Itu hari bukan main Puak Kristian nih berebut nak guna nama "Allah" dalam urusan agama Kristian mereka..... sekarang ni mana pergi semua puak Kristian nih???
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C

Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Nama Allah. Show all posts
Showing posts with label Nama Allah. Show all posts
20 March 2024
15 January 2013
Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai
kopi menikmati tea-break mereka. Dalam perbualan
mereka, terselit perbualan berikut:
Ahmad: “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph: “ALLAH”
Ahmad: “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu: “ALLAH”
Ahmad: “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus
alam ini?”
Lim: “ALLAH”
Ahmad: “Alhamdulillah”
Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh
rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang
menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah
ALLAH. Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat
mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam
itu.
Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu
tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka. Tetapi
sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu
mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada
mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.
Tinggal satu lagi
perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang
sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).
Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si
penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak
sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia
permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada
rakan-rakannya. Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.
- Tahap
pertama: Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
- Tahap
kedua: Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.
Apa kata ALLAH?
Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang
dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa
sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah. Iaitu
supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika
orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
ALLAH Ta`ala berfirman:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari
langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”
Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai
bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka
tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)
Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan
bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai
bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah),
bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)
Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka
tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.
Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah
sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk
diselesaikan. Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan
mentauhidkanNYA. Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah,
bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan
mereka. Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu. Sekali lagi
ingin disebut dan ditekankan: KEUTAMAAN DAKWAH.
Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan
petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang
belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan. Saya juga
pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu
isu ini menjadi panas dahulu:
Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih
tindakan yang macam mana? Adakah mahu:
- Marah-marah
dan membantah dengan kekerasan? ATAU,
- Menerimanya
dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah
sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam. SubhanAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera B...
-
Bhai/DeeDee semua... Kelmarin PMX kata, pengurusan Felda datang pada dia untuk dapat kelulusan penjualan hotel di London. Dia kata Felda n...
-
Bhai/DeeDee semua.... Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Isra...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1



