Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

07 November 2023

Apa Yang Boleh Anda Terjemahkan?

Bhai/DeeDee semua...

Post ini dibuat sekadar untuk menjentik minda anda semua...

Kalu ikut satu garisan "True North", dan bukannya "Magnetic North", dari utara Madinah garisan ini akan dilihat membelah sedikit Negara Iraq dan Syria.

Garisan ini juga akan melalui wilayah Donestk di Urkraine dan terus lalu menghampiri ibunegara Russia (Moskow).

Kena ingat, kedudukan Mekah ini berada di selatan Madinah. Kedudukan batu hitam Hajarul Aswad pula dilihat menunjuk kearah Nusantara.

"Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?" - AlQuran, 23:80 (Al Mukminun)

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



15 December 2016

Siapa Lagi Nak Up Kan Bapak ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Siapa lagi la yang nak upkan bapak kalau bukan anak-anak... sudah semestinya pada pandangan anak-anak, bapak dia la yang paling terbaek... Hahaha...

Takper... gua paham tu.. stendet lar...

Cuma satu ja yang gua nak bagitau mamat nih... bapak dier bab mendamaikan dua pihak tu memang "failed".....  dah terbukti banyak kali... malah bapak dier pulak tu kekadang lebih sidednya... hahaha... malah pasai bapak dier la jadinya isu Memali...

Gua ingat lagi masa AdukaTaruna kena pegang dan kena belasah kat Masjid Rusila dulu tu... Abdul Hadi ni setakat tengok ja... nak suruh anak buah dier "chill" dan "cool" pun tak boleh...

Lagi mau sembang konon Abdul Hadi tu boleh mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah di Syria.. Hahaha... mimpilah wei... Diorang kat Syria sana kenai pun tidak ngan Abdul Hadi ni... lagi mau sembang konon boleh mendamaikan...

Hahaha...

Ader paham ka???

Banzai...


16 February 2016

Setelah Mereka Jahanamkan

Bhai/DeeDee semua...

Dahulu .... Iraq sasaran mereka.... Macam-macam pertuduhan dimainkan... kononnya berlaku pencabulan kuasa... penindasan terhadap rakyat... genocide... syiah bukan Islam la... macam-macam... ditambah lagi dengan mainan media dan pemberontakan dari dalam.... dan macam-macam kerja sabotaj yang didalangi oleh MOSSAD dan CIA dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai negara.... Hancur jadinya Iraq.... Dari satu kuasa yang besar dan kuat... terus dimusnahkan dari dalam.... dengan kerjasama erat Media Arab seperti Al Jazeera.....

Konon selepas Saddam tumbang, Iraq akan lebih berjaya dan demokratik.... Tapi apa yang berlaku akhirnya semua tahu.... yang mendapat laba adalah USA dan UK.... yang seronok dan tepuk tangan adalah ISRAEL

Sebelum Iraq menjadi mangsa... mereka dah tibai Afghanistan sebaik sahaja lepas perang Afghanistan lawan USSR (Russia).... masa tu depa guna idea yang sama gak.. kononnya Taliban adalah perosak... Kejam... sadis.... penjenayah... bunuh sana... rogol sini.... musnahkan berhala yang beribu tahun..... dan macam-macam lagilah propaganda mereka... masa ni Al Jazeera baru nak up.... sempat la guna media Arab... konon nampak sokong Islam..... walhal itu semua agenda CIA dan MOSSAD dengan memperkudakan UAE dan Qatar serta melembukan Arab Saudi.... Macam labahau jer... Yang best tu orang kita Melayu pun boleh terpengaruh dengan permainan Al Jazeera... ye la... Al Jazeera tu nampak macam pure pro Islam.... walhalnya Al Jazeera tue sama macam CNN jer...

Selepas Iraq kena tibai... dan selepas Afghanistan kena jahanamkan.... Depa buat propaganda di Libya.... Memang dah lama depa aim Libya nih... dah berapa kali depa buat kerja jahat kat sana... guna special force la... semua tak jalan.... tapi last-last depa terpaksa guna orang dalam... rakyat dalam negara tu sendiri kononnya Ghadaffi jahat... zalim... penzina... dan macam-macam lagi propaganda..... Yang ini lagi best... sebab masa ni depa dapat bantuan dari dua media yang nampak macam pro Islam iaitu Al Jazeera (seperti biasa) dan Al Arabiya... Hahaha... itu semua media gampang yang mainkan agenda CIA dan MOSSAD seperti biasa.... Dana pun dari sumber yang sama.... Macam sial jer.... masa ni even Orang Malaysia pun sokong jatuhkan Ghadaffi.... Hahaha... bodoh nak mampus percaya apa sahaja yang disuap oleh media Al Jazeera dan Al Arabiya.... tau la tak nak percaya CNN sebab media Amerika... tapi dok percaya dua media sialan tu aper hal...

Konon bila Ghadaffi tumbang... Libya jadi bebas dan berjaya... Hahaha... hancur bhai... hancur... negara dibedak-bedakkan antara beberapa kroni US.... Halliburton dapat berapa lubuk minyak kat sana.... Hahaha.... Mampuih... hancur negara Islam Libya yang cukup bagus sebenarnya kepada rakyat depa... Tapi yer la... orang semua dah lebih percaya pada mainan Al Jazeera dan Al Arabiya....

Hahaha....

Mesir pun jahanam kucar kacir sebab permainan dua media gampang ni... (Al Jazeera dan Al Arabiya).... semua kong kali kong macai dan balachi CIA dan MOSSAD..... pakai nama UAE, QATAR dan Arab Saudi...

