Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pahala. Show all posts
Showing posts with label Pahala. Show all posts

09 October 2022

Realiti Melayu Dan Halal Haram

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya gua dah muak dengan ini semua... bab halal haram... sampaikan ader Lobai dok citer pasai haramnya jualan Cendol yang dijual oleh peniaga Cina... walhalnya takder satu proof pon Lobai tu boleh bagi untuk menjustifikasikan keharaman jualan Cendol si Cina tue...

Takder proof.. sekadar syak wasangka jer...  bangang betul lar... atas alasan si penjual itu Kapir... Kalu nak kira macam hukum Lobai tue... banyak benda la tabley nak berurusan... Memandai jatuh hukum ikut suka... itu dah kira fitnah leteww...

Bangkai betul lar...



27 December 2021

Sekali Banjir Melanda ...

Bhai/DeeDee semua...

Kena ingat satu jer... biler dapat projek atau kontrak dari Kerajaan untuk kerja-kerja infrastruktur awam.... kena tahu yang itu adalah amanah dari Allah Taala... kalu ko buat kerja elok dan ikut spesifikasi... insyaAllah.. duit ko dapat... pahala pon ko dapat...

Tapi kalu ko buat kerja macam celaka... ko memang dapat duit... tapi tunggu la balasan dari Allah Taala masa di akhirat nanti...

Masa tu ko tabley nak berdolak dalik dah...  Ader paham??

Gambar bawah ni bukan gambar edit.. tapi gambar selepas berlakunya bencana banjir 2021....  mungkin jalan persendirian nih... tapi benda macam nih tak mustahil berlaku ditempat lain... dalam jalan awam....



05 May 2021

Bahaya Betullah Berpenyakit NPD

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum akan penyakit ini.... Narcissistic Personality Disorder ... satu penyakit yang rasa diri tu perasan bagoosh dan menjadi tumpuan orang ramai.... aduh... susahnya nak terjemahkan penyakit ini dalam konteks Bahasa Melayu...

Narcissistic personality disorder — one of several types of personality disorders — is a mental condition in which people have an inflated sense of their own importance, a deep need for excessive attention and admiration, troubled relationships, and a lack of empathy for others

Benda nih cukup kronik semenjak dua menjak ni.... tambah lagi dengan adanya media sosial.... memang sebenarnya jelas kelihatan ramai yang terkena penyakit ini lebih-lebih lagi para artis dan selebriti. Malah pihak bangsawan dan kayangan pun ramai yang terkena penyakit ini.

Tindakan mereka yang mengundang kritikan orang dianggap sebagai memberikan pahala percuma kepada mereka. Walhal tindakan ini jelas sangat menyalahi undang-undang dan juga norma-norma tempatan malah semacam double standard la pulak.

Kalu dalam Bahasa Arabnya.... ianya lebih kurang macam Istidraj la... mereka ingat apa yang mereka dapat (kekayaan, kemegahan, kehebatan atau keagungan) itu adalah satu kelebihan dari Allah Taala... walhal ianya adalah murka Allah.

Nauzubillahiminzalik.




26 April 2020

Shortcut Ke Syurga Melalui Anjing.

Shortcut ke syurga Melalui Anjing.

Antara beribu2 kisah ttg pahala dan tips ke syurga, tiada kisah yg lebih hebat bagi saya dari kisah pelacur beri minuman kat anjing yg lekat dalam hati saya..Malah bangsa2 lain dan agama lain pun hampir semua mengetahui dan mengagumi kisah hebat ni..Kisah ni dihadiskan melalui 2 hadis sahih yg kita wajib hayati dlm beribu2 hadis yg diceritakan untuk kita..Bagi saya 1 hadis ni mampu merungkai rahsia dan keagungan Islam itu sendiri tuk seluruh dunia..

HR Bukhari no 2363 dan Muslim no 2244

Ye ramai mungkin tidak sedar kenapa dan apa logiknya pelacur yg hina ini dikurniakan darjat tertinggi di syurga dgn pahala sekelumit ini..Juga jangan anda jahil jika ingat leh masuk syurga semudah itu..

