Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label ISIS. Show all posts
Showing posts with label ISIS. Show all posts

28 January 2023

Meroyan Lagi Lah Pentaksub Rafizi Ramli

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah.... gua memang dah lama bagitau... yang Rafizi Ramli sebenarnya tak layak duduk di mana-mana jawatan Menteri... tak kisah la di Kementerian apa pun dia memang tak layak... kalu nak bagi dia nih jawatan besar... dier cuma layak handle think tank kerajaan... macam ISIS ... takpon duduk di Khazanah ....

Sebab memang failed la Rafizi Ramli nih... cakap dan penjelasan berbelit-belit ayatnya... tapi takder hasil yang konstruktif... Hahaha

Gua tahu memang akan meroyan lagi lah pentaksub Rafizi Ramli dengan blog gua nih... malah pentaksub Anwar Ibrahim pun sure akan serang dan labelkan gua dengan macam-macam tuduhan.... hahaha... biasa la... Walanon dan Bangsa Slurpp sekarang nih dah lagi kelakar dari Walaun, Walatok dan Macai...

Hahahaha

Satu Apa Pun Tatau Apa Solusinya


14 December 2022

Kalau Cakap Sendiri Pun Kontradik

Bhai/DeeDee semua...

Gua share beberapa keratan berita nih... yang mana cakap sendiri pun kontradik... Cakap-cakap Pakatan Harapan (PH) sebelum dan semasa dapat kuasa... Jauh berbeza... Huhuhu

Ini baru cerita berkenaan SOSMA... belum benda lain lagi... Hahaha...

Jahanam aaa..








13 December 2022

Bila Mereka Mendapat Kuasa ...

Bhai/DeeDee semua...

Biasa lah manusia... paling senang nak uji manusia (Orang Politik) nih adalah bila mereka memegang kuasa dan jawatan... masa itu kita boleh tengok mereka akan pusing segala apa yang pernah mereka cakapkan dan utarakan sebelum ini...

Sebelum mendapat kuasa.... mereka akan berlakon pro kepada masalah yang membelengu masyarakat marhaen mustad'afin... mereka akan dekat dengan isu yang terkait dengan masyarakat... konon merekalah juara rakyar... konon merekalah yang terpaling prihatin...

Tapi...

Bila mereka dah dapat kuasa... apa yang pernah mereka buat dahulunya langsung sudah terbalik kuang... kini mereka pula yang pertahankan apa-apa sahaja terkait undang-undang draconian yang menekan rakyat... kita mereka pulak yang kuat mencari dalil mempertahaunkan segala apa yang mereka pernah tentang dahulu...

Hahaha... tak terkejut sangat la... 

Macam dalam kes SOSMA nih la... dulu apa yang mereka (puak PH) nih tak bangkang dan bantah... hahaha... la nih diorang pulak taknak buat perubahan bagai... Hahahaha...

Macam sial jer kan... Hahaha... Paku dulang Paku Serpih, Mengata orang Mereka yang lebih...

Bangkai betul lar...



Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Ketika ditanya sama ada dia akan menyemak semula undang-undang berkenaan, Saifuddin mempertahankan Sosma sebagai akta yang membenarkan proses perbicaraan di mahkamah berlaku, tidak seperti akta lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.

“Selalunya orang membandingkan Sosma dengan undang-undang pencegahan lain, walaupun Sosma bukan peruntukan pencegahan.

“Sebagai contoh, berbanding ISA atau Ordinan Darurat (di mana seseorang boleh ditahan) sehingga 60 hari, Sosma ialah 28 hari.

“Pada penghujung hari ke-28, hanya ada dua syor iaitu membebaskan mereka atau mendakwa di mahkamah. Jika mereka dibawa ke mahkamah, mereka masih boleh mendapatkan khidmat peguam,” jelas Saifuddin dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Saifuddin membuat lawatan rasmi pertamanya ke ibu pejabat polis hari ini, di mana dia dan timbalannya, Shamsul Anuar Nasarah menerima taklimat daripada ketua polis negara.

09 October 2021

ISIS Bukan Jemaah Islam

Bhai/DeeDee semua...

Jemaah Islam takkan bunuh orang Islam yang lain terutamanya semasa orang Islam itu sedang berada dalam Masjid untuk solat.

