Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Afghanistan. Show all posts
Showing posts with label Afghanistan. Show all posts

17 August 2021

Taliban Kuasai Afghanistan?

Bhai/DeeDee semua...

Ramai yang tanya pandangan gua... tanya pandangan Agensi berkaitan isu Taliban yang kini telah menguasai Afghanistan.

Jadi... nampak gayanya gua terpaksa juga usik sedikit... ulasan dari padangan peribadi gua...

Macam ni la... mungkin apa yang akan tulis tuliskan ini tak kena dengan pendapat dan pandangan korang... tapi gua harap korang baca juga dan fahamkan situasi itu dari sudut pandang yang berbeza...

Okeh... masa zaman gua sekolah dulu... gua pon ader bercita-cita nak join Mujahedeen di Afghanistan... sebab itu kalu sesapa yang pernah baca kisah yang gua tulis dulu.. yang macam mana gua boleh isi borang untuk jadi Mujahedeen.... sebelum gua isi borang untuk join France Foreign Legion.... dan akhirnya gua dapat tawaran untuk join Agensi..

Masa tu gua cuma tahu Mujahedeen di Afghanistan tu sedang berlawan dengan USSR (Russia)... darah muda... jadi biler hidup rasa boring... nak jer ader sesuatu dibuat ... dan keterujaannya.. Namun biler gua dapat join Agensi... pandangan gua tentang Afghanistan jadi berbeza.


 
Okeh... pertamanya.... Afghanistan nih aderlah satu negara yang ader banyak puak... dan puak-puak ini cukup taksub dengan kepuakkan mereka.. USSR (Russia) berjaya dihalau keluar bukanlah sebab puak-puak Afghanistan nih bersatu padu... depa sesama sendiri pun bertelagah... tak ngam.. malah boleh berbunuh sesama sendiri.... pernah jadi kes pasai kambing jer... satu kampung kena serang dan bunuh....

So...USSR (Russia) terpaksa keluar dan mengundur diri sebab kos operasi ketenteraan yang tidak menguntungkan USSR (Russia)... Kasualti dan risiko agak besar... malah nak kata ader telaga minyak yang banyak pun tak jugak... banyak kawasan kosong jer... tak banyak mineral pun... Aper pun kos operasi ketenteraan dan nyawa agak tinggi... So better USSR (Russia) walk-off dari Afghanistan...

That's also what happen to USA (Amerika Syarikat)... setelah berpuluh tahun... baru USA sedar yang mereka terlalu membuang banyak masa dan kos disana... yang dilihat tidak banyak berfaedah... Maybe ader sikit untung dari hasil tuaian dan jualan poppy dan marijuana... tapi itu la.... payah...

So... Taliban kini berkuasa di Afghanistan... Taliban nih asalnya adalah puak-puak yang mengamalkan Islam secara ekstreme... terlalu konservatif, jumud dan kolot.... sorry to say la... ini realiti.... Depa jenis takrifkan semua ajaran Islam secara "as is" ... dan terlalu mengikat... sampai kalu benda kecik dalam kes agama pun boleh jadi sesuatu yang besar dan memaksakan....

Tak salah pun sebenarnya... cuma Islam itu berkembang... dan berevolusi ikut keadaan semasa... benda 1400 dahulu wajarkan dinilai ikut situasi setempat dan keadaan masa kita... namun tak la menyimpang dari ajaran Islam yang sepatutnya..

Bab ini memang failed dalam Taliban... dan Taliban jugak menganggap apa-apa yang takder kena mengena dengan Islam dikira patut dihapuskan walaupun sesuatu itu ada relevannya ... sebagai contoh relik sejarah lama.... banyak yang dah dimusnahkan sebab non-Islamic katanya...

Memang kesian kat rakyat Afghanistan bilamana puak-puak ekstremis nih kuasai negara... Puak-puak nih bukan ader idea dan planning untuk mentadbir dan mengayakan negara.... depa tadbir ikut padangan Mullah mereka yang dangkal ideanya dan ianya tak boleh dikritik atau disanggah... Di Malaysia pun ader jugak jenis-jenis nih...

Itu negara Afghanistan la... memang kesian kat rakyat dier... tapi nak buat macam mana... dah depa rakyat sana... takkan nak bawak depa ke sini... Kat sini pon dah cukup banyak masalah dengan pentaksub agama yang langsung tabley dinasihat dan ditegur kritik....

So... apakah risiko kepada Malaysia dengan ujudkan Kerajaan Taliban di Afghanistan? Takder sangat lar... cuma risau sedikit la kalu ader yang terpengaruh dengan elemen ekstrimis dari Afghanistan nih.... yang ini kena cantas awal lar..

Jadi... harapan yang ader cuma sekadar jika Taliban 2.0 ini dapat memperbetulkan apa sahaja salahlaku dan salah tadbir yang pernah mereka buat dahulu... dan pastikan Afghanistan boleh kekal aman, damai dan kembali bangkit menjadi negara yang baik dan ekonominya meningkat...

