Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

10 March 2023

Samseng Marang Keras Kepala

Bhai/DeeDee semua...

Samseng Marang (Abdul Hadi Awang) masih tegar menyampaikan kuliah dhuha dan khutbah Jumaat nampaknya.... Dalam pada ada larangan daripada Sultan Terengganu.... Abdul Hadi Awang kekal dengan kesamsengannya...

Hahaha...

What do you expected?? Hahaha.... Takkan Sultan Terengganu tak boleh nak arahkan MAIDAM untuk kuatkuasakan arahannya selaku Ketua Agama Negeri??? Takkan la kot... Takkan la lemah sangat sampat tabrani nak usik Abdul Hadi Awang...

Hahaha... takkan la PDRM tabrani nak cekup dan tahan Abdul Hadi Awang pasai ingkar larangan nih?? Takkan la kan....


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini menyampaikan kuliah dhuha mingguan seperti biasa di Masjid Rusila di Marang, Terengganu.

Perkara itu dilaporkan beberapa media dan rakamannya juga dimuat naik di media sosialnya hari ini.

Menurut Facebooknya, dia turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama

Hadi berbuat demikian walaupun terdapat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu melarang ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta senator daripada memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.

Mereka turut dilarang menyampaikan khutbah Jumaat.

Arahan larangan tersebut - yang bertarikh 2 Mac - dikeluarkan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita apabila ada ahli politik mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

26 December 2022

Nak Bising Buat Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Selalu kita dengar akan ader Lobai PAS yang bising pasai tak dapat nak berceramah la... disekat la dari mengajar agama.... konon Kerajaan tidak adil dan pilih kasih.... 

Walhal bila kita selidiki dan tanya... dah amik tauliah mengajar ke idak... haram semua akan kata takkan nak mengajar agama pun kena ader tauliah... sampai sabitkan dulu-dulu pendakwah masuk kembangkan agama di Tanah Melayu nih tak perlu tauliah bagai....

Huhuhu....  Payah.... satu ja kita nak cakap kat puak-puak nih... pi la mengajar kat negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS .... pi la sana... sebab kalu kat sini.. kena la ader tauliah mengajar dulu... kena la disemak segala kelulusan akademik... kefahaman agama dan ilmu yang selari dengan apa yang ditetapkan oleh Kerajaan... kita takmo ader yang mengajar benda mengarut dan sesat...

Azhar Idrus pon banyak tempat dier takder tauliah mengajar... walaupun orang kata ilmu agama dier hebat... tapi sebab kelulusan akademik agama dier takdak verified dan dapat disahkan (authenticate) ... dier pun tabley senang-senang ja nak mengajar sana sini...

Simple as that..


Seorang wakil rakyat PAS di Pahang menyoal tindakan pihak berkuasa agama negeri itu melarangnya berceramah di sebuah masjid di Jengka, tempat dia aktif bersyarah sejak tiga tahun lalu.

Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak bertanya kenapa dirinya disekat daripada memberikan kuliah pengajian agama, berkata dia tidak pernah menyentuh politik dalam ceramahnya.

"Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional. Ketika kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.

"Kita sebut tentang Al-Quran dan Hadith. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

Dalam maklum balas, Exco Kerajaan Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, berkongsi kenyataan bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menjalankan aktiviti atau mengajar di masjid di negeri ini perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada jabatan agama daerah masing-masing.

Dia berkata kerajaan negeri memandang serius titah Sultan Pahang bahawa masjid tidak boleh dipolitikkan dan ceramah anjuran parti politik tidak dibenarkan. Ini terpakai kepada semua, termasuk mereka yang sealiran dengan kerajaan negeri

21 April 2015

Cuba Tengok...

Bhai/DeeDee semua...

Dengar, faham dan analisa..... Allah Taala menyuruh kita menggunakan akal yang diberikan nikmat kepada kita.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Ar-Rahman (Al Quran)



Kesimpulannya, Melayu-liat penuh dengan mistik dan takjub.... sampaikan apa sahaja kata pimpinan semuanya diterima tanpa soal selidik dan kaji... Ketaksuban melampau inilah contoh Melayu-Liat .... atas alasan pimpinan tue level ulama (kata diorang la) ....Aiyo...

Oh yer lupa.... Hadi Awang lebih tinggi ilmunya berbanding orang lain..... sebab itulah para pentaksub beliau boleh mengeluarkan perkataan carut dan maki hamun dengan nama binatang sesuka hati... sebab Hadi Awang tidak pernah nak marah atau nasihatkan para pentaksubnya.... malah mungkin dier redho atas kerjabuat pentaksubnya.... hebat.... Ala... apalah sangat carut dan maki hamun... malah pukul dan belasah orang pon Hadi Awang takder nak marah pon.... Siap tengok ja,......

