Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

10 April 2023

Cuba Kalau Orang Tak Bising?

Bhai/DeeDee semua...

Tadi ada sorang pembaca blog nih komen kecam gua... kata PMX dah luluskan pembayaran awal gaji dan BKKA .... hehehe...

Kena ingat.... kalu la orang tak bising... ingat PMX akan buat benda macam tue ka?? Hahaha....

Tengok macam kes Azeez Rahim yang Ahmad Zahid Hamidi kata telah dilantik jadi Pengerusi KEDA .... ramai orang termasuk la gua bising bab nih... tetiba.... PMX sudah tukar tune... hahaha... sebab itu pentingkan kritik dan tegur nih... supaya amik tindakan... jangan buat bodo jer...

WalaNON dan Bangsa Slurpp apa tau... bodek ja pandai la... bagi nasihat kepada PMX tak pandai... Hahaha

Pelantikan Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum mencapai kata putus dan akan diteliti semula, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dibincangkan antara beliau bersama Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar berkata, penelitian semula boleh dilakukan berikutan surat pelantikan juga belum dihantar kepada Abdul Azeez.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pengagihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2 (STR2) di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Meru Raya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lantikan ahli yang mempunyai jawatan dalam UMNO menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun yang mutakhir ini menjadi bualan ramai pihak. Harian Metro

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL



13 May 2021

Raya? Dah Lama Tiada Rasa Raya

Bhai/DeeDee semua...

Sori la... gua sebenarnya tak teruja dengan sambutan Hari Raya .... sebab dah lama tiada rasa raya.. Takder perasaan lagi.. sekadar layankan anak-anak, isteri dan keluarga jer...

Maaf... kalu tulisan ini menghilangkan mood raya korang..

Maaflah yer....  Gua takder mood nak sambut raya...  bye...

09 August 2013

Suasana Pelik Hari Raya

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua ader citer skit nak dikongsikan ... Pengalaman gua solat sunat Hari Raya Eid'ul Fitr..... Satu suasana pelik Hari Raya... Hahaha

Semalam... Setelah usai solat sunat hari raya.... Gua pon bergegas lepak kat pintu utama masjid... Nak cari peluang kot-kot boleh terserempak ngan member-member satu sekolah dulu..

Punya la ramai orang gua salam... Tapi sampai ke sudah... Takder sorang pon member-member sekolah atau orang yang gua kenal yang bersalam dengan gua... Hampeh.. Mana pergi semua orang... Takkan semua beraya kat tempat lain kot..

Kenapa plak ramai jemaah solat hari raya kat sini aderlah orang tua-tua dan warga asing.. Pelik aaa... Sebab ramai yang gua jumpa aderlah orang Indon dan Bangla ... Takkan la member sekolah gua semua sudah beraya di Indon dan Bangla sampaikan bertukar warga Indon dan Bangla plak yang lepak kat sini...

Hebat Malaysia nih... Ini baru betul 1Banglindonsia... Hahahaha

Giler aaaa...

08 August 2013

Eid'ul Fitr, Hari Bebas Gadget

Bhai/DeeDee sekalian...

Tolong aaa... Jangan buat perangai macam kat bawah nih aaaa... Hari nih Eid'ul Fitr... Jadi bebaskan diri lu orang dari gadget aaaa... Hahahaha


06 August 2013

Pantun Raya

Budak-budak bermain galah
Bermain galah diatas tangga
Kalu ader silap dan salah
Jangan songel maapkan saja

Selamat Hari Raya Eid'ul Fitr
Sori ini tahun duit raya takder
Najib Razak bagi ciput sangat
Nak buat beli mercun pon tak cukup
Hahaha...

Tapi cukup la kalu nak sewa pistol buat main tembak-tembak... Hahaha

22 July 2013

Sokongan Gua Buat Kengkawan

Bhai/DeeDee sekalian.... Bagi sesiapa yang nak bagi kat awek dier ka... balak dier ka ... kad raya digital yang cute .... jangan malu dan segan.... boleh kontek member gua nih.... Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi di laman weblog dier di http://kadraya.kartunisubi.com/


Hahaha.... terbaek.... skrang gua nak tengok samer ader dua orang lagi member gua nih ader tak nak buat idea camnie....
  1. Fendi (Ronasina)
  2. NaZha Anua (Kartunster)
Aper lagie bhai... inilah masanyer menunjukkan skil lu orang .... Ubi boleh jual dengan harga RM7 jer ... takkan la lu orang tabley nak buat samer... Hahaha... Ini satu cabaran nih bhai.... hahaha...