Sekarang.... dari apa yang gua tahu... dah dekat 4 tahun depa cuba mainkan isu Syria.... Al Jazeera dan Al Arabiya cuba cucuk jarum bangsat depa macam biasa kat Syria..... Hari-hari cerita kononnya Bashar Al Assad dok bom dan bunuh rakyat dier... Giler la lu orang dok percaya mainan Al Jazeera dan Al Arabiya... dengan sokongan tambahan video dari YouTube yang ntah sahih atau tidak... Betul la kita dengar cakap Arab... dan ada dikalangan kita yang tahu berbahasa Arab... tapi itu semua boleh diejast...

Kematian dan kemalangan serta kerosakan harta benda adalah perkara biasa dalam peperangan dan pertempuran... Masalahnya perang berlaku dikawasan penduduk awam... sebab pemberontak dan agen-agen CIA/MOSSSAD memang guna kaedah ini untuk menampakkan bahawa Kerajaan Bashar Al Assad dok serang rakyat dan penduduk awam....

Korang tak pelik ker .... mostly semua pertempuran berlaku di kawasan pertempatan awam... Kalau betul pemberontak ini tak puas hati dengan kerajaan... kenapa tak bertempur di kawasan kem atau pangkalan tentera.... kenapa perlu di kawasan awam...

Tapi gua tau... lu orang bukannya nak amik tau benda simple macam ni... yer la.. sebab lu orang sudah kena racun dek media Al Jazeera dan Al Arabiya.... Lu orang dengar cerita semua dari rakan-rakan kat sana yang berada di kawasan pertempatan awam.... betul la tue ader perang kat sana... tapi kenapa perlu kat sana...

Kenapa pemberontak tak serang di kawasan pentadbiran Kerajaan Bashar Al Asssad... kawasan tentera... kawasan senjata tentera... kawasan kem tentera..... kenapa... kenapa.... Hahaha... lu orang mesti tak boleh nak jawab punya...

Nih lagi best... biler citer pasai DESH la... ISIS la... IS la... yang penggal kepala manusia (konon musuh) dan upload dalam YouTube macam orang gila siap sebut nama Allah la. takbir la.... walhal Allah Taala melarang pembunuhan macam tu.... walaupun dalam perang sekali pun... Lu orang tak pernah belajar ker apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan macam mana sepatutnya pejuang Islam berperang....

Bodoh kalau lu orang percaya apa yang mangkuk ayun tu buat dalam YouTube itu selaras dengan kehendak perang dalam Islam.... Dalam Islam, tawanan perang diharamkan dibunuh tanpa sebab jika dia telah menyerah diri atau ditangkap. Sesiapa yang membunuh tawanan maka dia bukan umat Muhammad s.a.w ... dan Nabi takkan terima mereka....

Dan sekarang.... Malaysia dah terperangkap dengan mainan Arab Saudi... Bodoh punya Najib Razak... sampai kita dah join team untuk pergi perang di Yaman dan Syria.... walhal dah lama terbukti yang Arab Saudi tu memang celaka... memang balachi US.... memang balachi ISRAEL.... Elok sangat la tu pergi perang kat sana... Ingat kalau mati berperang dengan sesama Islam (tanpa sebab yang pasti) boleh tentu mati syahid.... Bodoh la wei....

Lu orang sumer ader pernah ke dengar penjelasan terperinci isu Syria ni dari mulut Bashar Al Assad... Tak ada kan... Apa yang korang dengar adalah ulasan media Al Jazeera dan Al Arabiya..... semua tu mana nak cover cerita betul pasai Syria... semua ada agenda ....

Tapi biasalah... Orang Islam memang mudah kena kencing dan kena tipu dengan CIA dan MOSSAD.... Hahaha... Depa dah lama tau macam mana nak mainkan isu... macam mana nak manipulate isu... macam mana nak implant diorang punya versi cerita .... hahaha.... bertahun dah.... depa dah kaji lama betul... sejak 1947 lagi.... depa twist cerita baek punya.... Ala .... macam citer pengeboman berani mati yang sejak dulu mesti dikaitkan dengan teroris Islam... sampai lu orang pun boleh percaya....

Kesian gua tengok lu orang sumer.... kesian sungguh la.... Sebab itulah UMNO/BN boleh kekal berkuasa di Malaysia.... sebab lu orang sumer mudah dipengaruhi dengan media.... small matter... By the way... Agensi tempat gua berkhidmat lebih 23 tahun dulu pun gunakan teknik "mempengaruhi minda dibawah sedar" lu orang sumer ... Hahaha.... nasib la lu orang....

Kesian... sungguh kesian....  pergh lama betul gua tak tulis sepanjang ini.... hahaha... tapi hari ni sajer gua tuliskannya... gua amik masa 10 minit ja nak tulis benda ni... macam air turun idea.... hahaha.. laju gak gua menaip dengan 2 jadi..... ahhaa...

P/S : sebab itulah lu orang sumer boleh kena main dengan media pasai isu MH370 dan MH17.... Hahaha.... pecah perut gua gelak nih... hahaha

Ader paham ka?

10 February 2016

Cerita Tentang Syria - Siapa Disebalik Isu Ini

Bhai/DeeDee semua...

Rasanya sudah lama gua tak cerita isu-isu antarabangsa... yang gua dapat dari maklumat dalaman Agensi yang dulu gua pernah berkhidmat didalamnya... Bagi yang baru pertama kali baca blog ini... ini gua nak bagitau sikit.... Agensi kami adalah berkaitan dengan statistik dan data... serta kadang-kadang (banyak kali) terlibat dengan membersihkan kawasan untuk beri laluan kepada Agensi Keselamatan lain dari Malaysia untuk beroperasi....

