan oleh seorang jurugambar PDRM.

Berkemungkinan besar kesemua 500 orang anggota tersebut telah terbunuh atau dibunuh oleh peserta BERSIH 3.0 yang mengeluarkan ancaman sedemikian. Sehingga kini tiada petunjuk yang jelas kelihatan untuk PDRM mengesan kedudukan kesemua mayat 500 anggota PDRM yang dikhuatiri telah dibunuh.

Sumber-sumber jalanan mengatakan berkemungkinan besar mayat-mayat anggota PDRM ini yang seramai 500 orang tersebut telah pun dihumban kedalam Sungai Gombak atau Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek. Ada sumber berkata mereka melihat seseorang telah membunuh ramai anggota polis yang membelasah peserta BERSIH 3.0 yang sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar berjamaah di Masjid Jamek.

Sumber Hospital pula menyatakan bahawa besar kemungkinan anggota PDRM yang seramai lebih 500 orang tersebut telah mengalami sindrom hilang ingatan akibat terlebih membelasah orang awam yang sama sekali tidak terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana ramai penghuni hotel dan pelanggan restoran telah dibelasah secara teruk oleh anggota PDRM. Mengikut satu kajian, jika seseorang itu terlalu hebat membelasah orang lain, sudah pasti beliau akan mengalami satu sindrom hilang ingatan yang kompleks.

Oleh yang demikian, pihak Hospital Kuala Lumpur telah mengarahkan petugas hospital untuk mengesan dan mengenalpasti berapa ramaikah pesakit mental yang sedang berada di wad psychiatry. Ini kerana pada 28 April 2012, terdapat ramai pesakit mental baru yang mendaftarkan diri mereka di jabatan psychiatry HKL. Oleh kerana tidak cukup tempat, HKL telah menghantar sebahagian pesakit tersebut ke Hospital Tampoi dan Tanjung Rambutan.

(NNA - Nonama News Agency) 

14 May 2012

Kalaulah

Bhai.....

Kalaulah..

  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru nih... rasanyer dah ramai anggota PDRM yang kiok kena bunuh.. sebab bilangan peserta BERSIH 3.0 lagi ramai dari anggota PDRM.... hahaha
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer aper ker jadahnyer peserta BERSIH 3.0 datang dengan tangan kosong..... mesti ader bawak cangkul ker... sabit ker... hammer ker... tak pon paling cikai pemutar skru... hahaha
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer tak perlu la diorang lari macam ayam takder kepala sana sini lepas kena sembur ngan air kimia atau pon kena tear gas... baik diorang moves forward beramai-ramai dan serang FRU tue... hahaha... 
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer buat aper diorang amik masa punya la lama lepak duduk bantah tengah panas terik dari pukul 8 pagi sampai pukul 3 petang..... baik la diorang pi katok anggota PDRM tue dalam pukul 9 pagi.. lagi bagoosh .. tak la kena panas tengahari.... hahaha
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer mesti ramai anggota PDRM yang kiok awal-awal masa diorang masuk beramai-ramai jalan kaki tengah-tengah orang ramai berhimpun tue... tak pon mesti ader anggota PDRM yang kiok masa lori PDRM bawak masuk anggota diorang lalu tengah orang ramai lepak tue... hahaha
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer la... mesti masa anggota PDRM belasah wartawan dan jurugambar asing tue diorang nih akan kena kepung dan kena pulupuh oleh peserta BERSIH 3.0... kenaper peserta BERSIH tak kacau pon anggota polis yang belasah wartawan dan jurugambar tue.. hahaha
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer mamat polis yang bawak kereta polis langgar orang kat depan SOGO tue sure dah arwah dah.... hahahaha
  • Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati pada 28 April 2012 baru ni... rasanyer .... kiter boleh tengok banyak bangkai anggota PDRM yang bergelimpangan sana sini... hahaha... mesti punya la....  hahaha... 
Tapi... cuba lu orang semak balik semua gambar-gambar yang ader... mesti setiap sorang anggota PDRM tue ader bawak sidearm (PISTOL).... ini sumer bahaya nih... mana kiter tau anggota PDRM tue akai ader ker idak... Mun dier buat kerja giler tembak orang ramai sana sini... tak ker naya... macam ader sorang anggota Trafik yang bangang mengacukan pistol kat orang awam... aper dier ingat orang awam tue ader senjata ker... bodoh... setakat lawan botol air mineral pon boleh keluar pistol... tak ker tahap bangang nak mampus diorang nih...

Aper pon... seperti yang gua stresskan dalam artikel nih... kalaulah Peserta BERSIH 3.0 mahukan ader anggota POLIS yang mati (mampus / kojol / kiok) pada 28 April 2012 baru ni... ... sure kiter boleh tengok berlambak-lambak bangkai anggota PDRM yang bergelimpangan sana sini... hahahaha

25 December 2011

Bahaya

Pergh... masak la camnie.... bahaya sungguh.... kalu lu orang diugut.. pastu lu orang buat laporan polis atas ugutan tue... silap-silap yang kena nanti aderlah lu orang... huh... tak caya gua..

Hebat la Malaysia nih... kalu lu buat laporan polis pasai ader orang ugut lu... yang akan masak nanti lu orang la.. silap-silap boleh masuk lokap... kena soal siasat berjela...

Kalu lu tak caya aper yang gua citer nih... cuba lu baca statement Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia terhadap isu Adam Adli.... baca la... baca berkali-kali....

Lepas nih gua rasa aaa... lagi senang la orang nak buat ugutan... polis tarak kacau diorang.... polis mungkin akan kacau orang yang diugut tue... pergh.. bahaya betul la..

Baca Sini : Timbalan KPN mengulas

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1