Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hishamuddin Rais. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Rais. Show all posts

16 November 2022

Tian Chua Ni Betul Spoiler

Bhai/DeeDee semua...

PH dah tolak Tian Chua dari jadi Calon Parlimen Batu... Kerusi tu disandarkan lepada P.Prabakaran... Jadi kalu ikut dasar dan persetujuan dalam PH... ini calon yang patut diundi pada PRU15..

Tiba datang Tian Chua nak jugak jadi calon PRU15 di Parlimen Batu... konon dier adalah jugak wakil bagi Pakatan Harapan... iaitu penyokong Anwar Ibrahim jadi PM10...

Adoilah.... Tian Chua ni betul spoiler... kasik kacau urusan pilihanraya.... dah orang tak pilih dier... apa yang meroyan lebih... konon bawak aspirasi Reformasi la.... wei... dah basi dah aspirasi Reformasi 98 tue... sekarang kita Ayoh Malaysia...

Payah kalu ader spesis bangang camnie ... pulak tu disokong oleh Hishamuddin Rais (blogger TukarTiub tue) ... adoilah.... move on la wei... Huhuhu





28 March 2015

"Penculikan" Hishamuddin Rais Salah Disisi Undang-Undang

Bhai/DeeDee semua...

Walaupun seseorang itu ingin ditahan atas mana-mana Akta Hasutan, Akta OSA, Akta ISA atau mana-mana Akta berkait dengan Kanun Keseksaan, suspek perlulah ditahan mengikut lunas undang-undang dan mengikut tatacara penahanan.... Tiada cara lain melainkan itulah caranya yang dibenarkan oleh undang-undang....

Selama gua berkhidmat 23 tahun dengan Agensi (skrang sudah "pencen"), gua tidak pernah membaca atau tahu ader mana-mana peruntukan yang membolehkan penahanan seseorang suspek secara penculikan (melainkan dalam kes "Black Ops")... Malah dalam banyak kes yang ader selama nih takder pon cara camnie...  Bukan sajer kat Agensi... malah kengkawan kat Jabatan E Bukit Aman pon takder buat camnie...

Untuk itu pada pandangan perundangan yang gua ader, tindakan beberapa anggota PDRM yang berpakaian preman menahan secara "menculik" aktivis yang bernama Hishamuddin Rais pada hari ini adalah sesuatu yang diluar daripada norma biasa dan ini pastinya akan mengundang masalah dari segi undang-undang... Teknik penahanan ini adalah tidak sah dan peluang untuk Hishamuddin Rais menyaman PDRM, Ketua Polis Negara, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia aderlah besar.... SOP maner yang diorang pakai nih???

Gua tak tau aper yang ader dalam kepala anggota yang terlibat... dan siapa pegawai atasan yang cukup "BANGANG" untuk mengarahkan tindakan menahan suspek secara "menculik" .... Sebab setiap orang yang ingin ditahan perlulah dinyatakan hak-hak mereka dan anggota yang terlibat dalam proses penahanan perlulah memperkenalkan diri terlebih dahulu...

Walau aper pon alasan yang mungkin akan keluar dari mulut KPN, gua tetap berpandangan taktik penahanan ala penculikan ini cukup bahaya diamalkan di Malaysia kerana ianya secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat selepas ini akan memandang remeh kepada mana-mana penculikan walaupun berlaku didepan mata kerana mereka menyangka ianya aderlah tindakan pihak PDRM semata-mana waima ianya dilakukan oleh penjenayah...

Kepada anggota dan pegawai yang terlibat dan memberikan arahan.... tindakan lu orang memalukan sama sekali semua anggota yang lain..... Sungguh.... gua pon malu ...... so lu orang tunggu la lepas nih saman dari Hishamuddin Rais..... gua percaya dier pasti akan saman lu orang....

TAMBAHAN : Gua dapat maklumat bahawa tindakan menahan suspek "ala menculik" ini direstui dan diarahkan oleh pimpinan atasan PDRM... Biar betul nih... Sudah tersasar SOP kalu camnie... Semakin kacau pimpinan PDRM kalu camnie... Makin mengarut... Tuan IGP.. jangan la sampai gua ilang respek sama lu... 

22 July 2013

Menyanggah Penulisan Abdullah Ahmad

Bhai/DeeDee sekalian.... sori... artikel ini terpaksa gua tulis dalam Bahasa Malaysia piawai... sori berbanyak kali.. Ianya ditulis sebagai menyanggah penulisan Ahmad Awang yang diterbitkan di Sinar Harian......

Seperti yang semua sedia maklum, Abdullah Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO. Walaupun era beliau telah pudar dalam lipatan sejarah, namun atas dasar beliau merasakan dirinya masih releven dalam percaturan politik, maka ramailah yang taksub dan menelan bulat-bulat penulisan beliau. Saya banyak juga membaca penulisan beliau selama ini dan nampaknya Abdullah Ahmad masih tidak boleh lari jauh daripada paksi UMNO.

Abdullah Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas) pada pandangan peribadi saya sudah tidak relevan dalam suasana politik pasca melenia (pasca 2000). Ini kerana pandangan yang diterbitkan dalam hampir semua penulisannya tidaklah lari daripada mengampu kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tanpa dapat menyelami kehendak sebenar pengundi dan akar umbi rakyat marhaen yang terlibat.