Dalam banyak hal, Agensi biasanya juga terbabit dalam beberapa konflik yang ada kaitannnya dengan Islam dan Malaysia sama ada secara jelas mahupun secara kabur.... Ada banyak lagi perkara yang dibuat oleh Agensi disebalik tabir... Untuk itu Agensi punyai orang di hampir semua tempat dalam dunia ni termasuklah didalam negara....

Satu daripada kawasan operasi Agensi adalah di Syria.... dan disini Agensi dapat maklumat secara on-hand "direct to source" tanpa melalui mana-mana media atau sumber lain.... Dan maklumat ini semua penting bagi Malaysia untuk urusan geopolitik...

Oleh itu... maklumat kami bukan dari Al Jazeera... Al Arabia.... atau CNN ataupun dari media pro Bashar Al Assad seperti Al Watan dan Al Iqtisadi... Maklumat kami terus dari sumber... Maka dengan itu Agensi tahu apa yang sebenarnya yang terjadi di Syria.

Sebab itu gua kata... gus sokong Bashar Al Assad dalam menguruskan negaranya... betul lah perang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda... kalau taknak hilang nyawa atau kerosakan harta benda jangan perang la bhai.... Kalo ader yang kata kenapa tembak dan serang orang awam..... Nih gua nak bagitau apa yang Agensi tahu....

Pihak pemberontak yang disokong oleh US, UK, Arab Saudi, Qatar dan UAE sebenarnya banyak kali menggunakan kawasan pertempatan orang awam sebagai kawasan pertempuran mereka.. Malah mereka menggunakan kawasan ini sebagai perisai awam dari serangan pihak kerajaan... Itu masalahnya.... Mereka ini tidak tahu bahawa mereka sebenarnya sedang di"main" oleh pihak Israel melalui agensi risikan Mossad dan bantuan Shin Bet....

Ini masalahnya....

Dalam kes kenapa Russia membantu Syria.... ianya terkait dengan perjanjian keselamatan antara dua negara....dimana Russia telah berjanji akan membantu Syria...Salah satunya adalah keselamatan semua telaga minyak milik Syria yang banyak itu dari diambil alih oleh US.... Salah satu tujuan US di Syria adalah sebenarnya lebih kepada urusan terkait dengan industri minyak dan gas...

Nanti gua sambung balik... Sementara tu baca link ni.

Mengapa Syria?
Sokongan Gua Terhadap Bashar Al Assad

15 January 2015

ISIS Dan Harga Minyak

Bhai/DeeDee semua...

Lewat malam semalam... Bos besar kat Agensi call gua... tanya khabar.... tanya biler mau turun KL .. lepak kat Opis.... Gua seperti biasa... gelak jer biler Bos besar cakap camnie.... sebab tawaran dier hari tue pon gua tak bagi kata putus.... tawaran untuk jadi trainer...

Hahaha... penat aaa buat kerja trainer nih.... tambah lagi ramai staff kat Agensi yang bekas anak didik gua dah pon level trainer.... kasi chan la diorang buat kerja tue... Gua nak relaks... gua nak rehat... Gua nak menulis.... hahaha

Bos besar tanya pandangan gua.... tentang ancaman dan arahan ISIS (IS) akan ader perang jihad kat seluruh dunia.... Hahaha.. gua cakap kat Bos besar.... aper hat tanya pandangan gua... bukannyer Bos besar tabley agak aper yang gua akan cakap.... Hahaha ... Bos besar kata ... sajer jer mau tau pandangan gua.... Hahaha...

Jadi gua citer panjang lebar ngan dier... ader la dalam 3 jam bersembang dalam tepon.....

So.... inilah pandangan gua....

SYRIA ..... kenapa Syria menjadi tajuk utama gua.... Hahaha... ini kerana aper yang "kunun"nyer berlaku di Syria ... "kunun" ader isu Sunni Syiah nih aderlah kerja-kerja haram jadah yang sengaja dibuat... Kononnya Presiden Syria bunuh dan serang warga Sunni..... giler aaa....

Ini semua kerana satu benda jer....

Semua kerana harga Minyak.... lu tarak percaya ka.... Ancaman dan Amaran ISIS pon semua berpaksikan kepada Minyak.... Hanya ader satu cara jer nak naikkan harga minyak mentah dunia.... takder cara lain... semuanya hanya boleh dilakukan dengan membuat (melakonkan) satu peperangan...

Ingat.. perang dunia pertama dan kedua.... kedua-duanya disebabkan oleh isu ekonomi... Macam mana zaman kemelesetan cuba diubah untuk menjadikan ekonomi lebih kuat... Lu orang jangan naif sangat... Ingat... masa perang Teluk dulu... berapa harga minyak mentah... ingat... masa perang Iran Iraq dulu... berapa harga minyak mentah dunia...

Wei... semua tue hanya kerana emas hitam... minyak... takder sebab lain....

So... dalam kes yang ader sekarang nih... dikala harga minyak dibawah paras USD50 setong..... sure takder jalan lain nak naikkan harga minyak melainkan dengan cara "melakonkan" satu peperangan... Itu ja caranya...

Harga minyak yang rendah nih baik untuk Amerika Syarikat mengenakan (mendajaikan) Russia dan Venezuela .... tapi... kalo harga minyak terlalu rendah... Amerika Syarikat pon tercungap-cungap gak... sebab dier kena support Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan beberapa negara lagi.... Tapi dikala minyak rendah nih.... China makin berkuasa....

So... pada pandangan gua... kemungkinan akan berlaku perang (lakonan) dalam masa kurang 5 tahun nih semata-mata kerana mahu menaikkan harga minyak dan menstabilkan ekonomi... So... bersedialah dengan kerja buat ISIS (yang gua pasti aderlah boneka CIA) diserata dunia...