Aiyo... aper nak jadi la.... Kalu kiter cuba nak nasihatkan diorang nih... diorang kata kiter nak fitnah..... tapi diorang bawak fitnah macam air mencurah diorang kata itu nasihat...... Bodo betul la...

13 August 2013

PKR Itu Asalnya UMNO

Bhai/DeeDee sekalian...

Bagi sesapa yang tahu sejarah (bukan buta kayu bab sejarah) mesti tahu bahawa 99% daripada ahli UMNO yang bertindak keluar dari UMNO selepas September 1998 bertindak join KeADILan (ADIL) dan tidak menyertai PAS...

Jadi yang ramai berlengkar dan duduk ditampuk kepimpinan PKR dari mula lagi sampailah ke waktu sekarang aderlah mereka-mereka yang bekas ahli UMNO satu masa dulu... So dari segi sikap, perangai dan cara kerja serta mentaliti masih lagi bertunjangkan kepada UMNO... Ini kita tidak dapat nafikan..

Kalu pon ader yang cuma menjarakkan diri mereka daripada UMNO, ianya agak sukar kerana secara otomatiknya mereka-mereka ini akan dipandang serong... Ini kenyataan... Ini realiti...

Kalu pon ada dikalangan pemimpin PKR yang mahukan serta bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional... Ianya juga tidak mengejutkan.. Ini kerana ramai ahli PKR berfikrahkan UMNO... Malah dalam satu soalan gua kepada Fadhil Noor satu masa dulu... Allahyarham pernah mengatakan bahawa kalu mereka ini join PAS... pastinya susah mereka nak berubah... sebab cara hidup UMNO sudah sebati dengan mereka... Dari ciri sosialnya sampailah kepada liberalnya..

Jadi kalu PKR nak jadi macam UMNO... Gua memang tak terkejut pon.... Hahaha... Sebab PKR takder tazkirah dan tarbiah mender pon.... Hahaha... Malah ramai yang "mengaji" macam tak lengkap jer... Hahaha... Jangan mare aaa... No Pun Intended.... Hahaha

Tapi... Tapi kalu jenis yang kaki tarbiah dan tazkirah pon boleh plak nak bernikah secara haram dengan UMNO... Hahaha... Yang ini memang gua terkezut... Hahaha... Macam mana la kaki tarbiah dan tazkirah pon plak nak join dengan kaki dangdut dan kabaret.... Hahahaha...  Hancussss...

Oh yer gua lupa... Geng kaki tarbiah dan tazkirah nih sahsiah diorang pon sebenarnya ader ramai yang lagi teruk dari puak UMNO nih... Tengok jer penulisan dan komen diorang nih yang kerap penuh dengan maki hamun dan carut... Hahaha... Kesian.... Kesian kat tok guru diorang... Hahaha... Kesian...

Nak buat camana la bhai... Akal kureng... Jadi stakat yang itu jer la diorang boleh buat... Agaknyer maki hamun dan carut nih dibolehkan kot bagi puak diorang... Kitab mana la plak yang diajar tok guru diorang nih sampai boleh jadi camnie.... Hahahaha... Tak mungkin kot diorang belajar caci maki hamun dan carut nih dari kitab kuning atau perukunan kot... Takkan la kot... Hahaha

Agaknyer la pasai tue la Ayah Pin boleh berkampung dan menyebarkan ajaran Kerajaan Langit kat Terengganu kot.... Hahahaha

06 August 2013

Harta Dunia Harta Akhirat - KORBAN (Filem Pendek)

Bhai/DeeDee sekalian...

Sebentar tadi wife gua tunjukkan pada gua video nih... Gua dah pernah dengar skrip dier nih dulu.. dan tak sangka diorang jadikan filem pendek la plak... Semoga filem ini menjadi tazkirah kepada semua termasuklah kepada gua sendiri....

Ya Allah Ya Rahman.... ampunkanlah segala dosa gua dan semua pembaca blog gua nih sama ader yang nyata mahupun yang tersembunyi.... biarpun ianya sebanyak pasir-pasir ditempian pantai atau bintang-bintang di langit.... ameen...



Terima kasih Jo Sidek kerana share video nih dalam YouTube. (Jo Sidek adalah yang pelakon yang membawa watak sebagai Ayah dalam filem pendek ini)

04 August 2013

Muhyiddin Yassin Yang Anti Syiah

Bhai/DeeDee sekalian....

