Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Majlis Fatwa Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Fatwa Kebangsaan. Show all posts

12 February 2024

Ramai Sokong Agenda Puak Munafiqun

Bhai/DeeDee semua...

Gua peratikan sehari dua nih... agenda puak munafiqun macam SIS nih makin ramai yang sokong.... Adoilah.... payah aaa....

Sekali puak SIS nih dapat peluang memporak peranda kan Islam di Malaysia... selagi itu la... 
Tapi ramai sangat yang sokong puak SIS nih...

Tengok jer la dengan yang baru berlaku nih...



29 January 2021

Ibu Yati. Sesatkah Dia?

Bhai/DeeDee semua...

Kecoh sehari dua nih berkenaan ngan isu Ibu Yati ... Ibu Yati nih atau nama sebenarnya ialah Wan Noor Hayati Wan Alias (bekas wartawan) telah dikatakan membuat ajaran Melayu ... yang katanya adalah sebagai Islam Melayu...

Hahaha...

Persoalan yang ada sekarang.... Sesatkah dia? Dier kata ader kitab Islam Melayu lama iaitu Is-SuSilam

Maklumat lengkap masih belum dapat dikenalpasti... dan video yang ada pun tak berapa clear penerangannya... Apa yang pasti nak cakap sesat atau tidak biarlah pihak yang berkelayakan untuk membuatkan keputusan...  selagi takder info ... susah gua nak bagi pandangan gua...

Kita ader Majlis Fatwa Kebangsaan.. kita ada JAKIM... kita ader YADIM...

Semaklah dan siasatlah dengan baik tanpa prejudis sebagainya... apa yang pasti... akhir zaman cukup banyak penyelewengan yang berlaku... seperti yang dah diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w dahulu...

Aper pun.. gua akan terus siasat... dan kalu ader perkembangan baru.. gua akan nyatakan kat sini..

Ader paham ka??

17 January 2014

Fatwa #Kangkung

Bhai/DeeDee semua....

Ader mamat tue dok berbuih mulut dier dok citer pasai jangan mencela pemimpin........ Alasan... pasai ader hadith Rasulullah s.a.w yang menggariskan cara untuk menasihatkan pemimpin..... Cuma satu jer.... gua rasa aaaa ... mamat nih dier tak kaji abis hadith tue.... Hadith tue dier baca sekerat jer.... Hadith tue dier berbunyi camnie..

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin berkenaan dengan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang- terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi ( menasihatnya di tempat yang sunyi) sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya dia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya “.(Hadith riwayat Ahmad dan lain-lain )

Betul..... Inilah hadith tersebut dan memang inilah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w .... Namun ianya hanya terpakai bagi jenis pemimpin yang ada roh Islamiah didalam dirinya.... Pemimpin yang lebih dekat kepada Allah Taala berbanding dengan isterinya.... Pemimpin yang sedar dan tahu bahawa dia dipertanggungjawabkan diakhirat kelak atas kepimpinannya... Pemimpin yang tahu batasan halal dan haram.... Pemimpin yang gusar hatinya bila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya...

Tapi........

Tapi.... hadith nih tak terpakai kepada pemimpin yang sesat... pemimpin yang lagho... pemimpin yang tiada roh Islamiah didalam dirinya... pemimpin yang lebih dekat dengan isterinya dan kroninya berbanding dengan Allah Taala... Pemimpin yang menjadikan harta negara semacam harta peribadi dan keturunannya.... Pemimpin yang merasakan dirinya agung dan maksum.... Pemimpin yang tak amik hirau tentang batasan halal dan haram.... Pemimpin yang lebih kecintaan kepada dunia berbanding akhirat.... Pemimpin yang menolak hukum-hukum dan arahan Allah Taala...

Abdul Shukor Husin

Jadi.... berbalik kepada statement mamat yang mengepalai Majlis Fatwa nih .... gua berpendapat... mamat nih tersalah tafsir hadith nih.... Kalo pon dalam diri tue menyanjung tinggi seseorang pemimpin... janganlah sampai dibutakan hati hingga sanggup menjual agama..... Jangan bhai... Aper lah sangat daki dunia nih.... kochik jo jang ooi...