Jgn pula ada yg  lepas puas selingkuh ngan gf atau bf , terus gi cari anjing kurap tuk dijamukan air dan makanan bagi merebut pass express ke syurga..🤣🤣🤣..Tidak bukan begitu ye..

Begini saudara saudari, pahala pelacur itu bukan diletakkan atas perbuatannya..
Ye benar....Bukan dgn hilangkan dahaga anjing ,ada terus ke syurga..Itu pemikiran org bodo yg agak dangkal..

Rahsia sebenar pahala pelacur ini terletak pada 1 pekara asas yg pelacur tu lakukan sebelum jamu anjing tu ngan air...Ya, pekara asas yg dia sendiri tidak sedari ketika membantu anjing itu...Nak tau apa rahsianya?

Pahala sebenar yg bawanya ke syurga sebenarnya  timbul dari

" Niat pelacur ini untuk membantu anjing itu tanpa menghiraukan pahala"..Dengan kata lain..Pahala yg muncul tanpa mengharapkan pahala...

Ini yg saya sedang cuba disampaikan kepada anda hari ini  melalui kisah yg saya sedang coretkan ini..

Pahala..

Masih tak paham bukan???Saudara saudari, Pahala sebenarnya bukan 1 komiditi yg boleh anda ukur atau sukat..Saya tidak setuju dgn ayat saham ke syurga dan sebagainya kerana anda sudah mengukur pahala ada disaat anda berfikiran sebegini...Saya sering melihat kita menunggu saat munculnya ramadan hanya tuk bersedekah..Dgn mengharap pahala dari sedekah anda akan berlipat kali ganda ketika itu..Dalam Islam, kita tidak hidup dgn mengira tarikh dan masa untuk bantu sesama manusia yg kesusahan didepan mata kita..Tidak sama sekali..

Pahala ramadan??

Ya, saya paham..Ramai mungkin tertanya, kenapa disediakan pahala 700x jika derma dibulan ramadan..Masalahnya kita tidak mungkin memahami tujuannya kerana diri kita sudah mula menyukat pahala2 bagi kepentingan kita sebenarnya..

Saudara saudari, pahala berkali2 ganda tuk hari tertentu lebih2 di bulan ramadan ialah satu dorongan bagi kita menyuburkan apa yg kita lalui disiang hari dgn berpuasa..Dibulan ini kita telah belajar berlapar, berdahaga dan memahami kepayahan fakir miskin..Maka dorongan sedemikian membantu kita memahami lagi maksud mengharungi kepayahan itu dimana kelaparan itu membuat anda lebih menjiwai setiap butir beras yg anda sedekahkan kepada si miskin yg kelaparan sepanjang tahun..Inilah yg ramadan sedang mengajar kamu saudara..Agar bila kamu sudah benar2 memahami nilai bantuan menghilangkan kelaparan fakir miskin ini, maka nescaya kamu akan meneruskannya tuk sepanjang tahun..Ya untuk sepanjang tahun..

Bagi saya Ramadan bukan dorongan kepada kita tuk mengejar pahala namun bagi saya ia merupakan 1 ujian yg maha besar tuk kita..
UJIAN dari Allah tuk kita belajar semula membentuk diri kita agar mampu meneruskan amalan yg baik dan mengekalkannya didalam jiwa kita.

Disini Allah bukan menguji dgn mengajar kamu untuk menyukat pahala anda dengan caculator tetapi sedang menguji "keikhlasan" hati anda dgn ganjaran yg agak lumayan...

Apakah itu keikhlasan???

Keikhlasan adalah satu pekara yg tidak mampu anda sukat..Ia harus dan wajib terbit sendiri dari sikap perikemanusiaan yg lahir bersama kamu..Sama spt pelacur yg berikan minuman kpd anjing itu..