16 July 2013

Aiyark... Daging Pulak Naik Harga

Bhai/DeeDee .... Aiyark... Daging pulak naik harga.... parah-parah.... nampaknyer raya kali nih makan ketupat dan lemang cicah dengan rendang kerang jer la... Itu kalu kerang tak naik harga.... Hahaha... kalu kerang pon naik harga.... aiyark... terpaksa la buat rendang arnab lima enam ekor yang ader kat romah mak gua tue... Hahaha...

Pergh... makan rendang "arnabun" la gua kali nih... hehehehe ....

Aper guna jadi Menteri kalu semuanya tak boleh nak kawal.... aper daa.... makan gaji buta ker aper.... Harga ayam naik... harga bawang naik... harga ikan naik... harga ubat kuat pon dah naik... hahaha...  darah tinggi pon dah naik.... cuma satu jer yang tak naik.... gaji.... hahaha... gaji mampus la takkan naik... hahaha


PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.

Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.

Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi.

“Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.

“Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit.

“Kenaikan harga daging begitu memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga namun kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan barang basah yang sering mendapat permintaan tinggi ketika perayaan.

“Golongan yang berpendapatan rendah begitu merasai bebannya memandangkan Ramadan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk persiapan Aidilfitri,” katanya.

Peniaga, Ghazali Abd Ghani, 57, berkata, peniaga daging menerima tempias dengan kenaikan harga daging apabila ada pembeli yang mendakwa peniaga sengaja menaikkan harga sedangkan perkara itu terjadi bergantung kepada pembekal.

“Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengawal harga daging lebih awal supaya pembekal tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.

“Peniaga kecil macam kami ini tak ada kuasa apa kerana orang kampung banyak yang tidak faham berkaitan kenaikan harga,” katanya.

Ghazali berkata, kebanyakan peniaga bimbang kerana mendengar khabar angin bahawa harga daging tempatan dijangka naik 50 peratus sekilogram menjelang Aidilfitri kelak.

Dalam pada itu, sumber daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memaklumkan bahawa daging dan beberapa barang kawalan lain masih belum dimasukkan dalam skim kawalan harga.

“Sekarang daging dan beberapa barang kawalan harga lain masih tidak dimasukkan dalam skim terbabit menyebabkan harga barang tidak stabil dan bergantung kepada barang dan permintaan,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, semua barang yang tersenarai di bawah skim kawalan harga perlu diseragamkan harga dan peniaga dikehendaki menjual pada satu harga seluruh negara.

Dalam pada itu, ditanya berkaitan khabar angin kenaikan harga daging kepada 50 peratus menjelang Aidilfitri, pihak terbabit menjelaskan bahawa khabar angin itu merupakan taktik berniaga biasa untuk mengaut keuntungan.

03 May 2013

Pergh... Macam Hari Raya

Bhai... Ini malam skali lagi gua pegi tempat client semalam... System storage masih error lagi... Macam haram betul lar... Aper-aper pon... Yang gua nak citer bukan pasai Storage Server nih.. Tapi perjalanan merempit gua hari nih memang best... 125km....

Ini Kali Lah...

Best pasai nampak sepanjang jalan dua belah hala atas highway LPT macam hari raya... Pergh... Hebat ... Semua orang berpusu-pusu balik kampung nak mengundi... Hahaha..... Bagoosh...

Ini Kali Lah.....

Hahaha... Solosai urusan nih gua akan balik Kemaman ... Dan pagi esok gua sebelum Subuh gua akan gerak balik mengundi di Perak... Hahaha

Ini Kali Lah....

Bhai... Tadi gua ader baca komen yang kata mungkin gua nih SB... Hahaha.... Mari sini gua bagi penerangan..

Gua bukan SB ... Tapi gua ader ramai member SB... Dan ramai kengkawan kat Jabatan "E" Bukit Aman dan selalu turun naik Bukit Aman...... Hahaha... Dan gua "dulu" semasa "berkhidmat sebagai operatif dalam agensi" pernah dilatih bersama dengan puak-puak nih di Markas VAT 69 Hulu Kinta... Dan skrang walaupun sudah "pencen" tapi slalu gak dipanggil bertugas macam yang terbaru dalam Ops Alpha Two-Zero di Patikul dan Zamboanga.... Pernah terlibat sebagai signalman dan beberapa tour sepanjang berkhidmat..

Yang pasti... Gua bukan SB.... Hahaha.... Jangan mare... Mare nanti kena jual.... Hahaha

Ini Kali Lah....

UPDATE (1.45am) : Highway LPT jem Gombak ke Temerloh perjalanan mengambil masa lebih 4 jam lebih.... Hahaha... Ader chan PR menang besar kali nih.... Ini Kali Lah...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1