Bos besar gua stuju ngan pandangan gua... dan dier punya pandangan pon lebih kurang samer macam gua gak... Aper pon... operatif Agensi skrang nih dok pantau ISIS nih .... sekadar pantau ja.... Hahaha

Ader paham ka???

P/S : Ingat kes Charlie Hebdo tue....  gua saspek itu semua kerja covert-ops ... sengaja mau triggerkan sesuatu....

01 September 2013

Bila Bashar Al Assad Dikalahkan

Bhai/DeeDee sekalian..

Kepada para pentaksub Sunni... Nih gua nak tanya... Aderkah lu orang akan seronok dan terkinja-kinja bersukaria apabila Bashar Al Assad dikalahkan oleh Amerika Syarikat..

Aderkah lu orang akan seronok melihat Bashar Al Assad dibunuh seperti mana Saddam Hussein dan Muammar Ghadafi dulu... Aderkah lu orang akan bertepuk tangan biler kerajaan sah Syria dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan bantuan Arab Saudi, Qatar dan UAE...

Aperkah lu orang suka Syria dikuasai oleh celaka-celaka proksi Amerika Syarikat dan Israel... seperti yang berlaku di Iraq, Libya dan jugak di Afghanistan...

Kalu lu orang suka Amerika Syarikat menyerang Syria.. Maka lu orang samer lah perangainya dengan Yahudi Israel... Sebab Yahudi Israel la yang palinh seronok biler Syria dapat dikalahkan... Makanyer kalu Syria dapat dikalahkan... Bukit Golan tidak akan lagi diserang oleh puak Mujahidin...

Senanglah Israel lepas tue nak bantai Iran pulak... Sebab Iran memang mengganggu gugat keselamatan Israel... Tapi... Oh yer... Puak Sunni macam lu orang mana suka kat Iran yang kuat Syiahnyer tue...

Lu orang lebih suka Syiah dimusnahkan... Lu orang memang suka kalu Iran pulak dibantai oleh Amerika Syarikat dan Israel...  Hahaha

Elok sangat la perangai lu orang nih... Hahaha... Terbaek... Hahaha... Biar pihak kuffar berkuasa... Janji jangan ader kumpulan Islam yang tidak sealiran dengan kapla hotak lu orang kekal berkuasa... Hahaha... Sebab itulah Islam berpecah belah.. Dan puak kuffar cukup tahu dan arif pasai benda nih..

Rasulullah pernah citer pasai benda nih.... Hahahaha... Itulah jugak yang pernah berlaku di Afghanistan dulu.. Lu orang (geng Sunni Wal Rasuah) samer-samer sokong Amerika Syarikat bantai Taliban... Semata-mata nak kasi talibarut dan boneka Amerika Syarikat dok pegang Afghanistan... Hahahaha

Terbaek....

P/S: Gua takder taksub dekat mana-mana mazhab... Gua terima semua pandangan mazhab... ASWJ tak bermaksud hanya Mazhab Shafie sajer macam aper yang ader dalam kapla otak ramai orang Islam di Malaysia.. ASWJ bermaksud semua mazhab dan aliran yang mengikut Al Quran dan Sunnah... Kalu lu orang nak kata Syiah ader mengamalkan bidaah... cuba semak aderkah lu orang sendiri tidak mengamalkan bidaah... Sori bidaah aderlah bidaah walau aper pon kategorinya... 

31 August 2013

Syria : Siapa Yang Untung

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali lagi warga Malaysia dan dunia kena main dengan media dalam isu Syria nih.... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung ... Hahaha

Berapa ramai yang terpedaya dan diperdayakan oleh media yang jugak dikuasai oleh para spekulator ekonomi... Hahaha... 

Isu senjata kimia la... Isu gas beracun la... Isu penggunaan bom napalm dan fosforus la.... Hahaha... Lawak siot... Kalu lu orang nak tau... Dalam banyak kes konflik yang berlaku dalam dunia nih... Terutamanya di kawasan Timur Tengah .... semuanya ader kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel...

Malah... Yang selalu guna bom napalm dan fosforus aderlah Amerika Syarikat dan Israel... Begitu jugak dengan "depleted uranium shell" sama ada pada peluru meriam mahupun pada peluru berkaliber besar...

Malah... Dalam perang dunia kedua dulu... Tak ramai yang tahu bahawa Tentera Berikat (Amerika Syarikat dan Britain) la yang paling banyak guna gas beracun dan senjata kimia... Tak kira la dari penggunaan "agent orange" sampailah kepada "anthrax".... Hahaha

Malah Tentera Amerika dah banyak kali buat ujian menggunakan "small pox" sebagai senjata kimia masa depan... Dan salah satu ujian yang Tentera Amerika pernah buat aderlah wabak "Ebola" yang dibuat khas dan diuji di Afrika...

Jadi... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung??? Hahaha.. Yang untung tentulah Amerika Syarikat (yang ekonominya tengah teruk), Israel (mengekalkan status quonya di Timur Tengah) dan Arab Saudi/Qatar (kerana boleh menaikkan harga minyak dan gas kepada harga spekulator iaitu USD$400 setong)...

Hahaha... Skrang nih Halliburton dah kuasai telaga minyak di Iraq dan Afghanistan... Dan kalu harga minyak naik... Sure Amerika Syarikat akan untung dan secara otomatiknya saluran gas dan minyak di Timur Tengah akan dikuasai oleh agen-agen Amerika Syarikat...

Hahaha... Obama skrang nih tengah berkira-kira nak serang Syria atas alasan Syria menggunakan senjata kimia dan gas beracun kepada rakyatnya... Dan inilah yang dimainkan oleh media-media celaka macam Al Jazeera, Al Arabiya, CNN dan banyak lagi ... Termasuklah jugak oleh media Malaysia... 