Pelacur itu Ikhlas, Kasihan,Menjiwai dahaga anjing itu, tak memilih mahkluk mana yg dibantu, tak harapkan syurga tuk bantuan yg dihulurkan, tak mengharapkan pujian org lain dan tak memikirkan apa2 ganjaran yg bakal diterimanya dari Allah atau org lain kecuali hanya ikhlas bantu anjing itu diketika itu...

Ya..inilah yg diuji yg saya maksudkan saudara..Mampukah kamu sebagai seorg manusia biasa , mampu bersedekah dgn semua nilai2 ini???Jika kamu derma dengan memilih hari dan menyukat jumlah pahala kamu, maka yakinkah kamu, wujudnya keikhlasan sebenar dlm bantuan dan sedekah kamu itu??Jika kamu harapkan dunia memujimu dan Allah sediakan syurga tuk bantuanmu,wujudkan lagi keikhlasan dlm pertolonganmu itu???

Jelas bagi saya, jika kamu jenis yg menahan dari sedekah hanya tuk mengumpul pahala sedekah berkali ganda  di bulan ramadan ini, maka tiada ayat yg lebih sesuai untuk mengambarkan diri anda sebagai seorg yg hanya mementingkan diri  dan tamak..Apa2 bantuan yg dibuat dgn harapkan ganjaran tidak kira di duniawi atau akhirat sama saja sifatnya....

Sama spt ahli agama yg curi2 melanggar PKP hanya tuk rebut pahala solat jemaah beramai2 sebanyak 20x tuk dirinya , walaupun dia sedar perbuatannya bakal menyebabkan ramai kehilangan nyawa dan kerja..Jika pahala solat jemaah sebanyak 20x itu yg kamu kejar melebihi keselamatan dan nyawa org disekeliling kamu,  bukankah anda seorg yg amat mementingan diri disaat ini??Inikah yg anda ingin capai dgn kejar pahala 20x itu??

Bagi saya, sedekah bukan 1 pekara yg saya harus lakukan untuk kesyurga..Sedekah bukan 1 perniagaan tuk memburu ganjaran...Menyedekah adalah 1 sifat yg lahir secara semulajadi  disaat anda mula merasai dan menjiwai kepayahan org diketika itu..Bukannya 1 pekara yg perlu dibuat dgn memikirkan ganjaran syurga semata mata..

Saya dari dulu,  hanya berusaha untuk hidup tanpa menyusahkan diri saya, org sekeliling saya dan cuba kurangkan beban org lain disekeliling saya agar tiada yg merana dihadapan saya..Ini sahaja..Doa yg saya sering titipkan pun hanya sekadar bantu memohon Allah Taala untuk membantu saya mengekalkan sifat kemanusian ini di dlm diri saya..Tidak pernah sekali pun , saya berdoa agar dikurniakan kemewahan, kebahagian, kesenangan hidup kerana saya percaya kesemua itu mampu dicapai dgn usaha halal dan benar dijalan Allah Taala...Tidak pernah saya berzikir beribu kali setelah belajar tips atau petua kayakan diri saudara..😄

Kisah benar dari pengalaman saya.

Biar saya ceritakan 1 peristiwa benar yg berlaku 3 bulan lalu..Di selekoh Menara Maybank di Jalan bangsar.Lebih kurang 1 pagi selepas selesai meeting, saya menghala ke KL dan terserempak wanita india yg kurus berkain pelikat,baju T lusuh  dgn beg sekolah dibahunya sedang jln seorg diri mendukung anaknya..Kelihatan sedikit lebam dimukanya dan jelas spt menangis semasa saya pelahankan kereta tuk melihatnya dgn jelas.

Saya telah melepasinya  jauh kedepan namun  pandangan sedetik yg saya lalui ketika itu, semacam terus menggangu saya...Tanpa fikir panjang, saya terus patah balik tuk mencari wanita  itu..

