Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sakit Jantung. Show all posts
Showing posts with label Sakit Jantung. Show all posts

16 June 2023

Jangan Berlebih Masa Siasatan

Bhai/DeeDee semua...

Ada banyak cara nak dapatkan maklumat semasa siasatan... Ader cara keras ... ader cara lembut... Tapi banyak orang pilih nak gunakan cara keras untuk mendapatkan maklumat...

Gua lain...

Gua akan dapatkan maklumat semasa siasatan dengan cara paling lembut... paling tak mencederakan... paling cool...

Ini memang gua amalkan sejak sekian lama...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ


Siasat Sampai Mati


16 February 2021

Semoga Kembali Sihat

Bhai/DeeDee semua...

Lewat malam semalam gua dimaklumkan Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke IJN... katanya jantungnya lemah sangat... berkemungkinan sebab penat sangat... Gua doakan agar kesihatan beliau jadi okeh balik... dan kekal sihat.. semoga kembali sihat...

Kita doakan yang baik-baik ja untuk Abdul Hadi Awang...

Gua cuma pertikaikan (bercanggah pendapat) dengan Abdul Hadi Awang hanya dari sudut pandang politik dan pentadbiran jer.. itu je... Dari segi ilmu agama gua tak pertikaikan... itu gua salute kat Abdul Hadi Awang...

Bab yang lain memang gua tibai... selagi mana ianya tak "merakyat" ... sebab kalu nak jadi Pemimpin besar.. Abdul Hadi Awang kena fikir sama tentang rakyatnya yang berbilang bangsa, suku kaum dan agama... Dier takleh hanya pikir pasai Orang Melayu dan Orang Islam jer...

Masalah ngan Abdul Hadi Awang nih... dalam kepala dier hanya pikir pasai Orang Melayu dan Orang Islam jer... langsung takmo nak pikir pasai rakyat yang lain... 

Harap dier berubah......



26 March 2013

Al Fatihah

Bhai.... belasungkawa buat keluarga Dr Muhammad Uthman El Muhammady atas kepergian Almarhum kerahmatullah..... Al Fatihah dari gua dan keluarga beliau. Moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa beliau.

Dia nih pernah terlibat dalam debat olok-olok UMNO-PAS sekitar awal tahun 2003..... Jadi yang sudah tu sudah la ..... orang dah meninggal dunia... gua tak citer lain... melainkan mendoakan keampunan Allah buatnya..... ameen....

Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.

Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam. Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.

"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.

Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya. Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama. Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.

Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010. Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1