Hahaha... Hebat perancangan diorang... Sampai takder satu pon cerita yang benar dari Syria yang dapat lepas didalam media nih melainkan semua cerita yang sudah difabrikasikan oleh media celaka nih.... Satu perancangan bersepadu... lengkap melengkapkan.... 

Seperti gua pernah katakan dulu... hasil dari maklumat operatif agensi yang gua pernah berkhidmat dulu (dimana diorang nih skrang dah lebih 3 bulan berada di Syria) .... Ini semua kerja dan mainan CIA dan MOSSAD.... Siapa yang buat kerja jahanam di Syria kalu tidak agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD yang jadi agen provocateur ..... Ala... teknik yang samer yang kasi kecoh dalam mana-mana himpunan rakyat la... Samer jer teknik yang boleh dibaca dan dijangka.... Hahahaharamjadah.....

Jadi... Dulu ader orang tanya... Kes Syria dah lama berlaku... Kenapa Amerika Syarikat tak mau masuk campur... Hahaha... Skrang lu sudah tau kan jawapan pada soalan lu... Hahaha... Amerika Syarikat memang tunggu masa yang sesuai.. dengan isu yang sesuai... Semuanya dirancang terbaek oleh agensi kontraktor keselamatan yang berbayar... Hahaha... Celaka betul lar...

Dan siapakah pembayar kepada operasi nih.... Hahaha...... Sudah semestinya negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan UAE... Hahahaha... Semua mau push OPEC naikkan harga minyak mentah.... Hahaha

PS: Ader orang tanya gua... Kenapa tak update citer pasai Hari Kemerdekaan... Err... Bukan ker Zainal Kling dan Ramlah Adam kata negara nih tak pernah dijajah??? Hahaha

29 July 2013

Media Di Malaysia Sama Macam Al Jazeera

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha.... kalu bab spin info... Media Malaysia nih memang juara ... tapi juara kat sebelah sini la... juara kat sebelah Asia Tenggara nih .... Hahahaha..... sebab media di Malaysia sama macam Al Jazeera.... samer macam Al Arabiya.... samer macam CNN... kaki spin...... hahaha.....

Al Jazeera tue berpangkalan di Qatar.... dan Al Arabiya pon dari kawasan yang samer... funder dier saper... hahaha.... Funder Al Jazeera dan Al Arabiya nih aderlah puak-puak yang terlibat dalam memfunding dan membekap rampasan kuasa di Mesir... Malah puak-puak nih la yang sedang bergembira dengan aper yang berlaku di Mesir...

So..... media macam nih ka yang lu orang nak percaya bawak berita telus tentang Syria.... hahaha.... lawak la kalu lu orang percaya bulat-bulat kedua-dua media Al Jazeera dan Al Arabiya nih..... hahahaha.... samer lawak macam kalu lu orang percaya bulat-bulat aper yang dikatakan oleh CNN tue..... hahahaha

Lu orang tengok la kat Malaysia.... media maner yang dok jaja dan main citer Syiah nih.... hahaha,.... media yang difunding oleh puak-puak assobiyah dan puak-puak yang penuh dengan rasuah... media yang dikawal oleh orang Sunni Wal Rasuah...... Hahaha... media Utusan, Berita Harian dan TV3...... yang ini  ker yang lu orang nak percaya ... Hahaha... lawak siot....

Macam maner diorang spin citer tentang kes pembunuhan dan pembantaian orang Islam di Memali dulu.... tue lagi mau percaya ka.... macam maner diorang spin citer tentang kononnyer Al Maunah nak berperang dengan YDP Agong.... tue lagi mau percaya ka.... macam maner diorang spin citer tentang sesatnyer akidah Al Arqam tapi sebenarnya diorang nak bunuh semua bisnes yang berkait dengan orang Islam..... hahaha... tue lagi mau percaya ka..... 

Hahahaha ..... Macam mana puak-puak celaka bangsat nih bersekongkol dengan puak kafir dan kuffar semata-mana nak jahanamkan bisnes pengeluaran produk halal oleh orang Islam (yang dibangunkan oleh Al Arqam, Rufaqa dan GISB).... sampaikan la nih biler ader ekspo produk halal di Malaysia... majoriti production halal dikongker oleh orang kafir dan kuffar.... Halal Hub la konon.... hahahaha... Halal Malaysia la konon.... poodah aaa....

So.... kalu lu orang percaya bulat-bulat aper yang dimainkan oleh media camnie... tak kisah la Utusan ker... Berita Harian ker... TV3 ker... Al Jazeera ker... Al Arabiya ker.... CNN ker.... memang la lu orang punya pemikiran memang lawak.... hahaha.... mudah sangat kena main dan tipu.... hahahaha....



Akhbar yang kuat publish keputusan nombor ekor dan judi lumba kuda pon lu orang nak percaya..... hahahaha..... lawak siot.... hahahaha..... Pasai tue la Israel, Amerika Syarikat dan UMNO/BN berjaya mainkan lu orang selama nih.... berjaya maintain kekuasaan diorang..... pasai lu orang mudah sangat percaya.... pasai lu orang mudah sangat diperdaya.... pasai lu orang mudah sangat kena main..... Hahahaha.....

Isu Syiah la... Isu WMD la... Isu penghapusan etnik la.... hahahaha...   Lawak aaa lu orang nih.... hahahaha ...  lawak siot....

UPDATE 7.33am : Gua baru jer baca artikel MSO di sini... dan nampaknyer MSO pon dah terperasan samer macam aper yang gua storykan kat artikel gua nih.... hahahaha... sampaikan MSO tulis camnie...