Dia kelihatan terkejut melihat saya menghampirinya namun tidak takut..Saya tidak menanyakan banyak..Hanya menanya,awk ada duit atau tidak..Dia mengangguk lemah dan tidak berkata2..Bagi saya air mata ,anak yg dipangkunya dan anggukan lemah sudah cukup tuk menjelaskan keadaannya yg dlm kecemasan dan tidak berupaya itu..Saya hanya menanya jika perlu panggil sesiapa atau polis dimana dia tidak menjawab dan hanya biarkan air matanya terus mengalir

Tanpa memikirkan atau mencongak sekelumit pahala disaat itu, atau tanpa memimpikan habuan syurga diketika itu,saya terus menghulurkan 200 ringgit yg ada ditangan saya...Yg difikirkan hanya harapan agar wanita malang ini mampu belanjakan duit itu tuk beli sedikit makanan tuknya dan anaknya bagi mengalas perut yg merintih kelaparan ketika itu..

Tak disoal, tak diperiksa ,tak memikir..Hanya kemanusiaan dan belas kasihan yg lahir dari akal fitrah ini terhadap makhluk hidup lain yg sedang derita didepan mata saya..

Dibulan mulia ini, harap apa yg saya sampaikan ini mampu diterima oleh anda sebagai satu nasihat ikhlas dari rakan anda..Harap kita mampu menjiwai keikhlasan sebenar dan menterjemahkan sifat kemanusian yg seringkali menghilangkan diri diketika kita amat memerlukannya..Sekian..

30 July 2013

Akhir Ramadhan

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper yang kiter dapat sepanjang Ramadhan nih... aderkah kita mendapat berbanyak pahala... aderkah kita mendapat berbanyak barakah... aderkah kiter mendapat berbanyak makrifah... aderkah kiter dapat berbanyak ibadat....

Akhir Ramadhan nih aderkah kiter akan melipat gandakan amalan... aderkah kiter akan memohon keampunan ... aderkah kita akan berusaha memperbanyakkan sadaqah.... aderkah kiter akan berbuat kebajikan....

Atau.....

Kiter hanya sekadar lihat dan biarkan sajer masa berlalu... kiter sekadar buat derk jer... kiter sekadar leka dengan mercun, bunga api, shopping atau buat kuih raya...... mmmm......

Rugi bhai... rugi... jangan kiter lepaskan "Malam Seribu Bulan" .... Malam Al Qadr... malam mulia yang penuh rahmat, ihsan dan keampunan.... malam mulia yang mana Allah Taala nak bagi cash kat kiter keuntungan berlipat ganda.... satu perniagaan yang takkan rugi... untung selama-lamanyer...

Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan.... Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik terus ke Sidratul Muntaha...  Maha Suci Allah yang mengampunkan segala dosa para hambanya yang beriman dan beramal soleh....



Quote dari Bible :

""However God said to Moses: I shall forgive whom I forgive and have pity on whom I have pity." - Romans 9,15"



18 July 2013

200 KM

Bhai/DeeDee sekalian.... Sori... Sepanjang hari nih gua tak update blog... Gua terpaksa berkejar-kejaran dari "Safa ke Marwah" dengan motor... Hahaha... 200 km sehala tue.. Mampuih...

Gua pi Jengka dan Pekan serta Gambang sebab server di tiga lokasi nih ader masalah kritikal.... Jadi team yang lain tengah buat deployment Wireless Bridging 155mbps dari satu kampus ke kampus lain...

Hehehe... Ini bukan kerja hakiki gua la... Hahaha... Tapi biasa la... Gua nih macam-macam kerja buat dalam satu masa.... Hahaha... Tapi duit sen seciput jer la... Aper daaa...

Oh yer... Tadi nyaris tak eksiden kat area Cherating pasai gua terlelap sambil merempit motor... Giler betul lar.. Nasib baik gua bawak motor sambil dengar MP3 dari tepon gua cap buah tue... La nih lagu sumer sudah ilang dari MP3... Sudah ganti dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Zikir..

Umur sudah 40++ la bhai... Mati is around the corner... Malaikat Maut skrang tengah tunggu the exact time... Jadi kena ingat-ingat la... Gua harap gua dapat selesaikan semua hutang dengan manusia dan dengan Allah sebelum gua meninggal dunia..

Kalu nak abis nyawa pon biarlah gua dapat selesaikan gua punya hutang dengan orang sumer..