Kesimpulannya.... apa yang berlaku adalah masih diperingkat awal.... kita tunggu dan lihat.. Tapi... gua nampak... Kalu Malaysia bijak... Malaysia boleh mengambil ruang dan peluang bekerjasama dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan untuk membangunkan negara ini...

Industri, Infrastruktur, Petroleum, Telekomunikasi dan Financial.... ini cabang-cabang yang sepatutnya syarikat dari Malaysia ceburi.... deal lah dengan baik ... dan tentunya Kerajaan Taliban boleh menerima cadangan yang baik ini...

Gua nampak Taliban 2.0 nih ader potensi untuk jadi lebih baik dari sebelumnya (Taliban 1.0) dengan syarat pendekatan ekstremis tidak dibuat secara literal....

Cuma risiko tetap ader.. sebab puak-puak dalam Afghanistan nih benda kecik pon boleh jadi pemula kepada perang yang lama dan kematian yang tinggi... sebab depa dahulukan emosional berbanding rasional....

16 February 2016

Setelah Mereka Jahanamkan

Bhai/DeeDee semua...

Dahulu .... Iraq sasaran mereka.... Macam-macam pertuduhan dimainkan... kononnya berlaku pencabulan kuasa... penindasan terhadap rakyat... genocide... syiah bukan Islam la... macam-macam... ditambah lagi dengan mainan media dan pemberontakan dari dalam.... dan macam-macam kerja sabotaj yang didalangi oleh MOSSAD dan CIA dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai negara.... Hancur jadinya Iraq.... Dari satu kuasa yang besar dan kuat... terus dimusnahkan dari dalam.... dengan kerjasama erat Media Arab seperti Al Jazeera.....

Konon selepas Saddam tumbang, Iraq akan lebih berjaya dan demokratik.... Tapi apa yang berlaku akhirnya semua tahu.... yang mendapat laba adalah USA dan UK.... yang seronok dan tepuk tangan adalah ISRAEL

Sebelum Iraq menjadi mangsa... mereka dah tibai Afghanistan sebaik sahaja lepas perang Afghanistan lawan USSR (Russia).... masa tu depa guna idea yang sama gak.. kononnya Taliban adalah perosak... Kejam... sadis.... penjenayah... bunuh sana... rogol sini.... musnahkan berhala yang beribu tahun..... dan macam-macam lagilah propaganda mereka... masa ni Al Jazeera baru nak up.... sempat la guna media Arab... konon nampak sokong Islam..... walhal itu semua agenda CIA dan MOSSAD dengan memperkudakan UAE dan Qatar serta melembukan Arab Saudi.... Macam labahau jer... Yang best tu orang kita Melayu pun boleh terpengaruh dengan permainan Al Jazeera... ye la... Al Jazeera tu nampak macam pure pro Islam.... walhalnya Al Jazeera tue sama macam CNN jer...

Selepas Iraq kena tibai... dan selepas Afghanistan kena jahanamkan.... Depa buat propaganda di Libya.... Memang dah lama depa aim Libya nih... dah berapa kali depa buat kerja jahat kat sana... guna special force la... semua tak jalan.... tapi last-last depa terpaksa guna orang dalam... rakyat dalam negara tu sendiri kononnya Ghadaffi jahat... zalim... penzina... dan macam-macam lagi propaganda..... Yang ini lagi best... sebab masa ni depa dapat bantuan dari dua media yang nampak macam pro Islam iaitu Al Jazeera (seperti biasa) dan Al Arabiya... Hahaha... itu semua media gampang yang mainkan agenda CIA dan MOSSAD seperti biasa.... Dana pun dari sumber yang sama.... Macam sial jer.... masa ni even Orang Malaysia pun sokong jatuhkan Ghadaffi.... Hahaha... bodoh nak mampus percaya apa sahaja yang disuap oleh media Al Jazeera dan Al Arabiya.... tau la tak nak percaya CNN sebab media Amerika... tapi dok percaya dua media sialan tu aper hal...

Konon bila Ghadaffi tumbang... Libya jadi bebas dan berjaya... Hahaha... hancur bhai... hancur... negara dibedak-bedakkan antara beberapa kroni US.... Halliburton dapat berapa lubuk minyak kat sana.... Hahaha.... Mampuih... hancur negara Islam Libya yang cukup bagus sebenarnya kepada rakyat depa... Tapi yer la... orang semua dah lebih percaya pada mainan Al Jazeera dan Al Arabiya....

Hahaha....

Mesir pun jahanam kucar kacir sebab permainan dua media gampang ni... (Al Jazeera dan Al Arabiya).... semua kong kali kong macai dan balachi CIA dan MOSSAD..... pakai nama UAE, QATAR dan Arab Saudi...

