Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label RON97. Show all posts
Showing posts with label RON97. Show all posts

01 January 2021

Harga Bahan Bakar Petroleum Naik Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Harga bahan bakar petroleum naik lagi... Tapi takder siapa punya yang melompat... Walaun memang dah hilang dari muka bumi ini agaknya... Semenjak PAS dapat menjadi sebahagian dari Kerajaan Malaysia, semua walaun sudah tidak bersuara...

Semua walaun PAS yang selama ini kononnya bersama dengan rakyat... menyuarakan nada rakyat sudah tidak kelihatan... hilang tanpa bunyi... senyap sunyi... Tiada lagi nak membantah isu arak, isu RUU355, isu rasuah, isu minyak petrol dan bahan bakar... malah isu berkaitan Kartel Daging Haram yang kecoh baru-baru nih pun tidak kedengaran suara menentang dari walaun PAS...

Melainkan hanya suara-suara lembut dan lunak sahaja sejak lebih 9 bulan mendapat kuasa dalam Kerajaan Malaysia...

Gua tak nampak akan ader suara-suara bantahan dan rungutan dari walaun PAS bagi isu harga bahan bakar petroleum yang naik lagi nih... memang takkan nampak... gua tak percaya walaun akan bersuara... Macai UMNO tambah lah lagi... diorang memang kekal bodoh dan selamanya bebal wal bodoh bangang...

Hahaha....

Bagi Walaun PAS ... semuanya sekarang adalah okay .. yang penting DAP tak berkuasa.... hahaha... gila... macam la DAP selama ini pegang semua kuasa... Hahaha... bodoh tu memang kekal ngan walaun PAS gamaknya... Hahaha

Anyway... kita mungkin berpeluang melihat perangai dan suara walaun PAS nih tak berapa lama lagi... tunggulah masa urusan penentuan kerusi untuk PRU15 yang gua saspek akan dibuat sama ada pada penghujung tahun 2021 atau sebelum pertengahan tahun 2022... Ini kerana penggal Parlimen ini akan tamat pada 2023.. itu kalu kita nak kira ikut 5 tahun .... Tapi biasa la... mana ikut sangat pun...

Aper pon... kita boleh tengok perang Walaun dan Macai nanti masa pembahagian kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU15.... masa tue lu orang sediakan la Jajan dan air kola.... hahahaha.... kita layannn..




03 November 2018

Subsidi Bersasar

Bhai/DeeDee semua ...

Semalam Kerajaan Malaysia telah membentangkan belanjawan untuk tahun  2019. Gua layan semua sesi pembentangan ni... Dari aper yang gua lihat.... ader banyak kepincangan dalam belanjawan tersebut terutamanya tentang inisiatif subsidi bersasar....

Disini gua nak bagi cadangan gua bagi menyelesaikan isu subsidi bersasar ini..

TOL :

Masalahnya : Gua paham kalu nak hapuskan tol sepertimana yang ramai mintak, satu perkara yang agak membebankan... Boleh kita hapuskan... tapi penggunaan tandas dan kemudahan di setiap Hentian Sebelah atau RnR akan dikenakan caj. Amacam? Ader berani ka mau bayar semua ni? Gua jamin takder sorang pon akan bayar... Sebab dah biasa dapat percuma... Wei... takder benda yang percuma la bhai... semua tu dibayar oleh kos tol yang dikutip....

Penyelesaiannya : Gua cadangkan dibuka 2 lorong khas tol hanya untuk kereta tempatan (Proton / Perodua / Naza) dimana hanya kenderaan jenama ini sahaja dibenarkan guna lorong ini untuk membayar tol... Dan bayaran tol bagi semua kenderaan buatan tempatan adalah 50% dari bayaran tol yang biasa....  Ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kenderaan nasional.

Manakala bagi kenderaan biasa yang lain hendaklah melalui satu lorong khas supaya bayaran tol biasa dapat dikenakan....

Bagi kenderaan mewah (kereta 2.3 cc keatas) pula.... ada satu lorong yang khas untuk mereka supaya kadar tol tinggi dapat dikenakan kepada mereka-mereka ini (yang sememangnya mampu membayar) dimana bayaran tol adalah satu setengah kali ganda dari bayaran biasa.