Hehehe.... sebelum nih kecoh 1Malaysia tentang isu Syiah..... katanya Syiah itu sesat... bukan cabang dari orang-orang Islam... Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pon melabelkan Syiah itu sesat .... hahahaha..... Sampaikan Muhyiddin Yassin sendiri terlebih kuat anti Syiahnyer...

Even Chua Soi Lek pon khabarnya ber"tazkirah" sana sini tentang bahaya Syiah..... hahahaha ..... saper la yang bagi kat dier nih tauliah .... hahahaha

Gua rasa aaa.... Muhyiddin Yassin yang anti Syiah nih mesti tegas dalam hujah dan keputusan dier... yer la... Syiah kan sesat..... kata diorang la.... Hahahaha....

Jadi... gua rasa aaa... kepergian Muhyiddin Yassin ke Iran hari ini sebagai menghadiri majlis perlantikan Imam Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh menggantikan Mahmoud Ahmadinejad mungkin akan menjadi satu lawatan yang baik yang mana boleh men"tazkirah"kan Syiah di Iran supaya kembali memeluk Islam yang syumul.... berlandaskan kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah...

Imam Hassan Rouhani
Err... kalu dah Syiah difatwakan sesat.... err.. tentunya sembelihan puak Syiah nih sudah jatuh haram.... jadi camana Muhyiddin Yassin kat sana makan nanti.... hahahaha.... Dengan berbekalkan sebagai anak seorang Ulama besar (iman tabley diwarisi aaa...)... Muhyiddin Yassin mesti boleh berdakwah kepada puak Syiah di Iran kepada Islam cara Ahlul Sunnah Wal Jamaah....

Tapi kan..... hehehehe.... betul ker Muhyiddin Yassin tue beraliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.... hahaha.... errr... bukan ker Muhyiddin Yassin nih beraliran Ahlul Sunnah Wal Rasuah .... hahahaha..... pasai kes dier masa jadi MB Johor cukup banyak terkait dengan bab rasuah dan jual tanah negeri kepada milikan asing.... hahahaha

Hancusss.... Hancusss.... gua rasa aaa... Mungkin la kot Muhyiddin Yassin akan mentarbiah puak-puak Syiah di Iran kepada aliran Ahlul Sunnah Wal Rasuah..... hahahaha.... itu baru terbaek.... hahahaha


TEHRAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baru Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baru ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. - Bernama

30 July 2013

Akhir Ramadhan

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper yang kiter dapat sepanjang Ramadhan nih... aderkah kita mendapat berbanyak pahala... aderkah kita mendapat berbanyak barakah... aderkah kiter mendapat berbanyak makrifah... aderkah kiter dapat berbanyak ibadat....

Akhir Ramadhan nih aderkah kiter akan melipat gandakan amalan... aderkah kiter akan memohon keampunan ... aderkah kita akan berusaha memperbanyakkan sadaqah.... aderkah kiter akan berbuat kebajikan....

Atau.....

Kiter hanya sekadar lihat dan biarkan sajer masa berlalu... kiter sekadar buat derk jer... kiter sekadar leka dengan mercun, bunga api, shopping atau buat kuih raya...... mmmm......

Rugi bhai... rugi... jangan kiter lepaskan "Malam Seribu Bulan" .... Malam Al Qadr... malam mulia yang penuh rahmat, ihsan dan keampunan.... malam mulia yang mana Allah Taala nak bagi cash kat kiter keuntungan berlipat ganda.... satu perniagaan yang takkan rugi... untung selama-lamanyer...

Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan.... Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik terus ke Sidratul Muntaha...  Maha Suci Allah yang mengampunkan segala dosa para hambanya yang beriman dan beramal soleh....



Quote dari Bible :

""However God said to Moses: I shall forgive whom I forgive and have pity on whom I have pity." - Romans 9,15"



10 May 2013

Innalillah....

Bhai.... gua terpaksa tulis artikel nih sebab ramai yang tanya dan ramai yang kontek.... semua nak tau stand gua tentang perkara nih...

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan......

Gua bertelagah dengan Azizan Razak atas dasar dan kapasiti politik... manhaj politik.... serupa jugak biler gua bertelagah dengan Hadi Awang, Haron Din, Harun Taib, Najib Razak, Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir Mohamed dan lain-lainnyer...

Gua takder nak bertelagah dengan Azizan Razak mahupun mereka-mereka ini atas dasar peribadi mahupun atas dasar ilmu....walaupun nampak macam banyak kali dan banyak kala (bukan sekali sekala) tulisan gua seperti condong ke arah serangan peribadi atau ilmu.... tetapi harap dimaklumkan bahawa ianya tidak seperti yang lu orang nampak...

Seperti ditegaskan beberapa kali oleh gua.... blog ini dibina dengan format "metafora", "berfikir diluar kotak" dan "sarkastik" .... jadi sebaiknya lu orang kena membaca dengan mendalam... dan jangan serkap jarang....

