Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts

28 October 2022

Ostad Pon Layan Bahan Lucah

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat Ostad tak layan bahan lucah .. Ostad pon layan bahan lucah la bhai... Bukan sajer Ostad Islam... tapi Ostad Kristian pon sama...

Hahaha... jangan ingat benda nih Ostajah Kristian ja buat... wei .... Ostajah Islam pon maybe ader buat jugak... cuma baek punya cover line... Hahaha 

Manusia bhai... mana ader yang perfect... mesti akan ader buat dosa dan maksiat sana sini... manusia tak maksum ... manusia itu lemah... dalam banyak kes manusia mudah dikawal oleh nafsu.... 

Ader Ostad Kristian yang baham budak kecik... lelaki dan perempuan... Ostad Islam pon ader... Dulu gua ader baca kat mana ntah... Ostad Yahudi pon ader buat perangai yang sama... tak terkojot... takdak pelik... susah nak kawal nafsu nih... melainkan dengan beriman yang teguh...

Huhuhu... Apa kabor Ostad PAS PPV .... hahaha




21 December 2020

Sudah Jumpa Dalil

Bhai/DeeDee semua...

Gua memang tertunggu-tunggu jer aper dalil yang akan dikemukakan oleh Mopti Perlis nih... Hahaha... makin teruk dah nih... Tatau la nak kata apa.... Apa jenis Mopti la dier nih.... Adoilah... bahaya betul pandangan dier..

Bhai... bab aqidah nih mudah nak nak paham... kita amik bab aqidah orang beriman... Iman nih aderlah kepercayaan ... yang lahir dari 3 perkara nih...

  1. Niat
  2. Lisan
  3. Perbuatan
Jadi.... gagal salah satu... maka hilanglah iman... hilanglah aqidah... tak payah la nak pusing-pusing sana sini bawak cerita itu ini...

Gua nak bagitau satu la.... Syiah masih beriman kepada Allah Taala tapi Sikh nih tak beriman kepada Allah Taala... Takkan itu pon bodoh sangat Mopti tak reti nak beza... adoilah... bahaya betul fikrah Mopti ni...

Sujud hanya kepada Allah Taala, haram dan boleh kufur bila sujud sembah kepada makhluk.



Isu Wanita Muslimah Malaysia Berkahwin di India Dengan Upacara Agama Lain -Dr MAZA


Beberapa pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:
  1. Perkahwinan merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah - tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim. Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mempelajari”. 
  2. Untuk menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian. Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu disuruh oleh agama. 
  3. Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama. Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan. Pertama; jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam (lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud penghormatan bukan ibadah. 
  4. Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian. Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan) pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain. Adapun jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar kegelinciran” (al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm). 
  5. Apapun, perbuatan sujud kepada selain ALLAH boleh mendekati kekufuran, sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah. Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara pasti, dalam apa keadaan sekalipun. Ini samada mengadap ke arah kiblat atau selainnya. Begitu juga samada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada ALLAH atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur ataupun mendekati kekufuran” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69. Beirut: Dar al-Fikr). 
  6. Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka, namun mereka belum berjaya. 
  7. Jika masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis. Hal ini juga tidak di ambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia berlaku di luar negara. 
  8. Saya berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu andaian yang tidak tepat. 
  9. Kesedaran dan dakwah tentang perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah muslim. Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum. 
  10. Isu ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati. Menghukum kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan, melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.

17 June 2013

Bukti Nyata

Bhai.... bukan sekali gua didedahkan dengan perkara macam nih... dah banyak kali... masa gua "berkhidmat" di Slovenia sekitar tahun XX'an ..... beberapa bukti nyata pada pejuang Mujahidin di Balkan yang terkorban dapat dilihat... semuanya menjurus kepada bukti syahid.... Moga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua serta menerima segala amalan kita walaupun sebesar zarah...

Aper yang gua baca nih aderlah sebahagian bukti nyata dari Allah Taala yang menunjukkan bahawa syahid itu jelas... syahid itu tetap... dan syahid itu nyata...... Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan....

Soalan yang selalu gua tanya pada diri ini .... bolehkan gua mendapat syahid dunia dan syahid akhirat... berpeluangkah gua....  adakah gua boleh mendapat syahid walaupun gua masih lagi banyak dosa..... (mana ada manusia biasa yang tidak berdosa).... mmmm

Moga Allah Taala mengurniakan sebaik-baiknya kepada adik Aiman Nurhakim nih..... Semoga dia riang dan gembira berada di bawah pokok di padang yang hijau meluas di "sana" disamping Allah Taala...  Ameen...


Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. - SUMBER

26 January 2013

Moga Engkau Bahagia Di Sana

Al Fatihah ....

Allah menyayangi engkau.... Sebab itu Allah mengambil nyawa engkau awal.... Supaya engkau tidak jauh dariNYA... Supaya engkau tidak jauh tersesat.... Supaya engkau kekal bersih dan suci sepertimana engkau dijadikan... Moga engkau bahagia di sana...