Gua tetap berpendapat.... Nasihat dan teguran kepada pemimpin boleh dibuat walau dengan cara apa pon.... selagi mana ianya berpaksikan kepada keadilan, hukum dan maslahat umum.... Janganlah jadi umpama "sokong membawa rebah" .....hampeh aaa...

Kalo para pemimpin (bersongkok atau berserban) takmo nak kena nasihat.... sila berambus daripada jawatan kepimpinan tue.... Tue jer... Hahahaha.....

07 August 2013

Salesman Syarikat Rokok Disaman Jabatan Agama

Bhai/DeeDee semua...

Nih ader cerita lawak... Okeh.. Gua takmo nak citer pasai fatwa haram merokok yang dah diendorsekan tue... Tapi gua nak citer pasai kes salesman syarikat rokok disaman jabatan agama di satu negeri nih... Gua ader maklumat lengkapnyer... Tapi takmo la nak menjatuhkan maruah Jabatan Agama tue ... Hahaha

Mamat salesman tue (Melayu Islam) disaman kerana menjual/mengedarkan rokok kepada peniaga (retailer) beragama Islam dalam pukul 2 petang... Alasan yang diberi adalah dilarang menjualkan rokok untuk tujuan dihisap sebelum pukul 4 petang... Diorang guna alasan dan clause yang samer macam tabley restoran Melayu Islam jual makanan kepada mana-mana orang Islam sebelum pukul 4 petang...

Hahahaha... Lawak betul lar Jabatan Agama satu negeri nih ... Keputusan dier memang sentiasa lawak... Dah banyak kali dah...

Kalu betul lar diorang nak menggunapakai alasan tue... Kenapa McDonald dan KFC serta Burger King dan Pizza Hut boleh plak jual kepada sesapa sahaja waima pelanggan orang Melayu Islam macam aper yang biasa diorang buat kat drivethru...

Kalu lu orang ader masa... Pi la lepak kat depan mana-mana drivethru... Lu boleh nampak aper yang gua katakan tue... Kenapa Jabatan Agama nih takmo nak saman syarikat macam nih... Takkan takder telor kot.... Hahahaha

Kalu Jabatan Agama nih boleh menyaman double standard... Aper lagi yang lu nak harapkan dengan diorang.... Hahaha... Memalukan... Hahaha

04 August 2013

Muhyiddin Yassin Yang Anti Syiah

Bhai/DeeDee sekalian....

Hehehe.... sebelum nih kecoh 1Malaysia tentang isu Syiah..... katanya Syiah itu sesat... bukan cabang dari orang-orang Islam... Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pon melabelkan Syiah itu sesat .... hahahaha..... Sampaikan Muhyiddin Yassin sendiri terlebih kuat anti Syiahnyer...

Even Chua Soi Lek pon khabarnya ber"tazkirah" sana sini tentang bahaya Syiah..... hahahaha ..... saper la yang bagi kat dier nih tauliah .... hahahaha

Gua rasa aaa.... Muhyiddin Yassin yang anti Syiah nih mesti tegas dalam hujah dan keputusan dier... yer la... Syiah kan sesat..... kata diorang la.... Hahahaha....

Jadi... gua rasa aaa... kepergian Muhyiddin Yassin ke Iran hari ini sebagai menghadiri majlis perlantikan Imam Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh menggantikan Mahmoud Ahmadinejad mungkin akan menjadi satu lawatan yang baik yang mana boleh men"tazkirah"kan Syiah di Iran supaya kembali memeluk Islam yang syumul.... berlandaskan kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah...

Imam Hassan Rouhani
Err... kalu dah Syiah difatwakan sesat.... err.. tentunya sembelihan puak Syiah nih sudah jatuh haram.... jadi camana Muhyiddin Yassin kat sana makan nanti.... hahahaha.... Dengan berbekalkan sebagai anak seorang Ulama besar (iman tabley diwarisi aaa...)... Muhyiddin Yassin mesti boleh berdakwah kepada puak Syiah di Iran kepada Islam cara Ahlul Sunnah Wal Jamaah....