Umum sedia maklum bahawa kemerosotan teruk UMNO/BN pada PRU13 bukanlah disebabkan kerana Pakatan Rakyat menjadi kuat akan tetapi ianya disebabkan kerana UMNO/BN sudah dilihat tidak releven kesinambungan politiknya serta hala tujunya yang kini nampak jelas dibelenggu rasuah, salahguna kuasa, pentadbiran pincang dan tidak menyelami realpolitik pasca melenia (pasca 2000)

Sebagai contoh, saya ingin mengupas dan menyanggah penulisan Abdullah Ahmad berkaitan dengan isu Pasca PRK Kuala Besut. Apabila membaca penulisan seperti dibawah ini

"Kemenangan BN Rabu malam depan bukan sahaja telah dijangka – kecualilah ALLAH SWT mentakdirkan sebaliknya – tegas 'a successful businessman' kelahiran Kampung Raja, “is a foregone conclusion”"

Memperlihatkan bahawa Abdullah Ahmad yang mengaku sebagai seorang penganalisis politik telah bersikap condong ke satu arah tanpa asas yang kukuh. Umum mengetahui bahawa dalam mana-mana pilihanraya, tiada satupun kepastian yang nyata melainkan setelah pengumuman keputusan oleh SPR, melainkan sememangnya diketahui walau macam-mana sekalipun keputusan pengundian, BN tetap akan menang. Adalah tidak wajar seorang penganalisis politik veteran yang "kononnya" bersikap bebas menjadi semacam mengugut dan mencabar "divine power" untuk mengubah keputusan mana-mana pilihanraya.

Saya melihat terdapatnya kecenderungan Abdullah Ahmad (yang masih lagi ahli UMNO) bersikap cuba melakukan gerakan sabotaj kepada Pakatan Rakyat dengan cara memuji-muji PAS yang "kononnya" akan lebih berjaya jika berjalan sendirian dalam PRU14. Umum sedia maklum bahawa cara sabotaj ini hanyalah mainan para "machai dan balachi" dan bukanlah sepatutnya dimainkan dan dimomokkan oleh seorang ahli politik (penganalisis politik) veteran.

"Kata ramai orang Pas, akan lebih berjaya bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam. Tetapi kalau Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang “di prop-up” oleh DAP dan PKR demi 'electoral strategy' mereka maka Pas, parti yang lebih tua dan lebih teruji, akan pada akhirnya rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13."

Tindakan Abdullah Ahmad memperkecilkan malah menghina Dr Ahmed Morsi dalam artikelnya memperlihatkan sikap sebenar Abdullah Ahmad dalam perjuangan Islam dan kenegaraan Islam. Sikap memperkecilkan tanpa melihat dari konteks yang lebih global dari segi geopolitikal menjadikan Abdullah Ahmad seorang yang kosong ilmu politiknya. Saya tidak terkejut jika mendapati bahawa Abdullah Ahmad  tidak tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku di Mesir serta bagaimana berlakunya insiden rampakan kuasa secara ketenteraan.

"jangan seperti Dr Mursi cuba melakukannya di Mesir mengemukakan isu-isu walaupun diminati dan mustahak dari segi ideologi tetapi juga yang dianggap 'divisive'. Prioriti 'Political' Islam, sebelum matlamatnya dilaksana, adalah untuk membawa perpaduan, kemakmuran, stabiliti negara dan rakyat terlebih dahulu."

Pada pandangan peribadi saya, Abdullah Ahmad sebenarnya kurang pengetahuan tentang pengaruh kuasa minyak dan gas serta Israel dalam isu Mesir. Seperti yang saya katakan, mungkin pembacaan dan pengetahuan Abdullah Ahmad hanya apa sahaja yang terhidang di media barat seperti CNN atau melalui Al Jazeera dan Al Arabiya serta kupasan cetek oleh media arus perdana di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Malay Mail dan sebagainya.

Maaf kata, tahap pengetahuan yang cetek inilah yang membuatkan Abdullah Ahmad menulis seperti ayam tanpa kepala dalam penulisannya di Sinar Harian. Sebagai seorang penganalisis politik veteran, sewajarnya Abdullah Ahmad menolak apa sahaja taktik dan teknik merasuah para pengundi di PRK N1 Kuala Besut. Tapi dari penulisannya, saya dapati Abdullah Ahmad semacam bersetuju dengan elemen rasuah "kononnya" atas kepentingan para penduduk dan pengundi di Kuala Besut.

Walau siapa pun kita, selagi mana kita mengaku sebagai seorang Islam yang mukmin, sewajarnya kita sentiasa menolak rasuah dan mempertahankan integriti. Namun sepertimana para pembaca blog ini tahu, saya pernah mengatakan bahawa di Malaysia, memang ramai orang Islam, tetapi terlalu ramai yang bukan mukmin.

Abdullah Ahmad adalah seorang ahli politik veteran, akan tetapi kupasannya terhadap politik (termasuk geopilitik) nampak tidak lebih daripada Ahiruddin Attan sahaja. Tidak mungkin seorang ahli politik veteran boleh berfikiran separuh matang seperti seorang editor media cetak yang terhutang budi atas pangkat gelaran yang diterima. Mustahil sungguh. Sewajarnya seorang yang veteran seperti ini mungkin boleh berfikiran lebih jauh seperti Hishamuddin Rais kalu pun tidak seperti Razaleigh Hamzah.

Kepada Abdullah Ahmad, jika anda atau sesiapa yang rapat dengan anda membaca penulisan saya ini, sila faham bahawa saya sama sekali tidak mengiktiraf mana-mana gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia. Oleh yang demikian, cukuplah saya memanggil anda dengan nama Abdullah Ahmad sahaja kerana inilah nama yang nantinya akan dipanggil oleh Allah Taala.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1