Sekarang.... dari apa yang gua tahu... dah dekat 4 tahun depa cuba mainkan isu Syria.... Al Jazeera dan Al Arabiya cuba cucuk jarum bangsat depa macam biasa kat Syria..... Hari-hari cerita kononnya Bashar Al Assad dok bom dan bunuh rakyat dier... Giler la lu orang dok percaya mainan Al Jazeera dan Al Arabiya... dengan sokongan tambahan video dari YouTube yang ntah sahih atau tidak... Betul la kita dengar cakap Arab... dan ada dikalangan kita yang tahu berbahasa Arab... tapi itu semua boleh diejast...

Kematian dan kemalangan serta kerosakan harta benda adalah perkara biasa dalam peperangan dan pertempuran... Masalahnya perang berlaku dikawasan penduduk awam... sebab pemberontak dan agen-agen CIA/MOSSSAD memang guna kaedah ini untuk menampakkan bahawa Kerajaan Bashar Al Assad dok serang rakyat dan penduduk awam....

Korang tak pelik ker .... mostly semua pertempuran berlaku di kawasan pertempatan awam... Kalau betul pemberontak ini tak puas hati dengan kerajaan... kenapa tak bertempur di kawasan kem atau pangkalan tentera.... kenapa perlu di kawasan awam...

Tapi gua tau... lu orang bukannya nak amik tau benda simple macam ni... yer la.. sebab lu orang sudah kena racun dek media Al Jazeera dan Al Arabiya.... Lu orang dengar cerita semua dari rakan-rakan kat sana yang berada di kawasan pertempatan awam.... betul la tue ader perang kat sana... tapi kenapa perlu kat sana...

Kenapa pemberontak tak serang di kawasan pentadbiran Kerajaan Bashar Al Asssad... kawasan tentera... kawasan senjata tentera... kawasan kem tentera..... kenapa... kenapa.... Hahaha... lu orang mesti tak boleh nak jawab punya...

Nih lagi best... biler citer pasai DESH la... ISIS la... IS la... yang penggal kepala manusia (konon musuh) dan upload dalam YouTube macam orang gila siap sebut nama Allah la. takbir la.... walhal Allah Taala melarang pembunuhan macam tu.... walaupun dalam perang sekali pun... Lu orang tak pernah belajar ker apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan macam mana sepatutnya pejuang Islam berperang....

Bodoh kalau lu orang percaya apa yang mangkuk ayun tu buat dalam YouTube itu selaras dengan kehendak perang dalam Islam.... Dalam Islam, tawanan perang diharamkan dibunuh tanpa sebab jika dia telah menyerah diri atau ditangkap. Sesiapa yang membunuh tawanan maka dia bukan umat Muhammad s.a.w ... dan Nabi takkan terima mereka....

Dan sekarang.... Malaysia dah terperangkap dengan mainan Arab Saudi... Bodoh punya Najib Razak... sampai kita dah join team untuk pergi perang di Yaman dan Syria.... walhal dah lama terbukti yang Arab Saudi tu memang celaka... memang balachi US.... memang balachi ISRAEL.... Elok sangat la tu pergi perang kat sana... Ingat kalau mati berperang dengan sesama Islam (tanpa sebab yang pasti) boleh tentu mati syahid.... Bodoh la wei....

Lu orang sumer ader pernah ke dengar penjelasan terperinci isu Syria ni dari mulut Bashar Al Assad... Tak ada kan... Apa yang korang dengar adalah ulasan media Al Jazeera dan Al Arabiya..... semua tu mana nak cover cerita betul pasai Syria... semua ada agenda ....

Tapi biasalah... Orang Islam memang mudah kena kencing dan kena tipu dengan CIA dan MOSSAD.... Hahaha... Depa dah lama tau macam mana nak mainkan isu... macam mana nak manipulate isu... macam mana nak implant diorang punya versi cerita .... hahaha.... bertahun dah.... depa dah kaji lama betul... sejak 1947 lagi.... depa twist cerita baek punya.... Ala .... macam citer pengeboman berani mati yang sejak dulu mesti dikaitkan dengan teroris Islam... sampai lu orang pun boleh percaya....

Kesian gua tengok lu orang sumer.... kesian sungguh la.... Sebab itulah UMNO/BN boleh kekal berkuasa di Malaysia.... sebab lu orang sumer mudah dipengaruhi dengan media.... small matter... By the way... Agensi tempat gua berkhidmat lebih 23 tahun dulu pun gunakan teknik "mempengaruhi minda dibawah sedar" lu orang sumer ... Hahaha.... nasib la lu orang....

Kesian... sungguh kesian....  pergh lama betul gua tak tulis sepanjang ini.... hahaha... tapi hari ni sajer gua tuliskannya... gua amik masa 10 minit ja nak tulis benda ni... macam air turun idea.... hahaha.. laju gak gua menaip dengan 2 jadi..... ahhaa...

P/S : sebab itulah lu orang sumer boleh kena main dengan media pasai isu MH370 dan MH17.... Hahaha.... pecah perut gua gelak nih... hahaha

Ader paham ka?

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1