10 May 2013

Innalillah....

Bhai.... gua terpaksa tulis artikel nih sebab ramai yang tanya dan ramai yang kontek.... semua nak tau stand gua tentang perkara nih...

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan......

Gua bertelagah dengan Azizan Razak atas dasar dan kapasiti politik... manhaj politik.... serupa jugak biler gua bertelagah dengan Hadi Awang, Haron Din, Harun Taib, Najib Razak, Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir Mohamed dan lain-lainnyer...

Gua takder nak bertelagah dengan Azizan Razak mahupun mereka-mereka ini atas dasar peribadi mahupun atas dasar ilmu....walaupun nampak macam banyak kali dan banyak kala (bukan sekali sekala) tulisan gua seperti condong ke arah serangan peribadi atau ilmu.... tetapi harap dimaklumkan bahawa ianya tidak seperti yang lu orang nampak...

Seperti ditegaskan beberapa kali oleh gua.... blog ini dibina dengan format "metafora", "berfikir diluar kotak" dan "sarkastik" .... jadi sebaiknya lu orang kena membaca dengan mendalam... dan jangan serkap jarang....

Aper-aper pon... jika ader gua terbantai sesiapa secara peribadi... gua berharap akan dapat keampunan dari mereka-mereka itu dan jugak dari Allah Taala.......

So...... kepada Azizan Razak.... gua doakan yang terbaek untuknya... semoga Allah Taala mengurniakan keampunan buat dier dan gua jugak... Ader hikmah dari Allah Taala atas setiap sesuatu kejadian... Sesungguhnya tidaklah Allah Taala membuat sesuatu itu dengan sia-sia...


01 May 2013

PRU13 : Kita Datang Ini ...

Bhai... lagu nih gua tujukan kepada semua pemain politik.... ingat-ingat sikit.... kiter ini datang dari Allah.... dan jangan lupa tugas kita.... jangan lalai dengan gelaran... nama dan pangkat.... jangan leka kerana kuasa seciput yang ader... dan jangan ingat boleh menongkat dunia...

Jangan ingat takder azab dan belas.... jangan ingat takder kiblat.... jangan pujaa darjat ... jangan puja pangkat...

Kita datang ini....kosong tangan kosong dada.... bila pulang nanti.... bawa dosa bawa pahala .....


09 August 2012

Kalu Ditakdirkan...

Bhai dan DeeDee skalian........ gua nak tanya lu orang satu mender nih... mender yang best.... mender yang bukan mustahil untuk dapat... mender yang insyaAllah semua orang yang beriman akan dapat...

Bhai.... kalu ditakdirkan lu dapat malam lailatulqadr ...... malam yang terbaik dari seribu bulan..... kalu ditakdirkan Allah Taala lu dapat malam Lailatul Qadr tue... agak-agak aaaa.... aper permintaan dan doa lu....

Share la skit kat kengkawan semua nih.... hehehe

Gua aaaa.... gua kalu ditakdirkan oleh Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan, Tuhan yang menjadikan bulan dan matahari..... kalu ditakdirkan gua dapat malam Lailatul Qadr tue... satu jer lar permintaan / doa yang gua nak buat....

Gua punya permintaan aderlah "untuk berada disamping Allah Taala didalam syurga" ... itu sajer permintaan gua....  amacam .... okeh ker permintaan gua nih? ....

17 July 2012

Andainya Parlimen Dibubarkan Ramadhan Ini...

Bhai.... Andainya Parlimen dibubarkan Ramadhan ini... agak-agak lu aaa... amacam ngan persediaan semua orang untuk menghadapi proses pengundian di bulan Syawal... maybe pada awal Syawal.... hehehe

Kata lar... tetiba jer Najib dapat ilham untuk bubarkan Parlimen pada awal Ramadhan... dan SPR pun tergesa-gesa nak buat pengundian pada 4 atau 5 Syawal .... mesti pening skit semua orang.... hahaha... yer la .. nak prepare beribadat... nak solat tarawih.. nak qiamulail... nak puasa.... tut-tup terpaksa la plak berkempen.... pergh... penat oooo..