Jadi dalam kes dibawah ini membuktikan bahawa ISIS bukan Jemaah Islam. 
Kenapa gua kata Syiah itu Islam.... sebab mereka masih bertauhidkan kepada Allah Taala.... itu ja... yang lain semua itu politik ja bhai...

Ingat... syarat Islam itu mudah... beriman kepada Allah Taala.

ISIS gila bunuh orang Islam


03 January 2021

Isu Wallpaper Chairman Mao Tse Tung, Apa Reaksi PAS?

Bhai/DeeDee semua...

Pada PDRM ... mana-mana elemen yang menafsirkan kepada Anarki dan Ideologi Komunisma adalah satu perkara yang berat... Memang tugas PDRM selayaknya untuk mengendalikan sekatan kepada penyebaran mana-mana ideologi songsang dan terorisma dengan sebaiknya...

Jadi... dalam isu wallpaper Chairman Mao Tse Tung yang dipasang di sebuah restoran makanan Hunan di Bukit Mertajam yang diambil tindakan oleh PDRM adalah pada pandangan gua satu tindakan yang tepat.... Tapi nampaknya MCA sedang menjadikan isu ini sebagai satu gerakan politik mereka.

MCA cuma ada 2 kerusi Parlimen.... dan nampaknya MCA sedang mengarahkan agar PDRM mengikut kehendak dan pandangan mereka...

Sewaktu ada pihak dalam DAP yang cuma bekap LTTE... bukan main bising semua orang termasuklah pimpinan PAS... para walaun mereka bersorak bilamana pemimpin PAS dok bawak sentiasa isu ini... Betul LTTE pun satu masalah juga... sama macam ISIS dan DAESH,,,,

Tapi dalam kes wallpaper nih.... ianya sama macam gerakan FPI di Indonesia yang dipimpin oleh Rizieq Shihab... kalu kita tak benteras awal.... akan jadi masalah.... tapi PAS nampaknya macam tak bersungguh... 

Persoalan sekarang ni... Adakah PAS nak tunjukkan taring mereka kepada MCA atau PAS sudah menikus dan cuma berani mengikut telunjuk MCA... Dari apa yang diperhatikan... memang PAS nampak seperti sudah tiada telur untuk berdepan dengan MCA.... dari isu pertambahan cabutan judi pun PAS senyap sunyi.... inikan pulak kali ini dalam isu wallpaper Chairman Mao Tse Tung...

Gua kompiden PAS takkan berani nak buat apa-apa punya... Hahaha .... 

PAS sudah lemau bila berada dalam Kerajaan Pusat..... Tolo yilleks.



14 October 2019

Sel Pengganas

Bhai/DeeDee semua...

Biler bercerita bab pengganas nih... kiter tak boleh nak lari dari membicarakan berkenaan sel pengganas.... Sel pengganas nih ader banyak bhai... aper yang gua citer nih berdasarkan takrifan Agensi yang mana gua pernah bertugas dulu...

Okeh.... dalam mana-mana organisasi pengganas (semua serupa dari segi modus operandi) .... kita boleh pecahkan kepada beberapa "Sub-Sel"


  • Sub-sel kepimpinan / pentadbiran
  • Sub-sel propaganda / dokumentasi
  • Sub-sel kewangan / dana
  • Sub-sel pertahanan / serangan 
  • Sub-sel indoktrinasi / brainwash
  • Sub-sel rekrut / keanggotaan
  • Sub-sel penyusupan / agen
  • Sub-sel politik
Antara semua nih..... ader 3 sub-sel yang dipecahkan lagi kepada banyak pecahan sub-sel yang lain. Sub-sel yang tiga ini adalah.

  • Sub-sel kewangan / dana
  • Sub-sel rekrut / keanggotaan
  • Sub-sel politik
Dan ketiga-tiga sub-sel yang dinyatakan ini memang cukup cepat untuk disebarluaskan kepada orang awam yang lain atas beberapa sentimen sama ada sentimen kaum, sentimen bangsa, sentimen negara mahupun sentimen agama... Dan sentimen yang paling cepat sekali dipergunakan oleh mana-mana organisasi pengganas adalah sentimen kaum dan sentimen agama...