Untuk kenderaan asing (Singapura / Thailand), mereka kena melalui satu lagi lorong khas dimana mereka dikehendaki membayar harga tol 2 kali ganda dari harga biasa. Dan lebihan daripada nilai tol ini (pada kadar biasa) hendaklah dimasukkan kedalam Tabungan Khas Infrastruktur Awam (TKIA) yang akan dipantau dan diaudit oleh Kementeria Kewangan, LHDN dan Jabatan Audit Negara.

Kesimpulan : Dengan cara ini subsidi bersasar bagi tol dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.


MINYAK :

Masalahnya : Cukup banyak ketirisan dan penyalahgunaan minyak yang berlaku selama ini yang menyebabkan subsidi Bahan Api tidak mencapai matlamatnya.

Penyelesaiannya : Semua pihak yang ingin mendapatkan subsidi bersasar bagi bahanapi Petrol dan Diesel perlulah mendapatkan satu kad khas daripada Kementerian dimana saya cadangkan ianya boleh dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dimana setiap permohonan kad khas ini (iBahanApi) akan disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh LHDN. Dan kad ini akan memberikan akses kepada pembelian bahanapi Petrol atau Diesel bersubsidi sekitar 100 hingga 150 liter sahaja sebulan bagi satu kad untuk kereta. Bagi pemilik kad iBahanApi untuk motorsikal, kita boleh hadkan penggunaan minyak petrol sebanyak 50 liter sebulan.

Kenderaan asing (Singapura atau Thailand / Brunei) pula hanya dibenarkan membeli bahanapi Diesel Euro5 keatas atau RON97 keatas pada kapasiti 30 liter bagi sekali isi sahaja (bukan full tank) bagi mengelakkan penyeludupan bahanapi.

Kesimpulannya : Untuk melakukan pembelian, perlulah disertakan sekali Kad iBahanApi ini dengan MyKAD untuk tujuan pengesahan dan penyemakan. Ini bagi mengelakkan salahguna dah ketirisan. Secara mudahnya, setiap pemilik kad iBahanApi ini akan dipertanggungjawabkan atas penggunaan kad tersebut. Denda dan hukuman sewajarnya perlu diatur bagi kesalahan menyalahgunakan kad iBahanApi ini. Sasaran pengguna kad iBahanApi ini adalah B40.


PEMANTAUAN

Bagi tujuan aduan dan pemantauan pula, Kerajaan perlulah menyediakan satu aplikasi khas yang membolehkan pengguna apps tersebut membuat laporan dan mengambil gambar photo atau video bagi pembuktian mana-mana salahlaku subsidi bersasar ini. Gua berani jamin ramai rakyat Malaysia akan menjadi sukarelawan pemantauan ini atas dasar patriotik.

19 May 2013

Jom Menghasut

Bhai.... gua bercadang nak menghasut lu orang lar..... boleh dak??? Hahaha....

Gua nak menghasut lu orang supaya...... jeng... jeng... jeng..... supaya....
  1. Belilah barangan buatan tempatan walaupon cetak rompak... hahaha
  2. Utamakanlah awek tempatan dan balak tempatan
  3. Makanlah makanan tempatan (budu, cencalok, tempoyak, pekasam dan lain-lain)
  4. Kalu duit banyak tue... perabiskan joli katak la melancong di dalam negara
  5. Banyakkanlah produk tempatan (bukan stakat banyakkan anak jer)
  6. Kalu duit banyak tue... sodokah jo kat mano-mano semejid...
  7. Jagolah opah dan tokwan ekau tue... tambah laie kalu diorang berduit
  8. Jagolah gak omak dan abah ekau tue.. jangan derhako... ekau nak jadi Tanggang ko?
  9. Kalu duit banyak tue... hadiahkan la kat gua... hahaha...
  10. Jangan merompit kat atas jalan... merompit jo la kat dalam kubur tue..
  11. Jangan kuca anak orang ... anak beruang takpa...
  12. Bololah kobau dan lombu... ayam itik jangan lupo boi makan...
  13. Hang kena belajaq tinggi jadi orang pandai supaya hang tak mudah kena tipu ngan Kerajaan Langit
  14. Kalau komer nak lawan kerajaan.... lawan jer la Kerajaan Langit Ayah Pin tue...
  15. Orang lain nak bangang sokong Ayah Pin... lantak kat demer... komer jangan ikut bangang tu
  16. Hang jangan buat demo kat jalanraya tapi buat jer kat dalam pasaraya
Dan inilah hasutan paling utama gua..... "Tolong jangan beli minyak pada harga murah macam RM1.90 seliter, tapi belilah minyak petrol pada harga RM2.70 seliter" .... sebab kalu lu beli minyak murah... macam mana Kerajaan Langit Ayah Pin nih nak kaya.... hahahaha... macam mana lah Ayah Pin nak bagi duit kat lu orang semua RM500 setahun sekeluarga...

