Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Eid'ul Fitr. Show all posts
Showing posts with label Eid'ul Fitr. Show all posts

24 July 2013

Najib Razak Tercabar, Umumkan Bonus Hari Raya

Bhai/DeeDee sekalian....

Hehehe.... MB Selangor (Abdul Khalid Ibrahim) telah berjaya mengkamjatkan Najib Razak dengan pengumuman bonus Hari Raya untuk kakitangan kerajaan Negeri Selangor (tetap, kontrak atau sambilan) sebanyak sebulan gaji...

Hahaha... so skrang bola sudah kena pada kaki Najib Razak... kalu dier tak umumkan bonus raya.... memang masak la BN kena kutuk.... Hahaha... kalu dier umumkan tapi bagi seciput... dan bukannyer sebulan gaji.... hahahaha.... masak jugak Najib Razak kena kutuk.... hahaha...

Gua dengar citer... Kerajaan Negeri Pulau Pinang pon akan umumkan bonus pada kadar yang sama dalam sehari dua lagi..... Tentang Kerajaan Kelantan... yang ini gua tak tau..... tapi yang pasti... Negeri Selangor dah lead.... hahaha....

So... Amacam,..... Takkan la nak tunggu Rosmah Mansor umumkan kot bonus Hari Raya nih..... hahahaha.....

Oh yer lupa.... PRU13 sudah solosai... jadi tak perlulah nak kasi bonus Hari Raya..... hahahaha... sudah menang... aper lagi mau susah hati... 5 tahun boleh enjoy.... hahahaha...

Ader brani ker Najib Razak .... Atau Najib Razak kena tanya Rosmah Mansor dulu kot.... Hahaha....


16 July 2013

Aiyark... Daging Pulak Naik Harga

Bhai/DeeDee .... Aiyark... Daging pulak naik harga.... parah-parah.... nampaknyer raya kali nih makan ketupat dan lemang cicah dengan rendang kerang jer la... Itu kalu kerang tak naik harga.... Hahaha... kalu kerang pon naik harga.... aiyark... terpaksa la buat rendang arnab lima enam ekor yang ader kat romah mak gua tue... Hahaha...

Pergh... makan rendang "arnabun" la gua kali nih... hehehehe ....

Aper guna jadi Menteri kalu semuanya tak boleh nak kawal.... aper daa.... makan gaji buta ker aper.... Harga ayam naik... harga bawang naik... harga ikan naik... harga ubat kuat pon dah naik... hahaha...  darah tinggi pon dah naik.... cuma satu jer yang tak naik.... gaji.... hahaha... gaji mampus la takkan naik... hahaha


PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.

Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.

Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi.

“Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.

“Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit.

“Kenaikan harga daging begitu memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga namun kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan barang basah yang sering mendapat permintaan tinggi ketika perayaan.

“Golongan yang berpendapatan rendah begitu merasai bebannya memandangkan Ramadan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk persiapan Aidilfitri,” katanya.

Peniaga, Ghazali Abd Ghani, 57, berkata, peniaga daging menerima tempias dengan kenaikan harga daging apabila ada pembeli yang mendakwa peniaga sengaja menaikkan harga sedangkan perkara itu terjadi bergantung kepada pembekal.

“Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengawal harga daging lebih awal supaya pembekal tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.

“Peniaga kecil macam kami ini tak ada kuasa apa kerana orang kampung banyak yang tidak faham berkaitan kenaikan harga,” katanya.

Ghazali berkata, kebanyakan peniaga bimbang kerana mendengar khabar angin bahawa harga daging tempatan dijangka naik 50 peratus sekilogram menjelang Aidilfitri kelak.

Dalam pada itu, sumber daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memaklumkan bahawa daging dan beberapa barang kawalan lain masih belum dimasukkan dalam skim kawalan harga.

“Sekarang daging dan beberapa barang kawalan harga lain masih tidak dimasukkan dalam skim terbabit menyebabkan harga barang tidak stabil dan bergantung kepada barang dan permintaan,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, semua barang yang tersenarai di bawah skim kawalan harga perlu diseragamkan harga dan peniaga dikehendaki menjual pada satu harga seluruh negara.

Dalam pada itu, ditanya berkaitan khabar angin kenaikan harga daging kepada 50 peratus menjelang Aidilfitri, pihak terbabit menjelaskan bahawa khabar angin itu merupakan taktik berniaga biasa untuk mengaut keuntungan.

