Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Busana. Show all posts
Showing posts with label Busana. Show all posts

28 August 2024

Keris Melayu Bukanlah Kosong

Bhai/DeeDee semua...

Keris Melayu, walau dilihat besar dan berat di hulu, tapi bila dibaling, tetap yang tajam pergi dahulu.

Tidak terbontang banting.


Malqh “Aring” yang ada dipangkal keris biasanya digunakan untuk menarik usus dan tali perut atau sekadar melukakan urat darah di pergelangan tangan musuh.


Bisa yang ada pada Keris Melayu bukan calang-calang racunnya. Ada banyak jenis racun yang digunakan. Racun pokok Ipoh tu kira masih racun biasa jer. Ada yang lagi bahaya. Besi (logam) yang digunakan bagi pembuatan keris orang Melayu dahulu kala bukanlah besi rel keretapi atau besi rantai motorsikal… Tapi ader banyak resepi besi yang digunakan.

Malah penggunaan logam-logam “rare earth” juga ada digunaka. Dikhabarkan bahawa logan yang digunakan untuk membuat Keris Hang Tuah yang asalnya milik seorang Pahlawan dari Majapahit adalah dibuat dari kandungan besi yang ada pada Meteorite..

Begitu juga dengan keris panjang “Cura Si Manjakini” yang dikatakan berasal dari logam di dasar gunung berapi.

Logam-logam besi dan sebagainya dicampur aduk. di sulam di tempa serta dibakar dengan api yang cukup panas akan memberikan satu bentuk “pamor” yang menjadi “signature” kepada keris ini. Ianya bukan saja-saja bercorak cantik sebegini tapi ada maksud dan kegunaannya.

Dan paling menarik sekali, hampir semua keris lama yang berbisa tidak melekat pada magnet dan tidak patah dua kalu di tetak dengan senjata lain yang berat.

Keris Melayu lama ada ber”pamor”, tidak licin kosong macam keris yang “Made In China” yang ada di pasaran.

Semua keris Melayu lama dibentuk dan ditempa dengan cukup seimbang (balance) dimana ianya boleh ditegak berdiri dengan menggunakan hujung mata keris. Tak macam keris “Made in China”.

Dan kenapa keris melayu amat runcing di bahagian hujung depannya serta berlingkar lingkur “lok”nya.

Sebab ianya boleh digunakan untuk menembusi sistem baju “Kevlar Melayu” Type I dan Type II yang dipakai oleh hulubalang dan pahlawan Melayu… sama ada yang berpakaian Baju Layang, ber Kain Limar, Bengkung dan lain-lainnya.

Sekadar mencatatkan sejarah dan ilmu Bangsa Melayu yang ramai orang terpengaruh dengan naratif penjajah mengatakan Bangsa Melayu tinggal diatas pokok dan tak maju (tidak bertamaddun).

Cerita bab penjajahan… Waima Siam yang dikatakan tak pernah dijajah itu pun pennah dijajah oleh Bangsa Burma satu masa dahulu (menariknya Siam @ Thailand tak manu nak mengaku mereka dijajah oleh dua orang Puteri Raja Melayu Burma)… Siap Thailamd tutup cerita sejarah ini. Hahahaha.

“Pantang anak Melayu tak reti bersilat” - PAKAR

09 May 2023

Adakah Ianya Mampu Mencetus Fenomena?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu ikut skala kutipan tiket filem di Malaysia yang terkini... iaitu filem Mat Kilau... ianya mencecah RM100 juta... Manakala filem Polis Evo 2, Paskal, Air Force The Movie dan Munafik pun tinggi juga kutipan tiket.. Rock Ooo dan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal pun tinggi ....

Paling-paling pun JRevolusi pun boleh kutip lebih RM15 juta...

Persoalan yang bermain di fikiran... Adakah filem Anwar - The Untold Story ini akan mempu mencetuskan fenomena seperti mana yang kita lihat pada filem Mat Kilau dimana orang ramai berbondong-bondong menonton di pawagam dengan berbusana Melayu...

Faham ... filem ini ada elemen politik padanya... tapi ianya melibatkan orang nombor 1 di Malaysia sekarang... takkan la penyokong takmo bagi sokongan... takkan la NGO-NGO dan syarikat besar taknak sponsor tiket wayang macam dalam kes filem Mat Kilau... Gua tak pi panggung tengok Filem Mat Kilau...  Harga tiket dah macam harga sepapan 30 bijik telur ayam Gred A la...

Apa pun... harapnya filem ini balik modal la... nak tunggu Zhafvlog atau Kapten (B) Raeiz Hamed punya review la kat YouTube.... hahaha...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sapa tengok nanti kasi review la..


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1