Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Syurga. Show all posts
Showing posts with label Syurga. Show all posts

06 November 2022

Ahli PAS Kena Tipu Hidup-Hidup

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju dengan kenyataan yang dipaparkan dalam gambar screenshot captions dibawah ini... betul sangat la tue... Selama ini ahli dan penyokong PAS kena tipu hidup-hidup... bertahun-tahun... berpuluh tahun lamanya...

Kalau lah mengundi PAS itu boleh menyebabkan masuk syurga... PAStinya Dato' Asri Muda tak keluar meninggalkan PAS... Sama juga dengan Nakhaie Ahmad ... sure tak keluar dari PAS...

Begitu juga dengan Che Lan dan Khairuddin at-Takiri.... takkan depa nak tinggalkan tiket ke syurga tue... rugi la... kan kan kan ... tak logik sungguh lar kan... hahaha



27 December 2021

Sekali Banjir Melanda ...

Bhai/DeeDee semua...

Kena ingat satu jer... biler dapat projek atau kontrak dari Kerajaan untuk kerja-kerja infrastruktur awam.... kena tahu yang itu adalah amanah dari Allah Taala... kalu ko buat kerja elok dan ikut spesifikasi... insyaAllah.. duit ko dapat... pahala pon ko dapat...

Tapi kalu ko buat kerja macam celaka... ko memang dapat duit... tapi tunggu la balasan dari Allah Taala masa di akhirat nanti...

Masa tu ko tabley nak berdolak dalik dah...  Ader paham??

Gambar bawah ni bukan gambar edit.. tapi gambar selepas berlakunya bencana banjir 2021....  mungkin jalan persendirian nih... tapi benda macam nih tak mustahil berlaku ditempat lain... dalam jalan awam....



05 September 2021

Padang Mahsyar

Bhai/DeeDee semua...

Mula-mula bercerita pasai perang akhir zaman ... politik dan pencarian Imam Mahdi tue gua boleh baca dan relaks lagi....

Tapi...

Tapi bila dah masuk bab Padang Mahsyar... pasai pengalaman melihat Syurga dan Negara.... pasai dah round-round Syurga dan Negara.... dan dah berbicara dengan Malaikat..... pada gua itu sudah mengarut... Itu sudah level lain gam Dunlop nyer... maybe dah terlebih Gam cap senapang ditambah dengan cokoroi... Hahaha...

Adoilah.... Syaitan pon tak berani nak sembang bab Padang Mahsyar ...  giler ka apa... huhuhu....



26 April 2020

Shortcut Ke Syurga Melalui Anjing.

Shortcut ke syurga Melalui Anjing.

Antara beribu2 kisah ttg pahala dan tips ke syurga, tiada kisah yg lebih hebat bagi saya dari kisah pelacur beri minuman kat anjing yg lekat dalam hati saya..Malah bangsa2 lain dan agama lain pun hampir semua mengetahui dan mengagumi kisah hebat ni..Kisah ni dihadiskan melalui 2 hadis sahih yg kita wajib hayati dlm beribu2 hadis yg diceritakan untuk kita..Bagi saya 1 hadis ni mampu merungkai rahsia dan keagungan Islam itu sendiri tuk seluruh dunia..

HR Bukhari no 2363 dan Muslim no 2244

Ye ramai mungkin tidak sedar kenapa dan apa logiknya pelacur yg hina ini dikurniakan darjat tertinggi di syurga dgn pahala sekelumit ini..Juga jangan anda jahil jika ingat leh masuk syurga semudah itu..

Jgn pula ada yg  lepas puas selingkuh ngan gf atau bf , terus gi cari anjing kurap tuk dijamukan air dan makanan bagi merebut pass express ke syurga..🤣🤣🤣..Tidak bukan begitu ye..

Begini saudara saudari, pahala pelacur itu bukan diletakkan atas perbuatannya..
Ye benar....Bukan dgn hilangkan dahaga anjing ,ada terus ke syurga..Itu pemikiran org bodo yg agak dangkal..

Rahsia sebenar pahala pelacur ini terletak pada 1 pekara asas yg pelacur tu lakukan sebelum jamu anjing tu ngan air...Ya, pekara asas yg dia sendiri tidak sedari ketika membantu anjing itu...Nak tau apa rahsianya?