Tapi kan..... hehehehe.... betul ker Muhyiddin Yassin tue beraliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.... hahaha.... errr... bukan ker Muhyiddin Yassin nih beraliran Ahlul Sunnah Wal Rasuah .... hahahaha..... pasai kes dier masa jadi MB Johor cukup banyak terkait dengan bab rasuah dan jual tanah negeri kepada milikan asing.... hahahaha

Hancusss.... Hancusss.... gua rasa aaa... Mungkin la kot Muhyiddin Yassin akan mentarbiah puak-puak Syiah di Iran kepada aliran Ahlul Sunnah Wal Rasuah..... hahahaha.... itu baru terbaek.... hahahaha


TEHRAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baru Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baru ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. - Bernama

03 August 2013

Bila JAKIM Nak Dakwa Chua Soi Lek?

Bhai/DeeDee sekalian...

Sori... artikel nih pendek jer... hahaha... so gua takmo nak amik masa lu orang panjang sangat..... Okeh... Skrang nih.. Maznah Yusuf didakwa atas alasan menghina Islam... okeh.. gua takder nak kecoh pon pasai benda tue... itu hak dan perogeratif JAKIM...

Tapi.... biler aaa JAKIM nak dakwa Chua Soi Lek atas sebab video dier hina hudud dan Islam nih... err.... biler aaa... jangan la JAKIM double standard.... hahaha .. takkan JAKIM boleh kata video dan statement CSL nih takder hina Islam.... Hahaha... Ker CSL nih pernah masuk kelas pemurnian aqidah kat Hulu Selangor tue kot...  dan dah dapat sijil tauliah penceramah agama Islam.... hahahaha

Atau... sebenarnya JAKIM nih satu agensi yang takder telor.... hahahahaha..... gempak jer lebih macam Majlis Fatwa Kebangsaan.... umumkan Fatwa... tapi tak berani nak kuatkuasakan fatwa,.... dan kalu nak kuatkuasakan Fatwa... hanya berpilih-pilih.... hahahaha....

Hancuss.... nak harapkan Ketua Agama Islam amik pot.... lupakan sajer la.... hahahaha... Ketua Agama Islam tue skarang tengah menyelam... baek punya menyelam kot.... hahahaha

23 July 2013

Cerita Bab Fatwa La Pulak

Bhai/DeeDee sekalian....

Pada dasarnya memang gua tak bersetuju orang Islam masuk dalam mana-mana pertandingan ratu cantik ka... dewi popular ka.... majalah mangga ka...  sebab dalam banyak kes... semua tue menjurus kepada mendedahkan aurat.... Okeh.... jadi dalam kes yang dibawak oleh peserta ratu cantik tue... yang mana mempertikaikan kenapa jabatan agama hanya berkeras bertegas bagi pertandingan ratu cantik sajer... dan bukannyer termasuk sekali dengan renang ker... gimnastik ker...  malah dalam kejohanan olahraga pon ramai atlet wanita yang beragama Islam jugak terlibat mendedahkan aurat....

Jadi... kalu pertandingan ratu cantik difatwakan haram kerana mengaibkan wanita dan mendedahkan aurat.... mengapa tidak Majlis Fatwa Kebangsaan (NFC) juga mengambil tindakan memfatwakan haram bagi wanita Islam menyertai sukan renang, gimnastik dan olahraga..... Mengapa tidak juga Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan haram bagi mana-mana artis beraksi macam "sial dan sundal" dalam majalah Mangga dan URTV....

Aper salahnyer jika Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam juga mengambil tindakan keras seperti mendakwa kakitangan Jabatan Agama Islam sendiri yang terlibat dengan aktiviti merokok.... yang mana merokok itu telah difatwakan haram.... yer betul... rokok itu haram....

Aderkah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam berani untuk mengambil tindakan mendakwa Mirzan Bin Mahathir Mohamed kerana terlibat dalam industri Arak yang tentunya telah diharamkan oleh Allah Taala sendiri.... Aper kata Jabatan Agama Islam menyaman dan mendakwa beberapa orang "bangsat dan mangkuk ayun" Melayu Islam yang menjadi pengarah dalam syarikat arak Guinnes Anchor dan sebagainyer tue....

Poodah la.... pasai tue la orang tak respek sama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam.... pasai sikap double standard yang ditunjukkan oleh diorang.....   Tak payah jauh la..... berapa ramai kakitangan Jabatan Agama Islam yang terlibat dengan kegiatan merokok.... itu pon dah cukup dah....... kalu berani dakwa la semua yang isap rokok tue... baru la betul....