"Isu Syiah ialah satu senjata yang ampuh buat masa ini. Perkembangan di Timur Tengah khasnya di Syria yang dikaitkan dengan fahaman Syiah digunakan kesempatan sebaik mungkin. Pakar-pakar strategi dan tektik perang Umno cukup berketrampilan di dalam hal ini. Kebetulan pula perang secara psikologi ini gagal difahami dan dimengerti sesetengah orang Pas. Orang Pas yang memahami politik secara literal mudah menelan joran yang dicampak musuh."

06 July 2013

Disebalik Isu Rampasan Kuasa Mesir

Bhai/DeeDee...

Camnie... gua nak lu orang buka minda dan hati.... lihat dalam konteks yang lebih luas... jangan jumudkan diri.... Begini.... gua nak citer skit tentang disebalik isu rampasan kuasa Mesir.... siapa dalang dan siapa pembiaya....

Okeh... kalu kita tengok.... dalam kes pergolakan di Mesir.... siapakah yang akan untung...... siapakan yang akan selamat.... dan siapakah yang akan mendapat kontrak dan laba......  dan kenapa tentera Mesir dilihat menjadi balachi pihak tertentu dan bagaimana kesudahannya isu nih...

Mesir adalah sebuah negara yang bersempadan dengan Israel....  dan dalam konteks ini... yang paling untung aderlah Israel... kenapa Israel untung... kerana dengan pergolakan yang berlaku di Mesir... Israel akan mendapat akses kepada persenjataan NATO... apa sahaja yang di"order" oleh Israel kepada pembekal senjata di Amerika Syarikat dan blok NATO yang lain ... pastinya akan diluluskan dengan mudah... tanpa sekatan... dan yang lagi best tue... siap mendapat persetujuan dari PBB lagie...

Biler Mesir bergolak... Industri minyak dan gas Mesir akan terbantut... dan pengeluarannya akan berkurangan... Ini menyebabkan harga minyak dan gas di pasaran akan naik.... Dan yang pastinya akan untung dalam senario ini aderlah Arab Saudi, Qatar, UAE dan semua peserta OPEC...  Jika Morsi masih kekal sebagai Presiden Mesir.... ader kemungkinan Mesir kan mengawal semua syarikat asing berkaitan minyak dan gas... dan besar kemungkinan akan memiliknegarakan operasi minyak dan gas..... seperti mana yang dilakukan oleh Hugo Chaves dahulu..

Jika ini berlaku... Ibn Saud akan terjejas teruk.... dan pastinya Ibn Saud yang perasan dier aderlah khadam dua tanah suci (walhal sebenarnya dier memanipulasi dua tanah suci tue untuk kepentingan komersial semata-mata) serta berperasan dier adalah raja mutlak di Hijjaz.... walhalnya sejak zaman berzaman... tiada raja di Hijjaz...

So.... Ibn Saud memang terdesak... dier cuak bilamana Mesir dipimpin oleh pemimpin yang taat kepada agama... jadi Ibn Saud dengan bantuan agen CIA telah menyogok dana kepada Syeikh Al Azhar.... Umum tahu ader banyak Syeikh Al Azhar yang karut dari segi moral.... tapi pasai diorang Syeik Al Azhar... maka terpaksalah ramai orang respek jugak dalam keterpaksaan...

Okeh.... antara sebab utama kenapa penggulingan Dr Morsi dilakukan bukanlah kerana isu Ikhwanul Muslimin ... tetapi kerana isu kepentingan persenjataan Israel dan juga isu kawalan terhadap telaga minyak dan gas di Mesir... Semuanya kerana duit dan kuasa....

Semasa perang Mesir Israel pada 7 Jun 1967 (Perang Enam Hari) yang juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur.... Tentera Mesir telah dipermainkan oleh Tentera Israel... Ini disebabkan adernya agen Mossad dan CIA yang telah mencucuk jarum dan berada dalam kumpulan Tentera Mesir.... Oleh kerana kedudukan strategik Mesir yang bersempadan dengan Israel... sampai ke hari ini ... ya ... memang sampai ke hari ini juga agen Mossad dan CIA masih ada didalam Tentera Mesir.... dan gua tidak terkejut jika Mossad dan CIA sebenarnya aderlah dalang dalam isu rampasan kuasa Mesir ini..

Kalu lu nak tahu.... di Malaysia jugak perkara sebegini memang terjadi... hehehe... dalam ATM juga ader pegawai talam dua muka yang dikesan menjadi agen kepada Singapura.... Tunggu masa jer dier nih akan ditahan..... Pernah sekali seorang pegawai ATM berpangkat agak tinggi telah ditahan oleh Agensi gua kerana terlibat dengan agensi risikan Singapura (SID).... tapi citer macam nih tak pernah kuar media.... hahaha

Jadi..... kalu lu nak tau berapa lama lagi Mesir akan bergolak.... mmmmm... kiter tengok dulu siapa yang akan dilantik jadi Presiden Mesir setelah "kononnya" akan ada pilihanraya sekali lagi.... Tapi yang pasti... Ibn Saud dan Netanyahu memang tengah seronok menari gelek la nih.... hehehe...