Pahala sebenar yg bawanya ke syurga sebenarnya  timbul dari

" Niat pelacur ini untuk membantu anjing itu tanpa menghiraukan pahala"..Dengan kata lain..Pahala yg muncul tanpa mengharapkan pahala...

Ini yg saya sedang cuba disampaikan kepada anda hari ini  melalui kisah yg saya sedang coretkan ini..

Pahala..

Masih tak paham bukan???Saudara saudari, Pahala sebenarnya bukan 1 komiditi yg boleh anda ukur atau sukat..Saya tidak setuju dgn ayat saham ke syurga dan sebagainya kerana anda sudah mengukur pahala ada disaat anda berfikiran sebegini...Saya sering melihat kita menunggu saat munculnya ramadan hanya tuk bersedekah..Dgn mengharap pahala dari sedekah anda akan berlipat kali ganda ketika itu..Dalam Islam, kita tidak hidup dgn mengira tarikh dan masa untuk bantu sesama manusia yg kesusahan didepan mata kita..Tidak sama sekali..

Pahala ramadan??

Ya, saya paham..Ramai mungkin tertanya, kenapa disediakan pahala 700x jika derma dibulan ramadan..Masalahnya kita tidak mungkin memahami tujuannya kerana diri kita sudah mula menyukat pahala2 bagi kepentingan kita sebenarnya..

Saudara saudari, pahala berkali2 ganda tuk hari tertentu lebih2 di bulan ramadan ialah satu dorongan bagi kita menyuburkan apa yg kita lalui disiang hari dgn berpuasa..Dibulan ini kita telah belajar berlapar, berdahaga dan memahami kepayahan fakir miskin..Maka dorongan sedemikian membantu kita memahami lagi maksud mengharungi kepayahan itu dimana kelaparan itu membuat anda lebih menjiwai setiap butir beras yg anda sedekahkan kepada si miskin yg kelaparan sepanjang tahun..Inilah yg ramadan sedang mengajar kamu saudara..Agar bila kamu sudah benar2 memahami nilai bantuan menghilangkan kelaparan fakir miskin ini, maka nescaya kamu akan meneruskannya tuk sepanjang tahun..Ya untuk sepanjang tahun..

Bagi saya Ramadan bukan dorongan kepada kita tuk mengejar pahala namun bagi saya ia merupakan 1 ujian yg maha besar tuk kita..
UJIAN dari Allah tuk kita belajar semula membentuk diri kita agar mampu meneruskan amalan yg baik dan mengekalkannya didalam jiwa kita.

Disini Allah bukan menguji dgn mengajar kamu untuk menyukat pahala anda dengan caculator tetapi sedang menguji "keikhlasan" hati anda dgn ganjaran yg agak lumayan...

Apakah itu keikhlasan???

Keikhlasan adalah satu pekara yg tidak mampu anda sukat..Ia harus dan wajib terbit sendiri dari sikap perikemanusiaan yg lahir bersama kamu..Sama spt pelacur yg berikan minuman kpd anjing itu..

Pelacur itu Ikhlas, Kasihan,Menjiwai dahaga anjing itu, tak memilih mahkluk mana yg dibantu, tak harapkan syurga tuk bantuan yg dihulurkan, tak mengharapkan pujian org lain dan tak memikirkan apa2 ganjaran yg bakal diterimanya dari Allah atau org lain kecuali hanya ikhlas bantu anjing itu diketika itu...

Ya..inilah yg diuji yg saya maksudkan saudara..Mampukah kamu sebagai seorg manusia biasa , mampu bersedekah dgn semua nilai2 ini???Jika kamu derma dengan memilih hari dan menyukat jumlah pahala kamu, maka yakinkah kamu, wujudnya keikhlasan sebenar dlm bantuan dan sedekah kamu itu??Jika kamu harapkan dunia memujimu dan Allah sediakan syurga tuk bantuanmu,wujudkan lagi keikhlasan dlm pertolonganmu itu???