So... dalam kes nih... gua bukan nak defend empat orang "adik" yang terlibat dalam kemelut pertandingan ratu cantik tue... tapi.... gua sekadar nak tengok... sejauh mana beraninyer Jabatan Agama Islam seperti JAWI, JAIS dan JAKIM untuk mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa haram terhadap sukan renang, gimnastik, olahraga dan jugak isu majalah setan macam MANGGA .... Ala.... kes rasuah pon Jabatan Agama Islam nih tak berani nak dakwa atas dasar haram..... aper daaa...

Berkaitan : JAWI: Bekas peserta ratu cantik hina Islam , Sara Amelia persoal fatwa 'lapuk' isu ratu cantik

17 June 2013

Karutnya Zakat Di Malaysia (Bahagian 2)

Bhai/DeeDee sekalian..... sori la gua masih bangkitkan lagi isu betapa karutnya zakat di Malaysia nih..... sori aaa.... sebab gua terpanggil mengutarakan lagi isu ini kerana gua terbaca berita terkini dari PPZ MAIWP ...... Pergh... yang ini buat gua lagi terbakar....

senyum pasai kutipan zakat akan jadi lebih banyak... tapi mungkin tak senyum biler bercerita pasai agihan zakat

Macam-macam cara diorang dah buat untuk memudahkan orang bayar zakat.... dari cara bukak kaunter  bergerak la.... secara sms la..... secara online la... guna kad kredit la..... guna kad debit la....  secara potongan gaji la.... aper lagi cara diorang akan pikirkan camana nak buat nak bagi tambah kutipan zakat...

Maybe la lepas nih mungkin secara guna kredit tepon kot.... hahahaha ...

Tapi..... tapi yang karutnya..... sampai ke hari ini la sistem agihan zakat yang ada dalam Malaysia macam cilanat... macam siot jer.... banyak birokrasi... banyak borang... macam-macam dokumen sokongan diperlukan... macam-macam songel..... bukan nak mintak lima enam ribu ka.... tapi sekadar lima enam puluh ringgit pon macam cilanat jer...

Belum masuk sesi soal jawab la... sesi soal selidik la... sesi tangkap gambar la.... sesi lawatan la.... macam-macam... Yang lagi best.... kalu boleh selesai semua urusan tue dalam sekali datang ke pejabat takper la... ini tidak... mau kena pegi lima enam belas kali.... Even muallaf pon susah nak dapat bantuan zakat sedangkan dier memang asnaf... Patut takder banyak songel...

Bab collection... tak sampai 5 minit solosai.... boleh buat ... mudah...
Bab agihan.... macam sial.... 5 tahun pon ader yang tak selesai...

Sebab itu la susah sangat PPZ nih nak pamerkan jumlah agihan dan senarai agihan.... sebab inilah antara agensi yang gua diberitahu.... jarang sekali ader audit..... hahaha ... kalo ader pon... audit jenis cap ayam jer.... hahahaha

Biler aaa nak solosai urusan zakat yang mengarut nih... hahaha

Bacaan : Karutnya Zakat Di Malaysia (Bahagian 1)

20 May 2013

Wajib Jatuhkan Kerajaan

Bhai.... Hukumnyer aderlah wajib... Wajib menjatuhkan kerajaan secara paksa... Wajib menjatuhkan kerajaan secara total... Wajib menjatuhkan kerajaan yang sesat... Wajib menjatuhkan kerajaan yang taghut... Wajib menjatuhkan kerajaan yang karut... Wajib menggulingkan kerajaan yang jahat..... Wajib... Wajib... Wajib... Memang Wajib....

Dan dah memang menjadi amanah dan tanggungjawab sekalian umat Islam yang beriman dan beramal soleh untuk wajib bersama-sama menjatuhkan Kerajaan Langit pimpinan Ayan PIN/TAC akaun bank tue...

Tidak ader baiknyer membiarkan Ayah PIN/TAC berkuasa dan memerintah Kerajaan Langit yang berpusat di Putarjaya.... Melainkan seeloknya ianya dijatuhkan agar tidak menyesatkan lagi warga negara Manglasia... Seeloknya digulingkan...

So.... Mahukan lu orang disesatkan lebih jauh dalam pemerintahan karut, sesat lagi menjahanamkan yang dilakukan oleh Ayah PIN/TAC akaun bank tue....