Tapi takper... Rasulullah S.A.W pon pernah berperang dalam bulan Ramadhan... takder masalah... malah lagi gua semangat yang dicetuskan oleh sentimen Ramadhan itu sendiri... hahaha ... cumanyer... puak-puak UMNO/BN mau ker berkempen secara baik mengikut semangat Ramadhan itu sendiri.... takut .... mana la tau... lagi kuat fitnah UMNO/BN nih buat...

Puak-puak UMNO/BN nih mana ader kira dosa pahala... kalu ader pon... sikit bebenor yang ingat... majoriti puak UMNO/BN nih semua dier baham.. semua dier tibai... tak kira halal haram... janji dier menang dalam PRU13...

Yer l;a.... puak-puak Feudal pon ramai yang lagi kuat mengarutnyer setiap kali Ramadhan.. siap ader yang pi luar negara.... hahaha... sebab .... hehehe... sebab kureng tahan nak berpuasa... hahahaha..... Bukan gua kata takder dari puak Feudal yang zuhud dan sentiasa ingatkan Allah Taala... ader.. tapi kalu ikut kiraan guna nisbah... nisbah yang zuhud berbanding mengarut aderlah 1:100 ...... hahaha

So.... Andainya Parlimen dibubarkan Ramadhan ini... lu orang dah bersedia ker... gua... hehehehe... memang sentiasa bersedia... dah tak sabar nih nak mengundi dan berkempen... sebab gua nak kasi ajar puak Feudal kat negeri gua yang "rumah kata pergi kubur kata mari, pun masih tak sedar diri lagi" supaya beringat.... "lu cuma puak Feudal, kalu takder rakyat... lu masuk muzium jer la" .... hahaha

"Tua kutuk tak sedar diri nak mampus" .... hahaha

22 July 2010

Innalillah ...

Innalillah... sedih sungguh biler gua dapat tau kengkawan gua telah meninggal dunia.. sungguh tak disangka... pendek sangat umurnya.... sampai ajal ... bertemu Allah S.W.T juga....

Mmmm....

Gua tak tau la biler plak gua akan pergi menghadap Allah.... harapnyer semua dosa dapat diampunkan sebelum bertemu denganNya ... harapnyer semua amal ibadah diterima olehNya...

Al-Fatihah

Baca SINI

24 May 2010

Bila Yang Tahu Agama Sama Bersekongkol

Okay... sebelum gua nak tulis lebih lanjut kat sini... lu orang kena tau... gua cuma berkerja sebagai enjin-nyior (engineer) dan bukannya alim ulama... belajo agama pon setakat yang ader jer la... cuma berkawan dengan ramai orang alim... itu jer.... tapi gua la nih cukup marah biler yang tahu agama sama bersekongkol mengharuskan yang haram...

Okeh.. straight to the point... judi dan arak hukumnya haram dalam Islam... takder kompromi...

Jadi biler ader pegawai penyelidik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dok bagi huraian panjang berjela yang lebih kepada mengharuskan tindakan kerajaan memberikan lesen judi sukan tue... pada gua... ini sudah lebih nih...

Mari gua sangkal beberapa point pegawai penyelidik YADIM yang bernama Mohd Shauki Abd Majid nih.... yang gua rasa paling kurang ader MA dalam bab agama nih...

"Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan." - Point Mohd Shauki.

"Ganti rugi yang diarahkan dibayar oleh Rasulullah bukan kerana Rasulullah membenarkan arak tapi kerana kesalahan merosakkan harta orang lain tanpa mempunyai kuasa yang ditetapkan. Malah kerja khianat amatlah dibenci oleh Rasulullah" - Jawapan gua.

"Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.


Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.


Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus." - Point Mohd Shauki.

"Err... masalahnyer kita tak banyak import arak.. tapi kita banyak eksport arak dengan adernyer dua kilang arak terbesar di Asia Tenggara. Kalu kita impot demi untuk kepentingan pihak kuffar, itu isu lain.. tapi kalu sudah eksport... apa cerita nih..