Sebagai contoh.... dalam banyak kes yang di caj dibawah Anti Money Laundering and Counter Terrorist Funding Act (AMLCTFA) yang melibatkan beberapa individu dan organisasi diseluruh dunia, hampir keseluruhan dana yang terlibat disalurkan atas sentimen kaum dan agama.

Tahun 60'an hingga 90'an kebanyakan organisasi pengganas dapat memanipulasikan sistem perbankan awam dengan memindahkan dana-dana berskala besar untuk operasi keganasan mereka dengan mudah tanpa pemantauan lengkap oleh mana-mana pihak berkuasa dengan mengambil kesempatan atas pemindahan dana kononnya atas sebab organisasi agama.... 

Namun mulai pertengahan 90'an, semua transaksi walau untuk organisasi agama sekalipun tetap tidak lepas dari pemantauan.... Semua pihak berkuasa di seluruh dunia telah menggerakkan operasi pemantauan ini..... Namun ianya agak terbatas kerana pemantauan ini hanya boleh dibuat jika melibatkan mana-mana institusi kewangan.

Amat diketahui bahawasanya organisasi pengganas kini sudah beralih kepada pembiayaan dana melalui tunai pada skala kecil tetapi kerap melalui beberapa "keldai akaun" atas nama sentimen agama.... dan keldai akaun ini adalah sebenarnya agen-agen "sub-sel kewangan" organisasi pengganas.

Sebab itulah banyak sumbangan awam atas nama agama yang akhirnya sampai kepada organisasi pengganas nih kerana sumbangan ini tidak diaudit.... hanya sekadar kutip dan simpan....  serta disalurkan....

Dan dalam konteks ISIS, DAESH dan pelbagai lagi organisasi pengganas agama Islam nih... jangan terkejut kalu ader Ostad-Ostad selebriti yang juga terlibat sebagai agen "sub-sel kewangan / dana" sama ada mereka sedar ataupun tidak ..... tapi mostly nyer mereka sedar...

Hehehe.... Memang dah lama dalam pemantauan nih...

Ader paham ka???

13 October 2019

Mari Sembang Tentang Pengganas

Bhai/DeeDee semua...

Biler kiter sebut tentang pengganas... mesti dalam kepala kiter akan ader "stigma-stigma" tertentu dan bayangan siapa orangnya atau puaknya yang kiter akan kata dan gelarkan pengganas...

Dan semesti kiter akan meletakkan orang yang bukan seagama dan sebangsa dengan kita sebagai pengganas.... Tak gitue pemikiran kiter nih?

Contoh.... bila kiter dengar pengganas orang kulit putih Kristian menyerang orang Islam, dengan lajunya kita akan kata orang kulit putih Kristian itu pengganas..... betul kan..... Sama gak biler ader orang Islam yang mati akibat dari huru-hara yang berlaku dikawasan ramai orang Hindu kapir, sohih kiter akan kata orang Hindu kapir itu pengganas...

Sama gak biler orang Rohingya kena tindas dengan puak Buddha di Myanmar... kiter akan kata puak Buddha ni pengganas,...... Samer gak semuanya... kalu kena kat geng sendiri, kaum sendiri sure akan salahkan puak lain sebagai pengganas....

Tapi kiter lupa bahawa puak kiter, bangsa kiter, yang seagama kita pun buat gak kerja pengganas nih..... Semua pihak sebenarnya adalah pengganas gak... tak payah nak sembang suci la pon.... contoh la... pasai parti pon boleh berbunuh-bunuh macam yang kena kat ahli PAS Othman Talib di Lubuk Merbau mati dibunuh oleh ahli dan penyokong UMNO ...... ini pun satu hal gak... pengganas....

So.... biler bercerita ngan LTTE ka.... Palestine ka.... Hamas ka.... Hisbullah ka... MORO ka.... Abu Sayyaf ka... ISIS ka... DAESH ka.... IRA ka.... Japanese Red Army ka.... semua tu adalah pengganas... kalu sasaran yang depa buat adalah orang awam.... selagi mana sasaran diorang nih adalah orang awam.... pada gua semua adalah pengganas...

Pengganas akan cari sasaran orang yang lemah, takder kuasa, takder senjata.... itu ja sasaran pengganas..... jadi memang patut semua nih dilabelkan pengganas... selagi mana sasaran depa adalah orang awam...