Penat kalu para alimin yang hafal kitab warna pelangi juga dok sama teruja berpemimpinkan Ayah PIN/TAC semata-mata baru sahaja mendapat laba dalam bentuk kuasa dan pangkat...

Para alimin pun rupanyer mengejar daki dunia dan sedikit demi sedikit menonjolkan watak sebenar mereka yang selama ini bertopengkan "V for Vendetta".... Hahaha

Jadi... Wajib hukumnya untuk menjatuhkan, menggulingkan dan menjahanamkan Kerajaan Langit pimpinan Ayah PIN/TAC akaun bank tue.... Walaupun secara revolusi terhadap Kerajaan Langit...

Ader paham ker??? .... Hahaha....

24 March 2013

SPR Akan Bertanding Raja Lawak Astro

Bhai.... Hahaha... gua gelak besar biler baca artikel kat Sinar Harian nih pasai SPR dok canang kononnya ader kumpulan ajaran sesat nak mengganggu perjalanan PRU13.... hahahaha.... lawak siot.... macam la dulu sekitar tahun 2000 ....kes Majlis Fatwa keluarkan statement kononnya ader satu kumpulan ajaran sesat bernama KETUPAT LINUX ..... hahahaha.... dan yang paling lawak tue..... ader ker patut Sistem Operasi LINUX diklasifikasikan sebagai ajaran sesat..... hahahaha

Hahahaha.... nih SPR memandai plak buat citer yang ader satu kumpulan ajaran sesat nak ganggu perjalanan PRU13... hahaha.... lawak siot.... siap katanyer SPR dah dapat maklumat dan ader dokumen yang membuktikan benda nih.... Hahahaa

Hahaha... SPR tak payah la jadi macam PAPATULUR ..... cakap ader bukti video penuh kebejatan Anwar Ibrahim... tapi hampeh... tak publish pon.... hahahaha.... dan jangan gak SPR jadi cam Hassan Ali.... hahaha... samer gak... kata ader bukti video pengakuan murtad.... tapi haram ... takder di publish pon sampai la nih.... hahahaha

Tolong aaa... SPR jangan buat malu diri sendiri.... jangan menjadi bahan lawak aaa... cukup la selama nih orang memang dah tak caya sama SPR,.... jangan tambahkan masalah lagi... cukup seadanya.... hahahaha.....  Errr..... SPR dah dapatkan pandangan dan keputusan dari Majlis Fatwa ker pasai isu kumpulan ajaran sesat nih.... hehehehe... dah difatwakan sebagai sesat ker.... Aper kata JAKIM pasai isu nih.... hahaha....

Lawak siot...... Hahahaha

Gua rasa aaa.... maybe SPR akan bertanding Raja Lawak Astro la lepas nih.... hahaha... ader chan menang kot... hahahaha

24 January 2013

Maksum Ker?

Bhai.... Gua takmo nak ulas mender... lu tengok dan baca jer aper yang gua paparkan dan linkkan kat sini.... okeh.... dan simpan jer la komen lu dalam hati jer... sebab nanti karang kena tulah dan daulat.... hahahaha ... cam siot jer...






20 December 2012

Realisasikan UG Penyelesaian Masalah

Bhai... Pergh... kalu lu nak tau... pasai aper isu nih dibawak dan dikecohkan masa nih.... takder lain bhai... takder sebab lain... semua pasai UMNO tau dier akan terbongkang... dan biler UMNO terbongkang... BN tertumuih.... jatuh tersembam muka ke tanah.... hahahaha

Selama berpuluh tahun nih... Haram takder sekali pon Majlis Fatwa nak keluarkan aper-aper cerita.... senyap sunyi... hahahaha... nih.... pasai HARAMSANI Harussani tetiba jer baru tersedar dari lamunan ... maka kecoh citer nih.. hahaha....