Gua cabar Mohd Shauki tunjukkan kat gua semua duit cukai arak dan judi tue diletakkan dalam akaun kerajaan yang mana satu.... Setahu gua semuanya bercampur aduk sekali... takder pengecualian. Belum pernah lagi Kementerian Kewangan ader akaun asing untuk cukai arak dan judi nih. " - Jawapan Gua

"Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.


Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar)." - Point Mohd Shauki.

"Tolong aaa... jangan salahgunakan 'usul fiqh' dalam menjustifikasikan point lu tue... oooo.. mentang-mentang la kalu judi tidak berlesan.. kerajaan tak untung.. jadi kalu buat berlesen kerajaan boleh untung... jadi untuk mengelakkan kerugian.. kerajaan guna point 'usul fiqh' dalam justifikasikan pemberian lesen.... bhai.. lu nie belajar agama kat mana.. Mesir ker Israel?" - Jawapan gua

"Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.


Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:


Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang.


Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang" - Point Mohd Shauki

"Bhai... lu jangan menghina Rasulullah... Rasulullah tidak segila yang lu tuliskan tue untuk mencampurkan yang halal dengan yang haram... Baik lu tarik balik point lu nih... Wang dari orang kafir tentulah memang bercampur aduk... Tentang harta Huyai tue... memang Rasulullah telah mengasingkannya dan ianya digunakan untuk urusan negara ... tapi bukan dicampur adukkan dengan dana lain.... ingat... lu jangan buat bidaah..." - Jawapan gua.

"Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum." - Point Mohd Shauki

"Isunyer sekarang nih... lesen diberikan kepada Vincent Tan... atas sebab apa.. hampir semua orang tahu bahawa Vincent Tan menyediakan dana untuk kerja-kerja haram UMNO/BN terutamanya wang untuk membeli beberapa ekor katak" - Jawapan gua

So.... penutup cerita.... kalu macam nie la pandangan seorang pegawai penyelidik YADIM yang gua saspek ader MA dalam bidang agama.... rasanyer... tak dapat la gua nak respek YADIM secara keseluruhan... nampak sangat la bila yang tahu agama sama bersekongkol mengharuskan malah menghalalkan yang jelas haram...

Artikel penuh Mohd Shauki Abd Majid ada di SINI

Nih... ader Ustaz pulak bantai Mohd Shauki Abd Majid ... baca di SINI

20 May 2010

Semua Masjid Wajib Adakan Demo Bantah Judi Sukan

Kalu korang prihatin... bab isu halal haram nih.. gua mintak semua Masjid wajib adakan demo bantah judi sukan... tak kira dimana... walau jamaah masjid tue sikit... tapi kena wajib buat demo bantah judi sukan esok selepas solat Jumaat..

Kalu ader mana-mana masjid yang tak berminat nak buat demo bantah judi sukan selepas solat Jumaat esok... maka gua anggap.. keseluruhan kariah masjid tue memang la penyokong kuat judi nih... Ingat.. bala dari Allah tak datang pada pembuat maksiat sahaja... tapi... seluruh masyarakat setempat...

So... walaupon korang ader sorang atau dua orang jer yang nak berdemo kat mana-mana masjid esok selepas solat Jumaat... maka wajib korang buat....

Gua harap gak khutbah Jumaat esok dan seterusnya... kena bawak ayat berkaitan larangan judi... kalu ader makmum yang membantah... maka sohih lah... makmum tue penyokong kuat judi ... dan wajib la makmum tue bertaubat nasuha dan mengucap kembali dua kalimah syahadah...

Kepada mana-mana Imam dan Khatib... lu orang jangan takut nak baca khutbah tentang larangan berjudi... jangan takut dengan manusia..... boleh jatuh kufur kalu takut dengan manusia... patutnya takutlah hanya kepada Allah S.W.T.

Jadi... gua nak tengok semua masjid di Malaysia buat demo anti judi selepas solat Jumaat... ini perkara wajib nih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1