Jelas bagi saya, jika kamu jenis yg menahan dari sedekah hanya tuk mengumpul pahala sedekah berkali ganda  di bulan ramadan ini, maka tiada ayat yg lebih sesuai untuk mengambarkan diri anda sebagai seorg yg hanya mementingkan diri  dan tamak..Apa2 bantuan yg dibuat dgn harapkan ganjaran tidak kira di duniawi atau akhirat sama saja sifatnya....

Sama spt ahli agama yg curi2 melanggar PKP hanya tuk rebut pahala solat jemaah beramai2 sebanyak 20x tuk dirinya , walaupun dia sedar perbuatannya bakal menyebabkan ramai kehilangan nyawa dan kerja..Jika pahala solat jemaah sebanyak 20x itu yg kamu kejar melebihi keselamatan dan nyawa org disekeliling kamu,  bukankah anda seorg yg amat mementingan diri disaat ini??Inikah yg anda ingin capai dgn kejar pahala 20x itu??

Bagi saya, sedekah bukan 1 pekara yg saya harus lakukan untuk kesyurga..Sedekah bukan 1 perniagaan tuk memburu ganjaran...Menyedekah adalah 1 sifat yg lahir secara semulajadi  disaat anda mula merasai dan menjiwai kepayahan org diketika itu..Bukannya 1 pekara yg perlu dibuat dgn memikirkan ganjaran syurga semata mata..

Saya dari dulu,  hanya berusaha untuk hidup tanpa menyusahkan diri saya, org sekeliling saya dan cuba kurangkan beban org lain disekeliling saya agar tiada yg merana dihadapan saya..Ini sahaja..Doa yg saya sering titipkan pun hanya sekadar bantu memohon Allah Taala untuk membantu saya mengekalkan sifat kemanusian ini di dlm diri saya..Tidak pernah sekali pun , saya berdoa agar dikurniakan kemewahan, kebahagian, kesenangan hidup kerana saya percaya kesemua itu mampu dicapai dgn usaha halal dan benar dijalan Allah Taala...Tidak pernah saya berzikir beribu kali setelah belajar tips atau petua kayakan diri saudara..😄

Kisah benar dari pengalaman saya.

Biar saya ceritakan 1 peristiwa benar yg berlaku 3 bulan lalu..Di selekoh Menara Maybank di Jalan bangsar.Lebih kurang 1 pagi selepas selesai meeting, saya menghala ke KL dan terserempak wanita india yg kurus berkain pelikat,baju T lusuh  dgn beg sekolah dibahunya sedang jln seorg diri mendukung anaknya..Kelihatan sedikit lebam dimukanya dan jelas spt menangis semasa saya pelahankan kereta tuk melihatnya dgn jelas.

Saya telah melepasinya  jauh kedepan namun  pandangan sedetik yg saya lalui ketika itu, semacam terus menggangu saya...Tanpa fikir panjang, saya terus patah balik tuk mencari wanita  itu..

Dia kelihatan terkejut melihat saya menghampirinya namun tidak takut..Saya tidak menanyakan banyak..Hanya menanya,awk ada duit atau tidak..Dia mengangguk lemah dan tidak berkata2..Bagi saya air mata ,anak yg dipangkunya dan anggukan lemah sudah cukup tuk menjelaskan keadaannya yg dlm kecemasan dan tidak berupaya itu..Saya hanya menanya jika perlu panggil sesiapa atau polis dimana dia tidak menjawab dan hanya biarkan air matanya terus mengalir

Tanpa memikirkan atau mencongak sekelumit pahala disaat itu, atau tanpa memimpikan habuan syurga diketika itu,saya terus menghulurkan 200 ringgit yg ada ditangan saya...Yg difikirkan hanya harapan agar wanita malang ini mampu belanjakan duit itu tuk beli sedikit makanan tuknya dan anaknya bagi mengalas perut yg merintih kelaparan ketika itu..

Tak disoal, tak diperiksa ,tak memikir..Hanya kemanusiaan dan belas kasihan yg lahir dari akal fitrah ini terhadap makhluk hidup lain yg sedang derita didepan mata saya..