Kalu betul takmo dilabel sebagai pengganas.... perlu elakkan serang orang awam....

Sebab kalu ikut Agensi..... kami tak kira siapa.... once diorang sasarkan orang awam.... kami akan tamatkan diorang..... simple as that....

Ader paham ka????

15 January 2015

ISIS Dan Harga Minyak

Bhai/DeeDee semua...

Lewat malam semalam... Bos besar kat Agensi call gua... tanya khabar.... tanya biler mau turun KL .. lepak kat Opis.... Gua seperti biasa... gelak jer biler Bos besar cakap camnie.... sebab tawaran dier hari tue pon gua tak bagi kata putus.... tawaran untuk jadi trainer...

Hahaha... penat aaa buat kerja trainer nih.... tambah lagi ramai staff kat Agensi yang bekas anak didik gua dah pon level trainer.... kasi chan la diorang buat kerja tue... Gua nak relaks... gua nak rehat... Gua nak menulis.... hahaha

Bos besar tanya pandangan gua.... tentang ancaman dan arahan ISIS (IS) akan ader perang jihad kat seluruh dunia.... Hahaha.. gua cakap kat Bos besar.... aper hat tanya pandangan gua... bukannyer Bos besar tabley agak aper yang gua akan cakap.... Hahaha ... Bos besar kata ... sajer jer mau tau pandangan gua.... Hahaha...

Jadi gua citer panjang lebar ngan dier... ader la dalam 3 jam bersembang dalam tepon.....

So.... inilah pandangan gua....

SYRIA ..... kenapa Syria menjadi tajuk utama gua.... Hahaha... ini kerana aper yang "kunun"nyer berlaku di Syria ... "kunun" ader isu Sunni Syiah nih aderlah kerja-kerja haram jadah yang sengaja dibuat... Kononnya Presiden Syria bunuh dan serang warga Sunni..... giler aaa....

Ini semua kerana satu benda jer....

Semua kerana harga Minyak.... lu tarak percaya ka.... Ancaman dan Amaran ISIS pon semua berpaksikan kepada Minyak.... Hanya ader satu cara jer nak naikkan harga minyak mentah dunia.... takder cara lain... semuanya hanya boleh dilakukan dengan membuat (melakonkan) satu peperangan...

Ingat.. perang dunia pertama dan kedua.... kedua-duanya disebabkan oleh isu ekonomi... Macam mana zaman kemelesetan cuba diubah untuk menjadikan ekonomi lebih kuat... Lu orang jangan naif sangat... Ingat... masa perang Teluk dulu... berapa harga minyak mentah... ingat... masa perang Iran Iraq dulu... berapa harga minyak mentah dunia...

Wei... semua tue hanya kerana emas hitam... minyak... takder sebab lain....

So... dalam kes yang ader sekarang nih... dikala harga minyak dibawah paras USD50 setong..... sure takder jalan lain nak naikkan harga minyak melainkan dengan cara "melakonkan" satu peperangan... Itu ja caranya...

Harga minyak yang rendah nih baik untuk Amerika Syarikat mengenakan (mendajaikan) Russia dan Venezuela .... tapi... kalo harga minyak terlalu rendah... Amerika Syarikat pon tercungap-cungap gak... sebab dier kena support Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan beberapa negara lagi.... Tapi dikala minyak rendah nih.... China makin berkuasa....

So... pada pandangan gua... kemungkinan akan berlaku perang (lakonan) dalam masa kurang 5 tahun nih semata-mata kerana mahu menaikkan harga minyak dan menstabilkan ekonomi... So... bersedialah dengan kerja buat ISIS (yang gua pasti aderlah boneka CIA) diserata dunia...



Bos besar gua stuju ngan pandangan gua... dan dier punya pandangan pon lebih kurang samer macam gua gak... Aper pon... operatif Agensi skrang nih dok pantau ISIS nih .... sekadar pantau ja.... Hahaha

Ader paham ka???

P/S : Ingat kes Charlie Hebdo tue....  gua saspek itu semua kerja covert-ops ... sengaja mau triggerkan sesuatu....

06 October 2014

Lepak Santai Cawangan E

Bhai/DeeDee semua...