01 September 2010

10 Terakhir

Bhai.... kalu 10 terakhir Ramadhan.... orang dok sibuk beribadah... kurangkan benda-benda tak elok... sebab nak rebut "Malam yang lebih baik dari seribu bulan" iaitu "Lailatul Qadr" .... memang penuh orang kat Masjid dan Surau pada 10 malam terakhir nih...

Tapi... di 10 terakhir nih la jugak ramai yang beriktikaf di Pasaraya... membeli-belah persiapan raya... malah ader juga yang di 10 terakhir nih dok sibuk siapkan kuih muih raya... bukan setakat untuk kegunaan sendiri... tapi yang untuk jualan bisnes... tempahan last minute...

10 terakhir nih la jugak kat mana-mana orang dok sibuk berniaga... 10 terakhir nih jugak bebudak dok sibuk main mercun... main meriam buluh... main meriam besi... pasang pelita panjut... ataupun ader yang buat panjut tempurung (tiang setinggi 10 kaki yang bersusun tempurung kelapa) ....

10 terakhir nih la jugak ader la mamat-mamat ngan awek-awek buat planning nak pi beraya rumah boifren girlfren diorang dihari raya.... 10 terakhir nih la jugak .. ader mak bapak yang dok sibuk repair dan cat rumah.... malah siap ader yang ganti perabut baru (tambah hutang kat Courts Mammoth)... Tokey AEON Credits muka masa nih la senyum sampai ketelinga.... yer la.. ramai yang datang untuk tambah hutang....

Tapi... dalam pada itu 10 terakhir nih la jugak... ramai bloggers UMNO yang dok asik tabur fitnah macam-macam nak kasi Pakatan Rakyat goyah.... awat... diorang nih tak posa ker... atau memang kalu ikut mazhab UMNO/BN... buat kerja fitnah nih dapat ganjaran syurga.. dapat ganjaran bidadari bermata jeli... dapat ganjaran "Lailatul Qadr" ....pergh...

Gua paling tak tahan biler baca artikel dan tulisan bloggers pro UMNO/BN ... terutamanya tulisan Zulkifli Nordin.... huh... konon dier la Hero Islam.... hahaha... tapi lagi banyak dier tulis pasai Islam..... lagi terserlah kejahilan agama yang ader pada diri dier.... hahaha.... teruskan lagi menulis Zulkifli Nordin ooi... kalu lu dah tak nak tulis nanti... macam mana orang nak tahu tahap kebebalan dan kebangangan lu dalam isu agama nih... hahahaha... lawak la lu...

Gua rasa aaa... lu punya artikel senang-senang jer cikgu gua dulu boleh pangkah mengikut apa yang dier belajar tentang Islam... wei... cikgu gua namanyer Brother Vincent dan Brother Paul (Gua dulu sekolah Mubaligh Kristian la ... Sekolah Rendah St Paul dan Sekolah Menengah St Micheal)... Gua rasa cikgu gua lagi jelas pemahaman dier tentang Islam berbanding lu (Zulkifli Nordin ooi).... hahaha ...

Gua rasa aaa.... lu (Zulkifli Nordin) ngan Ketua Pengarah JAWI (Khusrin) tue patut pi belajar agama la kat mana-mana sekolah pondok.... kalu malu belajar kat Sekolah Pondok.. pi la belajar di Sekolah Agama Integrasi... dah banyak bercambah dak kat area KL, Shah Alam, Bangi dan seluruh Malaysia... hahaha... kasi abis la 4 Thanawi... hehehe

So... di 10 terakhir nih... gua cadang .. gua nak cool down... dan tengok jer aper yang malaon bodoh nih buat... maleh nak layan... baik layan posa dan ibadah jer.... hahaha... tapi jangan ingat gua takkan tibai menulis.... hahahaha... selagi Allah Taala bagi gua tenaga dan kesihatan... selagi itu gua akan menulis.... menulis mengenai amar ma'aruf nahi mungkar.....

Tulisan gua ... gua tibai semua... mana salah.. gua bantai... tak kira la Sultan ka... Raja ka... Agong ka... Menteri ka.. Ulama ka.. Ustaz ka... Dr ka... Ahli Politik ka... Saintis ka.... kalu buat silap... gua tibai bantai... so.. paham-paham jer la... kalu tak nak kena bantai... senang jer... ikut la Sunnah dan Al Quran.... lu jauh dan menyeleweng gua tibai... lu pedajai rakyat... lu kena bantai... lu khianat lu kena bantai... lu rasuah.. lu kena bantai....

So... 10 terakhir nih... gua nak ingatkan lu orang semua.... ikut Al Quran dan Sunnah... jangan menyeleweng....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1