Dibulan mulia ini, harap apa yg saya sampaikan ini mampu diterima oleh anda sebagai satu nasihat ikhlas dari rakan anda..Harap kita mampu menjiwai keikhlasan sebenar dan menterjemahkan sifat kemanusian yg seringkali menghilangkan diri diketika kita amat memerlukannya..Sekian..

11 June 2013

Boleh Masuk Neraka

Bhai..... benda nih gua amik dari satu blog nih.... aper yang diceritakan olehnyer tentang perkara nih memang betul... gua tau benda nih... Sesuatu yang biasa kita buat secara sambil lewa... gua pon tak terkecuali... amik ringan terhadap doa (walaupun doa makan)

Gua ader jugak jumpa tuan guru dan ostad yang jugak buat sambil lewa semasa nak menikmati hidangan.... Macam hampeh jer.... Maha Suci Allah yang telah menurunkan rejeki... Tiada daya dan upaya kami melainkan Rahmat dan Ihsan dari Allah Taala semata-mata....

#Makan tapi tak syukur, boleh masuk neraka.

#Makan tak licinkan, tak sampai habis, membazir boleh masuk neraka.

#Makan/minum tinggalkan sikit, stendet, nak ikut barat, boleh masuk neraka.

#Makan/minum tinggalkan sikit sebab takut orang kata pelahap, kebulo’, takut manusia lebih dari takut Allah, syirik, boleh masuk neraka.

#Makan rejeki Tuhan, pastu derhaka dengan Tuhan, bakal masuk neraka.

#Makan tak kira halal, haram dan syubhat, boleh masuk neraka.

# Makan banyak-banyak sampai mudarat boleh masuk neraka.

# Dah tau benda tu pantang, boleh menjejaskan kesihatan, makan juga. Seperti dah ghout, ‘belasah’ sea food kaw kaw. Atau kencing manis, dok minum ‘pepsi’ lagi… Boleh masuk neraka.

26 January 2013

Moga Engkau Bahagia Di Sana

Al Fatihah ....

Allah menyayangi engkau.... Sebab itu Allah mengambil nyawa engkau awal.... Supaya engkau tidak jauh dariNYA... Supaya engkau tidak jauh tersesat.... Supaya engkau kekal bersih dan suci sepertimana engkau dijadikan... Moga engkau bahagia di sana...

Buat yang menculik, menyiksa dan membunuh engkau... Itu urusan dier nanti dengan Allah Taala... Urusan qisas... Bunuh dibayar bunuh

Tetapi engkau telah selamat... engkau telah bersama denganNYA... engkau kini sudah berehat.... Rehatlah sepuas-puasnya disamping Allah Taala... Bermainlah sepuas hatimu di padang nan hijau... Berlarilah sejauh mana engkau boleh berlari..  Ketawalah sebanyak mana engkau boleh ketawa... Jangan sedih... Jangan menangis.... moga kami juga harapnya dapat bersama engkau disamping Allah, Tuhan Rabbul Jalil...

Al Fatihah untukmu William Yau... dan belasungkawa buat Ayah dan Ibumu... Moga mereka juga akan beroleh hidayah dari Allah Taala,,,,

Ameen...



09 August 2012

Kalu Ditakdirkan...

Bhai dan DeeDee skalian........ gua nak tanya lu orang satu mender nih... mender yang best.... mender yang bukan mustahil untuk dapat... mender yang insyaAllah semua orang yang beriman akan dapat...

Bhai.... kalu ditakdirkan lu dapat malam lailatulqadr ...... malam yang terbaik dari seribu bulan..... kalu ditakdirkan Allah Taala lu dapat malam Lailatul Qadr tue... agak-agak aaaa.... aper permintaan dan doa lu....

Share la skit kat kengkawan semua nih.... hehehe

Gua aaaa.... gua kalu ditakdirkan oleh Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan, Tuhan yang menjadikan bulan dan matahari..... kalu ditakdirkan gua dapat malam Lailatul Qadr tue... satu jer lar permintaan / doa yang gua nak buat....

Gua punya permintaan aderlah "untuk berada disamping Allah Taala didalam syurga" ... itu sajer permintaan gua....  amacam .... okeh ker permintaan gua nih? ....

