Pengikut

Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Air Kelantan Sdn Bhd. Show all posts

06 August 2023

Jange Buak Main Bea

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak reti kecek Kelate... Hahaha... jadi jangan marah gua... Even bahasa Perak pun gua failed... Hahahaha

Cuma betui ka ayat gua nih??? Jange Buak Main Bea ..... hok aloh...

Ketaksuban Melampau

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Jenuh aaa

09 July 2023

Air Kotor Di Kelantan (Siri 2)

Bhai/DeeDee semua...

Di Kelantan, oleh kerana sistem pembekalan air yang failed dari AKSB, maka berpusu-pusu orang mengambil keputusan untuk membuat telaga tiub (boreng air).

Sebenarnya ini bukan pilihan yang baik namun kerana terpaksa inilah pilihan yang telah dibuat.

Apa masalahnya dengan telaga tiub yang begitu banyak dan tidak terkawal ini?

Masalahnya ianya akan membuat paras air bawah tanah semakin rendah dan kelompongan ruang air yang ada dibawah tanah akan mendap. Lama kelamaan kawasan sekitar akan turun beberapa inci dari paras biasa. Dan bila ini berlaku… maka paras air laut akan lebih tinggi dari paras tanah dan banjir akan lebih mudah berlaku. Lebih kerap dan lebih kronik.

Inilah yang sebenarnya berlaku di Jakarta. Ibunegara Indonesia.

Apa pilihan yang ada?

Berkaitan : Air Kotor Di Kelantan (Siri 1)

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Air Kotor Di Kelantan (Siri 1)

Bhai/DeeDee semua...

Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan.. sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... taou mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak....

Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...

Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..

Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan dana yang kurang.. ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan dana dari Kerajaan Persekutuan.... Betul... memang ada dana yang tersekat dan tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan begini..

Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat dan mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana sertajuga industri perladangan dan perkebunan.. Malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.

Tapi yer la.... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut professional.. Mereka cuma nampak pada Hutan sahaja... itu sahaja yang mereka nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam tue..

Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh dilaksanakan disana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri.... dengan memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.

Itu gua citer dari sudut luar...

Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak payah nak diselesaikan... Semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak... Kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat ditingkatkan dan dibaik pulih... Hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini... Hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan...

Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi ... kalu ada pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah runtuhkan binaan tu...

Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...

Sebab itu Air Kelantan susah nak buat pembaikan dan penambahbaikan pada sistem perpaipan Air Kelantan terutamanya dikawasan bandar.... Walaupun berbilion duit disediakan ... tapi tetap susah nak dibuat... Kalu nak merobohkan binaan haram diatas ROW Air Kelantan nih, maka bersedialah dengan maki hamun atau bantahan besar-besaran... malah boleh jadi ada yang kena parang atau bedil..

Ini realiti.... Semuanya sebab sikap... acuh tak acuh dipermulaannya yang akhirnya sudah membarah... Apa pun terima sahajalah ..... kita tambah lagi 30 tahun ... kerana nampaknya takder tanda-tanda warga Kelantan akan berubah....

Kita yang dari luar Kelantan nih cuma mampu beri cadangan dan pandangan je... tapi kalu orang Kelantan tak mahu berubah... kita nak kata apa.... biarkanlah.... mereka dah selesa macam tue... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

22 March 2021

Sepuluh Tahun

Bhai/DeeDee semua...

10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan.... dan 10 tahun itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum.... dan Kelantan masih kekal majoriti dimenangi oleh PAS....

Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi dan kepenggunaannya adalah maksimum.... Dan ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...

Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama bilaman banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi... macam mesin dialisis.... Dan selama 10 tahun.... dengan kuasa pemerintahan yang solid PAS.... satu apa pun takder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...

Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes untuk EXCO .... Bekalan Air bersih dinegeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri... tapi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan asas untuk kegunaan harian rakyat... 

Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu.... yang rakyat Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama.... sebab kononnya kepimpinan Ulama... dan hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan dan pentadbiran serta pemerintahan....

Yang penting... setiap kalu PRU atau PRK .. sentimen agama mesti dibakar ... mesti dicanangkan.... walaupun yang memang selepas itu tak tahu sepatah haram memimpin.... tapi dipastikan segala gaji dan emolumen mesti besar... dan kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...

Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan memberikan undi tanpa belah bahagi dan fikir panjang.... yang penting ... kepimpinan Ulama..... adoilah.... bodoh yang tak boleh diajar selamanya.... 

28 January 2021

Air Kelantan? Sekadar Pandangan

Bhai/DeeDee semua...

Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan.. sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... taou mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak....

Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...

Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..

Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan dana yang kurang.. ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan dana dari Kerajaan Persekutuan.... Betul... memang ada dana yang tersekat dan tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan begini..

Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat dan mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana sertajuga industri perladangan dan perkebunan.. Malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.

Tapi yer la.... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut professional.. Mereka cuma nampak pada Hutan sahaja... itu sahaja yang mereka nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam tue..

Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh dilaksanakan disana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri.... dengan memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.

Itu gua citer dari sudut luar...

Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak payah nak diselesaikan... Semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak... Kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat ditingkatkan dan dibaik pulih... Hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini... Hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan... 

Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi ... kalu ada pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah runtuhkan binaan tu...

Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...

Sebab itu Air Kelantan susah nak buat pembaikan dan penambahbaikan pada sistem perpaipan Air Kelantan terutamanya dikawasan bandar.... Walaupun berbilion duit disediakan ... tapi tetap susah nak dibuat... Kalu nak merobohkan binaan haram diatas ROW Air Kelantan nih, maka bersedialah dengan maki hamun atau bantahan besar-besaran... malah boleh jadi ada yang kena parang atau bedil..

Ini realiti.... Semuanya sebab sikap... acuh tak acuh dipermulaannya yang akhirnya sudah membarah... Apa pun terima sahajalah ..... kita tambah lagi 30 tahun ... kerana nampaknya takder tanda-tanda warga Kelantan akan berubah....

Kita yang dari luar Kelantan nih cuma mampu beri cadangan dan pandangan je... tapi kalu orang Kelantan tak mahu berubah... kita nak kata apa.... biarkanlah.... mereka dah selesa macam tue...

Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1