Kalu tanya gua... aderkah Syria juga terlibat dengan rampasan kuasa Mesir.... hahaha... jawapan gua... ianya takder berkaitan langsung... sebab apa yang berlaku di Mesir takder efek pon kat Syria.... dan tentang citer-citer kononnya Syria mengucapkan tahniah kepada Tentera Mesir atas rampasan kuasa tue.... hahaha... gua nak bagitau lu orang.... semak dulu darimana sumber tue... media mana.... Hahaha... kalu lu nak tau... 100% media di Timur Tengah telah diserap oleh agen-agen Mossad dan CIA.... sejak zaman berzaman.... even Al Jazeera dan Al Arabiya pon samer.... hahahaha

Bukak mata dan telinga bhai.... tengok dalam konteks yang lebih luas.... jangan terpengaruh dengan cerita-cerita karut dari media yang dikawal secara tidak langsung oleh MOSSAD dan CIA.... hahaha

24 June 2013

Syiah Vs Sunni

Bhai..... Okeh.... gua sajer nak tulis artikel kasi bakar nih.... hahahaha... so... sebelum nak baca ke aper ker... istigfar dulu... lepas tue kontrol emosi lu orang.... hahahaha.... Berhujjah dengan emosi samer macam orang UMNO .... samer bangangnyer... okeh... hahaha

Okeh....

Orang Sunni (ASWJ) dok kata orang Syiah sesat... kafir....
Orang Syiah pulak dok kata orang Sunni (ASWJ) sesat ... kafir....

Last-last berbunuh macam yang berlaku kat dunia nih..... kat Syria utamanyer.... lepas tue kecoh sampai ke Malaysia cerita-cerita betapa kejamnyer pembunuhan yang berlaku kononnya dibuat oleh orang Syiah.... Yang lagi best tue... orang kat Malaysia di momokkan macam-macam cerita oleh Al Jazeera..... dan Al Arabiya.... hahahaha

Walhal.. Al Jazeera dan Al Arabiya tue kedua-duanyer aderlah media manipulatif yang didanai oleh puak-puak Wahabi yang pro Zionis .... hahaha... yang ini tak ramai orang di Malaysia yang tahu.... Hahaha... Diorang akan cuit sana... cuit sini... kasi dua-dua puak berlaga...

Orang Islam nih.... tambah jenis yang taksub kepada puak dan suku... memang tabley pakai... nama jer Islam... tapi hukum Allah main tinggal jer... contoh ... dalam kes berperang berbunuh sesama sendiri.... walhal Allah dah larang berperang dan berbunuh sesama sendiri tambah lagi sesapa orang yang berimankan kepada Allah...

Orang Islam nih macam-macam jenis taksubnyer... taksub kepada puak... taksub kepada suku.... taksub kepada guru... taksub kepada pemimpin.... tapi ketaksuban tue semuanyer lebih hebat dari ketabsuban kepada Allah Taala...

Diorang berani bergaduh berparang sampai mati kerana parti dan pemimpin diorang.... tapi berapa kerat jer sebenarnya yang berani berjuang berjihad kerana Allah Taala.... cer cerita....

Masa perang di Afghanistan dulu.... yang berjuang berperang berjihad... mostly orang dari mazhab syiah   ..... berapa kerat jer orang dari mazhab Sunni yang terlibat..... tak payah citer banyak la..... berapa ramai orang yang hebat dalam ceramah pasai Sunnah Wal Jamaah nih yang pernah pi berjihad di Afghanistan dulu.... hampeh.....

Same goes to masa kat Ambon.... kat Kashmir..... kat Balkan dulu..... yang ramai pergi berjihad aderlah dari mazhab Syiah dan sebagainyer... malah kaki-kaki tarikat pon ramai yang pi berjihad..... maner aaa pergi pemuka-pemuka ASWJ (Sunni) yang kecoh bising pasai Mazhab nih...

Kalu lu orang nak tau..... sepanjang gua berkhidmat di beberapa kawasan bergolak dulu.... peratusan puak Sunni terlibat dalam kerja perang jihad tue sekadar tak sampai 40%.... tapi... yang kecoh kononnyer diorang la yang betul aderlah puak Sunni nih....

Sori... gua takder taksub dengan mazhab.... malah gua tak jumudkan diri gua kepada Mazhab Syafie jer... malah gua terima pakai Hambali, Maliki dan lain-lain....  Gua tak kesah pon aper lu orang nak tuduh gua.... gua takder hal... cuma satu jer....  sekali lu orang kata mazhab itu tak betul... mazhab lu jer yang betul... maknanyer lu sudah samer macam Yahudi...

Yahudi pon ader banyak mazhab la bhai..... dan masing-masing kata mazhab diorang la yang paling betul dikalangan mazhab-mazhab Yahudi yang lain.....

Bhai... kalu lu nak tau.... itulah jugak taktik yang berlaku di Selatan Thailand... hehehe... yang ini nanti ader masa gua storykan..... Hahahaha... the real input on what's going on in Southern Thailand.... hahahaha.... fresh dari ladang....

12 June 2013

Kecut Perut

Bhai.... banyak benda dalam hidup gua memang memberikan satu perasaan "kecut perut" ... daripada buat "bungee jumping"... "roller coaster"... "sky diving" .... "paramotor" sampailah kepada "scuba diving" ..... Hahaha....  Dan hari nih gua takmo citer pasai politik... tapi gua nak citer pasai "sky diving"

Gua ader ikut kawan buat "sky diving" secara tandem di Kedah dulu pada 1991 .... memang best... terjun dari ketinggian 13 ribu kaki.... memang cuak... memang gayat... memang kecut perut.. hahaha.... tapi pasai secara "tandem" .. takder la kecut sangat... pasai yang bantu kiter tue OTAI skydiving...

Then... sekitar 1993 ... gua "dikerahkan" untuk menjalani satu latihan "parachuting" di Ipoh oleh Agensi.... guna parachut bulat tue....  seminggu jer guna parachut bulat.... lepas tue beralih kepada parachut segiempat.... hahaha... senang sikit nak kendalikan.... tapi cuak jugak.. sebab terjun dari ketinggian 5000 kaki .....  berapa second jer dier amik masa untuk sampai ke tanah...... hahaha ...