18 May 2010

Hakim Mahkamah Syariah Takut Siapa

Bhai.... gua nak tanya nih... lu agak-agak la... Hakim Mahkamah Syariah kat Malaysia nih takut pada siapa aaa??? Gua ulang sekali lagi.. hehehe Hakim Mahkamah Syariah takut siapa aaa..? Adakah diorang takut pada Allah S.W.T .. Tuhan Rabbul Jalil....

atau....

Diorang lebih takut dekat Najib Razak dan Kerajaan Malaysia.....

kalu diorang takut kepada Allah S.W.T ... Alhamdulillah.... selamat dunia akhirat.... belum jatuh kafir lagie.... tapi.... kalu diorang lebih takutkan Najib Razak dan Kerajaan Malaysia... maka... diorang selamat di dunia... tapi tidak di akhirat... dan boleh jatuh kafir atas sebab syirik yang jelas nyata...

Jadi....

Pilihan sekarang nih ader kat tangan para Hakim Mahkamah Syariah.... tengok sama ada dier nak jadi kafir atau tidak.... pilihan masih boleh dibuat.. tapi... gua rasa la.... hehehe... Hakim Mahkamah Syariah kat Malaysia lebih takutkan Najib Razak, UMNO/BN dan Kerajaan Malaysia....

Sebab itu la gua konpiden yang Bung Mokhtar dan Zizie cuma akan kena denda jer.. tak lebih dari itu... dan sure paling lawak pon cuma RM500 jer.. tak lebih dari itu... dan tak kena penjara maksima 6 bulan pon... hahaha...

Jadi ... gua nak tengok... apakah pilihan yang Hakim Mahkamah Syariah Wan Mahyuddin Wan Ahmad... syurga atau neraka.... kita tengok la esok... hahaha...

Cuba lu orang komen skit.. gua nak tengok.. berapa ramai yang kata syurga.. dan berapa ramai yang akan kata neraka.... hahahah

11 February 2010

Malaysia Syurga Buat Peragut

Malaysia nih memang mempunyai ramai peragut.. sebab itulah dikalangan pelancong asing... Malaysia dikenali sebagai syurga buat peragut... Peragut tidak kira mangsa... dari kanak-kanak, orang kurang upaya sehinggalah kepada warga emas... Yang penting bagi peragut adalah hasil dan keuntungan yang diperolehi. Peragut tidak mempunyai moral mahupun etika. Pada peragut... orang lain cuma layak menjadi mangsa mereka. Malah ada dikalangan peragut yang meragut keluarga mereka sendiri....

Pernyataan diatas gua gambarkan untuk pemahaman korang semua sebelum gua kuarkan point-point dibawah ini.... untuk menggambarkan satu lagi jenis peragut yang ada di Malaysia ini iaitu Peragut Politik...

Apakah persamaan antara peragut hartabenda (barangan) dengan peragut politik?

Peragut hartabenda tentunya tidak bermoral dan beretika malah cuma mementingkan diri mereka sendiri tanpa menghiraukan kesan langsung atas perbuatan ragut mereka itu. Peragut politik juga mempunyai persamaan yang jelas nyata seperti Peragut hartabenda dimana mereka akan meragut hak-hak rakyat dalam perlembangaan.

Peragut hartabenda dikutuk oleh sekalian masyarakat umum begitu juga dengan peragut politik.

Peragut hartabenda sememangnya tidak bermaruah... sama juga dengan peragut politik yang terkenal tidak bermaruah...

Peragut hartabenda hanya berani buat kalu situasi menyebelahi mereka .. sama juga dengan peragut politik yang hanya berani jika undang-undang dan situasi menyebelahi mereka (biasanya mereka ini menguasai undang-undang).

Peragut hartabenda tidak takut dengan undang-undang.... peragut politik juga tidak takut dengan undang-undang...

Hanya sesekali baru kedengaran cerita peragut hartabenda tertangkap dan didakwa serta dijatuhkan hukuman... sama juga dengan peragut politik yang langsung tidak akan ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman....

Jadi...... kesimpulannya....

Gua labelkan UMNO/BN sebagai bapak kepada segala jenis peragut kat Malaysia nih... jadi jangan terkejut la kita biler orang asing menggelarkan Malaysia sebagai Syurga Peragut..... macam siot jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1