Kasta Menentukan Siapa Ke Hospital Swasta?
Dengan pengintegrasian Hospital Awam dan Swasta untuk menangani Covid-19, ada sesuatu yang menjadi persoalan penting kepada masyarakat umum.
Apakah akan ada merit-merit tertentu dalam menentukan pesakit mana dan siapa yang akan dihantar menjalani rawatan di Hospital Swasta.
Kita tidak mahu hanya golongan tertentu sahaja (dewa/vip/kayangan/kabel/kroni) akan diarahkan dirujuk kepada Hospital Swasta dengan Peruntukan Dana Awam manakala yang bukan dalam golongan terpilih ini pula hanya boleh kekal berada di hospital awam semata-mata.
Sebab daripada trend yang kelihatan, nampaknya perbedaan kasta ini memang akan berlaku secara terang-terangan mahupun secara terselindung...
Sebab kita tahu pihak Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM100 juta khusus untuk program integrasi dua jenis Hospital ini untuk menangani Covid-19, jadi kita nak tahu apa tahap ketelusannya... janganlah dipilih-pilih pula siapa yang layak pergi ke Hospital Swasta dengan dana awam ...