Kekalkanlah Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pin di Putarjaya ......  dengan mengekalkannya.... bukan sahaja kiter akan ader kapal tak menyelam... tapi kiter akan ader kereta tidak kebal dan jet yang tidak berjuang.... hahahahaha ....  Hidup PM Manglasia (Ayah PIN / TAC akaun Maybank) !!!



PM Manglasia (Ayah PIN / TAC akaun MayBank)

05 May 2013

Terbukti : RON97 Boleh Mencuci Dakwat Kekal

Bhai.... Oh yer gua lupa nak citer pasai isu dakwat kekal nih... Hahaha

Ini tangan dan jari gua yang dah dicuci sebaik selesai mengundi dengan Petrol RON97...

Nasib baik dakwat kekal tue tanda kat jari... Kalu tanda kat dahi camana nak buat aaa.... 3 line ditanda kat dahi...

Hahaha...

04 April 2012

RON95 Lagi Mahal dari RON97? Gila...

Bhai... lu tau kan... harga petrol RON97 la nih aderlah ikut harga pasaran.. takder subsidi.. jadi harga pasarannya aderlah RM2.90 .. naik RM0.10 mulai tengah malam semalam kan...

Pandai... lu orang pandai... harga RON97 dipasaran (apungan setiap bulan) aderlah pada RM2.90

Tapi.... hehehe..... itu harga pasaran terbuka RON97 kat Malaysia...

Aper ker jadahnyer harga pasaran bagi RON95 aderlah RM3.41 ... setelah disubsidikan jadi RM1.90 .... jadi... macam mana harga RON95 lebih mahal dari harga RON97?

RON97 = RM2.90 (harga pasaran)
RON95 = RM3.41 (harga pasaran sebelum subsidi)


pergh.... pandai benar orang Malaysia nih buat kiraan aaa... itu la... ajar lagi Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ... sampaikan tabley nak buat kiraan matematik asas macam nih...

Giler ker aper harga minyak yang kualiti rendah lagi mahal dari harga minyak kualiti tinggi... Nak tipu pon berpada-pada la woi mangkuk....

Hahahaha

31 May 2011

Jaga-Jaga Siri Kedua

Jaga-jaga bhai... baik-baik tengok sana sini... jaga jaga.... hehehe... bukannyer aper... itu hari depa tak dapat nak naikkan harga minyak petrol...hehehe... lu jangan terkezut kalu dalam sebulan dua nih... tetiba jer bekalan minyak petrol dan diesel di pasaran akan manjadi macam tak cukup bekalan...

Akan ader beberapa stesen minyak yang terpaksa ditutup ataupon pembelian minyak dicatu....

Tarak percaya ka... hahaha.. takper.. lu boleh tengok nanti... hahaha... tak lama lagi pon... masa tue lu jangan terkezut la yer.... hahaha... ini semua sementara jer... hahaha... agenda puak-puak depa nak bagi nampak macam ader kegawatan bekalan minyak... hahaha

Senang skit depa nak naikkan harga minyak... hahaha... kalu tidak orang sudah tarak percaya... hahahaa.... Depa nak naikkan sebanyak 50 sen pon tarak hal punya... hahaha....

So... sekarang apa mau buat... mau stok tarak bulih.. bahaya.. boleh meletup kalu... hahaha... mampuih... aper yang lu orang boleh buat adalah melakukan pemantauan... jangan kasik depa ader peluang untuk kasi havoc satu Malaysia dengan kekurangan bekalan minyak... macam yang depa buta dulu dalam kes minyak masak.... hahahah

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1