Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Fakta Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Fakta Sejarah. Show all posts

29 March 2015

Kebejatan Sistem Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua ...

Gua nak tulis dalam format skema la plak hari nih... Hahaha... jangan mare.... sebab tajuk artikel pon dah skema.... Hahaha

Sistem pendidikan mana-mana negara adalah bertujuan untuk membentuk rakyat menjadi warga sivil yang bertamadun, berilmu dan berdaya saing. Ini adalah kunci utama sistem pendidikan mana-mana negara. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengembeleng segala tenaga dan kewangan yang ada untuk menaikan taraf mutu pendidikan negara.

Apa yang amat saya kesalkan adalah apabila sistem pendidikan negara telah dilacurkan oleh beberapa phak yang berkepentingan untuk tujuan politik dan agenda peribadi. Ini amatlah mengecewakan saya.  Mari kita kupas permasalahan ini.

Perkara pertama dalam pendidikan adalah penekanan kepada jati diri bangsa dan kenegaraan. Pada awal penubuhan Malaysia, kita berusaha untuk menerapkan jati diri bangsa namun akhir-akhir ini sistem pendidikan yang ada tidak lagi menjuruskan kepada perkara ini. Dalam banyak situasi semangat jati diri telah dilunturkan dengan semangat perkauman dan keakuan. Malah makin hari makin jauh jurang antara kaum di Malaysia gara-gara sikap golongan akademik yang menjadikan politik sebagai illahnya.

Mari kita lihat dalam konteks sistem awal pendidikan iaitu untuk peringkat pra-sekolah (tadika). Apa yang saya lihat dan nampak ialah apabila tadika tersebut dikuasai oleh saluran politik, maka hasilnya amatlah menggerunkan. Kanak-kanak di Tadika Kemas telah ditanam mindanya untuk UMNO/BN, manakala bagi PASTI pula telah ditanam mindanya untuk PAS. Ini realiti walaupun akan ada suara-suara yang menidakkannya yang saya pasti akan mempertahankan percaturan ini.

Ini kemudiannya ditambah pula apabila bahan bacaan dalam pendidikan termasuklah pengajaran dan pembelajaran diterapkan mengikut acuan parti pemerintah. Sebagai contoh bagaimana perubahan fakta sejarah diubah semata-mana untuk menunjukkan status quo sesetengah pihak. Bagaimana pula kita melihat fakta sejarah mengenai Sultan dan Raja-Raja Melayu difabrikasikan demi untuk memperlihatkan keagungan dan kehebatan. Malah isu penjajahan yang fakta asalnya jelas telah diubah oleh para akademik semata-mata untuk kepentingan perut dan bawah perut.

Ini adalah perkara yang memalukan bilamana para sejarawan negara telah melacurkan diri mengubah dan meminda fakta dan hakikat sebenarnya titik tolak sesuatu perkara dan insiden. Malah yang lebih mengecewakan bilamana ianya juga melibatkan pengarang dan penerbit buku sehinggakan sampai kepada pihak yang ditugaskan untuk menjaga arkib sejarah negara.

Bila saya melihat balik kepada beberapa siri peperiksaan awam dalam sistem pendidikan rendah, menengah dan tinggi, saya dapati kemerosotan yang agak teruk telah berlaku. Semenjak awal musim persekolahan pada 2000 sehingga kini telah terdapat beberapa siri perubahan skala pemarkahan dalam peperiksaan awam. Ini terhasil apabila kadar peratusan pelajar yang mendapat keputusan yang teruk telah menyebabkan pihak berwajib menurunkan standard pemarkahan yang sepatutnya.

Pernah dalam satu ketika, bilamana Menteri Pendidikan melihat ramai pelajar yang gagal satu matapelajaran telah mengarahkan supaya Bahagian Peperiksaan menurunkan standard pemarkahan kepada yang paling terendah dalam sejarah Malaysia dan hasilnya Menteri Pendidikan tersebut dengan bangganya mengumumkan ramai pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang walaupun sebenarnya ini semua fabrikasi.

Pelajar yang dikatakan cemerlang tersebut akhirnya tidak dapat bertahan dalam sistem pendidikan peringkat tinggi. Bukan seorang bukan dua orang tetapi cukup ramai pelajar yang sebegini masuk belajar di dalam IPTA dengan kelulusan yang telah difabrikasi demi untuk menjaga air muka Menteri Pendidikan. 

Itulah yang menyebabkan "ranking" IPTA di Malaysia diperingkat dunia jatuh merudum dengan teruknya, malah ada kes pensyarah dan professor yang melakukan plagiat dengan selamba kekal dipentas akademik tanpa menerima hukuman. Bukan setakat dikekalkan tetapi ada yang dinaikkan pangkat. 

Apakah hasil yang akan dapat dituai nanti akibat dari kebejatan sistem pendidikan negara? Saya pasti bahawa hanya hampas sahaja yang akan kita dapat sedangkan sepatutnya kita mendapat santannya dan bukannya hampas.

17 September 2013

Matinya Seorang Patriot

Bhai/DeeDee sekalian...

Kalu kiter baca sejarah...  Buku sejarah masa kini... Kiter akan dapati bahawa banyak nama-nama orang yang menentang penjajahan dulu diklasifikasikan sebagai pemberontak... pencetus keganasan ... pengkhianat...

Tetapi aderkah mereka itu seperti mana aper yang tertulis dalam buku sejarah tue... Sejarah selamanya ditulis oleh pihak yang menang... Ini fakta...

Tapi..... Dalam buku sejarah jugak... Langsung tidak menyentuh tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh para Sultan dan Raja pada masa itu yang bersekongkol dengan penjajah... Malah sejarah juga tidak merakam bagaimana dengan suka hatinya beberapa Raja dan Sultan menjual kepentingan negara dan negeri hanya semata-mata tamakkan wang ribuan dolar sepanyol.

Malah walaupun sejarah merakamkan bagaimana para Sultan dan Raja yang telah bersekongkol dengan penjajah untuk mengambil alih kuasa pemerintahan... Yang akhirnya menjadi boneka penjajah... ... Yang bukan dari susur galur Raja dan Sultan pon boleh bekerjasama dengan penjajah lalu ditabalkan menjadi Sultan dan Raja..

Semuanya kerana wang... Malah ader kes yang bersabit dengan perempuan pula ... Dapat menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan dan hukuman hanya dengan bersekongkol bersama penjajah...

Malah di satu negeri... Dinaikkan anak saudara pemimpin negara musuh sebagai Sultan dan Raja bagi negeri tersebut dan jajahan takluknya... 

Pejuang yang menentang penjajah diserang dan dikejar macam anjing kurap... ditangkap... dibunuh... Dan digantung kaki keatas kepala kebawah oleh Sultan yang bukan dari keturunan yang sebenar....

Rakyat lari berjuang menentang penjajah... Tapi para Sultan dan Raja dengan suka hati menandatangani perjanjian keselamatan dan kuasa dengan penjajah...

Ini adalah semua episod sejarah yang digelapkan... Sejarah yang satu masa nanti akan terbit juga bila semua pihak berjaya melihat sejarah dari persepsi sebenar...

Matinya seorang patriot yang pada zahirnya selamanya dikatakan pengkhianat bangsa dan negara... Walhal... Yang jadi pengkhianat bangsa dan negara diangkat menjadi Sultan dan Raja... Huh...

Errr... Yang gua citer nih aderlah yang berlaku di Arab Saudi (Semenanjung Hijjaz) aaaa... Hahaha.... Ader paham ka????

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1