Bhai/DeeDee semua...
Selama hampir setahun wabak Covid-19 melanda negara nih... dan sejak itu juga Masjid dan Surau kita kehilangan momentumnya... Sama ada dari segi jumlah jemaah bagi setiap sesi solat fardhu mahupun solat Jumaat...
Dan sehingga kini kita belum pernah dengar lagi adanya kluster Masjid atau Surau.. Yang ada kita dengar dulu adalah Kluster Tabligh... masa tue kita tak laksanakan SOP tertentu di Masjid...
Okay... jadi isunya disini bukanlah kepada penjarakan sosial sangat... tetapi lebih kepada SOP yang lain...
Pada gua ... dari awal lagi gua suspek merebaknya wabak Covid-19 dikalangan peserta Tabligh di Masjid Tabligh Sri Petaling adalah datangnya dari dua sebab...
- Penggunaan air kolah untuk mengambil wudhu
- Sesi bersalaman dan berpelukan selepas solat jamaah.
Memang ramai yang menyanggah pandangan gua masa tue... tapi takper la... masing-masing ader pandangan mereka sendiri... tapi pada gua... ini adalah dua masalah utama....
Jadi sebenarnya ... kita masih boleh penuhkan kapasiti Masjid macam biasa... dengan syarat elakkan dua perkara ini... jangan ambil wudhu di Masjid (melainkan siap berwudhu dari rumah) ... dan jangan bersalaman dan berpelukan selepas solat jamaah (fardhu atau Jumaat)..
Tetapkan bawa sejadah sendiri dari rumah, amalkan penggunaan sejadah saiz besar.... pakai pelitup muka... dan sanitize serta cek suhu waktu nak masuk ke Masjid atau Surau... kepada yang kurang sihat (demam, batuk, selesema dan sebagainya) harap janganlah hadir ke Masjid atau Surau.... sendiri mau ingat lar... takkan orang lain nak kena tegurkan....
Jadikan ini SOP biasa... insyaAllah negeri lain pon boleh ikut....
Perak dan Perlis sudah memulakannya.... Negeri lain biler lagi?? Takkan Sultan Perak dan Raja Perlis ja yang betul-betul buat kerja jaga agama?? Yang lain macam mana??