Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lim Hui Ying. Show all posts
Showing posts with label Lim Hui Ying. Show all posts

27 March 2023

Lekeh Benar Kabinet Anwar Ibrahim Nih

Bhai/DeeDee semua...

Inilah masalahnya.... dulu lagi gua dah kata... nak lantik Menteri/Timbalan Menteri Pendidikan... mestilah dari orang yang cabangnya adalah Pendidikan.... bukan lantik anak kroni ka... atau adik geng sendiri ka.... yang takder kena mengena dengan pendidikan...

Fadhlina Sidek adalah seorang Peguam.... apa yang dier tau tentang pendidikan... proses dan sistemnya... tapi pasai dier anak kawan (kroni Anwar Ibrahim) tue yang dier dilantik jadi Menteri Pendidikan...

Lim Hui Ying pulak adalah seorang Akauntan.... apa yang dier tahu tentang pendidikan.... proses dan sistemnya.... tapi pasai dier adalah adik kepada kawan Anwar Ibrahim (Lim Guan Eng) tue yang dier dilantik jadi Timbalan Menteri Pendidikan...

Tu yang makin jahanam aaaa jadinya....

Benda simple macam nih... 10 hari dah diberikan masa.... takder boleh nak bagi jawapan... aper ke bangang la....

Kabinet pinggan mangkuk ayun betul la... huhuhu

Lemah Sungguh La

Timbalan Menteri Pendidikan - sekali gus kerajaan - ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor hari ini kerana gagal bersedia seperti sepatutnya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila Lim Hui Ying tidak dapat memberikan jawaban kepada soalan yang dikemukakan ahli parlimen.

Lim sepatutnya menjawab pertanyaan Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) yang meminta Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan peruntukan untuk program rancangan makanan tambahan (RMT) dan mekanisme pemantauan untuk memastikan pelajar mendapat makanan yang berkhasiat.

Lim (PH-Tanjung) sepatutnya menjawab pertanyaan tersebut kerana menteri, Fadhlina Sidek, tidak hadir pada ketika itu.

Bagaimanapun Lim terdiam untuk beberapa ketika sebelum Ramli bertanya sama ada timbalan menteri terbabit bersedia dengan jawaban sepatutnya atau tidak.

"Yang berhormat menteri, saya rasa soalan ni ditanya sejak awal... Ada jawapan atau tidak?" tanya Ramli.

"Minta maaf tuan yang dipertua, sebab jawaban saya tak sediakan. Bolehkah saya berikan secara bertulis (kemudian)?" jawab Lim.

Kenyataan Lim itu mengundang rasa tidak senang ahli parlimen pembangkang termasuk Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang berpendapat kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

Ronald yang pernah menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat menjelaskan soalan yang ditanyakan itu diberi kepada pihak yang berkenaan lebih awal.

"Menteri sepatutnya menyediakan jawaban dari awal," katanya.

Ramli yang sependapat dengan Ronald kemudian berkata, kejadian seperti itu tidak wajar berlaku.

"Saya harap pihak kerajaan, ketua majlis ambil maklum perkara ini," katanya.

10 December 2022

Satu Tindakan Gila

Bhai/DeeDee semua...

Maaf kata la.... Bab pendidikan anak bangsa gua takder kompromi... sebab keluarga gua terlibat dalam bidang perguruan.... Wife, ex-gf, abang, adik ipar, sepupu, mak sedara, dan ramai lagi terlibat dalam dunia pendidikan...

Tapi gua cukup frust.... cukup frust ngan pilihan yang diunjukkan oleh Anwar Ibrahim bagi jawatan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan...

Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan adalah seorang lawyer..
Lim Hui Ying selaku Timbalan Menteri Pendidikan adalah seorang auditor..

Apa yang dua mangkuk nih tahu tentang pendidikan... apa yang mereka berdua nih faham dengan dasar pendidikan negara... apa yang mereka berdua nih faham tentang segala proses berkaitan pendidikan...

Bayangkan Maszlee Malik dulu dari bidang pendidikan pun goyang dan goyah nak handle dan naikkan bidang pendidikan... Begitu jugak dengan Radzi Jidin pun sama pening nak handle bidang pendidikan... Ini boleh pulak lantik orang yang takder kena mengena dengan bidang pendidikan... how do?? gila ke aper nak eksperimen tak abis-abis??

Bukan la gua nak pertikaikan input dari KSU Pendidikan, Turus dan JUSA dalam Kementerian Pendidikan Malaysia....

Tapi gua cukup tahu mentaliti yang dalam Kementerian nih... maklumat akan sampai ke atas semua bersih jer... bila tanya semua okay jer... semua akan dicuci dan dicanangkan yang molek-molek jer... Huhuhuhu

Jahanam aaa pendidikan negara nih.... Jahanam.... huhuhu

Percaturan yang bahaya dan satu tindakan yang gila...  betul-betul gila.... Huhuhu

Lim Hui Ying punya biodata jenuh nak kena carik dan semak... nasih baik jumpa kat LinkedIN ... huhuhu ... adoilah...

Walanon dan Bangsa Slurpp telah carik dalil membekap apa sahaja nih... walhal Walanon dan Bangsa Slurpp sapa spesis bodo macam Walaun dan Machai... hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1