Buat yang menculik, menyiksa dan membunuh engkau... Itu urusan dier nanti dengan Allah Taala... Urusan qisas... Bunuh dibayar bunuh

Tetapi engkau telah selamat... engkau telah bersama denganNYA... engkau kini sudah berehat.... Rehatlah sepuas-puasnya disamping Allah Taala... Bermainlah sepuas hatimu di padang nan hijau... Berlarilah sejauh mana engkau boleh berlari..  Ketawalah sebanyak mana engkau boleh ketawa... Jangan sedih... Jangan menangis.... moga kami juga harapnya dapat bersama engkau disamping Allah, Tuhan Rabbul Jalil...

Al Fatihah untukmu William Yau... dan belasungkawa buat Ayah dan Ibumu... Moga mereka juga akan beroleh hidayah dari Allah Taala,,,,

Ameen...



19 January 2013

Ada Hikmah Disebaliknya

Bhai... Cuba lu baca berita yang gua screenshotkan kat bawah nih... Baca slow-slow dengan minda yang terbuka... Lu akan dapat nampak begitu hebatnnya rahmat Allah Taala...

Dari sepatutnya dipenjara atas kesalahan dadah terus bertukar jadi dibebaskan dengan pemantauan AADK.... Allah melembutkan hati Hakim... Allah yang menetap segala sesuatu ...

Moga anak yang lahir di perkarangan Mahkamah tue akan menjadi seorang insan yang baik, insan yang soleh, insan yang terpuji, insan yang berjuang atas jalan Allah dan sebaik-baik anak buat kedua ibubapanya...

Ada hikmah disebaliknya.....

Ameen...

15 January 2013

Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah


Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  “ALLAH”
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  “ALLAH”
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  “ALLAH”
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  

Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:



“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:


Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam.  SubhanAllah.

(entri artikel ehsan dari Saudara Muzir yang diperkenalkan oleh QueAchmad)

05 January 2013

Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1

Bhai dan DeeDee sekalian.... gua memang dah lama nak tulis satu siri cerita tentang pengalaman gua dengan Masjid ... tapi gua tak tau nak amik kes pengalaman yang maner... Aderkah gua perlu buat dua siri... satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer tak best.... atau satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer best....

Bukan takder pengalaman yang best... tapi masalahnyer... pengalaman yang tak best tue lebih banyak dari yang best.... hahahaha... tak kisah la kat mana... cuma yang menjadi kemusykilan kat gua aderlah... pengalaman dengan Masjid yang tak best tue cuma berlaku kat Malaysia jer... tapi kalu pergi ke tempat lain (meaning that kalu pergi ke negara lain... takder plak kena camnie)... aper daaa..

Siri pengalaman gua dengan Masjid nih aderlah bertitik tolak daripada pendedahan siri pengalaman gua dengan Gereja dulu...  selepas gua selesai menulis pengalaman gua dengan Gereja tue.. gua rasa seeloknyer la gua tulis satu siri tentang pengalaman gua dengan Masjid pulak...

Aper-aper pon.. pada episod satu nih... yang hanyalah episod pembuka gelanggang... ala... episod pengenalan.... hahaha... so gua nak tanya lu orang la...  lu orang nak gua citer pasai satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer tak best ker... atau satu siri pengalaman gua dengan Masjid yang pengalamannyer best....

Mintak bagi respon skit... sebab tak syok la kalu gua main tibai pilih antara dua nih... nanti ader orang kata gua sajer jer nak perlekehkan dan perlecehkan Masjid dan AJK Masjid jer.... hahahaha...

Aper-aper pon... siri pengalaman gua nih gua nak bagitau la kat lu orang... ianya bertujuan untuk mendidik dan membuka minda kiter semua... bahawa kiter semua aderlah da'ie ... dan dalam berdakwah... kena guna cara lembut... kena bermain dengan emosi.. kena guna akal... jangan guna hati.. dan yang paling penting skali... jangan perasan bagoosh.... (tolak tepi gua... sebab gua memang selalu perasan bagoosh ... hahahaha... ujub, riaq dan takabburnyer gua nih... hahahaha) .... Dan satu lagie.... ingat... Islam itu Ad-Deen... satu cara hidup... so tunjukkan cara hidup terbaek sebagai Muslim walaupun dihadapan binatang sekali pon.....

P/S: Jangan sesekali mencerca dan menghina binatang malah seeloknya jangan memaki hamun orang dengan mengambil nama binatang.... sebab binatang (waima anjing dan babi sekalipun) senantiasa berzikir kepada Allah Taala (dengan caranya)....

09 August 2012

Kalu Ditakdirkan...

Bhai dan DeeDee skalian........ gua nak tanya lu orang satu mender nih... mender yang best.... mender yang bukan mustahil untuk dapat... mender yang insyaAllah semua orang yang beriman akan dapat...

Bhai.... kalu ditakdirkan lu dapat malam lailatulqadr ...... malam yang terbaik dari seribu bulan..... kalu ditakdirkan Allah Taala lu dapat malam Lailatul Qadr tue... agak-agak aaaa.... aper permintaan dan doa lu....

Share la skit kat kengkawan semua nih.... hehehe

Gua aaaa.... gua kalu ditakdirkan oleh Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan, Tuhan yang menjadikan bulan dan matahari..... kalu ditakdirkan gua dapat malam Lailatul Qadr tue... satu jer lar permintaan / doa yang gua nak buat....

Gua punya permintaan aderlah "untuk berada disamping Allah Taala didalam syurga" ... itu sajer permintaan gua....  amacam .... okeh ker permintaan gua nih? ....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1