Jawapan bagi persoalan nih simple jer... penyelesaian kepada masalah nih... senang jer.... Realisasikan UG ... dan Haramsani Harussani takkan kecoh dah bawak isu nih... itu jer..... simple as that.... hahaha..... Hadi Awang skrang dah tertekan... itu hari.... macam bersetuju dengan UG.... Kerajaan Perpaduan nih.... tapi pasai majoriti akar umbi PAS takmo ader UG walaupun ramai pimpinan utama PAS setuju dengan UG.... maka tak jadi la Kerajaan Perpaduan (UG) nih.... hahaha

Aper citer sekali pon...tue la pasai.... saper suruh gatai bersetuju dengan idea UG dulu... kan dah jadi bahan ugutan.... hahaha... padan muka.... bodo nak mampus punya pasai.... skrang sudah kena main.... orang dah cakap awal lagie.... tapi takmo nak dengar.... skrang .... amik la sama lu.... hahaha


Oh yer..... bukan ker dah lama dulu PAS ajak Majlis Fatwa dan UMNO duduk sekali berbincang... tapi mana pergi Majlis Fatwa dan UMNO.... lari.... 30 tahun dulu lari.... menyuruk dibelakang Raja-Raja dan Sultan Melayu.... alasan... Sultan dan Raja-Raja Melayu tak bagi berbincang dan berdebat isu nih... skrang mau citer lagi.... Pundek laaa..... 

Ismail Mina nih pon satu... akal letak kat kepala lutut... nafsu letak atas kapla.... bodo nak mampus.... Hahahaha..... 30 tahun dulu dier gak yang kecoh bising cabar UMNO dan Majlis Fatwa berdebat isu Amanat Hadi nih... skrang sudah twist citer lain... hahaha

18 September 2012

Dimana Majlis Fatwa Kebangsaan?

Bhai ... isu judi nih memang dah lama dah berlaku di Malaysia... dulu sekitar tahun 60'an, 70'an dan awal 80'an ... seingat gua lar... ader Loteri Kebajikan Masyarakat... malah ader juga permainan Bingo yang disiarkan dalam radio keputusannya... malah ader juga permainan judi ini dibuat dimana-mana majlis keramaian dan tempat terbuka....

La nih.. skarang nih pon masih ramai yang berjudi... bagi yang bukan Islam tue gua tak heran sangat... tapi bagi yang mengaku Islam tue.. macam mana boleh terlibat...

Gua tau terdapat penguatkuasaan kerap dilakukan oleh pegawai Jabatan Agama Islam... namun... benda macam nih tak ader efek lar... hahaha... Persoalan gua.... dimana Majlis Fatwa Kebangsaan? kalu setakat keluarkan fatwa jer... rasanya agensi lain pon boleh...

Majlis Fatwa Kebangsaan kena bertindak memberikan arahan kepada Kerajaan Pusat agar mengambil tindakan menghentikan lesen premis judi bagi mana-mana premis yang pengunjung beragama Islam dan orang Melayu mengunjungnya..

Camnie... kalu kedai Sport Toto di Taman Maluri membenarkan pelanggan Melayu yang beragama Islam terlibat dengan judi dikedai tersebut .. dan tangkapan telah dapat dibuat... Maka lesen premis judi tersebut akan ditarik serta merta...  dan dibatalkan... 

Gua berani jamin... dengan cara macam nih... baru la semua premis judi akan bertegas dan tidak membenarkan orang Melayu beragama Islam terlibat dengan judi... Baru la nampak ader tindakan yang efektif... ini tidak.. ramai pengunjung ditangkap di premis judi tue... tapi abis setakat tue.. esok lusa ader balik diorang datang...

Ini kalu dengan cadangan gua nih... ader jer tangkapan... premis terus ditutup dan dibatalkan... baru la diorang pemilik premis judi nih akan berjaga-jaga... dan tidak membenarkan pelanggan Melayu mengunjungi premis tersebut... Ini cara terbaek untuk kurangkan masalah judi nih...

Bacaan Untuk Lu Orang...

13 August 2012

Songkoknya Sudah Senget

Bhai... aperlar nak diharapkan makhluk Allah nih nak bagi satu pertimbangan dan pandangan yang balance.... takkan jadi nyer... tak payah susah-susah...


Kalu dah songkoknya sudah senget... aper diharap kepala otaknyer akan level... ... hahaha.... lupakan sajer la... hahaha... karut jer..

Hahaha... sori la Harussani... gua cuma nak tanya lu nih... lu posa ka idak nih...bole plak Islam nih bias.... tak tau la plak gua... hahaha

12 August 2012

Bila Ulama Terkhilaf

Bhai... gua ader satu mender nak kongsi ngan lu orang... citer pasai menjatuhkan hukum atas sesuatu yang dibuat oleh golongan yang berilmu agama... golongan yang orang gelarkan ulama...  Okeh... sebelum gua nak citer lanjut... gua nak bagitau lu orang... walaupun gua berpendidikan sekular... berpendidikan sekolah Missionary (Gereja)... pandangan gua harapnyer tidak berpaksikan kepada sekular...