Total latihan .... 2 minggu lebih.... penat.... dan takut.....  parachut kena lipat sendiri... ikut arahan...

Then...... sekitar 1994 ... gua diarahkan menjalani latihan pandu arah waktu malam di sempadan Kelantan/Perak .... naik C130 pukul 2 pagi... dan dicampakkan ke tengah hutan ntah mana ntah dan kena sampai balik ke sasaran yang ditetapkan pukul 10 pagi.....  8 jam jalan kaki redah hutan, paya, bukit bukau dan gunung... untuk sampai ..... dengan perut lapar tak tau la nak cakap... sambil bawak parachut tue balik....... hahaha...

Tapi... yang paling best.... biler gua diarahkan untuk buat latihan HALO (High Altitute Low Opening) dan HAHO (High Altitude High Opening) di Kelantan pada 1995 ... total latihan sebulan.... hahahaha... inilah yang paling mengancam... paling kecut perut.... mana taknyer... kena terjun dari ketinggian 30 ribu kaki paling kurang..... hahahaha... best...  bagi HALO... parachut kena bukak pada ketinggian 2500 kaki kebawah... dan pernah gua buat pada ketinggian 1000 kaki...

Bagi HAHO plak.... biasa bukak parachut pada ketinggian 25 ribu kaki.... tak lama pon... sekitar 8 saat jer lepas terjun pada ketinggian 30 ribu kaki... Hahaha...

Skrang nih... pada usia lebih 40 tahun.... hahaha.... dengan perut yang dah "single pack" .... hahaha..... gua rasa gua dah tabley nak buat maneuver macam tue lagi.... hahaha..... sebab dah jadi "Abang Roy" ... jadi susah la gua nak buat benda tue... melainkan keadaan terdesak lah sangat.... hahahaha...

Aper-aper pon.... kepada sesiapa yang ader pengalaman "skydiving" .. mari kongsi komen lu kat sini.... hahaha...

Oh yer... sebelum gua terlupa... itu hari ader sorang pengomen yang tanya aderkah Malaysia memantau keadaan di Syria.... Hahaha... sori aaa.. lambat bagi respon.... Memang ader... Agensi gua ader operatif yang memantau di sana....  Malah sudah ader directive untuk memindahkan rakyat kita disana jika keadaan tidak lagi mengizinkan dan selamat... dan tentang operasi menghalang Israel tue... hahaha... memang ader operatif yang bertugas.....

13 May 2013

Sokongan Gua Terhadap Bashar Al Assad

Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera Bashar Al Assad di Syria jua gua tak nak komen... bukan aper... sebab semua berita dan sumber yang ader sampai ke Malaysia... sama ader melalui media atau pelajar kita di sana.... banyaknyer telah teracun dengan sentimen... telah dimanipulasikan oleh media... oleh tangan-tangan kuffar...

Macam nih... Agensi kitorang nih ader operatif diseluruh dunia... kebanyakannya ditempatkan di pejabat kedutaan Malaysia atau pejabat Persuruhjaya Tinggi Malaysia.... ader jugak operatif yang beroperasi di luar kawasan selamat bagi warga Malaysia...  sori.. gua takmo nak citer cara operasi Agensi...

Jadi... maklumat yang kitorang dapat memang tepat... in-hand... real info.... tanpa melalui media-media yang bias (condong) kepada mana-mana fraksi..

Setahu gua.... kenapa ader pihak-pihak tertentu yang dok kecoh nak ganggu-gugat negara Syria... semuanya kerana Syria adalah pelindung kepada beberapa gerakan Islam yang ingin membebaskan Haram El Sharif daripada genggaman Israel (sori gua tak gunakan perkataan Yahudi disini kerana ramai Nabi dan Rasul datangnya dari kaum dan bangsa Yahudi).... Israel dengan bantuan daripada Amerika Syarikat dan Britain memang sejak dahulu cuba untuk mengekang pengaruh Syria.

Bukan sahaja Syria yang menjadi masalah buat Israel... tetapi Libya (kini sudah dineutralkan dengan bantuan penduduk Libya sendiri), Iraq (perkara yang sama berlaku di sini bilamana Israel berjaya menanamkan jarum kepada penduduk Iraq) dan Iran.

Buat masa ini hanya Iran sahaja yang belum dapat dikacau secara tuntas oleh Israel. Syria telah bergolak lebih bertahun hanya kerana hasutan dan dakyah daripada Israel kepada rakyat Syria. Hasutan dan dakyah ini dilakukan secara berterusan sama ader dengan bantuan CNN ataupun dengan bantuan Al Jazeera.

Kenapa Al Jazeera juga bersekongkol dalam isu ini. Ini tidak lain tidak bukan hanya kerana Qatar dan UAE amat membenci Syria dan Iran. Mereka tahu jika Syria dan Iran berjaya kekal tanpa digugat maknanya ideologi ini akan sampai sama ader ker Saudi Arabia, UAE mahupun Qatar. Ini merisaukan mereka. Sebab kekayaan dan kekuasaan mereka bakal tergugat.

Jadi sebab itu Al Jazeera diperkudakan... dan secara diam-diam Al Jazeera juga mendapat sokongan dan bantuan dari Israel melalui rakan mereka iaitu Amerika Syarikat. Dalam geopolitikal... lu orang kena melihat dalam sudut pandang yang agak besar. Jangn hanya menerima dari satu sumber sahaja. Kena buka minda akan perancangan jangka panjang Isreal.

Jika sistem komputer PDRM Malaysia pon boleh dikendalikan oleh agen Israel... aper yang lu nak herankan Al Jazeera kena main.... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1