Raya Qurban nih Bos besar kat Agensi ader buat kambing bakar... Dan gua ader pi join skali... Cukup ramai geng-geng dari Agensi dan Cawangan E yang lepak skali... Semua kaki makan kambing... Tak serik-serik ader yang slalu kena darah tinggi dan gout.... Hahaha

Borak-borak sambil pekena Nasi Arab Hadhramawt dan kambing bakar ... Skali ader roti garlic cicah sos dimakan ngan kambing bakar... Sedap oooo...

Masa santai tue gua ader la ngusik kengkawan dari Cawangan E (terutama yang handle Counter Terrorist - E8M) pasai kes Zahid Hamidi kata dier kenal semua ketua kongsi gelap... Hahaha.... Diorang siap kata... Itu Zahid Hamidi mamat blur.... Report bukan mau baca detail... Hahaha... Lawak siot...

Gua tanya diorang aaa... Aper citer bebudak yang join ISIS dan ISIL... Kengkawan E8M sembang kata ISIS dan ISIL tue brand jer... Tapi ader lagi yang lebih sinister... Hahaha... Gua usik diorang bahawa Al Maunah la lagi sinister kan.... Hahaha... Diorang kata Al Maunah tue mainan Mahathir ja... Al Maunah tue cuma jelmaan dalam kapla Mahathir ja yang kononnya merbahaya... Diorang siap kutuk gua dengan sindiran "macam la lu tak tau citer sebenarnya..... laporan kan ader" ... Siap sindir dan peringatkan gua tentang watak "pencari @ peraih durian" yang wataknya diujudkan kejap pastue terus diilangkan.... Hahaha

Gua gelak ja pasai gua ader tau itu cerita... Kertas putih dan report pon yang setebal 4 inci tue pon gua dah abis khatam.... Hahaha

Gua cuba tanya diorang berapa banyak tuntutan bayaran tebusan Zakia Alep yang kena culik dek gengster Pinoy tue... Ader member dari E3M kata dulu masa kes mula-mula culik warga China... Harga tak cecah 3 juta... La nih Zakia Alep diorang mintak lebih 25 juta.... Mana boleh simply kasik bhai...

Sapa nak bayar... 

Bebudak Cawangan E plak dok nganjingkan bos Agensi... Konon pasai Agensi lebih dok layan kes kat Europe tue yang kat sebelah Asia Tenggara boleh bolos.... Hahaha... Gua gelak jer pasai gua dah tak terlibat mana-mana pon... Gua dah bersara... Hahaha

Gua bagitau diorang semua nih pasai Bos Agensi dulu ader "Marka" orang Europe... Pasai tue la dier lebih layan kes Europe... Hahaha... Kitorang gelak ja... Bos besar Agensi jadi main merah muka dier... Hahaha... Skali skala kena taji aper salahnyer kann... kann.... kann...

Tetiba jer masa gua baru nak angkat kaki balik ... Ader member staff paling senior dari Cawangan E tanya soklan... Dier tanya gua ... "lu dah baca report mengenai koordinat longitud latitud akhir MH370?" .... Macam gampang aaa soklan tue... Mana gua ader akses la bhai...

Gua paling muka tengok bos besar Agensi... Dier angkat kening dan bahu serentak.... Ater memang gampang la diorang nih... Gua nak balik aaa... Makan kambing banyak-banyak boleh kena darah tinggi oooo... Puiii...

Bersambung.....

20 August 2014

Agak-Agaklah...

Bhai/DeeDee semua....

Cuba lu orang tengok snapshot nih...... Hahaha.... memang lawak tahap bangang "dewa jalan duta" nih.... Agak-agaklah kalu nak fabricate citer pon.... Hahahaha.... Aper kena mengena Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dengan PKR dan PR .... cuba baca bahagian last snapshot nih.... Hahahaha

Nampak betul la ngarut... ISIS nih aderlah Think Tank Kerajaan Malaysia.... yang selalunya bias ngan UMNO/BN .... Dimana salah sorang bekas felo kat ISIS aderlah Razak Baginda.... Ala Razak Altantuya tue.... Hahaha


Lawak siot.....

Nih kalu ader blogger otai Ketua Perusuh dapat tau nih.... mesti dier akan gelak nak mampus.... Hahahaha... Harap gua la blogger otai nih dapat baca citer nih..... Hahahaha ... Ya Ampoon....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1