Kita berbalik kepada perkara asas ... Umat dunia nih terbahagi kepada dua... Umat Islam dan Kafir ... Dan Allah mentakdirkan bahawa golongan kafir/kufar ini lebih ramai bilangannya daripada Umat Islam....  Kafir nih kiter bahagikan kepada dua bahagian... satu orang kafir yang pernah tahu/dengar pasai Islam.... lagi satu kafir yang tak pernah tahu/dengar pasai Islam...

Dalam konteks Malaysia... mostly orang kafir yang ader pernah tahu/dengar tentang Islam... menipu la kalu diorang kata diorang tak tau pasai Islam.... okeh... jadi kafir ini kita bahagikan pulak kepada beberapa bahagian... Kafir Harbi, Kafir Zimmi, Kafir Mua'ahid dan Kafir Musta'min...

Kafir harbi adalah setiap orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian (dzimmah) dengan kaum muslimin, baik ia seorang mua’hid ataukah musta’min, ataupun bukan pula keduanya. Mua’hid pula adalah orang kafir yang mempunyai perjanjian (mu’ahidah) dengan daulah islam. Manakala musta’min adalah orang yang masuk ke negara orang lain dengan izin masuk (al-aman), samaada mereka itu muslim mahupun non muslim, maka mereka itu disebut sebagai musta’min, dan jika orang kafir maka kita sebutnya sebagai kafir musta’min.

Kafir harbi yang juga disebut sebagai ahl-harb dikategorikan menjadi dua bahagian iaitu: (1) (kafir harbi secara hukum), dan (2) kafir harbi haqiqatan/kafir harbi fi’lan (kafir harbi secara nyata). Kategori ini didasarkan pada kewarganegaraan orang kafir dengan tempat permastautinan yang tetap. Jika khilafah (daulah islam) mengadakan perjanjian dengan sebuah negara kafir (negara yang tidak diterapkan syariat islam), maka warganegaranya disebut sebagai kaum mu’ahidin, manakala negaranya disebut sebagai ad-daulah mu’ahidah (negara yang mempunyai perjanjian dengan khilafah).

Istilah lain bagi kafir mu'ahid, seperti yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim di dalam kitabnya, Ahkam Adz-Zimmah adalah al-hudnah atau ahs-shulh, ianya juga disebut oleh ulama’ lain sebagai kaum al-muwadi’in. Orang yang terkategori sebagai kafir mu’ahid ini tergolong sebagai kafir harbi hukman, karena setelah berakhirnya perjanjian dengan khilafah, ia akan kembali terkategori sebagai kafir harbi sebagaimana kafir harbi yang lain (kafir harbi fi’lan), yang negaranya tidak terikat sebarang perjanjian dengan khilafah.

Masalahnyer skarang nih.... Malaysia bukanlah terlingkung dalam Daulah Islamiah... Malaysia adalah bukan negara Islam... walaupun berbuih mulut Mahathir Mohammed bagitau kononnya Malaysia nih Negara Islam... tapi realitinya... Malaysia aderlah Negara Sekular...

Jadi isunya sekarang ini aderlah macam mana nak klasifikasikan orang-orang kafir dalam Malaysia dibawah kategori aper... diorang tak bayar jizyah... diorang takder menandatangani perjanjian dengan Khalifah Islamiah... Malah Malaysia tidak terlingkung dalam Daulah Khilafiah Islamiah.... so.... macam mana boleh ulama kiter klasifikasikan orang kafir ikut caturan politik... ngarut jer nih.... nak kata ulama terkhilaf... boleh kot... atau ulama nih sebenarnya aderlah ularmak... karut jer...

Macam mana boleh Majlis Fatwa Kebangsaan (National Fatwa Council) senyap jer takder langsung keluarkan ketetapan ker aper ker... senyap membisu tanpa berita... atau ulama dan mufti yang duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan nih takut tembolok diorang dikerat... takut hilang mata pencarian... takut takder jawatan, pangkat dan wang ringgit...