Aper-aper pon... jika ader gua terbantai sesiapa secara peribadi... gua berharap akan dapat keampunan dari mereka-mereka itu dan jugak dari Allah Taala.......

So...... kepada Azizan Razak.... gua doakan yang terbaek untuknya... semoga Allah Taala mengurniakan keampunan buat dier dan gua jugak... Ader hikmah dari Allah Taala atas setiap sesuatu kejadian... Sesungguhnya tidaklah Allah Taala membuat sesuatu itu dengan sia-sia...


02 August 2012

Nong Chik Dah Dapat Tauliah Ke?

Bhai.. gua nak tanya nih...sejak biler Nong Chik nih dapat tauliah untuk bagi tazkirah.... wei .. sejak biler boleh bagi tazkirah kat madrasah nih... hahaha.. itu hari kata tabley dah bagi tazkirah... hahaha... oh yer... dulu Nong Chik nih pernah bertalaqi dengan saper.. saper guru dier.... hahaha

Persoalan yang bermain di minda gua... Nong Chik dah dapat tauliah ke? hahahaha ... dimana JAIS dan JAWI.. JAKIM kat mana gak... hahaha


27 January 2012

Rahsia Menadah Tangan Ketika Berdoa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Gua cadang nak kongsi skit kupasan tajuk diatas nih...

Selepas roh ditiupkan pada segumpal daging yang diselimuti oleh darah dan cecair ketuban... maka terbentuklah sifat seorang manusia (bayi) lengkap dengan struktur tubuh badan... Proses kehamilan mengambil masa lebih kurang 9 bulan 10 hari.... ada yang awal ada yang lewat... semuanya ketentuan dari Allah S.W.T.

Di alam roh dan di alam rahim.... kita telah membuat satu perjanjian dengan Allah Taala... dimana kita berjanji akan menjadi sebaik-baik umat dan semulia-mulia umat... dengan berpaksikan kepada tauhidkan Allah... pada setiap masa dan ketika.. Perjanjian ini kekal diingati oleh kita selama kita berada didalam alam roh dan di alam rahim...

Allah S.W.T mentakdirkan kita (bayi) kebiasaannya menggenggam erat tangan kita semasa didalam kandungan.. Ini telah dibuktikan dengan penggunaan sistem pengimejan 3 Dimensi dan 4 Dimensi peralatan perubatan iaitu Sonographer..

Kebanyakan kita akan lupa kepada perjanjian kepada Allah Taala ini selepas kita dilahirkan... iaitu selepas kita telah melihat akan cantiknya dunia ini...kita lupa pada perjanjian dengan Allah..... jadi sebagai peringatan kepada kita untuk mengingati janji-janji kita kepada Allah S.W.T ... Allah telah mentakdirkan bahawa terdapatnya garisan-garisan (ada orang kata garisan Asma' Allah) ditapak tangan kita... Cuba lu orang semak apa yang ader kat tangan lu orang...

Sewajarnya .. setiap kali lu orang tengok tapak tangan lu orang... sepatutnya lu orang ingat balik akan janji-janji lu orang dengan Allah Taala... Tuhan yang menghidupkan lu.... Oleh yang demikian....seeloknya setiap kali lu orang berdoa.. sila buka dan tadah tangan lu dengan lengkap... dan perhatikan garisan ini sebagai bukti janji-janji lu ngan Allah Taala...

Maknanya... biler berdoa dengan menadah tangan... bermaksud lu berdoa sambil ingat kembali janji-janji lu ngan Allah Taala....

Begitu juga ketika lu mengangkat tangan untuk buat Takbiratul Ikram.... sepatutnya lu orang ratakan tapak tangan lu orang denagan lengkap dan bersemangat (bukannya sambil lewa) semasa mengangkat Takbiratul Ihram sebagai satu simbolik kepada pengakuan lu atas semua janji-janji lu ngan Allah Taala... Dengan cara ini lu senantiasa akan ingat kembali janji-janji lu ngan Allah Taala... Tuhan yang menciptakan lu ngan gua...

Kesimpulannya... selalu-selalulah pandang kepada tapak tangan lu orang... sebagai satu muhasabah dan motivasi diri berserta dengan ingatan atas janji-janji lu ngan Allah Taala. Insaflah..... sebagai manusia... terlalu banyak janji-janji lu kat Allah Taala yang semakin hari semakin jauh dari lu.... dan Allah memperingatkan kita setiap masa akan janji-janji kita itu ...

Allahuakbar... Allahuakbar.... Allahuakbar... Walilahilhamd....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1