Inilah jadinyer biler Majlis Fatwa Kebangsaan lebih banyak menghukum berasaskan matawang .... lupa kepada keperluan untuk berjihad kepada Allah... malah lebih berjahat kepada Allah.... siot jer la... diorang nih tak takut ker nak jadi bahan bakar api neraka??? Tambah pulak yang jadi ketua agama di Malaysia nih lagi banyak yang mengarut daripada yang zuhud... Lagi banyak yang kaki maksiat daripada kaki ibadat... susah... susah... diorang perasan yang dioranglah ketua agama... tapi agama diorang sendirik pon tak tentu hala.... macam siot jer kan...

10 May 2012

National Fatwa Council (NFC)

Kuala Lumpur (10 May 2012) :

National Fatwa Council (NFC) has been advised to pay back the loan amounting RM250 million that has been given to them to initiate a breeding and managing cattle in Negeri Sembilan. A group of Malaysian NGO that formed BERSIH 3.0 has been given the ultimatum to National Fatwa Council (NFC) to settled the repayment before the 13th General Election.

Nevertheless, no specific instruction has been given to National Fatwa Council regarding the interest rates that NFC shall be imposed. On the other hand, no comment has been given to reporter by the management of National Fatwa Council (Abdul Shukor Hussin) regarding this matter. NFC management were reported to have a long meeting today from early morning.

The NGO (BERSIH 3.0) has been initiating a movement for a clean and comfortable cattle farm in Malaysia to accommodate healthy cows. Healthy cows will give good image to Malaysia cattle breeder and therefore will bring in more foreign direct investment (FDI). It also can boost up Malaysia GDP to a new higher level and eventually push up our Bourse (Kuala Lumpur Stock Exchange).

(NNA - Nonama News Agency)

09 May 2012

NFC = National Fatwa Council ???

Hahaha... What a coincidence ... hahahaha....

So if NFC were to breed and herd cows... do National Fatwa Council did the same ... hahaha....

If NFC (Shahrizat Jalil husband pet project) were making RM250 million in cash... how much National Fatwa Council get... hehehehe....

No wonder nowadays people tend to belittle National Fatwa Council .... hahaha... it because of resemblance of NFC .... or is't in disguise... hahaha

Hahaha..... What a coincidence....

07 May 2012

Aper Ader Hal

Hahaha.... Bhai .. lu tentu tau kan.... Logo Halal JAKIM pon ramai yang palsukan... dan aper tindakan JAKIM .... siasat... hahaha... JAKIM selalu bagitau yang dier tak cukup kakitangan nak buat pemantauan bab HALAL nih.... hahaha...

So... aper ader hal kat Majlis Fatwa Kebangsaan nih.... ader orang amik pot ker..... Hahahaha.... Fatwa haram merokok pon orang buat derk jer... tambah lagi fatwa kata perhimpunan BERSIH 3.0 itu hari aderlah haram...

Hahaha... takder saper nak amik pot la bhai... hahaha... Sebab pada pandangan orang ramai... Majlis Fatwa nih nampak sangat membodeknyer... nampak sangat tak bersandar kepada ilmu yang ader .. tak bersandar kepada hujah agama... nampak sangat semacam ader agenda terselindung... hahaha

Buat Malu jer Majlis Fatwa nih....yang sohih haram dalam Islam macam TOTO, Magnum 4D, Pusat Judi Genting tue.. haram tak citer aper... ngaper tak keluarkan fatwa mengharamkan Kerajaan memberikan lesen judi.... hahaha...

Tak pon... kenaper tak kuarkan fatwa mengharamkan Kerajaan Malaysia terlibat dengan rasuah ..... atau kenaper tak kuarkan fatwa haram berlaku tidak adil kepada masyarakat.... ataupun kuarkan fatwa haram menyekat hak rakyat Kelantan untuk terima Royalti Minyak....

Paling cikai pon.. kenaper tak kuarkan fatwa haram PTPTN menindas peminjamnyer... atau lagi satu.. yang ini lagi best... kenaper tak kuarkan fatwa haram bagi Bank-Bank Islam/Syariah untuk memberikan pinjaman pembelian rumah (bank beli dulu kemudian jual kepada pembeli dengan bayaran tertangguh) walhal rumah tersebut tak siap lagi...

Hahaha.....  aper ader hal bhai... orang tak amik pot pon...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1